Followers

Saturday 1 September 2012

teaser untuk cerpen baru "Kurungan Cinta"



p/s: maybe bukan bulan nie sebab sekarang dalam mood study untuk trial STPM  yang start hari selasa nie. 

                 *****************************************************************
  
    Nenda yang sedang duduk dikerusinya sedang memandang aku dengan pandangan yang tajam. Aku hanya menelan air liur melihat pandangan itu. Ditangan nenda kelihatan sebuah fail yang pernah aku tandatangan 5 tahun lepas.


“Qalisya Datuk Ariffin, nenda ada sesuatu yang ingin diselesaikan,” kata nenda tegas dan menghulurkan fail yang berada ditangannya.

  Aku melabuhkan diri dihadapan nenda dan mencapai fail tersebut. Aku memandang sayu fail tersebut sebelum memandang wajag kedua orang tuaku. Beberapa minit kemudian pintu bilik kerja nenda terbuka dan kelihatan abang Qausar, abang sulungku melangkah masuk.

  “Memandangkan Qausar pun sudah sampai,nenda rasa baik kita teruskan perbincangan ini. Setelah hampir lima tahun Qalisya berada dalam kebebasan, dengan ini nenda menarik kembali kebebasan itu sepenuhnya,” suara nenda menyentakkan semua orang yang berada didalam bilik itu.

  “Tapi bonda,” mama cuba membantah tetapi ditahan dipotong oleh nenda.

  “Bonda tak habis cakap lagi. Qalisya,nenda hendak kamu berkahwin dengan kawan abang kamu yang telah nenda pilih,” sambung nenda.

  Abang Qausar juga kelihatan tersentak dengan kata-kata nenda. Mungkin dia juga tidak menyangka yang nenda ingin memilih kawannya sebagai calon suamiku. Hatiku tertanya-tanya siapa rakan abang Qausar yang ingin dijodohkan dengan aku kerana hampir kesemua rakan-rakannya aku kenal.

  “Siapa nenda?” akhirnya  terkeluar juga suara macho abang Qausar setelah sekian lama mendiamkan diri.

  “Fakhri Fauzan,”pendek sahaja jawapan nenda yang memberi seribu kekacauan dalam diri aku.




No comments: