Bunyi takbir
bergema,cukup sudah sebulan aku pulang ke Malaysia. Rindu rasanya hendak beraya
di tanah air setelah hampir 5 tahun beraya di London. Bukan aku tak mahu balik
tetapi kekangan waktu menyebabkan aku terpaksa membatalkan niat untuk beraya di
tanah air sendiri. Segala cacian dari makcik dan pakcik hanya aku pekakkan bagi
mencapai cita-citaku.
“Lisya,masuk sayang
cuba baju raya yang mama buat ni,” mamaku Datin Marsitah memanggil. Mama
merupakan orang yang paling banyak memberi semangat kepada aku untuk meneruskan
impian untuk mencapai cita-cita.
“Ok mama,”
Ketika aku masuk
ke rumah, kelihatan Shima dan nenda sedang duduk melihat baju yang kami ambil
petang tadi. Sebak rasanya mengingatkan saat-saat sukar sepanjang aku berada di
London. Jauh dari keluarga,jauh dari suasana raya yang meriah,rasa janggal
ketika mula-mula beraya disana.
Kami semua
berkumpul beramai-ramai dimalam raya bagi menyiapkan tugas terakhir sebelum
menyambut raya pada keesokkannya. Suasana meriah seperti ini membuatkan hati
ini berasa gembira. Akan tetapi setiap kali aku melihat Shima,rasa bersalah
didalam diri semakin menggunung. Kerana kebebasan aku,dia terpaksa terikat
dengan keputusan nenda.
“Lisya...tolong pak
long angkat air sayang,” jerit pak long dari kiri rumah.
“Baik pak long,”
Aku bergerak untuk
menolong pak long tanpa menyedari ada mata yang sedang melihat segala
perbuatanku. Mata itu melihat aku dengan pandangan yang tajam menandakan ada
dendam yang terpendam.
Suasana meriah
dengan bunyi kecoh kami meyiapkan juadah raya dan kanak-kanak bermain bunga api
membuatkan suasana malam raya menjadi ceria. Nenda sempat berpesan untuk aku
berjumpa dengannya pada petang raya untuk menuntut janji. Aku hanya melemparkan
senyuman kepada nenda.
****************************
“Papa,selamat hari
raya. Halalkan makan minum Lisya selama ini,” aku menyalami papa sebelum
beralih kepada mama. Salam raya buat pertama kali selepas sekian lama berada di
perantauan.
Kami semua saling
bersalaman sebelum menunaikan solat
sunat aidilfitri. Suara abang Azam membaca ayat-ayat suci menyebabkan
hati ini semakin sebak. Kami semua meriah menyambut tetamu yang datang beraya
dan pada waktu tengah hari kami berjalan kerumah yang berhampiran rumah nenda.
Kadang-kadang gelak tawa kedengaran kerana ada tuan rumah yang memberi kami
duit raya.
Ketika pulang,aku
ditahan oleh Kamal iaitu dua pupuku. Aku tahu niat dia menahan aku,tidak lain
tidak bukan untuk menyatakan ketidakpuasan hatinya tentang keputusan aku
dahulu. Kamal merupakan kekasih Shima sejak dibangku sekolah lagi.
“Eh..Lisya,engkau
dengar sini. Walaupun sekarang nie aidilfitri tapi aku tak pernah maafkan
engkau atas tindakan engkau pada Shima,” tengking Kamal.
Aku menarik nafas
dalam sebelum menjawab kata-kata Kamal,” Aku buat semua itu untuk kesenangan
Shima. Aku bukan buat tanpa sebab,”
Kamal ketawa besar
mendengar jawapan aku. Aku tahu dia memperlekehkan kata-kata aku sebentar tadi.
“ Kesenangan atau
kesengsaraan? Engkau tahu tidak yang Shima dah banyak menderita selama ini,”
“Aku tak dapat jawab
semua itu. Lepas semuanya selesai aku akan jelaskan pada engkau,” aku berlalu
dari situ tanpa mempedulikan panggilan Kamal. Aku perlu berjumpa nenda untuk
menyelesaikan hutang aku yang sudah tertangguh sekian lama.
Jantung aku bedegup
kencang sepanjang perjalanan pulang kerumah nenda. Aku tertanya-tanya apakah
yang akan dilakukan oleh nenda selepas hampir 5 tahun aku bebas dari mendengar
arahannya. Sesungguhnya aku redha dengan segala ketentuan yang telah ditetapkan
asalkan Shima mendapat kembali kebebasannya.
**********************
Aku melangkah masuk kebilik pejabat yang
terdapat dirumah nenda. Kelihatan mama dan papa memandang aku sayu. Aku tahu
pasti ada perkara yang tidak diingini akan berlaku apabila aku melihat kedalam
mata mama dan papa.
Nenda yang sedang
duduk dikerusinya sedang memandang aku dengan pandangan yang tajam. Aku hanya
menelan air liur melihat pandangan itu. Ditangan nenda kelihatan sebuah fail
yang pernah aku tandatangan 5 tahun lepas.
“Alia Qalisya Datuk
Ariffin, nenda ada sesuatu yang ingin diselesaikan,” kata nenda tegas dan
menghulurkan fail yang berada ditangannya.
Aku melabuhkan diri
dihadapan nenda dan mencapai fail tersebut. Aku memandang sayu fail tersebut
sebelum memandang wajah kedua orang tuaku. Beberapa minit kemudian pintu bilik
kerja nenda terbuka dan kelihatan abang Qausar iaitu abang sulungku melangkah
masuk.
“Memandangkan Qausar
pun sudah sampai,nenda rasa baik kita teruskan perbincangan ini. Setelah hampir
lima tahun Qalisya berada dalam kebebasan, dengan ini nenda menarik kembali
kebebasan itu sepenuhnya,” suara nenda menyentakkan semua orang yang berada
didalam bilik itu.
“Tapi bonda...,” mama
cuba membantah tetapi dipotong oleh nenda.
“Bonda tak habis cakap
lagi. Qalisya,nenda hendak kamu berkahwin dengan kawan abang kamu yang telah
nenda pilih,” sambung nenda.
Abang Qausar juga
kelihatan tersentak dengan kata-kata nenda. Mungkin dia juga tidak menyangka
yang nenda ingin memilih kawannya sebagai calon suamiku. Hatiku tertanya-tanya
siapa rakan abang Qausar yang ingin dijodohkan dengan aku kerana hampir kesemua
rakan-rakannya aku kenal.
“Siapa nenda?”
akhirnya terkeluar juga suara macho
abang Qausar setelah sekian lama mendiamkan diri.
“Fakhri
Fauzan,”pendek sahaja jawapan nenda yang memberi seribu kekacauan dalam diri
aku.
Fakhri Fauzan, satu
nama yang banyak menyusahkan hidup aku. Entah mengapa dari mula abang Qausar
membawa pulang Fakhri kerumah, hati aku terasa sakit dan setiap kesalahan kecil
yang dilakukan member modal untuk aku menyindir. Sikapnya yang selalu menegur
segala kesalahanku meyebabkan aku lebih bertambah benci. Malah sehari sebelum
aku berangkat ke London,dia sempat memerliku dengan mengatakan aku berlagak
kerana menyambung pelajaran ke luar negara.
“Kalau dengan lelaki
tu,memang Lisya tak setuju. Nenda tahukan macam mana hubungan Lisya dengan dia
dulu,” aku membantah tanpa mempedulikan pandangan nenda yang menusuk terus
kehati.
“Qalisya,kamu jangan
nak membantah. Segala persiapan nenda dah buat,lagipun nenda sudah pergi pinang
Fauzan sebelum raya dan mereka setuju hendak kawinkan kamu berdua hujung minggu
ini,” jawab nenda tegas.
“Tapi....,”
“Tak ada tapi-tapi,
hujung minggu ini kamu menikah. Kamu jangan nak malukan nenda,kalau tak kamu
tahulah nasib yang akan menimpa Shima,” nenda berlalu kebiliknya yang berada di
sebelah bilik pejabat.
Mama ,papa dan abang Qausar cuba menenangkan
aku, tetapi aku meminta mereka meningggalkan aku bersendirian. Aku bertekur
dilantai mengenangkan nasib yang menimpa aku. Pilihlah siapa sahaja untuk
dijadikan teman hidupku tetapi bukan Fakhri Fauzan. Lelaki itu telah banyak
menyusahkan hidup aku.
Ketika aku asyik
melayan perasaan,kedengaran pintu pejabat dibuka dan ada derap kaki yang
melangkah ke arah aku. Aku memandang ke kanan apabila insan itu duduk disebelah
aku. Di mata aku kelihatan Shima memandang aku dengan mata yang berair.
“Kenapa engkau buat
macam nie Lisya. Sanggup engkau rahsiakan semua ini selama lima tahun. Engkau
tahu tak kalau aku tahu jadi macam nie,aku tak akan bagi engkau pergi
London,”kata Shima sambil memeluk bahuku.
Aku ketawa
kecil,”Sebab itu lah aku rahsiakan. Aku nak tengok engkau bahagia dengan
pilihan engkau. Aku tak nak tengok engkau terseksa,”
Shima memeluk aku
dengan lebih kejap. Kedengaran esakan kecil yang keluar dari mulut Shima.
Sesekali terasa dia memukul bahu aku kerana marah dengan tindakan aku selama
ini.
“Engkau tak pernah
berubah,selalu aje mengalah dengan aku. Aku ingatkan engkau dah pergi London ,
hilanglah sikap engkau tu tapi aku salah rupa-rupanya engkau tetap sama.
Kalaulah aku tak cakap pada engkau pasal impian aku,mesti semua ni tak akan
jadi,” Shima tetap menyalahkan dirinya.
“Kan aku pernah cakap, aku akan tunaikan
semua impian engkau walaupun kebahagiaan aku terkorban,” aku berdiri dan
menarik Shima untuk berdiri sama. Aku memeluk tubuh itu kejap. Aku terlalu sayangkan Shima seperti kakak aku
sendiri kerana aku tidak pernah mempunyai adik beradik perempuan.
Nenda yang
mendengar disebalik pintu hanya mampu menangis. Jika diikutkan dia tidak mahu
memaksa aku berkahwin tetapi kerana sikap aku yang terlalu berpegang kepada
janji membuatkan nenda terpaksa akur. Dia terlalu menyayangi semua cucunya
sehinggakan segala kehendak mereka dituruti dan hanya aku yang selalu membuat
keputusan berlainan dari yang lain.
********************
“Kenapa engkau
terima lamaran nenda,”aku menyoal Fakhri ketika dia sekeluarga datang beraya
dirumah nenda pada raya kedua. Ketika itu dia baru melangkah keluar dari tandas
yang berada didapur rumah nenda.
“ Saje je, nak merasa hidup dengan perempuan
yang keras kepala macam engkau nie,” jawab Fakhri bersahaja.
Hati aku masa tu
panas je, apa dia ingat aku nie bahan uji kaji. Suka hati je nak merasa hidup dengan aku,bila dah puas buang
lepas tu cari lain. Kalau tak fikir nie rumah nenda,dah lama aku gelek mamat
sewel nie dengan traktor Pak Wan Sawah yang duduk selang dua baris dari rumah
nenda nie.
“Engkau ingat aku
nie test drive ke? Suka-suka hati je nak cuba. Aku ni orang tau ,bukan kereta,”
aku melenting kepada lelaki tu. Kalau tak sebab Shima,dah lama aku buang laki
nie dalam lombong. Biar orang tak jumpa.
Fakhri sekarang nie
aku tengok kecik besar je dalam mata aku. Kenapalah along ada kawan yang senggal
macam nie. Apa yang nenda nampak istimewa jantan nie pun aku tak tahu. Nak kata
hensem, hensem lagi Rayyan anak Pak
Long. Nak kata baik plus alim,rasanya Abang Azam lagi Ok kot walaupun ada jugak
wengnya. Aku rela kawin dengan sepupu sendiri dari kahwin dengan orang luar
yang aku tak tahu apa specialnya nie.
“Sayang,I tak
anggap you kereta. Tapi I anggap you bakal isteri I dan bakal ibu anak-anak I.
You jangan risaulah,I sayang you sorang je,” keluar dah perangai kasanova dia
tu. Kalau orang lain maybe cair tapi aku sorry aku tak makan pujuk, aku makan
nasi je.
Aku hanya
menjeling kepada Fakhri sebelum dia berlalu dengan senyum manis.
Nenda,tolonglah cari orang lain buat jadi suami cucunda mu ini. Aku meneruskan
kerja membasuh pinggan tanpa menyedari kehadiran Kamal di dapur. Aku melemparkan
senyuman kepada lelaki itu apabila menyedari kewujudannya.
“ Pelik aku dengan
perangai engkau nie Lisya,kalau orang lain dah cair dengan ayat bunga-bunga
macam tu. Even Shima pun cair tengok si Fakhri tu,” Kamal bersuara sambil
mengunyah biskut yang ada di atas meja.
“Aku pun tak
tahu,dari dulu lagi aku benci jantan tu. Dari start along bawak balik,sampai
sekarang,” aku memandang Kamal. Alhamdulillah ,selepas Shima terangkan
segalanya,lelaki ini mula berbaik semula dengan aku. Meskipun tidak terlalu
rapat tetapi kesudian dia berbual dengan aku memberi satu kelegaan dalam diri
aku.
“Up torulah Lisya.
Anyway sorry pasal dulu,kalau tak sebab engkau maybe aku dengan Shima tak boleh
bersama macam sekarang,” Kamal melemparkan senyuman pada aku.
“ No biggielah. Aku
sayang Shima sangat-sangat, aku sanggup buat apa saja demi kebahagiaan dia,”
p/s: to be continue...
kalau ad salah tegur ye
2 comments:
smbg please :))
sorry,lmbt skit kot smbng sbb bru pas trial STPM
Post a Comment