Followers

Monday, 26 September 2016

Just me

Bila tengok ramai member zaman sekolah dulu dah berkeluarga, dalam hati ni ada jugak terdetik

"Aku nie tak laku ke?"
"Aku tak layak ke nak ada teman hidup?"

Perasaan insecure tu memang wujud. Macam-macam perkara bermain dalam benak ni. Even kadang-kadang rasa macam nak pergi carik agensi mencari jodoh. Bukan tak pernah lalui hidup ada seseorang dalam hidup tapi sebab tak ada jodoh,hubungan tu tak kekal lama.

Tapi..

Bila difikirkan balik, umur baru 23 kot. Banyak lagi benda yang boleh difikirkan selain cinta. Baru habis belajar,still carik kerja. Someone pernah cakap, 'jangan carik cinta selepas habis belajar selagi tak jumpa kerjaya,takut nanti menyesal'. So, simpan kata-kata tu dalam minda.

Find a job,be successful & kita akan jumpa apa yang kita nak sepanjang perjalanan. Kita sebagai manusia hanya mampu merancang & berusaha tapi yang tentukan semuanya adalah Yang Maha Esa.

Love,
NAR

Saturday, 13 August 2016

Cinta

Saat ingin mendapatkan cinta,kau usaha sehabis mungkin untuk mendapatkannya. Walaupun seribu kali terluka kerana di tolak, kau masih tidak berputus asa. 

Saat cinta berada dalam genggaman,kau merasakan kau yang paling bertuah. Kau sayangi dia,kau limpahkan dia dengan kata-kata manis. Bulan bintang kau janjikan, bersama harungi liku hidup kau sanggup harungi.

Itu fasa pertama percintaan

Saat dia sudah meletakkan seluruh kepercayaannya,tinggalkan semua yang akan menyakitkan hati kau, kau mulai berubah. Sedikit demi sedikit fasa pergaduhan berlaku. Saat kau marahi dia kerana satu sebab yang kecil, dia masih melayan kau dengan sebaiknya walau hatinya terluka. Saat dia tegur perilakumu, kau diamkan diri,kau biarkan dia sendirian dengan harapan dia datang mencari kau untuk memohon kemaafan.

Saat dia diam kerana menunggu kau, kau biarkan dia terseksa dalam diam, kau biarkan dia menangis sendirian tanpa ada yang sudi menghapus air matanya.

Bukan ingin mencari kesalahan atau menuduh tetapi sedarkan engkau bahawa dia korbankan hatinya untuk kau. Dia pekak kan telinga,butakan mata dengan segala kata cacian hanya untuk setia bersama kau.

Hanya satu yang di mampu di katakan, jangan datang merayu lagi bila hatinya sudah tertutup selamanya. Saat itu, wajah kau pun dia akan lupakan,segala kisah cinta dia tinggalkan kerana hati nya sudah beku seperti bekunya ais di antartika. 

Jam  2.30 am
NAR

Thursday, 4 February 2016

CKSD 17

Misha dan Rayyan sedang ralit menyusun hadiah yang mereka terima daripada sahabat handai apabila telefon bimbit Rayyan berbunyi. Rayyan mengangkat panggilan tersebut dengan kerutan diwajahnya apabila melihat nama pemanggil.

Rayyan hanya berdiam mendengar apa yang di perkatakan oleh si pemanggil. Misha mencuri pandang gelagat suaminya itu sambil meneruskan kerja. Beberaa minit kemudian,Rayyan menamatkan panggilan. Dia duduk di birai katil smbil meandang Misha dengan pandangan serba salah.

   “ Abang ada apa-apa yang nak bagi tahu Isha ke?” Tanya Misha apabila melihat tiada satu patah perkataan pun yang keluar dari mulut Rayyan.

 “Abang nak ajak Isha melawat kawan abang. Dia masuk hospital. Tu pun kalau Isha sudi lah,”kata Rayyan teragak-agak.

Misha tidak menjawab kata-kata Rayyan,dia hanya menganggukkan kepala menandakan dia sudi untuk mengikut Rayyan. Rayyan menarik nafas lega apabila melihat anggukan isterinya itu. Mereka berdua menghabiskan kerja yang tertangguh sebentar tadi sebelum bersiap untuk melawat rakan Rayyan di hospital.

Mereka berdua keluar dari rumah selepas memaklumkan kepada keluarga Misha. Sepanjang perjalanan,Rayyan hanya berdiam diri. Hai ini menyebabkan Misha tidak berani bertanya kerana dari air muka suaminya itu,dia pasti orang yang bakal mereka lawati ini adalah orang yang penting bagi Rayyan.

 Setelah sampai di hospital,Misha hanya mengikut langkah Rayyan tanpa suara. Ketika mereka menghampiri wad VIP,kelihatan seorang lelaki separuh umur sedang berdiri dihadapan salah satu wad yang ada disitu. Rayyan menghampiri lelaki itu dan apabila melihat wajah Rayyan,lelaki itu terus memeluk suaminya itu dengan kemas.

“Uncle,kenapa tak bagitahu Farish yang Syaimaa masuk hospital semalam?” Misha tersentap apabila mendengar soalan suaminya itu. Bukan sebab yang menjadi punca Misha terkejut tetapi nama itu yang menyentap hati Misha.

Dato Jamil terdiam dan dia sempat memandang raut wajah isteri Rayyan ,”Uncle bukan tak nak bagitahu Farish tapi kamukan baru je kawin semalam. Takkan uncle nak kacau kamu, padahal ini hal keluarga uncle,”

Kata-kata Dato Jamil menyedarkan Rayyan tentang satu perkara. Dia mengalihkan pandangannya ke belakang bagi mencari raut wajah isterinya. Ketika itu Misha telah mengambil tempat di salah satu kerusi yang di sediakan. Raut wajah isterinya tika ini tidak dapat Rayyan jelaskan. Mungkin kecil hati ataupun kecewa.

Dato Jamil meminta diri untuk melawat Syaimaa manakala Rayyan mengambil tempat di sebelah Misha. Tiada kata yang dapat di ucapkan melainkan kesunyiaan.

“Isha dah call abang Muaz untuk ambik Isha. Abang tak kisah kan?”

   Rayyan yang pada mulanya terkejut hanya mampu menganggukkan kepala. Dia tahu,dia tidak boleh menghalang Misha untuk balik. Semakin lama Misha disini,mungkin semakin kecewa jiwa isterinya itu. Tambahan pula jika mereka melangkah masuk ke dalam wad Syaimaa,pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Buat masa ini,biarlah Misha pulang dan biar dia seorang sahaja yang berjumpa Syaimaa.


Rayyan hanya mampu memandang isterinya pergi. Dia tidak berdaya untuk menghalang ataupun meminta maaf. Isteri mana yang tidak kecewa jika suaminya terlampau risau kepada perempuan lain sedangkan mereka baru sahaja berkahwin. Biarlah isterinya tenang buat sementara waktu,dia akan memujuk Misha apabila dia pulang ke rumah nanti.

“ Farish!” suara Dato Jamil kedengaran di sebelah Rayyan. Rayyan hanya mampu menghadiahkan senyuman kepada lelaki itu,”Uncle mintak maaf kalau sebab anak uncle,kamu dengan isteri kamu bermasam muka. Uncle faham…”

“Tak apa uncle, nanti Farish terangkan semuanya dekat isteri Farish. Yang penting sekarang ini,Syaimaa selamat,” Rayyan menyedapkan hati Dato Jamil,walaupun dia tahu susah untuk memujuk hati orang yang terluka. Walau apa cara sekali pun, dia akan cuba perbaiki segalanya.

Setelah agak lama di hospital,Rayyan meminta diri untuk pulang. Hatinya tidak keruan memikirkan Misha yang sedang berjauh hati. Dia perlu menjelaskan sesuatu kepada iterinya itu sebelum keadaan menjadi lebih teruk. Tambahan pula,mereka baru sahaja ingin mengenali isi hati masing-masing.

Ketika Rayyan melangkah masuk ke dalam rumah bapa mentuanya,keadaan sunyi sepi sehinggalah dia menerima panggilan daripada Muaz. Dia tergelak kecil mendengar kata-kata abang iparnya itu. Tidak sangka mereka semua sanggup membuat perancangan untuk mereka berdua.

Setelah dia menamatkan panggilan,Rayyan melangkah laju untuk naik ke atas. Dia tahu isterinya berada dia tingkat atas berdasarkan apa yang dikatakan oleh Muaz sebentar tadi. Rayyan sendiri mempunyai perancangan bagaimana untuk memujuk isterinya itu tetapi dia tidak menyangka yang keluarga isterinya lebih cekap darinya. Mereka telah membuat perancangan sendiri sebelum sempat dia menyuarakan apa-apa. Rayyan menarik nafas panjang sebelum memulas tombol pintu bilik isterinya.

“Sayang,” panggil Rayyan sambil mengorak langkah ke arah Misha yang sedang duduk di tengah-tengah pintu balkoni yang terbuka luas. Misha langsung tidak menyahut panggilan suaminya itu.

Rayyan mula buntu apabila Misha tidak mayahut panggilannya. Dia mengambil tempat di sebelah isterinya itu. Dia membuang pandangannya jauh ke hadapan untuk mencari apa yang lebih menarik perhatian isterinya itu berbanding dia yang berada di sisi tika ini.

 “Abang peliklah, apa agaknya yang menarik perhatian sayang sampai abang yang hansome dekat sebelah pun sayang tak pandang,” Rayyan mula berceloteh sendiri,” Hmm,rasanya abang lah makhluk paling hansome dekat sini. Tak tahu pulak ada benda lain yang lagi hansome dari abang yang buat sayang pandang je dekat situ,”

  Usaha Rayyan berjaya apabila Misha menghadiahkan cubitan di lengan kirinya.   Misha menghadiahkan jelingan apabila suaminya itu tersenyum kerana berjaya menarik perhatiannya.

“Abang tahu tak, Isha sakit hati sangat sangat sangat bila tengok muka risau abang tadi. Dah lah perempuan tu bukan siapa-siapa,cantik pulak tu. Eeeiiii!!! Sakitnya hati Isha,” Misha mula memukul bahu Rayyan tetapi suaminya itu tidak menghalang kerana dia tahu, inilah satu-satunya cara untuk memujuk isterinya itu. Itu lah salah satu perkara yang di katakan oleh Muaz sebentar tadi, iaitu cara-cara untuk memujuk Misha.

Rayyan memeluk bahu Misha mesra apabila isterinya itu sudah tidak memukul bahunya lagi,”Abang bukan risau sebab dia cantik ke apa lah. Abang risau sebab dia tu kawan abang dulu and ayah dia abang kenal. Next time, abang maybe tak akan jumpa dia lagi sebab I know how her feeling to me and kenapa dia boleh ada dekat hospital. Sayang jangan risau ok,”


Misha memandang Rayyan lama sebelum melentokkan kepala di bahu suaminya itu. Dia cuba menanamkan kepercayaan kepada lelaki yang telah berjadi imamnya tika ini kerana syurganya kini berada di bawah tapak kaki Rayyan iaitu suaminya.

______________________________________________________________________

p/s : sorry sebab dah lama sangat tak sambung. biasa lah bz sikit dua tahun kebelakangan nie tapi sekarang dah free sekejap sebab nak carik kerja je.. In sha allah,saya akan sambung balik cerita nie

Wednesday, 16 December 2015

SELAMAT TINGGAL KEKASIH

Aku mencintainya sepenuh hati,
Biar orang mengutuk,
Biar orang mengata,
Aku tahu hati budinya,
Aku tahu setiap tingkah nakalnya yang orang lain tak pernah nampak,

Kerana satu kesilapan,
Aku terpaksa jauh dari dirinya,
Aku ingin melihat dia bahagia,
Aku tak sanggup membiarkan dia merana kelak,
Biar aku  menghancurkan hatinya sekarang daripada hatinya hancur di masa depan,

Semoga dia bertemu dengan seorang bidadari yang dapat menjaga & memulihkan hatinya kelak,
Dan andai dia jodohku,
Aku berharap kami dapat membina sebuah masjid yang indah,
Tetapi buat masa sekarang,
Biarlah aku menjauhkan diri,
Jodoh Allah itu pasti andai nama kami tertulis disana.

Maafkan aku atas segala,
Bukan aku buta untuk melihat segala pengorbananmu,
Tetapi aku tak sanggup melihat dirimu dicaci kerana kesilapanku,
Hanya titipan doa dari jauh yang mampu aku lakukan agar engkau kuat & berjaya.

Selamat tinggal kekasih,
Terima Kasih untuk segala kenangan terindah yang kita cipta selama ini
& terima kasih kerana pernah menerima diri ini yang serba kekurangan,
I Love You MKHZ...