Followers

Tuesday 11 September 2012

cerpen "Kurungan Cinta" [i]


     Bunyi takbir bergema,cukup sudah sebulan aku pulang ke Malaysia. Rindu rasanya hendak beraya di tanah air setelah hampir 5 tahun beraya di London. Bukan aku tak mahu balik tetapi kekangan waktu menyebabkan aku terpaksa membatalkan niat untuk beraya di tanah air sendiri. Segala cacian dari makcik dan pakcik hanya aku pekakkan bagi mencapai cita-citaku.

   “Lisya,masuk sayang cuba baju raya yang mama buat ni,” mamaku Datin Marsitah memanggil. Mama merupakan orang yang paling banyak memberi semangat kepada aku untuk meneruskan impian untuk mencapai cita-cita.
   “Ok mama,”

    Ketika aku masuk ke rumah, kelihatan Shima dan nenda sedang duduk melihat baju yang kami ambil petang tadi. Sebak rasanya mengingatkan saat-saat sukar sepanjang aku berada di London. Jauh dari keluarga,jauh dari suasana raya yang meriah,rasa janggal ketika mula-mula beraya disana.


      Kami semua berkumpul beramai-ramai dimalam raya bagi menyiapkan tugas terakhir sebelum menyambut raya pada keesokkannya. Suasana meriah seperti ini membuatkan hati ini berasa gembira. Akan tetapi setiap kali aku melihat Shima,rasa bersalah didalam diri semakin menggunung. Kerana kebebasan aku,dia terpaksa terikat dengan keputusan nenda.
   “Lisya...tolong pak long angkat air sayang,” jerit pak long dari kiri rumah.

  “Baik pak long,”

    Aku bergerak untuk menolong pak long tanpa menyedari ada mata yang sedang melihat segala perbuatanku. Mata itu melihat aku dengan pandangan yang tajam menandakan ada dendam yang terpendam.
   Suasana meriah dengan bunyi kecoh kami meyiapkan juadah raya dan kanak-kanak bermain bunga api membuatkan suasana malam raya menjadi ceria. Nenda sempat berpesan untuk aku berjumpa dengannya pada petang raya untuk menuntut janji. Aku hanya melemparkan senyuman kepada nenda.
                                                 ****************************
  “Papa,selamat hari raya. Halalkan makan minum Lisya selama ini,” aku menyalami papa sebelum beralih kepada mama. Salam raya buat pertama kali selepas sekian lama berada di perantauan.

  Kami semua saling bersalaman sebelum menunaikan solat  sunat aidilfitri. Suara abang Azam membaca ayat-ayat suci menyebabkan hati ini semakin sebak. Kami semua meriah menyambut tetamu yang datang beraya dan pada waktu tengah hari kami berjalan kerumah yang berhampiran rumah nenda. Kadang-kadang gelak tawa kedengaran kerana ada tuan rumah yang memberi kami duit raya.

  Ketika pulang,aku ditahan oleh Kamal iaitu dua pupuku. Aku tahu niat dia menahan aku,tidak lain tidak bukan untuk menyatakan ketidakpuasan hatinya tentang keputusan aku dahulu. Kamal merupakan kekasih Shima sejak dibangku sekolah lagi.

  “Eh..Lisya,engkau dengar sini. Walaupun sekarang nie aidilfitri tapi aku tak pernah maafkan engkau atas tindakan engkau pada Shima,” tengking Kamal.

  Aku menarik nafas dalam sebelum menjawab kata-kata Kamal,” Aku buat semua itu untuk kesenangan Shima. Aku bukan buat tanpa sebab,”

     Kamal ketawa besar mendengar jawapan aku. Aku tahu dia memperlekehkan kata-kata aku sebentar tadi.

  “ Kesenangan atau kesengsaraan? Engkau tahu tidak yang Shima dah banyak menderita selama ini,”

 “Aku tak dapat jawab semua itu. Lepas semuanya selesai aku akan jelaskan pada engkau,” aku berlalu dari situ tanpa mempedulikan panggilan Kamal. Aku perlu berjumpa nenda untuk menyelesaikan hutang aku yang sudah tertangguh sekian lama.

  Jantung aku bedegup kencang sepanjang perjalanan pulang kerumah nenda. Aku tertanya-tanya apakah yang akan dilakukan oleh nenda selepas hampir 5 tahun aku bebas dari mendengar arahannya. Sesungguhnya aku redha dengan segala ketentuan yang telah ditetapkan asalkan Shima mendapat kembali kebebasannya.
                                              **********************
     Aku melangkah masuk kebilik pejabat yang terdapat dirumah nenda. Kelihatan mama dan papa memandang aku sayu. Aku tahu pasti ada perkara yang tidak diingini akan berlaku apabila aku melihat kedalam mata mama dan papa.

  Nenda yang sedang duduk dikerusinya sedang memandang aku dengan pandangan yang tajam. Aku hanya menelan air liur melihat pandangan itu. Ditangan nenda kelihatan sebuah fail yang pernah aku tandatangan 5 tahun lepas.

  “Alia Qalisya Datuk Ariffin, nenda ada sesuatu yang ingin diselesaikan,” kata nenda tegas dan menghulurkan fail yang berada ditangannya.

  Aku melabuhkan diri dihadapan nenda dan mencapai fail tersebut. Aku memandang sayu fail tersebut sebelum memandang wajah kedua orang tuaku. Beberapa minit kemudian pintu bilik kerja nenda terbuka dan kelihatan abang Qausar iaitu abang sulungku melangkah masuk.

  “Memandangkan Qausar pun sudah sampai,nenda rasa baik kita teruskan perbincangan ini. Setelah hampir lima tahun Qalisya berada dalam kebebasan, dengan ini nenda menarik kembali kebebasan itu sepenuhnya,” suara nenda menyentakkan semua orang yang berada didalam bilik itu.

  “Tapi bonda...,” mama cuba membantah tetapi dipotong oleh nenda.

  “Bonda tak habis cakap lagi. Qalisya,nenda hendak kamu berkahwin dengan kawan abang kamu yang telah nenda pilih,” sambung nenda.

  Abang Qausar juga kelihatan tersentak dengan kata-kata nenda. Mungkin dia juga tidak menyangka yang nenda ingin memilih kawannya sebagai calon suamiku. Hatiku tertanya-tanya siapa rakan abang Qausar yang ingin dijodohkan dengan aku kerana hampir kesemua rakan-rakannya aku kenal.

  “Siapa nenda?” akhirnya  terkeluar juga suara macho abang Qausar setelah sekian lama mendiamkan diri.

  “Fakhri Fauzan,”pendek sahaja jawapan nenda yang memberi seribu kekacauan dalam diri aku.

  Fakhri Fauzan, satu nama yang banyak menyusahkan hidup aku. Entah mengapa dari mula abang Qausar membawa pulang Fakhri kerumah, hati aku terasa sakit dan setiap kesalahan kecil yang dilakukan member modal untuk aku menyindir. Sikapnya yang selalu menegur segala kesalahanku meyebabkan aku lebih bertambah benci. Malah sehari sebelum aku berangkat ke London,dia sempat memerliku dengan mengatakan aku berlagak kerana menyambung pelajaran ke luar negara.

  “Kalau dengan lelaki tu,memang Lisya tak setuju. Nenda tahukan macam mana hubungan Lisya dengan dia dulu,” aku membantah tanpa mempedulikan pandangan nenda yang menusuk terus kehati.

 “Qalisya,kamu jangan nak membantah. Segala persiapan nenda dah buat,lagipun nenda sudah pergi pinang Fauzan sebelum raya dan mereka setuju hendak kawinkan kamu berdua hujung minggu ini,” jawab nenda tegas.

  “Tapi....,”

  “Tak ada tapi-tapi, hujung minggu ini kamu menikah. Kamu jangan nak malukan nenda,kalau tak kamu tahulah nasib yang akan menimpa Shima,” nenda berlalu kebiliknya yang berada di sebelah bilik pejabat.

  Mama ,papa dan abang Qausar cuba menenangkan aku,  tetapi aku meminta mereka  meningggalkan aku bersendirian. Aku bertekur dilantai mengenangkan nasib yang menimpa aku. Pilihlah siapa sahaja untuk dijadikan teman hidupku tetapi bukan Fakhri Fauzan. Lelaki itu telah banyak menyusahkan hidup aku.

  Ketika aku asyik melayan perasaan,kedengaran pintu pejabat dibuka dan ada derap kaki yang melangkah ke arah aku. Aku memandang ke kanan apabila insan itu duduk disebelah aku. Di mata aku kelihatan Shima memandang aku dengan mata yang berair.

  “Kenapa engkau buat macam nie Lisya. Sanggup engkau rahsiakan semua ini selama lima tahun. Engkau tahu tak kalau aku tahu jadi macam nie,aku tak akan bagi engkau pergi London,”kata Shima sambil memeluk bahuku.

  Aku ketawa kecil,”Sebab itu lah aku rahsiakan. Aku nak tengok engkau bahagia dengan pilihan engkau. Aku tak nak tengok engkau terseksa,”

  Shima memeluk aku dengan lebih kejap. Kedengaran esakan kecil yang keluar dari mulut Shima. Sesekali terasa dia memukul bahu aku kerana marah dengan tindakan aku selama ini.

  “Engkau tak pernah berubah,selalu aje mengalah dengan aku. Aku ingatkan engkau dah pergi London , hilanglah sikap engkau tu tapi aku salah rupa-rupanya engkau tetap sama. Kalaulah aku tak cakap pada engkau pasal impian aku,mesti semua ni tak akan jadi,” Shima tetap menyalahkan dirinya.

      “Kan aku pernah cakap, aku akan tunaikan semua impian engkau walaupun kebahagiaan aku terkorban,” aku berdiri dan menarik Shima untuk berdiri sama. Aku memeluk tubuh itu kejap.  Aku terlalu sayangkan Shima seperti kakak aku sendiri kerana aku tidak pernah mempunyai adik beradik perempuan.

   Nenda yang mendengar disebalik pintu hanya mampu menangis. Jika diikutkan dia tidak mahu memaksa aku berkahwin tetapi kerana sikap aku yang terlalu berpegang kepada janji membuatkan nenda terpaksa akur. Dia terlalu menyayangi semua cucunya sehinggakan segala kehendak mereka dituruti dan hanya aku yang selalu membuat keputusan berlainan dari yang lain.
                                                        ********************
  “Kenapa engkau terima lamaran nenda,”aku menyoal Fakhri ketika dia sekeluarga datang beraya dirumah nenda pada raya kedua. Ketika itu dia baru melangkah keluar dari tandas yang berada didapur rumah nenda.

     “ Saje je, nak merasa hidup dengan perempuan yang keras kepala macam engkau nie,” jawab Fakhri bersahaja.

    Hati aku masa tu panas je, apa dia ingat aku nie bahan uji kaji. Suka hati je nak  merasa hidup dengan aku,bila dah puas buang lepas tu cari lain. Kalau tak fikir nie rumah nenda,dah lama aku gelek mamat sewel nie dengan traktor Pak Wan Sawah yang duduk selang dua baris dari rumah nenda nie.

     “Engkau ingat aku nie test drive ke? Suka-suka hati je nak cuba. Aku ni orang tau ,bukan kereta,” aku melenting kepada lelaki tu. Kalau tak sebab Shima,dah lama aku buang laki nie dalam lombong. Biar orang tak jumpa.

  Fakhri sekarang nie aku tengok kecik besar je dalam mata aku. Kenapalah along ada kawan yang senggal macam nie. Apa yang nenda nampak istimewa jantan nie pun aku tak tahu. Nak kata hensem, hensem lagi  Rayyan anak Pak Long. Nak kata baik plus alim,rasanya Abang Azam lagi Ok kot walaupun ada jugak wengnya. Aku rela kawin dengan sepupu sendiri dari kahwin dengan orang luar yang aku tak tahu apa specialnya nie.

   “Sayang,I tak anggap you kereta. Tapi I anggap you bakal isteri I dan bakal ibu anak-anak I. You jangan risaulah,I sayang you sorang je,” keluar dah perangai kasanova dia tu. Kalau orang lain maybe cair tapi aku sorry aku tak makan pujuk, aku makan nasi je.

     Aku hanya menjeling kepada Fakhri sebelum dia berlalu dengan senyum manis. Nenda,tolonglah cari orang lain buat jadi suami cucunda mu ini. Aku meneruskan kerja membasuh pinggan tanpa menyedari kehadiran Kamal di dapur. Aku melemparkan senyuman kepada lelaki itu apabila menyedari kewujudannya.

  “ Pelik aku dengan perangai engkau nie Lisya,kalau orang lain dah cair dengan ayat bunga-bunga macam tu. Even Shima pun cair tengok si Fakhri tu,” Kamal bersuara sambil mengunyah biskut yang ada di atas meja.

  “Aku pun tak tahu,dari dulu lagi aku benci jantan tu. Dari start along bawak balik,sampai sekarang,” aku memandang Kamal. Alhamdulillah ,selepas Shima terangkan segalanya,lelaki ini mula berbaik semula dengan aku. Meskipun tidak terlalu rapat tetapi kesudian dia berbual dengan aku memberi satu kelegaan dalam diri aku.

   “Up torulah Lisya. Anyway sorry pasal dulu,kalau tak sebab engkau maybe aku dengan Shima tak boleh bersama macam sekarang,” Kamal melemparkan senyuman pada aku.

   “ No biggielah. Aku sayang Shima sangat-sangat, aku sanggup buat apa saja demi kebahagiaan dia,”


p/s: to be continue...
kalau ad salah tegur ye

2 comments:

Anonymous said...

smbg please :))

H.A.C.K.S said...

sorry,lmbt skit kot smbng sbb bru pas trial STPM