Followers

Friday 20 July 2012

beri aku bahagia [iii]


  Airel yang baru melangkah masuk ke dalam rumah yang baru seminggu mereka diami tersenyum melihat Aira sedang berbaring di sofa dengan masih berpakaian kerja. Mungkin penat kerana pagi tadi Aira ada menyatakan bahawa wakil dari Perancis ada datang ke syarikatnya. Dia duduk di pinggir sofa dimana tempat Aira berbaring. Wajah jelita itu dipandang sepuasnya.

   “Te amo senorita,” bisik Airel ditelinga Aira. Dia mengucup pipi mulus itu sebelum mengangkat Aira ke bilik.

  Tubuh yang keletihan itu dibaringkan ke katil sebelum dia melangkah ke bilik mandi untuk membersihkan diri. Ketika dia keluar Aira masih lagi terlena. Dia ingin mengejut isterinya itu tetapi kesian pula melihat wajah letih Aira. Tambahan pula Aira sedang ABC ketika ini. Dia mengetahuinya ketika mengejut Aira pagi tadi.

  “Kesian isteri abang nie. Penat sangat ye,” bisik Airelw selepas solat isyak,tudung yang masih terletak di kepala Aira ditanggal. Baju kerja Aira juga ditukar kepada baju tidur dan perlahan-lahan dia berbaring disebelah Aira. Bahagia rasanya mendengar kata cinta dari Aira pagi tadi.
                                                        ********************

  Alarm yang berbunyi menggangu tidur lena Aira. Terasa seperti ada tangan yang memeluk pinggangnya lalu perlahan-lahan matanya dibuka. Terkejut Aira apabila melihat wajah Airel hanya seinci daripada wajahnya. Deruan nafas Airel yang menyapa muka Aira membuatkan hatinya jadi tak keruan. Rasa macam lagu Zamani dengan Syarifah Zarina nyanyi tu walaupun menyimpang jauh.

Sunday 1 July 2012

kepada pembaca cerpen beri aku bahagia.

  saya mintak maaf sangat-sangat sebab tak boleh sambung cerpen tu buat masa sekarang. sepanjng 2 minggu nie pikiran serabut sangat dengan sukan sekolah,dengan exam MUET 3 JULAI nie,so idea takde satu pun masuk. insyaallh lepas hbis MUET nanti saya sambung balik tulis