“Awak tipu saya
Alia!” Shahrul muncul dihadapan pintu pejabat dan dibelakangnya berdiri
setiausaha aku Fara.
Fara kelihatan serba
salah kerana sebelum itu aku dah sudah berpesan agar jangan membenarkan sesiapa
menganggu hari ini. Aku hanya menghadiahkan senyuman kepada Fara tanda aku
tidak menyalahkannya. Hampir dua bulan aku berkerja disini dan aku tahu
bagaimana kerja yang dilakukan oleh Fara. Fara berlalu meninggalkan aku dengan
Shahrul.
“Apa maksud awak
Shah?” aku cuba menenangkan diri apabila berhadapan lelaki ini. Dia merupakan
satu-satunya lelaki yang menjadi kawan aku paling baik di London. Aku juga tahu
perasaan dia pada aku tetapi aku pekakkan telinga.
“Awak jangan buat
tak tahu. Whats the meaning of all this?” Shahrul melamparkan tabloid yang
menceritakan perkahwinan aku pada dua bulan lepas,” You have promise me Lia,you
promise that you will give me a chance to show my love to you,”
Aku menghela
nafas,sesak rasa nafas aku apabila berhadapan dengan lelaki ini. Di dalam hati
aku berharap agar Fakhri dapat membantu aku tetapi itu mustahil kerana lelaki
itu sedang berkursus di Johor. Ya Allah! Hantarkan aku bantuan agar aku dapat
memberi jawapan yang tidak akan melukai lelaki ini.
“Its just....,”
Lidah aku kelu tika
ini. Akal aku tidak dapat mencerna apa yang perlu aku katakana kepada Shahrul.
Tiba-tiba pintu bilik aku terbuka dan muncul Rayyan. Hati aku bersorak gembira
apabila melihat Rayyan tika ini.
“ Ini jodoh Lia,
Shah. Kita semua tak boleh ubah,”jawab Rayyan tenang.
“Engkau cakap
senanglah tapi perasaan aku macam mana? Engkau takkan fahan Rayyan,”
Rayyan menghampiri
Shahrul dan menghadiahkan tumbukan di muka lelaki itu. Aku terpana sebentar
dengan tindakan Rayyan begitu juga Abang Qausar yan baru sahaja melangkah
masuk. Nasib baik Abang Qausar sempat menghalang sebelum tumbukan kedua tiba di
muka Shahrul.
“ You idiots,” satu
kata dari Rayyan yang membuatkan Shahrul
berhenti menangis,” Aku tinggalkan Sara untuk engkau tapi engkau sia-siakan.
Sekarang nie engkau nak rampas kebahagian Alia pulak. Engkau nak rampas Lia dari
Fakhri pulak ke ,tak cukup engkau buat dekat aku,”
“Maksud engkau,
engkau tinggalkan Sara untuk aku? Engkau tahu aku suka Sara,”
“Lebih baik engkau
keluar sebelum aku bunuh engkau dekat sini. Satu lagi,jangan tunjuk muka engkau
dekat keluarga aku lagi,” Rayyan berlalu keluar. Mungkin untuk menenangkan
diri.
Kini aku sedang berdiri dihadapan pintu rumah
menanti kepulangan suami aku yang tercinta. Shahrul tidak lagi wujud dalam
hidup kami. Bila fikirkan ,mungkin itu sebabnya Rayyan tidak mempunyai kekasih
hingga kini. Aku berjanji akan setia kepada Fakhri seorang sehingga ajal
menjemput. Hati aku telah dikurung hanya untuk Fakhri seorang sahaja.
THE END
p/s: sori hbis idea...klau x best ckap tau...pas pekse arie tu trus blank otak nak smbung cite nie
6 comments:
macam tak kena je yg last part ni.......give something more power gitu...but best
last part macam tak kena je......but overall best...editlah sikit part yang last ni
kalau elaborate lebih sket ok kot.. nmpk cam rushing pulak kat part ne..
kalau elaborate lebih sket ok kot.. sbb nmpk rushing n tergantung..
kalau elaborate lebih sket ok kot.. nmpk cam rushing pulak kat part ne..
ending sedikit mengecewakan,
tp tak pe lh..
ceritanya best.
Post a Comment