Kelihatan ramai
pelajar sekolah sedang berpusu-pusu menuju ke sekolah. Mereka semua merupakan
pelajar dari Sekolah Tinggi Skype. Para pelajar disekolah ini merupakan antara
pelajar terbaik di daerah. Setiap sekolah mengagumi kelebihan yang dimiliki
oleh pelajar sekolah ini.
“Oit, tepi sikit
boleh tak, korang halang jalan aku lah,”
suara seorang perempuan kedengaran di lorong yang menjadi jalan pintas
ke sekolah. Ketika itu kelihatan dua orang budak dari sekolah lain cuba membuli
pelajar Sekolah Tinggi Skype.
“ Engkau peduli
apa?”jawab salah seorang dari mereka.
“Eh! Nanti kejap.
Pakaian macam nie...” mata seorang lagi naik untuk melihat siapa yang bercakap
dengan mereka dan tiba-tiba wajahnya bertukar pucat,” Ini Kayra dari Sekolah
Tinggi Skype,” mereka berdua lari untuk meyelamatkan diri.
Kayra merupakan
antara pelajar yang paling terkenal . Gayanya sentiasa cool dan trendy setiasa
menjadi sebutan para pelajar baik yang sama tingkatan dengannya atau dibawah.
Dia merupakan pelajar tingkatan empat. Banyak khabar angin yang menyatakan
bahawa Kayra mampu mempengaruhi ahli jawatankuasa guru-guru dan dia juga boleh mengalahkan sepuluh orang
pemain bola sepak sekali gus. Ibu bapa Kayra
merupakan seorang editor majalah terkenal dan photographer terbaik negara.
“Eh engkau ada
dengar cerita tak,” Sara berbisik kepada rakannya sambil menjeling kepada Kayra
yang duduk berhampiran tingkap.
“Apa dia?”
rakan-rakan Sara kelihatan berminat untuk mengetahui gossip yang bakal
disampaikan oleh Sara.
“ Aku dengar
cerita,Kayra couple dengan selebriti terkenal,” mereka yang mendengar cerita
itu kelihatan teruja dengan berita yang baru disampaikan oleh Sara.
"Betul ke..untungnya jadi Kayra kan. Mesti boyfriend dia tu artis luar kan,yelah mak ayah dia kan orang berpengaruh,"
Kayra yang berada
berhampiran tingkap hanya mampu menghela nafas. Bertambah lagi khabar angin
tentang dirinya. Hampir dua bulan dia bertukar ke sini, sudah banyak khabar
angin yang tersebar luas. Mungkin salah dirinya kerana berlagak seperti seorang
yang tenang ketika memperkenalkan diri dulu tetapi ketika itu dia cuba mengawal
gemuruh yang melanda dirinya. Dia lebih senang menyimpan karakter sebenarnya
dari menunjukkannya kepada orang lain.
Malah sepanjang
bersekolah disini,dia tidak mendapat seorang kawan pun kerana rata-rata takut
dengan cara pemakaiannya . Hidup didalam keluarga yang mementingkan penampilan
menyebabkan dia amat mementingkan gaya pemakaiannya. Tiada siapa yang boleh
mengubah gayanya itu.
“Em..Kayra,”
kedengaran suara halus yang memanggil nama Kayra.
Kayra memandang
pemilik suara itu dan menunggu apa yang bakal diperkatakan oleh naib ketua
kelasnya, Azura.
“Cikgu Helmi nak
jumpa awak lepas rehat,” kata Azura perlahan.
“Oh!
Ok,thanks,”Kayra menghadiahkan senyuman kepada Azura.
Kayra berjalan
menuju kearah bilik guru. Banyak perkara yang berlegar difikirannya tentang
mengapa dirinya dipanggil oleh guru kelas. Ketika sampai di dalam bilik
guru,kelihatan putera idamannya, Irfan, sedang berdiri di sisi Cikgu Helmi. Hati
Kayra melonjak gembira tetapi air mukanya cuba ditenangkan. Kayra melangkah
perlahan-lahan menuju kearah Cikgu Helmi.
“Cikgu panggil
saya,”Kayra menyapa gurunya itu.
“Oh Kayra, saya ada
sesuatu nak bincang dengan kamu,” Cikgu Helmi memulakan bicaranya sambil
memandang Kayra dan Irfan silih berganti,” Atau kamu nak bagi tahu Kayra
sendiri ,Irfan?”
“ Biar saya yang
bagi tahu cikgu, memandangkan ini arahan daripada pengetua sendiri,” jawab
Irfan tenang,” Kayra Asmidar ..”
Kayra menumpukan
sepenuh perhatian dengan apa yang bakal diperkatakan oleh putera idamannya itu
merangkap Presiden Pelajar Sekolah.
“Mulai hari ini,kamu
akan dilantik sebagai salah seorang ahli Persatuan Pelajar Sekolah dan kamu
akan mengambil kerusi yang kelima,” kata suara itu tenang.
Kayra yang
mendengarnya hanya mampu memandang Irfan dan Cikgu Helmi silih berganti. Otaknya
cuba memproses kembali apa yang diperkatakan oleh Irfan sebentar tadi. Dia
pemegang kerusi kelima Persatuan Pelajar Sekolah, dirinya sendiri Kayra
Asmidar. Semuanya bagaikan mimipi kerana dia baru sahaja menjejakkan kaki dua
bulan di sini sudah memegang jawatan besar.
“Ta..ta..tapi...”
“Ini semua atas
arahan pengetua sendiri. Tambahan pula kamu merupakan satu-satunya yang layak
berada dikerusi tersebut,” Irfan memotong percakapan Kayra sebelum sebarang
penolakan dibuat.
Kayra menarik nafas
panjang sebelum menjawab,” Maaf saya tak boleh terima,” dia melangkah keluar
dari bilik guru untuk menuju ke satu arah iaitu bilik persalinan pelajar
tingkatan 4.
Irfan mengucapkan
terima kasih kepada Cikgu Helmi sebelum melangkah keluar dari bilik guru. Di pintu
masuk bilik guru berdiri seseorang.
“Buat apa sahaja
yang awak rasa berbaloi agar kita dapat tarik dia masuk dalam Persatuan Pelajar
Sekolah,” orang itu hanya menganggukkan kepala sebelum berlalu. Irfan hanya
mampu tersenyum melihat langkah orang tersebut.
Kayra yang sedang
berada didalam bilik persalinan hanya mampu menngelengkan kepalanya. Hatinya meronta-ronta
untuk menerima tawaran kerana dia akan lebih dekat dengan putera idamannya itu
tetapi akalnya melarang kerana memikirkan tentang khabar angin yang bakal
tersebar nanti. Serabut fikirannya memikirkan kemungkinan itu.
“Terima jelah
Kayra,nanti awak boleh dekat dengan Puter Irfan,” kata satu suara kecil.
“Tapi...”
Tiba-tiba muncul
tiga ekor binatang kecil dari poket Kayra. Mereka bertiga memandang Kayra
dengan penuh tanda tanya.
“Tapi apa
Kayra,memang impian awak nak dampingi Irfankan,”kata Miki dan kata-kata itu
disetujiu oleh Ran dan Sue.
“Memanglah,tapi
ingat tak hari tu, korang hampir kena ambik dengan orang pelik tu. Aku tak nak
libatkan orang lain,” Kayra memandang ketiga-tiga makhluk kecil itu sambil
meminta agar mereka faham situasinya kini.
“Mungkin kalau Kayra
terima jawatan tu, mereka dapat lindungi kita dari orang jahat tu. Dan mungkin
juga diorang tahu apa guna mangga yang kita dapat dari orang jahat tu,” Ran
memberikan pendapatnya.
Kayra terdiam
seketika mendengar kata-kata Ran. Dia mengeluarkan mangga yang diperolehinya
ketika cuba menyelamatkan Miki dan Sue daripada diculik oleh seseorang yang
berpakaian seperti kucing dan dia juga mempunyai makhluk kecil sepertinya.
“Dahla jom
balik,nanti mama risau. Lagipun aku tak nak kena denda sebab balik lewat,”
*****************
to be continue...
p/s: jangan pelik ye...skang nie tengah mood nak buat cite fantasi...so memang tak masuk akal lah...
No comments:
Post a Comment