Followers

Monday 31 December 2012

welcome 2013

assalamualaikum...

 akhirnya berakhirlah tahun 2012. banyak perkara yang terjadi sepanjang tahun
 well,2013, welcome to my life. harap2 segala-galanya baik tahun nie. buat semua rakan blogger,selamat tahun baru :)

Sunday 30 December 2012

kisah di aspuri SMKKL

   bila ingat balik..lucu pulak masa tinggal at dome. nak tahu kenapa? aku ingat lagi ada sekali tu,asrama buat jamuan. kiranya petang tu x makan lah. sebelum pergi jamuan kitorang semua pergi sembahyang at surau. tapi aku nie degil,yelah pergi sembahyang dekat bilik ngan dua tiga orang lagi. ikutkan asrama puteri keliling ngan pagar,satu2 cara nak keluar hanya panjat pintu pagar dekat depan dewan makan.

  hari tu aku baru siap mandi,masa tu org dah sikit sebab semua pergi surau. tapi entah mana silapnya rambut aku boleh tersangkut dekat sikat. mengada sangat nak pakat sikap jenis bulat. masa tu rasa macam nak nangis dah. dak2 bilik tolong ngan kawan aku sekali. puas dah buat macam2 cara,syampu lah,basah rambut lah. dia tak nak keluar jugak. alih2 cikgu datang sebab kebetulan cikgu nak keluar pergi jamuan.

 satu2 cara yang paling senang yang cikgu buat adalah dia potong rambut aq. dah seceput je botak dekat situ. pastu boleh pulak cikgu cakap aku berangan masa sikat rambut. masa tu malu tak yah cakaplah. even mak aku pon membebel tengok rambut aq yang botak sikit at atas...bila ingat balik lawak jugak..tapi tulah sampai sekarang aq fobia nak guna sikat jenis bulat.

cerpen "Penjaga" [ii]


  Pagi yang damai disekolah kecoh dengan kedatangan ahli Persatuan Pelajar Sekolah. Masing-masing terpesona dengan karisma yang diperolehi oleh empat orang ahli persatuan tersebut. Kerusi raja dipegang oleh Irfan. Dia merupakan seorang yang amat berdedikasi dan dikagumi oleh semua warga sekolah. Kerusi permaisuri pula dipegang oleh Finas. Finas merupakan seorang yang berkebolehan dari segala segi dan Finas berada satu kelas dengan Kayra. Kerusi Raja Muda dipegang oleh Amin. Amin merupakan pelajar tingkatan 5 dan ketua kelab bola sepak sekolah. Kerusi terakhir iaitu Puteri  yang dipegang oleh Diana. Diana merupakan ahli termuda didalam ahli utama dan dia juga merupakan seorang yang manja. Tugas ahli Persatuan Pelajar adalah memastikan segala keperluan dan keselamatan pelajar terjamin apabila berada dikawasan sekolah.

      “Hai Kayra,” sapa satu suara dari belakang.

      Kayra yang terkejut dengan sapaan it uterus terjatuh dan memandang orang itu dengan muka yang ketakutan. Finas tergelak melihat wajah Kayra yang penuh ketakutan itu. Dia membantu Kayra bangun dan meminta maaf atas kesilapannya menegur Kayra secara tiba-tiba.

Thursday 27 December 2012

cerpen "Penjaga" [i]


  Kelihatan ramai pelajar sekolah sedang berpusu-pusu menuju ke sekolah. Mereka semua merupakan pelajar dari Sekolah Tinggi Skype. Para pelajar disekolah ini merupakan antara pelajar terbaik di daerah. Setiap sekolah mengagumi kelebihan yang dimiliki oleh pelajar sekolah ini.

 “Oit, tepi sikit boleh tak, korang halang jalan aku lah,”  suara seorang perempuan kedengaran di lorong yang menjadi jalan pintas ke sekolah. Ketika itu kelihatan dua orang budak dari sekolah lain cuba membuli pelajar Sekolah Tinggi Skype.

cerpen "Kurungan Cinta"[iii]


  “Awak tipu saya Alia!” Shahrul muncul dihadapan pintu pejabat dan dibelakangnya berdiri setiausaha aku Fara.

  Fara kelihatan serba salah kerana sebelum itu aku dah sudah berpesan agar jangan membenarkan sesiapa menganggu hari ini. Aku hanya menghadiahkan senyuman kepada Fara tanda aku tidak menyalahkannya. Hampir dua bulan aku berkerja disini dan aku tahu bagaimana kerja yang dilakukan oleh Fara. Fara berlalu meninggalkan aku dengan Shahrul.

 “Apa maksud awak Shah?” aku cuba menenangkan diri apabila berhadapan lelaki ini. Dia merupakan satu-satunya lelaki yang menjadi kawan aku paling baik di London. Aku juga tahu perasaan dia pada aku tetapi aku pekakkan telinga.

  “Awak jangan buat tak tahu. Whats the meaning of all this?” Shahrul melamparkan tabloid yang menceritakan perkahwinan aku pada dua bulan lepas,” You have promise me Lia,you promise that you will give me a chance to show my love to you,”

  Aku menghela nafas,sesak rasa nafas aku apabila berhadapan dengan lelaki ini. Di dalam hati aku berharap agar Fakhri dapat membantu aku tetapi itu mustahil kerana lelaki itu sedang berkursus di Johor. Ya Allah! Hantarkan aku bantuan agar aku dapat memberi jawapan yang tidak akan melukai lelaki ini.

  “Its just....,”

  Lidah aku kelu tika ini. Akal aku tidak dapat mencerna apa yang perlu aku katakana kepada Shahrul. Tiba-tiba pintu bilik aku terbuka dan muncul Rayyan. Hati aku bersorak gembira apabila melihat Rayyan tika ini.

  “ Ini jodoh Lia, Shah. Kita semua tak boleh ubah,”jawab Rayyan tenang.

  “Engkau cakap senanglah tapi perasaan aku macam mana? Engkau takkan fahan Rayyan,”

  Rayyan menghampiri Shahrul dan menghadiahkan tumbukan di muka lelaki itu. Aku terpana sebentar dengan tindakan Rayyan begitu juga Abang Qausar yan baru sahaja melangkah masuk. Nasib baik Abang Qausar sempat menghalang sebelum tumbukan kedua tiba di muka Shahrul.

  “ You idiots,” satu kata  dari Rayyan yang membuatkan Shahrul berhenti menangis,” Aku tinggalkan Sara untuk engkau tapi engkau sia-siakan. Sekarang nie engkau nak rampas kebahagian Alia pulak. Engkau nak rampas Lia dari Fakhri pulak ke ,tak cukup engkau buat dekat aku,”

  “Maksud engkau, engkau tinggalkan Sara untuk aku? Engkau tahu aku suka Sara,”

  “Lebih baik engkau keluar sebelum aku bunuh engkau dekat sini. Satu lagi,jangan tunjuk muka engkau dekat keluarga aku lagi,” Rayyan berlalu keluar. Mungkin untuk menenangkan diri.

    Kini aku sedang berdiri dihadapan pintu rumah menanti kepulangan suami aku yang tercinta. Shahrul tidak lagi wujud dalam hidup kami. Bila fikirkan ,mungkin itu sebabnya Rayyan tidak mempunyai kekasih hingga kini. Aku berjanji akan setia kepada Fakhri seorang sehingga ajal menjemput. Hati aku telah dikurung hanya untuk Fakhri seorang sahaja.


                                                             THE END


p/s: sori hbis idea...klau x best ckap tau...pas pekse arie tu trus blank otak nak smbung cite nie

Tuesday 25 December 2012

Ibu suka berbohong



Seorang ibu dlm hidupnya membuat kebohongan.

1. Saat makan, jika makanan kurang, Ia akan memberikan makanan itu kpd anaknya dan berkata, "Cepatlah makan, ibu tdk lapar."

2. Wkt makan, ia selalu menyisihkan ikan dan daging untuk anaknya dan berkata, "ibu tdk suka daging, makanlah, nak.."

Wednesday 12 December 2012

12.12.12


   akhirnya...habis juga exam STPM. lpas nie aq ad banyak masa nak update blog...
lpas nie nak ambil lesen dlu,then  bru fikir pasal kerja. mybe i will miss all my friend but kitorang still leh jumpe sbb duduk satu rancangan kot. semua ilmu yg dh cegu ajr dh lpas kan dekat dlm exam,tggu result jelah. klau x lpas 'U' awm mungkin mintak 'U' swasta @ luar ( medan). tengok pada nasib lah