Followers

Wednesday 21 March 2012

CKSD bab 01

Gedebuuk…..bunyi seakan buah nangka buruk jatuh ke tanah kedengaran. Beberapa saat kemudian kedengaran hilai tawa dari sekumpulan pelajar lelaki. Kelihatan seorang pelajar perempuan dalam lingkungan 17 tahun sedang terduduk di tanah menahan kesakitan akibat terjatuh.

“ Sakit ke Cik Misha Elena,kalau sakit boleh kami tolong ubatkan…hahaha,” kata salah seorang pelajar lelaki tersebut sambil ketawa.

Mereka semua berlalu apabila kelihatan seorang pengawas sedang menuju kearah mereka. Tiada siapa pun yang ingin menolong budak perempuan tersebut meskipun sekadar bertanya keadaannya. Perlahan-lahan dia bangun dan berjalan kearah wakaf yang berhampiran dengannya. Luka di tapak tangan dan lututnya diperiksa,air mata yang bergenang dikelopak mata dikesat kasar. Dia tidak mahu dianggap cengggeng.

Selepas lukanya ditampal dengan plaster,perlahan-lahan dia berjalan sambil mengalas beg sekolahnya untuk pulang kerumah. Perjalanan dari rumah ke sekolah yang menggambil masa 10 minit menyenangkan dia untuk kesekolah dengan berjalan kaki.

“ Isha,tunggu aku,” kedengaran jeritan dibelakangnya,budak perempuan yang dipanggil Isha itu menoleh kebelakang sebentar sebelum meneruskan langkahnya.

“ Weh Isha,kau marah aku ke. Sorilah aku bukan tak nak tolong kau,tapi kau tahu la Arman tu…,”

“ Sudah la Mie,dah muak aku dengar alasan lapuk kau tu. Bukan aku tak tahu,kau tu takut reputasi kau sebagai budak basket sekolah tercalarkan kalau kau tolong aku kan,” kata Misha tanpa memandang kepada Ahmad Fahmi. Dia berkecil hati dengan sikap Fahmi yang berubah apabila bersama rakan-rakannya.

“ Isha kau jangan la macam nie, macam mana lutut kau, Ok?” Tanya Fahmi prihatin.

“ Ok abah kau, kau tengok aku ada gaya orang Ok ke sekarang nie? Dah nampak aku jalan gaya kura-kura nie boleh kau tanya Ok ke tak,” suara Misha naik satu kauta apabila Fahmi bertanya soalan bodoh seperti itu.

“ Errrr…sori,” kata Fahmi ringkas.

“ Dah la Mie,aku sedar aku nie sape. Dah la tak cantik ,kasar pulak tu, takde sape kat sekolah tu nak kawan dengan aku kecuali Zara. Lain lah kau,budak basket semua orang suka,” kata Misha merendah diri.

“ Kau jangan la cakap macam tu Isha,serba salah aku dengar kau cakap gitu,” Fahmi mulai serba salah apabila mendengar suara Misha yang berjauh hati.

“ Ok lah dah sampai rumah nie, jumpa kau malam karang. Tu pun kalau aku turun la,” Misha membuka pintu pagar dan berlalu masuk kerumah. Fahmi hanya tergamam apabila melihat tingkah laku Misha. Dia pun turut berlalu untuk masuk kerumah apabila ibunya menjenguk keluar rumah memanggilnya masuk.

______________________________________________

Di rumah Misha

“ Aduh..sakit long,pelan-pelan la sikit,” kata Misha sambil melarikan kakinya dari jangkauan Alongnya.

“ Tahan la sikit Isha, dah lutut tu luka memang la kena letak ubat,” kata Encik Zaquan apabila melihat Misha melarikan kakinya dari Mizan iaitu anak sulungnya.

“ Sakit la abah,kalau slow-slow takpe jugak,” Misha merungut.

“ Isha nie, dah along nie lelaki memang la buat kasar. Kalau nak pelan-pelan suruh Cik Timah dekat sebelah tu bubuh ubat,” kata Mizan sambil mendekati Misha.

“ Orang tau la along tu doktor, jangan la ganas sangat. Agaknya kalau dengan patient pun along macam tu,” Misha membidas kata-kata Mizan.

Mizan mencebik sebelum menjawab ,” Eh,along kalau dengan patient,handle with care la. Nak-nak yang perempuan,yalah mana tau boleh jadi calon isteri,”

“ Calon isteri ke benda, kawan perempuan pon along tak pernah bawak balik”.lancar mulut Misha menjawab.

“Isha,pergi masuk bilik,study.Kalau layan along ni sampai bila-bila pun tak habis ,”arah Encik Zaquan .Memang dia tahu benar sikap anak-anaknya.Apa taknya,sejak isterinya meninggal semasa melahirkan Misha,dia lah ibu dan ayah. Malah,anak-anaknya yang lain tidak banyak buat masalah. Bahkan anak-anaknya amat menghormati dan menjaga diantara satu sama lain.

“ Eh,Isha tak payah turun ke malam nie?” Tanya Misha apabila ayahnya menyuruh dia masuk ke bilik.

“ Tak payah,kalau dah kaki tu nak angkat pun tak boleh,macm mana nak belajar taekwando,” Encik Zaquan membebel sambil membetulkan ikatan tali hitam di pinggangnya.

Mizan mencebik apabila melihat Misha tersengih sambil jalan terencot-encot masuk ke dalam bilik. Encik Zaquan hanya tersenyum apabila telatah dua orang anaknya itu. Tiba-tiba kedengaran pintu hadapan dibuka,kelihatan Muaz masuk kedalam rumah sambil menggalas beg laptop.

“ Baru balik angah?”Tanya Encik Zaquan kepada Muaz.

“ Hmm… kenapa dengan kaki tu Isha?” Tanya Muaz apabila melihat Misha jalan terencot-encot.

“ Jatuh dekat sekolah tadi,” Misha menjawab sambil melabuhkan diri sebelah Mizan.

“ Mie tak tolong ke?” Tanya Muaz lagi

Misha hanya menggelengkan kepala tanpa memandang Muaz. Dia tahu Angahnya itu tidak menyukai perangai Fahmi yang mementingkan diri sendiri disekolah. Muaz tidak pernah berbaik dengan Fahmi semenjak Muaz di bangku sekolah sehingga dia ke universiti

“ Nak kena Fahmi nie. Abang Az dah cakap jangan bagi muka sangat dekat Fahmi tu,tapi Isha layan jugak,” kata Muaz tidak puas hati.

“ Sudah la angah, sampai bila kau nak dendam dengan Fahmi tu?” Mizan menegur sikap Muaz yang mudah naik angin terutama perkara yang melibatkan Fahmi.

“ Az tak akan maafkan budak tu selagi dia tak ubah perangai dia yang selfish tu,” kata Muaz sambil berjalan kearah Misha untuk membantu adiknya itu berjalan apabila melihat Misha bangun untuk kebiliknya.

Encik Zaquan hanya menggelengkan kepala mendengar kata-kata Muaz sebentar tadi. Dia hanya memerhatikan langkah Muaz yang sedang membantu Misha berjalan ke bilik. Sikap Muaz yang terlalu cepat naik angin tidak pernah merisaukan dirinya kerana Muaz hanya naik angin apabila sesuatu terjadi kepada Misha. Kasih sayang Muaz kepada Misha bukan ditunjukkan melalui memanjakan adiknya itu tetapi melalui sikap yang ingin melindungi Misha.

_________________________________________________

Di sekolah keesokannya

“ Isha tunggu la aku?” jerit satu suara apabila kelibat Misha melalui kelas 5 Putra

Misha berdiri statik di tempat dia berhenti sambil menunggu Zara Aishah sampai disisinya. Dia memandang pelik dengan sikap Zara yang terlebih ceria pada hari ini.

“ Happy Birthday,” kata Zara sambil memeluk Misha erat

“ Eh bila masa hari nie birthday aku?” Tanya Misha sambil cuba meleraikan pelukan Zara yang menyesakkan nafasnya.

“ Lah, kan hari nie 29 Februari. Kau lupa ek,” kata Zara sambil mencuit pipi Misha,” Lagipun tadi ada orang suruh aku sampaikan wish dia dekat kau,”

“ Sape? Baik kau cakap Zara kalau tak aku nak merajuk dengan kau, dah la semalam tak datang sekolah. Kesian aku sorang-sorang dekat sekolah,” kata Misha sambil mencebik.

“ Ala, abang Arin form 6 tu. Ingat jugak dia birthday kau yek,” kata Zara sambil menarik Misha kearah wakaf yang berhampiran.

Misha hanya tersenyum malu apabila mendengar kata-kata Zara. Dia mengalihkan pandangannya kearah bangunan di hadapannya,tiba-tiba dia melihat kelibat Sheikh Ahmad Fazrin di bangunan tersebut. Dia cepat-cepat mengalihkan pandangannya. Zara yang melihat Fazrin di bangunan tersebut melambaikan tangannya.

Misha mengheret Zara pergi dari situ, dia menjadi malu apabila terpandang Fazrin. Fazrin merupakan senior mereka dan dia merupakan antara pelajar yang paling famous di sekolah. Fazrin pernah meluahkan perasaannya kepada Misha tetapi sampai sekarang dia tidak pernah memberi jawapan.

**********

p/s : kalau ada apa2 komen ye. bukan sengaja nak menduakan HACKS tapi ad kwan ajak menulis cite nie..lagipun die yg bg idea,aq tulis je...

pendek je sebab time misha skolah nie x brapa ad idea

Thursday 15 March 2012

H.A.C.K.S Bab 06

Pada hari minggu keluarga Adam hairi dikejutkan dengan kehadiran keluarga Pak Lang Rasyid mereka. Kedatangan keluarga Pak Lang Rasyid disambut dengan tangan yang terbuka oleh Tan Sri Mukhriz dan isteri. Mereka mempelawa Rasyid agar bermalam dirumah mereka semalaman.

” Shilla,Aril...pergilah dekat ruang menonton Zafran,Tikah dengan Adam ada dekat situ,”kata Tan Sri Mukhriz kepada anak saudaranya.

Shila dan Aril hanya mengangguk lalu berjalan menuju ke ruang menonton. Kelihatan diruang menonton Adam dan Zafran sedang bermain playstation manakala Atikah sedang santai membaca novel dikerusi panjang. Kedatangan Syahril dan Shilla diruang tersebut disedari oleh Atikah.

” Eh... Aril,Shilla bila sampai?” tanya Atikah sambil memeluk Shilla. Shilla membalas pelukan Atikah kerana hampir setahun mereka tidak berjumpa.

” Baru je lagi. Tikah sihat?”kata Shilla sambil merenggangkan pelukan mereka.

” Sihat alhamdulillah. Dah lama tak jumpakan. Dekat setahun dah,”jawab Atikah sambil menarik Shilla duduk dikerusi yang ditinggalkan tadi.

”Ermmm...tau takpe. Yelah kita kan duduk jauh,mana nak jumpa,” kata Shilla dengan riang.

Mereka semua berbual mesra sambil melepaskan rindu hampir setahun tidak berjumpa. Adam ,Zafran dan Syahril seronok bermain playstation tanpa mempedulikan Atikah dan Shilla yang ramcak berborak. Perbualan mererka terhenti apabila kedengaran Datin Rahayu memanggil mereka makan.


Keadaan di rumah Tengku Irfan pula bising dengan suara Emelda dan Iskandar sedang menyanyi sambil diperhatikan oleh ahli keluarga yang lain. Tambahan pula kedatangan sepupu mereka Razif dan Haslinda.

” Is...jom kita nyanyi lagu jiwang sikit nak tak?” tanya Emelda dengan wajah yang mengharap. Iskandar hanya tersengih nakal melihat keletah Emelda.

” Lagu jiwang-jiwang nie sesuai untuk Emelda ngan Adam je,dengan Is tak sesuai,”kata Iskandar sambil mengeyitkan mata kepada Emelda apabila melihat melihat muka kembarnya itu yang mula memerah.

”Ala...please,pretty please Is,” kata Emelda mengharapkan permintaannya ditunaikan.

Iskandar hanya mampu menggelengkan kepala melihat rayuan Emelda yang tanpa henti. Sehinggakan tangannya dijadikan mangsa kerana ditarik dengan sekuat hati walaupun tenaga perempuan tidaklah sekuat mana.

”Hmmm, yelah...tapi satu lagu je,”kata Iskandar sambil menarik tangannya dari ditarik oleh Emelda.

”Ok,sayang Is,”kata Emelda seraya melepaskan ciuman dipipi kanan Iskandar,” Zif tolong pasang lagu ’Pelengkap Hidupku’ ,”

Razif pun memasang lagu yang diminta oleh Emelda sebentar tadi.

Aku bagai laut tak bertepi
dan tak berkarang
Aku bagai bintang yang
tak ditemani malam

Melihat dirimu ada
senyum,canda dan tawa
Yang membuat aku
tak ingin pergi darimu

Teringat janji lamamu kepadaku
Teringat aku teringat...
Teringat saat kau masih ada disini
Temaniku sepanjang hari...

Bila kau pergi jauh,
Ingatlah aku..
Bilaku disampingmu,
Peluk tubuhku

Bila kau rindu aku,
Panggil namaku,
Ku datang menemuimu

Peluk erat jasadku
jangan lepaskan,
Tetaplah kau disini,
Arungi malam


Kerna hanya dirimu belahan jiwa,
Pelengkapku didunia...


Teringat janji lamamu kepadaku
Teringat aku teringat...
Teringat saat kau masih ada disini
Temaniku sepanjang hari...

Bila kau pergi jauh,
Ingatlah aku..
Bilaku disampingmu,
Peluk tubuhku

Bila kau rindu aku,
Panggil namaku,
Ku datang menemuimu

Ooo...

Peluk erat jasadku
jangan lepaskan,
Tetaplah kau disini,
arungi malam

Kerna hanya dirimu belahan jiwa,
Pelengkapku didunia...

Bila kau pergi jauh,
Ingatlah aku..
Bilaku disampingmu,
Peluk tubuhku...

Bila kau rindu aku,
Panggil namaku,
Ku datang menemuimu...

Ooo...

Peluk erat jasadku
jangan lepaskan,
Tetaplah kau disini,
arungi malam

Kerna hanya dirimu belahan jiwa,
Pelengkapku didunia...



Nyanyian Emelda dan Iskandar mendapat tepukan gemuruh dari ahli keluarga yang lain. Mereka berdua hanya tersenyum mendengar tepukan yang dihadiahkan oleh ahli keluarga yang lain. Aktiviti mereka sekeluarga pada hari itu dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan.



Pada sebelah malam,masing-masing membuat hal sendiri didalam bilik mereka selepas makan malam. Emelda kelihatan termenung di balkoni biliknya sambil melemparkan pandangan kepada sang rembulan yang bersinar terang pada malam itu.

Dia hanya mampu tersenyum apabila memikirkan kenangan manis ketika pertama kali dia bertemu Adam Hairi. Tiba-tiba raut wajahnya bertukar mendung apabila melihat perubahan sikap Iskandar siang tadi. Ingin bertanya,banyak kali Iskandar mengelak.

” Menungkan apa tu Shirah?” tanya satu suara dibelakangnya. Emelda hanya mampu tersenyum kerana seorang sahaja yang akan memanggilnya ’Shirah’ didalam keluarganya iaitu Razif.

”Takde apa-apa,sje tengok bulan,’jawab Emelda sambil melemparkan senyuman kepada Razif yang sudah berdiri disebelahnya.

” Yelah tu,” Razif tersenyum nakal sebelum meneruskan kata-katanya,” Atau Syirah pelik tengok perangai Zul?” sebelah keningnya diangkat tanda soalan itu perlu dijawab.

Emelda hanya mampu ketawa kecil apabila Razif dapat membaca apa yang sedang menyesakkan fikirannya ketika ini. Bagi Emelda,tiada apa yang dapat disembunyikan daripada pandangan Razif. Ketika dia jatuh cinta pun,Razif lah yang mula menyedarinya.

” Betul lah Zif nie boleh jadi ahli nujum,” kata Emelda sambil bergerak ke kerusi yang terletak di balkoni biliknya diikuti oleh Razif.

” Zif jadi ahli nujum Syirah je,orang lain tak boleh. Betulkn apa yang Zif tanya tadi?” Razif bertanya kembali persoalan yang tidak dijawab oleh Emelda sebentar tadi.

”Ermmm...betul la tu,pelik tengok perangai dia hari nie. Siap belanja Syirah baju dengan kasut lagi,” kata Emelda sambil memandang ke arah Razif.

Razif tersenyum sebelum menjawab persoalam sepupunya itu,” Sebab dia dah dapat lepaskan apa yang dia pendam selama nie,”

Emelda terfikir sejenak apa yang telah dipendam oleh Iskandar sebelum mendapat jawapan yang diperlukan.

” Maksud Zif, pasal Linda ke?”

” Puteri Linda Kasrina,orang yang banyak tolong Zul masa dekat sekolah menengah dulu, tapi Zul tu tak pernah sedar perasaan Linda dekat dia sebab terlalu takut Linda tolak cinta dia,” kata Razif dengan panjang lebar.

Emelda hanya menggangukkan kepala mendengar penjelasan Razif. Selepas itu mereka bersembang panjang sebelum Razif berlalu ke biliknya. Emelda melemparkan pandangannya ke arah bulan. Baru dia tahu selami ini Iskandar mempunyai seorang bidadari didalam hatinya.

” Aku akan pastikan Is dengan Linda jadi macam dulu,” tekad Emelda sambil berjalan kearah meja belajar bagi mengambil Galaxy Tabnya.

Dia mendail nombor seseorang bagi merealisasikan misinya,beberapa kali bunyi deringan sebelum panggilan tersebut dijawab,” Assalamualiakum,boleh bercakap dengan Puteri Linda Kasrina? Ini Emelda kembar Iskandar,”

Emelda tersenyum gembira apabila orang yang dihubungi itu adalah orang yang betul. Dia memberi tahu sesuatu kepada Linda sebelum meletakkan panggilan dengan senyuman manis. Semoga apa yang dirancang berjalan dengan lancar,tambahan pula pada akhir bulan ini kolej mereka akan mengadakan karnival dan menjemput orang ramai untuk hadir.

Wednesday 7 March 2012

Pai Epal Tanda Cinta

Cerpen ini dihantar untuk diadili oleh pihak KEN untuk peraduan menulis cerpen sempena penerbitan novel 'Merah Cinta Epal' karya Ridha Reewani dengan slogannya 'Rasa Cinta Kita Seperti Manisnya Epal Merah'

links group komuniti e-novel:

Tajuk : Pai Epal Tanda Cinta

Aku berjalan menyusuri pantai sambil menikmati keindahan laut ketika matahari hampir terbenam. Hati yang sebelum ini sakit terasa tenang apabila melihat bertapa indahnya ciptaan tuhan. Aku singgah di sebuah pangkin yang terletak berhampiran pokok rhu bagi melepas lelah ketika berjalan di tepi pantai tadi. Ketika aku sedang ralit melihat suasana dihadapan,kedengaran derapan tapak kaki menghampiri tempat aku. Aku hanya biarkan sahaja meskipun aku tahu orang itu sudah duduk disebelah aku.

Apabila terasa diri ini diperhatikan,aku pun memandang ke sebelah kanan dan melemparkan segaris senyuman kepada insan tersebut. Ikhmal Haikal ,itulah nama insan tersebut. Dia merupakan teman aku sejak aku kecil lagi. Dari raut wajah Ikhmal, aku tahu dia sedang menahan perasaan marah terhadap aku. Aku hanya mendiamkan diri menunggu kata-kata yang bakal keluar dari mulut Ikhmal.

“ Kenapa yana buat abang macam ni? Sanggup balik kampung tak beritahu abang,” pertanyaan ikhmal memecahkan kesunyian yang telah aku cipta. Ikhmal lebih selesa membahasa kan dirinya ‘Abang’ dia lebih tua dari aku 2 tahun.


Aku memberikan senyuman segaris kepada Ikmal sebelum menjawab pertanyaan tersebut, “ Yana tak nak susahkan abang,lagi pun abangkan ada mesyuarat penting semalam,”

Ikhmal hanya mampu mengeluh mendengar penjelasan gadis disebelahnya sebentar tadi. Ikhmal hanya mampu memandang sayu wajah jelita dihadapannya. Bagi Ikhmal , Liyana adalah segala-galanya meskipun dia tidak pernah meluahkannya.

“Kalau jadi apa-apa pada yana ,siapa yang susah,abang jugakan. Abang bukan apa, abang takut bila auntie cakap yana balik naik teksi malam semalam,”rungut Ikhmal sambil melemparkan pandangannya ketengah laut.

Hati aku terasa sebak apabila mendengar penjelasan Ikhmal sebentar tadi. Bertapa dia mengambil berat segala perkara yang melibatkan diri aku. Hanya aku sahaja yang tidak menyedarinya sehinggalah Razif memberitahu aku.
Razif, satu nama yang membuatkan hati aku terasa sakit. Satu kecurangan yang amat memedihkan sehingga membuatkan aku pulang ke rumah tanpa pengetahuan sesiapa pun.

Flash back
Aku, Izzati,Fattin,Amira dan Syirah teman-teman baik aku di UNISEL sedang berjalan-jalan di klcc kerana semalam merupakan hari terakhir bagi semesta ketiga. Ketika sedang kami berjalan-jalan, tiba-tiba kami terpandang couple yang sedang asyik berjalan berpimpin tangan.

Aku terkejut apabila lelaki tersebut memandang kearah kami. Hati aku terguris apabila melihat kemesraan tersebut. Aku terus berlari meninggalkan teman-teman aku apabila Razif menyedari kehadiran aku disitu.

“ Liyana,” jerit Razif sambil mengejar .

Aku memandang Razif dengan mata yang sudah basah dengan air mata . Hatiku sakit bagaikan dihiris sembilu apabila melihat aksi mesra Razif dan gadis yang dilihat sebentar tadi.

“ Kenapa razif buat yana macam nie?” aku bertanya apabila razif hanya berdiam tanpa kata.

“Sebab razif dah tak sanggup tengok hati orang lain sakit bila tengok razif dengan yana,” jawab Razif sambil memandang mata aku meminta agar aku mengerti.

“ Apa maksud razif?”aku masih tidak memahami apa yang di katakan oleh Razif. Hati siapa yang akan terluka apabila melihat aku bersama Razif, adakah gadis yang bersama Razif sebentar tadi.

“ Abang Ikhmal..,”Razif meyebut satu nama. Aku tercenggang apabila mendengar Razif menyebut nama Ikhmal.

“Apa kena mengena hubungan kita dengan abang Ikhmal?” aku bertanya dengan nada yang sedikit tinggi sehingga menarik perhatian orang sekeliling.

“ Hati abang ikhmal sakit bila tengok kita. Memang dia banyak bantu yana dengan zif selama nie,tapi zif tahu hati dia terluka. Razif lelaki,zif tahu perasaan abang ikhmal pada yana,” kata Razif dengan panjang lebar.

“ Tapi abang ikhmal hanya anggap yana macam adik dia je kan,” aku berkata dengan nada yang masih ditekankan.

Razif tersenyum sinis sebelum berkata,” Mustahil dia hanya anggap yana sebagai adik je, zif dapat baca dari pandangan dia pada yana. Dia tutup semua tu dengan cara ambik berat pasal yana,tapi zif tak buta lagi untuk tengok,”

Aku hanya mampu melihat Razif berlalu dengan 1001 perkara yang berada difikiranku.

End Flashback

“ Dah sampai bulan dah ke? Abang cakap pun yana buat bodo je,” kata Ikhmal dengan nada merajuk apabila melihat aku hanya berdiam diri. Aku hanya tersenyum apabila menyedari aku masih berada di tepi pantai bersama Ikhmal.

“ Mana ada…jom lah balik,yana ada buat pai epal pagi tadi,” aku bangun dari duduk sambil berdiri dihadapan ikhmal. Sebuah senyuman yang manis aku leparkan kepadanya

“ Abang tahu, auntie bagi tahu tadi,” kata ikhmal sambil menapak menghampiri kereta Lancer yang diparking dibelakang kami.

Aku mengikuti belakang ikhmal sambil memandang lelaki itu dari belakang. Tidak dinafikan ikhmal mempunyai satu pakej yang lengkap untuk seorang lelaki tetapi aku tidak pernah melihat mana-mana perempuan yang berdampingan dengannya. Setiap tutur kata lelaki itu yang tegas tapi lembut dapat menarik perhatian sesiapa sahaja yang mendengarnya.

“ Nie kenapa pandang abang macam nak telan je?” Tanya ikhmal apabila memusing ke belakang kerana merasakan dirinya di perhatikan.

“ Saje suka-suka,” aku menjawab sambil melangkah kedalam kereta.

Ikhmal hanya tersenyum nakal sambil melangkah masuk ke dalam kereta. Jika difikirkan ikhmal hanya perlu berjalan ke pantai cherating kerana rumah mereka bukan jauh sangat dari situ tetapi kerana sikapnya yang tidak tahu berkira menyebabkan segala perkara dilakukan tanpa mempedulikan kerugian yang akan ditanggung.

__________________________________________________________________________________

“Makan banyak sikit Kal,auntie tengok makin kurus kamu nie,” kata Datin Munirah sambil mencedokkan bihun goring kedalam pinggan Ikmal.

“ Memang pun auntie, yana nie ha tak tolong jaga makan minum Kal. Kal makan ke tidak ke,bukan dia ambik peduli,” jawab Ikhmal sambil melemparkan senyuman nakal apabila melihat aku memandangnya tajam.

“ Hmm… kalau kamu nak yana tolong jaga makan minum,kamu kena lah masuk meminang barulah betul, kan bang kan,”

“ Uncle setuju sangat Kal,lagipun kamu kan dah dapat kerja dekat syarikat ayah kamu tu,” Datuk Ramlan mensetujui cadangan isterinya itu.

“ Tu pun kalau tuan punya badan setujulah uncle,auntie. Kalau tak setuju Kal takleh buat apa,” kata Ikhmal sambil menjeling wajah yang sudah memerah disebelahnya.

Datuk Ramlan dan Datin Munirah hanya mampu tersenyum apabila melihat wajah anak gadis mereka yang sudah memerah. Mereka tahu Liyana tidak akan menghampakan harapan mereka,tambahan pula Ikhmal Haikal amat rapat dengan keluarga mereka. Abang-abang Liyana juga mensetujui cadangan untuk menyatukan Liyana dengan Ikhmal.

“ So adik,ada mama ngan papa cakap apa-apa pasal Kal ?” Tanya Zulfakar,abang sulung aku. Aku dan abang Zul memang rapat dari kecik lagi,kalau dengan Abang Alif aku kurang sebab dia kurang ramah sikit walaupun dia ambik berat pasal aku.

“Ada,petang tadi masa Abang Ikhmal datang minum petang,segan adik mama ngan papa cakap gitu dekat depan Abang Ikhmal,” Liyana mula merungut sambil mencebik apabila teringat tentang gurauan mama dan papa petang tadi.

Abang Zulfakar tersenyum apabila kakak iparku,Kakak Shidah datang menghantar minuman kepada kami. Sudah hampir 3 tahun Abang Zulfakar dengan Kak Shidah berkahwin tapi hubungan aku dengan Abang Zulfakar tetap tak berubah. Dalam family,tinggal aku dengan Abang Alif je yang tak kawin lagi.

“ Bagus la macam tu,senang sikit kita nak suruh Kal masuk meminang. Lagipun adik dengan budak tu dah putuskan,”kata Abang Zulfakar tanpa bertapis. Dia merupakan satu-satunya didalam keluarga aku yang tahu aku ada boyfriend dekat kolej dan dialah orang pertama yang aku telefon lepas aku putus dengan Razif.

“ Dah la jangan sebut lagi pasal tu. Sakit hati bila ingat balik,” aku membalas dengan membuat muka tak puas hati. Abang Zulfakar dan Kak Shidah hanya tersenyum melihat gelagat aku.

_____________________________________________________________________________________

Dirumah Ikhmal

“ Kal, macam mana setuju tak dengan rancangan mama ngan auntie?” Tanya Datin Ashikin ketika mereka sekeluarga sedang menonton di bilik rehat.

“ Kal tak kisah ibu,tapi Yana setuju ke. Kal bukan apa,nanti kalau Kal yang beria tapi Yana tak setuju pun,” kata Ikhmal sambil menjelingkan mata kepada adik keduanya,Adib yang melempar senyuman sinis kepadanya.

“ Kalau Abang Kal tak nak, Adib ada nak jadi pengganti,lagipun Adib dengan Yana tu pun sama umurkan,” kata Adib sambil menjauhkan diri apabila melihat abangnya melemparkan pandangan tidak puas hati.

“ Adib,behave yourself. Kamu tu kan dah ada tunang,jangan nak menggatal pulak,” tegur Datin Ashikin kepada anak keduanya itu

Adib hanya tersenyum apabila ditegur oleh ibunya. Ketika mereka sedang berborak ,kedengaran pintu hadapan dibuka dari luar. Masuk Datuk Fadley sambil menjinjit briefcase . Datin Ashikin bangun menuju kearah suaminya dan menyalaminya.

“ Awal abang balik hari nie?” Tanya Datin Ashikin sambil mengambil briefcase yang dibawa oleh suaminya.

“Ermmm…tadi klien yang abang cakap tu cancel nak jumpa abang sebab isteri dia nak bersalin,” kata Datuk Fadley melabuhkan diri disebelah Ikhmal.

Datin Ashikin membawa briefcase suaminya kebilik kerja sebelum menuju ke dapu untuk menyediakan minuman. Datuk Fadley santai bersembang dengan anak-anaknya bertanya tentang perkembangan mereka. Ikhmal menceritakan tentang perkembangan syarikat mereka di Kuala Lumpur manakala Adib menyatakan tentang pembelajarannya yang telah memasuki tahun akhir.

___________________________________________________

Di rumah Liyana

“ Hello,assalamualaikum abang,” aku memberi salam apabila panggilan sebelah sana diangkat.

“ Waalaikumsalam Yana. Nie kenapa tiba-tiba call abang tengah-tengah malam nie?” Tanya Ikhmal sambil merebahkan diri diatas katil.

Aku memuncung apabila mendengar pertanyaan Ikhmal,” Tak kan nak call bakal suami sendiri pun tak boleh. Kalau gitu malas lah nak call abang dah,”

Ikhmal dihujung sana kedengaran gembira apabila aku menyebut perkataan ‘bakal suami’ sebentar tadi. Hati mana yang tidak gembira apabila pinangan yang dihantar diterima dengan hati yang terbuka. Baru aku sedari bahawa selama ini bukan Razif yang aku cintai tetapi Ikhmal.

“ Bukan tak boleh,tapi bagi upah la sayang,” kata Ikhmal mengusik kerana dia tahu aku mudah blushing apabila dia menyebut perkataan ‘sayang’.

“Ermm…abang nak upah apa?” aku sengaja melayan usikan Ikhmal kerana aku tahu dia tidak pernah melampaui batas-batas agama.

“ Abang nak Yana buatkan dekat abang pai epal dengan penuh rasa cinta,boleh?” Tanya Ikhmal

Aku hanya tersenyum mendengar mendengar permintaan Ikhmal. Entah mengapa dari dulu dia amat menyukai pai epal yang aku buat. Malah ketika kali pertama aku membuat pai epal,dia merupakan orang pertama yang mencubanya.

“ Abang suka sangat dengan pai epal yang Yana buat,padahal ibu selalu je buat pai epal dekat rumah tu,” aku memang memanggil emak Ikhmal ‘ibu’ kerana ibu yang menyuruhnya.

“ Ala,ibu buat selalu dah abang makan. Abang nak makan pai epal yang Yana buat,bukan senang nak rasa pai epal yang Yana buat,” suara Ikhmal kedengaran menjauh

“ Yelah,nanti Yana buat pai epal untuk abang. Nanti masa kawin pun Yana balas dulang abang dengan pai epal ye,” aku memujuk Ikhmal sambil bergurau

“ Boleh-boleh,nanti dulang abang tu,abang suruh ibu letak epal ye,” Ikhmal menjawab dengan nada bersungguh-sungguh

Kami berdua bersembang sehingga kedengaran suara ibu disebelah sana menyuruh Ikhmal tidur. Kami ketawa apabila mendengar suara ibu. Perbualan berpanjangan sehingga jam menunjukkan pukul 2 pagi,bertapa manisnya saat yang kami jalani salami ini,Cuma aku sahaja yang buta untuk mengesannya.

_____________________________________________________________________

Ternyata Ikhmal mengotakan kata-katanya apabila salah satu dulang hantaran yang diberi merupakan sebakul epal yang disusun membentuk hati. Pagi itu dengan sekali lafaz aku selamat menjadi isteri kepada Ikhmal Haikal Datuk Fadley. Razif turut hadir ke kenduri kawin kami bagi mengucapkan tahniah,dia kelihatan kecewa apabila aku mengkhabarkan aku akan berkahwin dengan Ikhmal.

“ Ibu tak tahu lah apa yang ada dalam fikiran Kal masa tu,tiba-tiba je dia suruh ibu buat salah satu dulang tu ada buah epal,” kata ibu ketika kami sekeluarga sedang berkumpul diruang tamu rumah mama.

“Awak jangan kata Kal je Cik Syikin,nie menantu awak nie ,tiba-tiba je malam sebelum akad nikah turun dapur buat pai epal untuk letak dalam dulang hantaran katanya,” mama pula menyampuk sambil menjeling kepada aku dan Ikhmal.

Adib,ayah dan papa hanya ketawa mendengar rungutan ibu dan mama. Sudah banyak tetamu yang bertanya mengapa di dalam dulang hantaran mempunyai pai epal dan buah epal. Aku dan Ikhmal hanya tersenyum tanpa menjawab pertanyaan itu. Biarlah hanya kami berdua yang tahu..opss..bukan dua tapi tiga sebab Adib terdengar perbualan aku dan Ikhmal pada malam itu.

Sesungguhnya pai epal tidak akan dapat dibuat tanpa adanya epal. Samalah seperti aku dan Ikhmal yang tidak dapat hidup tanpa cinta dalam diri kami. Pai epal merupakan tanda cinta kami.