Followers

Friday 28 September 2012

cerpen "Kurungan Cinta" [ii]




      “Shimaaaaaaaa....,”aku merengek pada Shima yang sedang menyolek muka aku. Aku sudah memberitahu nenda yang aku tidak mahu orang lain memekap aku kecuali Shima dan nenda bersetuju.

  “Ada apa che yong?” tanya Shima sambil meneruskan kerjanya.

  Aku memuncung mendengar Shima memanggil aku dengan panggilan ‘Che Yong’. Memang itu panggilan yang digunakan oleh ahli keluarga untuk memanggil aku tetapi apabila meningkat dewasa,aku memaksa mereka semua mengubah panggilan tersebut kepada Lisya.  Malu rasanya apabila dipanggil begitu apabila umur sudah menginjak remaja.

   “Engkau cakaplah dekat Pak Long yang aku sakit perut,suruh diorang postpone majlis nie,” aku memujuk Shima.

Thursday 27 September 2012

kata-kata alam


Wednesday 26 September 2012

10 NASIHAT UNTUK ORANG YANG BERCINTA


1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan ‘si dia’.

2. Bercintalah kau dengannya sekadar sahaja. Kelak mungkin ‘si dia’ bukan jodoh untukmu.


3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum engkau berhak menjadi milik ‘si dia’.


4. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melanggar syariat-Nya.


Monday 24 September 2012

CKSD 03


Suasana ditanah perkuburan sunyi sepi dan kelihatan Misha sedang duduk disamping kubur Fazrin. Sedih yang mencengkam membuatkan dia tidak dapat menerima kematian lelaki yang paling disayangi.

    “ Abang,Isha janji sampai bila-bila pun hanya abang yang dalam hati Isha. Tak akan ada orang lain yang boleh gantikan abang dalam hati ini,” janji Misha didalam hati.

  Perlahan-lahan Misha meninggalkan tanah perkuburan dengan dipimpin oleh Muaz, berat rasa hatinya untuk meninggalkan arwah Fazrin keseorangan. Puas Muaz memujuk barulah dia bersetuju untuk pulang.

 “Isha,walau apa pun terjadi pada abang,sha kena janji yang sha akan capai cita-cita sha,” kata Fazrin bagai masih lagi terdengar ditelingannya. Dalam hati Misha telah terpahat untuk mencapai cita-citanya seperti yang Fazrin katakan dulu.

trip to penang & perak





















Tuesday 11 September 2012

cerpen "Kurungan Cinta" [i]


     Bunyi takbir bergema,cukup sudah sebulan aku pulang ke Malaysia. Rindu rasanya hendak beraya di tanah air setelah hampir 5 tahun beraya di London. Bukan aku tak mahu balik tetapi kekangan waktu menyebabkan aku terpaksa membatalkan niat untuk beraya di tanah air sendiri. Segala cacian dari makcik dan pakcik hanya aku pekakkan bagi mencapai cita-citaku.

   “Lisya,masuk sayang cuba baju raya yang mama buat ni,” mamaku Datin Marsitah memanggil. Mama merupakan orang yang paling banyak memberi semangat kepada aku untuk meneruskan impian untuk mencapai cita-cita.
   “Ok mama,”

    Ketika aku masuk ke rumah, kelihatan Shima dan nenda sedang duduk melihat baju yang kami ambil petang tadi. Sebak rasanya mengingatkan saat-saat sukar sepanjang aku berada di London. Jauh dari keluarga,jauh dari suasana raya yang meriah,rasa janggal ketika mula-mula beraya disana.


TANDA-TANDA CINTA YANG SEMAKIN PUDAR... :(


♥ Malas angkat telefon..

♥ Taip sms pun pendek2 jer..


♥ Dengan orang lain dia boleh cakap ‘single’..!


♥ Bagi alasan.'awak nie terlalu baik untuk saya.saya tak layak untuk awak.'




♥ Bila kita cakap “i love u”, dia balas ‘K” ja..?!!



♥ Ada apa-2 hal asyik cakap malas, malas, malasss ja..



♥ Sudah pandai bergurau secara kasar n menyakitkan hati..



♥ Dia dah x kisah kalau tak jumpa pun..sebulan x jumpa lagi bagus..



♥ Apa kita buat dah tak betul dimata dia..



♥ Dia nampak kelemahan kita lebih dari kebaikan..



♥ Dia dah tak kisah apa yang jadi pada kita..



♥ Susah nak senyum @ gurau2 macam dulu-dulu..



♥ Dulu-dulu asal nak keluar dating jer mesti nak pakai baju matching..sekarang dah .taknak.. rimas katanya..poyo plak dah katanya sekarang..



♥ Dulu boleh jer bergayut berjam-jam.. sekarang 5 minit pun susah,..katanya hp cepat panas...

Sunday 9 September 2012

salah seorang mangsa tu jiran belakang rumah saya ...al-fatihah buat kedua2 mangsa


                           




                                                           RAUB, 7 Sept. 2012 – Dua pengurus Felda Gugusan Tersang meninggal dunia selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka bertembung dengan jip Jabatan Perhutanan di Kilometer 327 Jalan Raub-Tersang kira-kira jam 1.30 tengah hari semalam.

Kedua-dua mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang setelah menghadiri majlis sempena meraikan bakal haji di                  samping sambutan Aidilfitri dekat Felda Lurah Bilut.

Pengurus Felda Tersang Dua, Abdul Rahim Mat Jabri, 50-an, mengalami kecederaan parah, tetapi sempat dibawa ke Klinik Kesihatan Tersang terlebih dahulu sebelum meninggal dunia di sana, sementara Pengurus Felda Tersang Tiga, Abd Jalil Jamaluddin, 40-an, meninggal dunia di tempat kejadian.

JAMUAN RAYA 6A2 dekat Smk (LKTP) Tersang





Wednesday 5 September 2012

senaman otak sambil study

                             kata-kata yang memberi seribu erti bagi yang memahami erti rindu....
                                                         jiwang pulak dah...hehehe..
                                                      yang pasti kata-kata nie sweet

Tuesday 4 September 2012

watak cerpen 'Kurungan Cinta'

                                             
                                            Alia Qalisya Datuk Ariffin


                                               
                                                     
                                         Tengku Fakhri Fauzan Tengku Fadley

Saturday 1 September 2012

teaser untuk cerpen baru "Kurungan Cinta"



p/s: maybe bukan bulan nie sebab sekarang dalam mood study untuk trial STPM  yang start hari selasa nie. 

                 *****************************************************************
  
    Nenda yang sedang duduk dikerusinya sedang memandang aku dengan pandangan yang tajam. Aku hanya menelan air liur melihat pandangan itu. Ditangan nenda kelihatan sebuah fail yang pernah aku tandatangan 5 tahun lepas.


“Qalisya Datuk Ariffin, nenda ada sesuatu yang ingin diselesaikan,” kata nenda tegas dan menghulurkan fail yang berada ditangannya.

  Aku melabuhkan diri dihadapan nenda dan mencapai fail tersebut. Aku memandang sayu fail tersebut sebelum memandang wajag kedua orang tuaku. Beberapa minit kemudian pintu bilik kerja nenda terbuka dan kelihatan abang Qausar, abang sulungku melangkah masuk.

  “Memandangkan Qausar pun sudah sampai,nenda rasa baik kita teruskan perbincangan ini. Setelah hampir lima tahun Qalisya berada dalam kebebasan, dengan ini nenda menarik kembali kebebasan itu sepenuhnya,” suara nenda menyentakkan semua orang yang berada didalam bilik itu.

  “Tapi bonda,” mama cuba membantah tetapi ditahan dipotong oleh nenda.

  “Bonda tak habis cakap lagi. Qalisya,nenda hendak kamu berkahwin dengan kawan abang kamu yang telah nenda pilih,” sambung nenda.

  Abang Qausar juga kelihatan tersentak dengan kata-kata nenda. Mungkin dia juga tidak menyangka yang nenda ingin memilih kawannya sebagai calon suamiku. Hatiku tertanya-tanya siapa rakan abang Qausar yang ingin dijodohkan dengan aku kerana hampir kesemua rakan-rakannya aku kenal.

  “Siapa nenda?” akhirnya  terkeluar juga suara macho abang Qausar setelah sekian lama mendiamkan diri.

  “Fakhri Fauzan,”pendek sahaja jawapan nenda yang memberi seribu kekacauan dalam diri aku.