Suasana
ditanah perkuburan sunyi sepi dan kelihatan Misha sedang duduk disamping kubur
Fazrin. Sedih yang mencengkam membuatkan dia tidak dapat menerima kematian
lelaki yang paling disayangi.
“ Abang,Isha janji sampai bila-bila pun
hanya abang yang dalam hati Isha. Tak akan ada orang lain yang boleh gantikan
abang dalam hati ini,” janji Misha didalam hati.
Perlahan-lahan Misha meninggalkan tanah
perkuburan dengan dipimpin oleh Muaz, berat rasa hatinya untuk meninggalkan
arwah Fazrin keseorangan. Puas Muaz memujuk barulah dia bersetuju untuk pulang.
“Isha,walau
apa pun terjadi pada abang,sha kena janji yang sha akan capai cita-cita sha,”
kata Fazrin bagai masih lagi terdengar ditelingannya. Dalam hati Misha telah
terpahat untuk mencapai cita-citanya seperti yang Fazrin katakan dulu.
Lapan tahun kemudian
“ Cik Misha,Datuk suruh Cik ke biliknya,”
kata suzana kepada Misha. Hampir 2 tahun Misha berkerja di syarikat Datuk
Syeikh Mukhriz. Pada awalnya dia tidak mahu berkerja disitu tetapi kerana jasa
papa arwah Fazrin yang membiaya pelajarannya di university,Misha akur. Tambahan
pula Fina juga turut bekerja disini sebagai pengurus kewangan. Jawatan Misha
sebagai pengurus jabatan kemanusiaan banyak member pengalaman kepadanya.
“Terima kasih Suzana,” Misha melemparkan
senyuman kepada Suzana sebelum bangun dan mencapai plannernya.
Misha melangkah
keluar dari bilik dan menuju ke lif bagi naik ke tingkat 10. Sementara menunggu
lif sampai ketingkat 10,dia sempat terfikir apakah perkara penting yang Datuk
inginkan pada tengah bulan ini. Sedangkan dia hanya perlu menghantar laporan
pada hujung bulan sahaja.
Ketika sampai ditingkat 10,Misha bertembung
dengan Sara,salah seorang akauntan disitu,” Hai Sara,”
“Hai Isha, eh apa engkau buat dekat sini?” Tanya
Sara.
“ Aku kena jumpa Datuk, dia panggil tadi. Engkau
tahu tak sebab apa?”
“Maybe nak kenalkan anak dia kot,” jawab Sara
simple. Misha mula terfikir selain Fina dan arwah Fazrin,ada lagikah anak Datuk
Sheikh Mukhriz yang dia tidak kenal.
“Anak yang mana Sara? Aku tak tahupun,”
“La.. anak dia yang baru balik dari London
tu. Takkan arwah ke,Datuk ke, Datin or Fina tak pernah bagi tahu engkau,” Sara mulai pelik apabila Misha
bertanya begitu kerana dia setahunya Misha merupakan kekasih kepada arwah
Fazrin dan satu syarikat mengetahuinya.
“Tak pernah pula. Eh! Takpelah,aku nak pergi
jumpa Datuk dulu. Nanti kita borak lain,” Misha melangkah laju ke bilik Datuk
Sheikh Mukhriz.
Misha mengetuk pintu sebelum masuk apabila
mendengar suara yang menyuruh dia masuk. Ketika masuk dia melihat ada 2 orang
yang sedang duduk dihadapan Datuk Sheikh. Salah seorangnya adalah Datin Rohana
manakala seorang lagi dia tidak kenal.
“
Isha anak mama. Rindu mama dekat Isha,lama Isha tak dating rumah,” Datin Rohana
bangun dan memeluk tubuh Misha kejap. Alhamdulillah selepas kematian arwah dia
mula menyayangi Misha seperti anaknya sendiri. Dia juga menganggap kehadiran
Misha sebagai anugerah selepas kematian arwah.
“Isha sihat ma. Sorry mama sebab lama tak dating
rumah ,Isha sibuk sangat,” Misha menyalam tangan itu.
“Kalau iye pun rindu bagilah budak tu duduk
dulu. Kamu nie Ana, sian abang tengok Isha tu,” Datuk Sheikh menegur keletah
isterinya itu.
“Tak apa papa,Isha tak kisah. Salah Isha juga
sebab dah lama tak datang rumah. Kenapa papa panggil Isha?” Misha membela Datin
Rohana hingga menerbitkan senyuman diwajah wanita tersebut.
“Papa nak kenalkan Isha dengan Sheikh Farish
Ahmad Rayyan adik arwah Fazrin. Dia akan ambil alih tempat papa lepas nie. Mungkin
Sha konfius sebab tak pernah papa dengan mama sebut pasal dia,” Datuk Sheikh
menyesali tindakannya tidak memberitahu Misha tentang Farish selama ini.
“Mama pun sama sayang. Mama tak ingat
langsung nak bagi tahu pasal Farish. Farish sini sayang ,jumpa dengan permata
arwah Arin,” panggil Datin Rohana kerana dari tadi lelaki tersebut tidak
berganjak dari tempat duduknya.
Lelaki yang dipanggil Farish bangun dan
berpaling menghadap Misha. Misha merasakan dunianya seperti terhenti sebentar
apabila melihat wajah tersebut. Tiba-tiba dunianya menjadi kelam. Rupa-rupanya
Misha pengsan tetapi sempat disambut oleh Datin Rohana yang berdiri
disebelahnya.
****************
p/s: pendek je sebab takde idea hope enjoy
3 comments:
apakah yang terjadi ?
teringin nak tahu ...
CEPATLAH SAMBUNG LAGI BEST LE
mesti kembar kan? muka sama..
Post a Comment