Followers

Friday 27 January 2012

cinta terindah


` “ Aku terima nikahnya Norazura binti Zulkefli,dengan mas kawin RM2500 tunai,” ucapan akad nikah yang dilafazkan dengan satu nafas itu disahkan oleh para saksi dan doa kesyukuran pun dibaca. Selepas itu pengantin lelaki pun berlalu untuk menunaikan solat sunat nikah.

Acara pembatalan air sembahyang yang disaksikan oleh ahli keluarga terdekat kelihatan suram apabila mereka melihat air mata Azura mengalir. Bukan kerana gembira tetapi sedih kerana hidupnya akan terkongkong dengan status yang baru di pegangnya

“ Zura sayang…maafkan mama dengan papa ye. Kami terpaksa kawinkan Zura sebab kami nak uruskan projek dekat Jepun selama 3 tahun,lagipun Zurakan last year,mama tak nak lah anak mama gagal ,” kata Puan Zulaikha kepada Azura selepas mereka pulang dari masjid.s yang baru dipegang sebentar tadi.

“ Tapi ma…kenapa mesti dengan Afiq. Tak kan tak ade calon lain yang mama dengan papa nak jadikan menantu?” Azura membentak apabila mengetahui suami yang telah ditentukan oleh mama.

Puan Zulaikha hanya mampu mengeluh apabila mendengar kata-kata Azura sebentar tadi. Hati ibu mana yang tidak sedih apabila melihat anak yang dijaga dari kecil kecewa. Tetapi kerana desakan kerja dia dan suami terpaksa mengahwinkan anak mereka dengan anak kawan baik mereka sendiri.


“ Papa tak kira,Zura suka atau tidak sekarang Zura dah jadi isteri Afiq yang sah,” suara Tuan Zulkefli berkumandang dipintu bilik pengantin,” Malam nie akan jadi malam terakhir Zura tidur dekat sini sebab esok Zura kena ikut Afiq balik rumah dia,”

“ Tapi pa….,”

“ Tak ada tapi-tapi…by hook or by crook,Zura kena ikut Afiq,ini keputusan muktamad,” Tuan Zulkefli tegas bersuara sebelum menarik keluar isterinya dari bilik anak gadisnya itu.

Azura terduduk diatas katil biliknya apabila mendengar arahan mandatori dari papa sebentar tadi. Bagaimana dia ingin hidup disamping lelaki yang paling dibenci. Mama dan papa bagaikan tidak tahu tentang bertapa menyampahnya dia dengan lelaki itu.

*******************

Ketika Muhammad Afiq Hakim melangkah masuk ke dalam rumah mertuanya,hanya ayah dan ibu mertuanya sahaja yang menyapa. Sengaja dia datang pada awal pagi bagi menghabiskan masa bersama mertuanya sebelum bertolak ke kuala lumpur pada petang ini.

“ Mana Zura ayah?”Tanya Afiq selepas bersalam dengan ayah dan ibu mertuanya.

“ Ada dalam bilik,tak bangun lagi…penat sangat lah tu,”kata Haji Zulkefli sambil tersenyum sebelum menyambung,” Awal datang Fiq,rindu isteri ke?”

Afiq tersenyum apabila mendengar kata-kat Haji Zulkefli. Dia melangkah kebilik Azura apabila ibu mertuanya menyuruhnya mengejut Azura. Ketika melangkah ke dalam bilik,haruman lavender semerbak disekitar bilik. Kelihatan sebujur badan yang sedang lena tidur diatas katil bersaiz queen.

Dia menghampiri tubuh itu dan berbaring disebelahnya. Dia menatap wajah yang baru dinikahinya semalam. Meskipun berkahwin atas kehendak keluarga,telah wujud perasaan sayang kepada gadis tersebut. Perlahan-lahan dia mengucup lembut pipi isterinya itu sebelum naik ke bibir. Bibirnya lama singgah disitu sebelum melepaskannya apabila merasakan ada pergerakan pada isterinya itu

Azura yang baru bangun merasakan seperti ada tubuh lain yang sedang mendakap tubuhnya. Apabila mata Azura dapat mengecam siapa yang berada disebelahnya,dia hampir menjerit tetapi tersekat kerana bibir lelaki tersebut telah singgah dibibir. Dia menjadi tergamam dengan tindakan berani lelaki itu. Apabila menyedari tindakan lelaki yang mula memeluk pinggannya,dia mula menolak tubuh Afiq.

“ Apa yang awak buat dekat sini?"

“ Abang nak kejut Zura lah,tapi tengok Zura tidur lena sangat tak sampai hati abang nak kejut,” kata Afiq sambil bergerak merapati tubuh isterinya

“Jangan dekat,saya jerit karang,”Azura mula mengugut sambil menapak kebelakang.

Afiq senyum nakal apabila mendengar kata-kata isterinya itu. Setapak demi setapak dia menghampiri Azura. Tindakannya itu menyebabkan Azura mula mengundur kebelakang sehingga terperangkap di almari yang terletak dihujung bilik. Dia menghalang perjalanan Azura dengan meletak tangannya di dinding almari ,mengepung Azura ditengah-tengah.

“ Ayang nak menjerit ye,” bisik Afiq hampir ditelinga Azura,” Jerit la,biar papa tau yang kita bakal bagi cucu dekat dia,”

Azura menjadi tergamam apabila mendengar kata-kata Afiq sebentar tadi. Afiq hanya tersenyum sambil membelai rambut Azura yang tergamam dengan kata-katanya sebentar tadi. Apabila melihat terlalu lama Azura tergamam,pelahan-lahan dia menarik tangan isterinya itu ke pintu.

“ Eh…awak nak bawak saya pegi mana nie?” Tanya Azura sambil menarik tanganya dari gengaman Afiq.

“Jom lah pegi breakfast, dari melayan blur ayang tu, baik abang bawak ayang pegi makan. Sian mama ngan papa dah lama tunggu kita,” kata Afiq sambil meneruskan langkahnya.

Azura hanya mengikut Afiq ke meja makan. Mama dan Papa kelihatan tersenyum apabila melihat tangan Afiq sedang erat mengenggam tangan Azura. Mereka bersarapan sambil papa dan Afiq sibuk bersembang tentang naik turun saham.

“ Ermm..sebelum mama terlupa,ibu ada cakap yang Afiq nak pergi korea ye hujung bulan nie,” Tanya Puan Zulaikha apabila teringat tentang apa yang disembangkan dengan Datin Fauziah semalam.

“ Yap..Afiq ingat nak bawak Zura sekali, boleh ke ma,pa?” Tanya Afiq sambil memandang mertuanya. Azura hampir tersedak apabila mendengar pertanyaan Afiq tadi,dia memandang suaminya itu dengan pandangan tidak puas hati.

“ Eh, kenapa nak mintak kebenarannya,bawak jelah. Lagi pun Zura kan tengah cuti sekarang nie,” Haji Zulkefli menjawab sambil memandang anak gadisnya itu dengan pandangan yang tegas tanda tiada alasan.

Afiq tersenyum gembira apabila mendapat sokongan daripada mertuanya. Dia tahu yang Azura tidak akan membantah apa yang dikatakan oleh mama dan papa. Lima tahun tinggal disebelah rumah menyebabkan dia tahu bagaimana perangai Azura. Hati Azura pula bagai dilanda garuda apabila Afiq menyatakan ingin membawa dia ke Korea.

Di rumah Afiq






Keadaan penthouse Afiq yang teratur dan tersusun menyebabkan Azura menjadi tergamam. Dia tidak pernah melihat rumah lelaki yang pernah bujang sekemas ini. Dia mengandaikan rumah itu bersepah tetapi ternyata tanggapannya melesat.

“ Are you love this house honey,” Tanya Afiq apabila melihat Azura seperti tergamam di ruang tamu

Azura hanya menganggukkan kepala sambil berjalan disekeliling rumah. Rumah itu mempunyai 1 bilik utama, 4 bilik tetamu dan 1 bilik kerja,ketika dia melangkah ke bilik utama dia ternampak gambar pemandangan Bandar korea serta merta dia teringat tentang perbualan mereka di meja makan pagi tadi.

“ Awak nie dah tak betul ye,” jerit Azura tiba-tiba apabila Afiq melangkah masuk ke dalam bilik tidur utama menyebabka Afiq tergamam sebentar.

“ Did you say I’m crazy?” soal Afiq sambil bersandar di pintu almari.

“ Yes you are, kenapa awak cakap dekat mama dengan papa yang awak nak bawak saya pergi korea,” Azura melepaskan geram yang terpendam dari rumah mama dan papa lagi.

Afiq tersenyum sinis sambil melabuhkan diri disebelah Azura yang duduk di atas katil sehingga menyebabkan Azura terpaksa bergerak menjauh,” Abang memang nak bawak ayang,lagipun apa kata mama dengan papa nanti bila abang tinggal ayang dekat Malaysia,”

“Eh..pandai-pandai saya lah nak jawab apa dekat parents saya dengan parents awak,” kata Azura dengan penuh keegoan.

Afiq menarik tubuh itu dekat dengannya hingga Azura boleh terhidu bau wangian playboy yang digunakan. Afiq mengusap rambut isterinya itu dengan penuh kelembutan,wangian syampu dari rambut Azura menyebabkan dia tidak ingin melepaskan tubuh itu jauh darinya.

“ To make sure you fall in love with me,I will never let you go away from me. Not in the single of time honey,” bisik Afiq ditelinga isterinya sebelum membenamkan muka di leher jinjang Azura.

Azura seakan terpukau dengan bisikan suaminya itu sebentar tadi. Buat pertama kalinya dia merasakan kasih sayang seorang lelaki yang bukan dari keluarganya. Dia hanya membiarkan Afiq hanyut dalam dunianya,mungkin ada perasaan cinta dalam dirinya terhadap Afiq tetapi ditutupi dengan sikapnya yang cemburu dengan kesempurnaan Afiq yang diceritakan oleh abang-abangnya.

“ Honey…I love you damn much,” bisik Afiq sambil menarik Azura keatas katil.

Azura yang tersedar apabila Afiq menolak tubuhnya keatas katil bertindak menumbuk perut lelaki itu sehingga menyebabkan Afiq tersungkur diatas katil,” Awak jangan ingat saya senang nak dipujuk dengan mulut manis awak tu. Malam nie saya tido dekat bilik tetamu,don’t you dare disturb me,” kata Azura sebelum berlalu kebilik tetamu dengan bagasinya.

*********************

Di bilik tetamu azura bersandar di pintu bilik bagi menghilangkan debar yang melanda dirinya akibat dipeluk oleh Afiq. Hatinya kuat menyatakan bahawa dia sudah mulai sayang kepada Afiq tetapi egonya menghalang.

Afiq yang baru sahaja lega dari ditumbuk oleh isterinya tersenyum sinis. Dia pasti dilubuk hati Azura ada ruang untuk cintanya,” I’ll make sure you will be my soul forever honey,”

********************

Sudah hampir sebulan Azura menjadi isteri Afiq yang sah,selepas kejadian dibilik utama itu Afiq telah menyediakan beberapa syarat yang mesti diatuhi oleh Azura. Syarat- syarat itu mesti dipatuhi sehingga Azura jatuh cinta kepada Afiq.

Syarat pertama :

v ayang mesti tidur sebilik dengan abang..kalau tak our first night will be working without your permission

Syarat kedua:

Kemana sahaja ayang pergi hendaklah dimaklumkan dahulu…(kalau abang free,WAJIB bawak abang sekali)

Syarat ketiga:

Sarapan pagi,makan tengah hari & makan malam hendaklah disediakan oleh ayang(lagipun rumah nie mana ada maid..hehehe)

Syarat keempat:

Kita kena berlakon sebagai loving couple depan our parents ( tapi kalau ikut abang hari2 nak jd loving couple J)

Syarat kelima & yang terakhir:

v Ayang hendaklah menunggu abang balik kerja & sambut abang dengan penuh kasih sayang

JIKA SEGALA SYARAT-SYARAT YANG DITETAPKAN DAPAT DIPENUHI…SEGALA KEHENDAK AYANG AKAN ABANG PENUHI TETAPI HENDAKLAH MENGIKUT TERMA & SYARAT YANG TELAH DITETAPKAN.

Yang dikasihi suamimu

Muhammah Afiq Hakim Bin Tengku Ismail

Segala syarat yang ditetapkan oleh Afiq menyebabkan hidup Azura menjadi lebih kacau bilau. Sudah hampir sebulan syarat-syarat itu diikuti tetapi yang menjadi kehairanan adalah tiada syarat yang menyuruh dia memanggil Afiq dengan panggilan yang sepatutnya. Apabila soalan itu diajukan ,Afiq menjawab dengan senyuman yang nakal.

“ Panggilan tu tak penting pun,kalau ayang rasa nak tukar,tukar lah, abang tak nak paksa,”

*****************

Ketika dia sedang asyik mengacau air milo bagi minum petang,tiba-tiba terasa tangan sasa sedang asyik memeluk pinggangnya,hembusan nafas ditepi telinga Azura menyebabkan dia tahu siapa dibelakangnya. Dia hanya membiarkan perlakuan lelaki itu,jika dihalang makin nakal tangan itu merayap.

“ Ayang dah siap kemas baju? Kita nak pergi korea malam nie,our family pun ikut hantar kita dekat airport,” kata Afiq sambil mengemaskan lagi pelukan dipinggang isterinya,

“ Dah, baju awak pun saya dah siap kemas,” kata Azura sambil membawa cawan untuk dibawa kedepan. Afiq pula sudah melepaskan pinggang isterinya dan membawa pisang goreng ke depan.

“ That’s my girl,” Afiq mencubit pipi isterinya sambil melabuhkan diri disebelah isterinya. Mereka menikmati minum petang mereka yang terakhir sebelum berangkat ke korea malam ini

Lapangan Terbang Subang


“ Zura jaga diri baik-baik ye dekat sana,jangan jauh dari Fiq ye sayang,” kata Puan Zulaikha sambil memeluk anak perempuannya itu dengan erat.

“ Akak,abang nanti dekat korea jangan lupa belikan Ila hadiah tau,tapi hadiah tu bagi masa akak dengan abang melawat jepun nanti,” kata-kata Ila itu menyebabkan hati Azura menjadi sayu. Esok mama,papa dan Ila akan bertolak ke jepun,Ila akan belajar disana selama tiga tahun.

“ Hei..kenapa nangis nie,nanti kalau abang cuti kita lawat la mama,papa dengan Ila dekat jepun,” pujuk Afiq sambil mengesat air mata isterinya yang mula turun.

Haji Zulkefli hanya mampu menghadiahkan pelukan kepada Azura,tiada kata yang dapat diucapkan ketika ini. Pengumuman yang berkumandang memaksa Azura dan Afiq masuk ke balai berlepas. Hati Azura menjadi sayu apabila mengingatkan bahawa dia tidak berpeluang menghantar keluarganya ke jepun esok.

Afiq yang menyedari kesayuan yang melanda isterinya mengenggam tangan itu dengan erat. Perjalanan yang mengambil masa 7 jam benar-benar memenatkan tubuh Afiq dan Azura, selepas sampai di Yeoksam Artnouveau City di Seoul iaitu hotel terkemukan di korea,mereka merebahkan diri. Kepenatan yang dialami menyebabkan mereka tidak mempedulikan keadaan sekeliling.

“ Wake up honey,its almost night,” bisik satu suara di cuping telinga Azura disertakan dengan hembusan nafas yang perlahan.

Perlahan-lahan mata Azura dibuka,keadaan bilik yang terang menyebabkan dia sukar untuk membukakan mata. Matanya terbuka luas apabila menyedari tangan Afiq sedang melingkari pinggangnya. Dia cuba melepaskan diri tetapi tidak berjaya kerana pelukan Afiq semakin dikemaskan

“ Kejap lagi lepas solat isyak kita pegi makan dekat bawah ye,” kata Afiq apabila melihat isterinya hanya berdiam diri didalam pelukannya. Azura hanya menganggukkan kepala tanpa sebarang bantahan. Semakin dia membantah semakin sakit hatinya kerana menidakkan cintanya kepada Afiq.

***********

Pada malam itu Azura mengenakan night dress manakala Afiq memakai tuksedo. Azura terpegun melihat ketampanan suaminya didalam tuksedo itu,baju itu amat sesuai digandingkan dengan night dress yang dipakai malam ini.




Suasana candle light dinner yang penuh romantic membuatkan hati Azura lebih tertarik kepada Afiq. Alunan lagu yang dimainkan menarik Afiq dan Azura untuk menari. Mereka berdua menari dengan gerak perlahan sambil menatap mata masing-masing.

“ Abang…,” panggilan Azura itu berjaya menimbulkan senyuman diwajah Afiq.

“ Ye sayang,” sambut Afiq sambil merapatkan lagi jarak diantara mereka.

“ Kenapa abang sanggup terima tawaran parents kita untuk kawinkan kita?” Tanya Azura tanpa menghentikan tarian mereka.

“ Because I fall in love with you from the first time I meet you..,”

“ But…,” Azura cuba untuk menyampuk tetapi dihalang oleh Afiq.

“ Shussh…I’m not finish yet, my love more stronger went I see you at our weeding. That time I realize that I really love you,” kata Afiq sambil menarik Azura ke meja makan.

Azura menjadi terharu apabila mendengar kata-kata Afiq sebentar tadi. Hatinya menjadi bertambah yakin bahawa cinta yang sedang bercambah dalam dirinya kini hanyalah milik Afiq iaitu suaminya sendiri.

“ Abang,promise me one thing,” kata Azura dalam suara keharuan

“ What is it honey?” Tanya Afiq sambil melemparkan senyuman manis kepada isterinya.

“ Promise that you will stay by my side today,tomorrow and forever,”

“ I will honey,i will,” janji Afiq sambil mengengam erat tangan isterinya. Satu kucupan mesra dipipi dihadiahkan kepada isterinya.

Tiga Tahun Kemudian

“ Syafiq..be carefull sayang,” jerit Azura apabila melihat anaknya berlari-lari di dalam lapangan terbang.

Ketika dia sedang leka melihat Syafiq, terasa satu tangan sedang melingkari tubuhnya. Dia hanya tersenyum kerana dia tahu siapa yang memeluknya ketika ini.

“ Honey, you are the one that must be carefull, Syafiq takpe ada atuk,nenek dengan sepupu dia jaga. You tu ,nanti tak pasal-pasal dari tunggu mama,papa dengan Ila,dah kecoh kena pegi hospital sebab nak bersalin,” kata Afiq sambil mencubit mesra pipi isterinya.

“ Ala…baru 7 bulan abang,lambat lagi,” Azura menjawab dengan manja.

Mereka kini sudah dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Mohd Syafiq Amirullah Bin Muhammad Afiq Hakim dan mereka bakal dikurniakan seorang lagi anak dalam tempoh masa terdekat ini. Kini mereka berada di lapangan terbang bersama ahli keluarga yang lain bagi menyambut kepulangan keluarga Azura.

Selepas kejadian di korea 3 tahun lalu,kehidupan mereka menjadi lebih bahagia. Azura juga kini sudah memegang jawatan CEO di dalam syarikat Haji Zulkefli,selepas menamatkan pelajaran dia terus bekerja disyarikat papanya . Afiq pula telah membuka cawangan syarikat baru di Johor.

Semenjak kedatangan Syafiq,rezeki yang mereka perolehi mencurah-curah. Sesungguhnya anak itu pembawa rezeki kepada keluarga. Semoga kebahagiaan mereka berkekalan hingga akhir hayat. Aminnnnn….

p/s: komenlah kalau ada yg nak di komen,kalau ad silap salh tegur lah yek...yelah mana ad org x buat salah kan

Monday 16 January 2012



cerpen akan datang ..masih dlm proses untu disiapkan...
insyaallah dlm mse seminggu lg siap lh


cerpen akan datang ..masih dlm proses untu disiapkan...
insyaallah dlm mse seminggu lg siap lh