Pagi yang damai
disekolah kecoh dengan kedatangan ahli Persatuan Pelajar Sekolah. Masing-masing
terpesona dengan karisma yang diperolehi oleh empat orang ahli persatuan
tersebut. Kerusi raja dipegang oleh Irfan. Dia merupakan seorang yang amat
berdedikasi dan dikagumi oleh semua warga sekolah. Kerusi permaisuri pula
dipegang oleh Finas. Finas merupakan seorang yang berkebolehan dari segala segi
dan Finas berada satu kelas dengan Kayra. Kerusi Raja Muda dipegang oleh Amin.
Amin merupakan pelajar tingkatan 5 dan ketua kelab bola sepak sekolah. Kerusi
terakhir iaitu Puteri yang dipegang oleh
Diana. Diana merupakan ahli termuda didalam ahli utama dan dia juga merupakan
seorang yang manja. Tugas ahli Persatuan Pelajar adalah memastikan segala
keperluan dan keselamatan pelajar terjamin apabila berada dikawasan sekolah.
“Hai Kayra,”
sapa satu suara dari belakang.
Kayra yang
terkejut dengan sapaan it uterus terjatuh dan memandang orang itu dengan muka
yang ketakutan. Finas tergelak melihat wajah Kayra yang penuh ketakutan itu. Dia
membantu Kayra bangun dan meminta maaf atas kesilapannya menegur Kayra secara
tiba-tiba.
“ Ermm... Kayra,saya ada benda nak bagi awak
nie,”
“Apa dia?” Kayra
menunggu kata-kata yang bakal diperkatakan oleh Finas manakala Finas membuka
beg galasnya dan mengeluarkan sesuatu.
“Awak nak tak
gambar-gambar ekslusif Irfan,” Finas menunjukkan gambar-gambar Irfan dengan
pelbagai gaya.
“Nak..tapi nanti
kejap. Nie nak umpan saya masuk Persatuan Pelajar Sekolah ke?”
“Yap,” jawab Finas
jujur,”Awak ambik nie dan awak dapat masuk Persatuan Pelajar Sekolah untuk
dekati Irfan,”
“Kayra...jangan
tergoda,awak kena tekadkan diri,” Ran berbisik ditelinga Kayra.
“Tapi kalau awak tak
nak pun takpe. Saya cuma nak ajak awak join kitorang pergi rumah Irfan hujung
minggu nie. Awak nak?” Finas mencuba cara lain untuk memujuk Kayra.
“Ok..tapi kalau nak
pergi rumah orang,kita kena bawak buah tangan,” Kayra memandang Finas untuk
meminta bantuan.
“ Takpe kita jumpa
dekat bengkel pastry jam 3 nanti,” Finas berlalu pergi
Kayra hanya
memerhatikan Finas berlalu,” Kayra, baik awak cepat sebab sekarang dah 1:30,”
Miki mengingatkan Kayra dengan masa yang berlalu.
******************
“Kita nak buat apa
untuk putera ?” Kayra memandang Finas untuk mengetahui apa yang bakal mereka
buat.
“ Memandangkan kita
nak pergi rumah Irfan, jadi kita buat pie. Dia suka pie tapi awak kena pastikan
tak panggil Irfan ‘putera’ masa depan dia” Finas memberi amaran.
“Kenapa?”
“Rahsia. Ok,kita
mula sekarang,” Finas mengeyitkan mata kepada Kayra.
Mereka berdua mula membuat pie dengan memasak gula pasir hingga cair dan keperangan. Kemudian masukkan epal dan
kismis dan gaul rata. Kayra memasukkan bancuhan tepung jagung dan masak hingga pekat.
Sejukkan.
“Ok,saya nak keluar sekejap,”Finas mengambil raga yang berada diatas
meja.
“Nak pergi mana?”
“Saya nak ambik buah-buahan untuk buat hiasan,sementara tu awak buatlah
doh ye,”Finas meninggalkan Kayra
“Macam mana nak buat doh. Aku tak tahu,” Kayra mengeluh bersendirian
“ Saya boleh tolong,” Su menawarkan diri.
“Terima kasih,”
Belum sempat segalanya bermula muncul seorang lelaki ditingkap bengkel. Lelaki
itu tersenyum kepada Kayra dan penjaganya.
“Hai Kayra,kita jumpa lagi,” lelaki tersebut
menyapa Kayra sambil melangkah masuk kedalam bengkel.
“A..awak..awak..lelaki yang pakai baju pelik
tu,”Kayra tergamam dengan kedatangan lelaki tersebut.
“Baju pelik? Apa-apa jelah, yang penting serahkan penjaga awak tu,”
lelaki tersebut menangkap Su.
Kayra yang terkejut terus berlari ke arah lelaki tersebut untuk mengambil
Su kembali tetapi dia tersilap langkah sehingga mereka berdua jatuh. Su berjaya
melarikan diri. Jantung Kayra dan lelaki tersebut berdegup kencang apabila mata
mereka bertemu.
“Zaquan...apa yang kamu cuba buat dengan Kayra,” jeritan Finas
menyedarkan Kayra dan lelaki itu. Kayra bangun dan berlari kepada Finas. Dia cuba
membuang debaran yang melanda ketika itu.
“Temari,bertukar,” Finas memberi arahan kepada Temari iaitu penjaganya.
Karakter Finas bertukar menjadi seorang yang
ganas apabila bertukar. Dia menyerang Zaquan tetapi lelaki itu sempat melarikan
diri. Mereka berdua berlari diserata bengkel. Ketika Zaquan melompat dari satu
meja ke satu meja,dia telah terlanggar acuan pie yang dibuat oleh Kayra.
Su cuba menyelamatkan keadaan dengan bertukar dengan Kayra dan
menghasilkan krim yang banyak. Akan tetapi segalanya sia-sia kerana pie
tersebut telah jatuh dan pecah. Kayra melutut dihadapan pie yang pecah.
“Kayra,saya mintak maaf,”Finas cuba menenangkan Kayra.
“Takpe lah Finas,memang dah betul saya tak pandai benda-benda nie, sebab
tu hancur,” Kayra mengesat air matanya. Zaquan yang melihat disebalik dinding
hanya mampu memandang sebelum berlalu apabila dipanggil oleh Yoru iaitu
penjaganya.
Finas memandang meja dan melihat kelengkapan untuk membuat pie. Mereka kekurangan
bahan-bahan untuk membuat pie yang baru.
“Bahan-bahan yang ada tak cukup untuk buat pie
lagi,” kata Finas perlahan.
“Mungkin kita boleh buat benda lain dengan
bahan yang tinggal. Biar Su yang uruskan. Kayra,bertukar karakter,” Su menyatakan
pendapatnya dan bertukar dengan Kayra.
Dengan kemahiran yang dimiliki oleh Su,dia
mengawal segala pergerakan Kayra sehingga terjadinya biskut yang pelbagai
bentuk. Miki melukis biskut yang bakal keluar dari oven selepas ia selesai
dibakar. Mereka semua tersenyum apabila melihat biskut yang telah selesai
dibakar.
Malam dirumah Kayra selepas makan malam,mereka berempat duduk dihadapan
meja tulis untuk membungkus biskut tersebut. Terdapat dua pilihan warna yang
telah ditetapkan, satu berwarna merah dan satu lagi berwarna hijau.
“Apa yang nak ditulis dekat dalam kad nie ye?” Kayra berfikir sejenak.
“Takpe,biar kami uruskan. Kayra,bertukar karakter,” Ran bertukar dengan
Kayra tanpa sempat Kayra memberikan persetujuan.
Kehadapan putera Irfan,
Sudah sekian lama saya memendamkan perasaan kepada putera
tetapi saya tidak berani untuk meluahkannya. Saya hanya berani meluahkannya
melalui kad yang telah saya sertakan didalam biskut ini. Saya berharap agar
putera dapat memakan biskut ini dengan penuh kasih sayang.
Yang dicintai
Kayra Asmidar
Selepas itu mereka meletakkan kad
tersebut didalam bekas biskut dan membungkusnya dengan pembalut berwarna merah.
“Nanti-nanti,kamu semua nak malukan aku ke. Aku tak akan bagi yang ini,aku
akan bagi yang lagi satu,” Kayra membelut satu lagi bekas biskut dan berlalu ke
katil untuk tidur.
Pada hari berikutnya,Kayra menunggu Finas dihadapan taman kerana Finas
sudah berjanji untuk pergi bersama-sama. Tiba-tiba Su dating dengan membawa
bekas biskut yang berwarna merah lalu menhempap kepala Kayra.
“Su!!! Apa kamu buat nie,” Kayra memarahi Su.
“Tapi saya rasa yang merah ini lagi sesuai dan cantik,” Su memohon
simpati dari Kayra untuk membawa bekas biskut berwarna merah itu.
“Ikut suka hati kamulah,” Kayra mengambil bekas itu dan terus menunggu.
Hampir setengah jam mereka menunggu tetapi Finas dan yang lain-lain
tidak muncul juga.
“Hai Kayra,”
“Irfan!!!!”
“Finas cakap dia ada masalah jadi
dia suruh saya jemput awak,”Irfan melemparkan senyuman manis kepada Kayra.
“Saya..saya, saya mintak maaf.” Kayra
menyerahkan bekas biskut berwarna merah kepada Irfan tanpa dia sedari dan
melarikan diri.
Kayra menyorok dibelakang tembok,”Nasib baik kita dah bagi dia biskut
tukan,”
“Tapi Kayra,awak bagi yang warna merah bukan hijau,” Miki menunjukkan
bungkusan yang terdapat ditangan Kayra.
“Ha!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!,” Kayra menjerit.
Perlahan-lahan Kayra menyelinap masuk kedalam bilik Irfan untuk menukar
bekas biskut. Dia terpesona apabila suasana bilik Irfan yang kemas.
“ Siapa awak semua nie?” Tanya satu suara
“Kami mintak maaf,”Kayra meminta maaf lalu mengangkat kepalanya. Kelihatan
seorang penjaga sedang duduk disinggah sana yang kecil,” Wah!!! Irfan junior
lah,”Kayra menarik-narik pipi penjaga tersebut.
“Kiseki, sape tu?”Irfan membuka pintu biliknya dan melihat Kayra sedang
memegang Kiseki.
Kayra duduk disebelah Irfan ditaman yang terletak dibelakan rumah Irfan.
“Terima kasih sebab sudi datang kerumah
saya,Kayra. Tak sangka awak tahu alamat rumah saya,” Irfan memulakan bicara.
Kayra terpesona dengan wajah Irfan . Inilah kali pertama dia dapat duduk
sedekat ini dengan putera idaman sekolah mereka.
“Putera,”
“Kamu sebut ‘putera’,aku bukan sebarang ‘putera’.
Aku adalah putera yang akan menakluki dunia ini dengan kuasa aku sendiri. Hahaha,”
Irfan bertukar apabila mendengar perkataan ‘putera’.
“Kayra?”
“Finas,apa dah jadi dengan Irfan,” Kayra berlari ke arah Finas apabila
melihat dia tiba dengan Diana dan Amin.
“Kan saya dah pesan jangan sebut ‘putera’ bila depan dia. Nie lah
jadinya,”
“Kenapa tak cakap awal-awal?” Kayra mula mengelabah.
“Sebab ia menghiburkan,” Amin,Diana dan Finas menjawab serentak.
Setelah beberapa minit,Irfan kembali keasal
dan menjauhi Kayra. Dia berasa malu apabil Kayra melihat keadaannya apabila
bertukar karakter.
“Saya mintak maaf,nie lah jadi kalau orang sebut perkataan tu. Saya tak
ada keyakinan melindungi semua orang jadi saya buat permintaan. Sebab tu
lahirnya Kiseki,” Irfan menjelaskan kepada Kayra.
Kayra teringat tentang permintaannya untuk menjadi gadia normal sebelum
lahirnya Ran,Miki dan Su.
" Jadi semua orang ada penjaga lah nie,"Kayra memandang mereka semua dan melihat setiap orang ada penjaga masing-masing. kayra tersenyum apabila melihat mereka semua sama seperti dia. dia berjalan ke arah Irfan.
“ Nah! Cubalah rasa biskut nie,kita boleh
kongsi dengan semua orangkan,” Kayra menyerahkan bekas biskut berwarna hijau
kepada Irfan. Irfan tersenyum kembali apabila menerima pemberian Kayra.
No comments:
Post a Comment