Followers

Sunday 15 April 2012

cerpen: Hak milik selamanya [ i ]


“ Sampai bila-bila pun aku tak akan mengaku engkau isteri aku,” tengking Tengku Ikhram apabila aku melangkah masuk ke dalam bilik pengantin yang telah dihias cantik.

“ Tengku ingat saya nak sangat kahwin ke. Kalau tak sebab mama dan papa saya,saya tak akan kahwin dengan awak ,TENGKU IKHRAM. Kita nie baru form 5 tau tak,” aku membalas dan menarik luggageyang berada berhampiran almari baju.

Wajah terkejut Tengku Ikhram jelas kelihatan apabila aku membalas tengkingannya sebentar tadi. Mungkin dia tergamam tambahan pula dia melihat aku pergi ke arah pintu bilik dengan luggage. Apabila menyedari tindakan aku,dia berlari dan menangkap tanganku. Tangan aku ditarik bagi mengelakkan aku meneruskan langkah.

Aku terkejut dengan tindakan Tengku Ikhram, aku memandang wajah tampan itu dengan pandangan yang tajam. Hatiku sakit apabila ditengking sebentar tadi,hati aku bertambah sakit dengan tindakan Tengku Ikhram yang menarik tanganku sesuka hati.

“ Engkau nak pergi mana Rin? Jangan cakap engkau nak tinggalkan rumah nie,” suara Tengku Ikhram mulai lembut berbanding tadi. Hatinya yang panas mungkin sudah kembali sejuk apabila mendengar suara aku yang menyatakan tentang paksaan keluarga tentang perkahwinan kami.

“ Saya nak pindah bilik depanlah. Lagipun kan kita kena kahwin paksa,buat apa saya nak satu bilik dengan Tengku,” aku membalas sambil menarik tangan dari pegangan Tengku Ikhram. Tindakan aku cuba menarik tangan itu menyebabkan rambut beralun sedikit.

Tengku Ikhram terdiam tanpa menjawab apa-apa. Samaada terkejut ataupun tergamam dengan rupa aku sekarang. Selama ini aku memakai cermin mata besar dan tudung ke sekolah. Tiada sesiapa yang tahu aku sebenarnya bukan jenis perempuan bertudung,hanya teman rapatku sahaja yang tahu.

“ Cantik mata Rin,” kata Tengku Ikhram perlahan dan tangannya naik untuk mengusap aku yang sedikit kedepan akibat sentakan tadi.

“ Tolonglah Tengku jangan nak buat benda pelik-pelik. Baru kejap tadi Tengku tengking saya,sekarang puji saya pulak,” aku menyindir lalu melangkah keluar memuju kebilik yang bertentangan dengan bilik Tengku Ikhram.

Aku melihat dia meraup wajahnya berkali-kali. Mungkin menyesal dengan tindakannya kepada aku sebentar tadi. Aku melangkah masuk kedalam bilik tanpa mempedulikan pandangan Tengku Ikhram.

_______________________________________________________

“ Ah..apa aku dah buat nie. Bukan salah Rin pun dia kena kahwin dengan aku. Family kitorang yang aturkan,” aku mengumam sendiri. Menyesal rasanya menengkin Edrina sebentar tadi.

Aku melangkah keluar dari bilik,kelihatan Rin sedang menyusun baju-bajunya masuk kedalam almari. Kami tak kisah duduk berasingan bilik walaupun dekat rumah nie ada orang gaji. Mak Timah tahu konflik yang aku dan Rin hadapi,sebab aku dah jelaskan pada dia. Serba salah rasanya sama ada nak mintak maaf ke tak.

Aku melangkah masukjuga ke dalam bilik Rin dan melabuhkan diri diatas katil. Aku hanya melihat tingkah laku Rin yang sedang menyusun baju masuk ke dalam almari. Rin nampak macam tak kisah aku duduk dalam bilik dia nie. Aku mencapai frame gambar yang Rin susun atas meja sisi dia. Rasa macam nak pecahkan je frame tu bila tengok gambar Razif ada dekat dalam tu.

“ Aku tak suka engkau dengan Razif,”tiba-tiba je aku cakap macam tu. Rasanya macam aku cakap dalam hati je tadi. Lantaklah yang penting Rin tahu aku tak suka dia dengan Razif.

“ Apa hak Tengku nak halang hubungan saya dengan Razif?” bentak Rin dan rampas frame tersebut dari tangan aku.

“ Sebab aku suami engkau,jadi aku berhak halang. Lagipun aku tahu engkau dengan Razif tu bukannya betul-betul pun kan,”aku guna kuasa veto aku sebagai suami untuk jauhkan Rin dari buaya darat tu.

Rin terkejut rasanya sebab aku tengok dia senyap je. Sape tak terkejut tadi tak mengaku dah kawin tapi tiba-tiba guna kuasa veto. Geram rasanya tengok Rin berdiri depan aku,dengan dress takat lutut warna pinknya. Rasa comel je. Aku tarik tangan budak comel tu duduk atas riba aku.

“ Tengku,” budak comel tu panggil nama aku kot sebab memang ada ‘Tengku’ dekat depan nama aku.

“ Ye sayang,”

“ Tolonglah Tengku,jangan buat benda-benda pelik,”bentak Rin sambil menepis tangan aku yang dah mula merayau dekat atas rambut beralun dia tu

“ Ok,esok kita pergi sekolah sama-sama ye,” aku bangun dan melangkah keluar dari bilik lepas cakap gitu

“ Tapi….,” Rin berhenti bercakap bila aku letak jari telunjuk ke bibir menandakan tiada bantahan. Rin hanya anggukkan kepala je,aku tahu dia takut kantoi pasal perkahwinan kitorang nie tapi aku tak pun.

_______________________________________

Bunyi kereta Skyline yang menderu masuk ke kawasan sekolah menarik perhatian para pelajar. Sesiapa yang melihat kereta tersebut dapat meneka tahap kekayaan pemiliknya. Kereta tersebut memasuki parking yang telah disediakan. Kelihatan beberapa orang pelajar sedang melepak di parking tersebut ditemani kereta sport masing-masing.

Pintu bahagian pemandu yang terbuka,menerbitkan senyuman di kalangan pelajar disitu. Pemandunya hanya mampu tersenyum kepada mereka sebelum mengisyaratkan sesuatu kepada seseorang didalam. Pintu dibahagian penumpang dibuka dan kelihatan seorang gadis yang keluar dari situ. Perkara itu membuatkan semua orang dikawasan parking tersebut tercengang. Aku tersenyum pada Rin. Rin pergi dekat aku pastu salam dan pergi.

“ Weh Am,macam mana Edrina boleh pergi sekolah dengan engkau nie. Siap salam lagi,” tanya Afiq bagi mewakili rakan-rakan aku yang lain yang dari tadi dok bagi isyarat dekat budak tu.

“ Kenapa,tak boleh ke dia nak datang dengan aku?” aku bertanya sambil membuka pintu belakang untuk mengambil beg galas.

“ Bukan tak boleh,” Afiq mula mengaru kepalanya yang tidak gatal itu sebelum menyambung,” tapi engkau tahukan yang Edrina tu girlfriend captain basketball sekolah kita,”

Aku hanya tersenyum mendengar kata kawan karibnya itu,” Relax la bro. Lagipun,girlfriend je kot bukan wife dia pun,”

“ Suka hati engkau lah Am,tapi kalau Razif and the gang carik pasal dengan engkau,kitorang backup engkau,” kata Afiq sambil menepuk bahu aku.

Kami semua berlalu dari situ apabila bunyi loceng sekolah mula bergema.

__________________________________

“ Hai Rin,” sapa seseorang ketika aku sedang asyik melakukan kerja editing di taman belakang sekolah. Aku hanya tersenyum kepada lelaki tersebut sebelum menghadap kembali kamera di tangan.

“ Hai Man. Engkau takde kelas ke nie?” aku bertanya apabila melihat Aiman bersenang lenang dihadapanku. Aku menyangkakan Aiman hanya sekadar menegur.

Aiman hanya mengelengkan kepala bagi menjawab pertanyaan aku. Dia mengambil salah satu gambar yang berada berselerak diatas meja. Dia tidak ingin menganggu aku melakukan kerja mengedit gambar bagi majalah sekolah. Kerja aku yang sentiasa memerlukan komitmen yang tinggi menyebabkan Aiman tidak mahu menggangu aku.

Tengku Ikhram yang dalam perjalanan ke bilik gerakan terus berpatah balik apabila melihat aku sedang bersama Aiman di taman sekolah. Aku yang perasan hanya tersenyum ,aku dapat melihat wajah yang penuh cemburu diwajahnya.

“ Hai guys. Tengah buat apa nie?” Tengku Ikhram bertanya apabila menghampiri kami berdua. Aiman hanya tersenyum melihat Tengku Ikhram bertanya begitu. Muka yang penuh dengan aura cemburu itu membuatkan dia ingin ketawa.

“ Tak buat apa-apa pun. Jangan lah cemburu Am,aku nie kan sepupu Rin,” jawab Aiman sambil menjeling aku disebelah yang sedang asyik dengan kerja seolah-olah tiada apa yang sedang berlaku.

“ Mana ada aku cemburu ,aku cuma tanya je,” sangkal Tengku Ikhram sambil melabuhkan diri disebelah aku. Dia mengambil kamera ditangan aku dan membelek gambar yang berada didalamnya.

Tindakan Tengku Ikhram membuatkan aku memandang lelaki itu dengan pandangan yang tidak puas hati. Aku cuba merampas kamera itu semula tetapi Tengku Ikhram telah melarikan kamera itu jauh dari jangkauan. Kami tidak menyedari ada mata yang memandang dengan penuh kebencian.

“ Macam-macamlah engkau nie Am,” kata Aiman sambil ketawa. Ketawanya terhenti apabila dia merasakan satu aura negatif seolah-olah membuak-buak dari satu sudut. Dia mengalihkan pandangannya kepada penjuru sekolah yang berada di belakangnya. Kelihatan Razif sedang memandang Tengku Ikhram dan Edrina tanpa menyedari dia diperhatikan.

Aiman tersenyum melihat pandangan Razif kepada pasangan dihadapannya,memang itu yang dia inginkan. Sejak dulu dia merupakan antara musuh ketat Razif,perbalahan bermula apabila Razif and the gang menceroboh gelanggang drift mereka . Lapangan yang sepatutnya menjadi tempat latihan drift dirampas oleh Razif dan dijadikan gelanggang basketball.

Pertelingkahan berlarutan sehinggalah aku menjadi kekasih Razif,dendam didalam hati Aiman semakin memuncak. Dia merasakan bahawa Razif sengaja ingin mencabarnya dalam diam. Kini biar Razif merasakan bagaimana dia rasa tetapi dengan cara yang lebih kejam. Dia berdeham apabila pasangan dihadapannya masih bertelingkah tentang kamera.

“ Sudahlah tu,jom balik. Dah pukul 3.00 dah nie,” kata Aiman sambil mengangkat beg sandangnya,” Oh lupa pulak! Rin kena belanja aku hari nie kan,”

Aku memandang tepat kepada Aiman apabila mendengar kata-kata sepupuku itu. Aku terkejut,tambahan pula sebentar tadi aku sedang merungut sendiri kerana Tengku Ikhram merampas buah hati aku tadi.

“ Kenapa pulak Rin kena belanja Man?”

“ Lupa ek…kan ke hari tu Rin ada beat dengan Man pasal game kitorang dekat subang,” kata Aiman sambil mengenyitkan mata kepada aku. Aku mengeluh,menyesal rasanya bertaruh tentang perkara yang sudah diketahui pemenangnya.

Tengku Ikhram ketawa melihat reaksi aku. Kami bertiga bergerak kearah kereta. Aku dipaksa naik bersama Aiman bagi mengelakkan aku lari dari janji. Tengku Ikhram menganggukkan kepala apabila Aiman meminta kebenarannya.

_________________________

bersambung...
nantikan sambungannya ;D

Monday 2 April 2012

cerpen akan datang


cerpen baru..in progress lagi...idea banyak tapi tatau nak translatekan (cam google dah rsenya)
insyaallah,nanti saya post..tapi yang pasti bukan minggu nie sbb banyak sgt kerja skolah yg nak kne kejar..penat kot