Followers

Friday 30 August 2013

Dari JB ke KL Sentral

  Perjalanan daripada JB Sentral ke KL Sentral membuatkan aku terfikir sejenak tentang apa yang ingin aku kecapi dalam hidup ini. Sejak aku melangkah masuk ke dalam KFCH International College,terlalu banyak perkara yang bermain di dalam fikiran ini. Malah aku pernah terfikir mengapa aku memilih jalan ini sedangkan banyak lagi jalan lain yang terbuka untuk aku. Setelah berfikir secara mendalam dan bermuhasabah diri barulah aku tersedar bahawa ini merupakan jalan yang telah ditentukan oleh yang maha esa kepada aku.

 Sesungguhnya dia telah membuka jalan untuk aku terus maju ke hadapan dan membalas segala jasa baik kedua ibu bapaku. Apa yang aku perlu lakukan kini adalah terus berjuang sehingga aku berjaya mencapai cita-citaku. Banyak mulut yang mencemuh diri ini hanya kerana aku lebih memilih diploma berbanding ijazah tetapi semua itu tidak akan mematahkan semangat aku untuk berjuang. Memang betul semua yang menduduki STPM ingin menyambung pembelajaran ke peringkat ijazah tetapi tidak semestinya semua orang dapat melangkah ke sana.

 Di hadapan kita terdapat banyak jalan yang terbentang dan kita hanya perlu memilih salah satu jalan untuk terus melangkah. Aku tidak mahu berhenti di satu destinasi dan aku terus tidak ke hadapan. Semua perkara yang berlaku di dalam hidup ini mempunyai sebab tersendiri. Malah kita hidup di dunia ini juga atas sebab-sebab tertentu. Jangan kita asyik menyalahkan takdir hanya kerana kita tidak mendapat apa yang kita impikan. Mungkin apa yang kita impikan itu akan memudaratkan kita,jadi Allah aturkan kita dengan impian lain. Bagi sesetengah orang, dengan tidak dapat mencapai cita-cita mereka,mereka akan terus berputus asa.
 Mungkin bagi sesetengah orang,jika berjauhan dari keluarga dan kawan-kawan,mereka akan merasakan hidup sepi tetapi berjauhan dari keluarga bukan bermakna kita terus berjauhan. Kita akan kembali ke pangkuan mereka juga nanti. Kalau rakan-rakan pula,tidak kira berapa jauh pun kita tercampak,kita pasti akan bertemu dengan rakan yang baru. Kita hanya perlu berusaha sedikit untuk memperoleh rakan yang baru. Lebih jauh kita pergi,lebih banyak kawan yang kita perolehi. Malah kita aku telah mulai rapat dengan rakan-rakan yang baru. Mungkin bagi yang tidak mengenali aku mereka akan mengatakan aku sombong tetapi aku sebenarnya sebaliknya. Pada permulaan mungkin betul kerana masing-masing baru berjumpa tetapi bila lama kelamaan tembok pemisah akan pecah juga.


  Kini aku mengambil Diploma in Tourism Management (DTM). Semua orang menyangka subjek ini hanya tertumpu kepada pemandu pelacong tetapi sebenarnya tidak. Pelancongan merupakan satu bidang yang sangat luas dan mendalam. Malah bidang ini merupakan antara bidang yang menyumbang kepada ekonomi negara. Tanpa pelancongan siapalah kita di mata dunia. Melalui pelancongan akan wujudnya peluang pekerjaan di dalam industri lain seperti hotel,restaurant dan bisnes. Bidang ini akan menarik pelancong luar ke dalam Malaysia dan memajukan industri lain. Atas faktor untuk menjadi penyumbang kepada negaralah aku memilih bidang ini dan untuk membalas jasa kedua ibu bapaku walaupun sedikit. Mungkin aku tidak dapat membalas semuanya tetapi biarlah ada sedikit jasa yang boleh aku taburkan.

Saturday 24 August 2013

sorry

sori buat semua yang baca cerita at blog nie...saya sekarang baru masuk kolej,so mmg xde mase langsung nak smbung cerita yg tertangguh..hrap korang boleh sbar sekejap je sementara nak stabilkan masa balik