Followers

Friday 30 August 2013

Dari JB ke KL Sentral

  Perjalanan daripada JB Sentral ke KL Sentral membuatkan aku terfikir sejenak tentang apa yang ingin aku kecapi dalam hidup ini. Sejak aku melangkah masuk ke dalam KFCH International College,terlalu banyak perkara yang bermain di dalam fikiran ini. Malah aku pernah terfikir mengapa aku memilih jalan ini sedangkan banyak lagi jalan lain yang terbuka untuk aku. Setelah berfikir secara mendalam dan bermuhasabah diri barulah aku tersedar bahawa ini merupakan jalan yang telah ditentukan oleh yang maha esa kepada aku.

 Sesungguhnya dia telah membuka jalan untuk aku terus maju ke hadapan dan membalas segala jasa baik kedua ibu bapaku. Apa yang aku perlu lakukan kini adalah terus berjuang sehingga aku berjaya mencapai cita-citaku. Banyak mulut yang mencemuh diri ini hanya kerana aku lebih memilih diploma berbanding ijazah tetapi semua itu tidak akan mematahkan semangat aku untuk berjuang. Memang betul semua yang menduduki STPM ingin menyambung pembelajaran ke peringkat ijazah tetapi tidak semestinya semua orang dapat melangkah ke sana.

 Di hadapan kita terdapat banyak jalan yang terbentang dan kita hanya perlu memilih salah satu jalan untuk terus melangkah. Aku tidak mahu berhenti di satu destinasi dan aku terus tidak ke hadapan. Semua perkara yang berlaku di dalam hidup ini mempunyai sebab tersendiri. Malah kita hidup di dunia ini juga atas sebab-sebab tertentu. Jangan kita asyik menyalahkan takdir hanya kerana kita tidak mendapat apa yang kita impikan. Mungkin apa yang kita impikan itu akan memudaratkan kita,jadi Allah aturkan kita dengan impian lain. Bagi sesetengah orang, dengan tidak dapat mencapai cita-cita mereka,mereka akan terus berputus asa.
 Mungkin bagi sesetengah orang,jika berjauhan dari keluarga dan kawan-kawan,mereka akan merasakan hidup sepi tetapi berjauhan dari keluarga bukan bermakna kita terus berjauhan. Kita akan kembali ke pangkuan mereka juga nanti. Kalau rakan-rakan pula,tidak kira berapa jauh pun kita tercampak,kita pasti akan bertemu dengan rakan yang baru. Kita hanya perlu berusaha sedikit untuk memperoleh rakan yang baru. Lebih jauh kita pergi,lebih banyak kawan yang kita perolehi. Malah kita aku telah mulai rapat dengan rakan-rakan yang baru. Mungkin bagi yang tidak mengenali aku mereka akan mengatakan aku sombong tetapi aku sebenarnya sebaliknya. Pada permulaan mungkin betul kerana masing-masing baru berjumpa tetapi bila lama kelamaan tembok pemisah akan pecah juga.


  Kini aku mengambil Diploma in Tourism Management (DTM). Semua orang menyangka subjek ini hanya tertumpu kepada pemandu pelacong tetapi sebenarnya tidak. Pelancongan merupakan satu bidang yang sangat luas dan mendalam. Malah bidang ini merupakan antara bidang yang menyumbang kepada ekonomi negara. Tanpa pelancongan siapalah kita di mata dunia. Melalui pelancongan akan wujudnya peluang pekerjaan di dalam industri lain seperti hotel,restaurant dan bisnes. Bidang ini akan menarik pelancong luar ke dalam Malaysia dan memajukan industri lain. Atas faktor untuk menjadi penyumbang kepada negaralah aku memilih bidang ini dan untuk membalas jasa kedua ibu bapaku walaupun sedikit. Mungkin aku tidak dapat membalas semuanya tetapi biarlah ada sedikit jasa yang boleh aku taburkan.

Saturday 24 August 2013

sorry

sori buat semua yang baca cerita at blog nie...saya sekarang baru masuk kolej,so mmg xde mase langsung nak smbung cerita yg tertangguh..hrap korang boleh sbar sekejap je sementara nak stabilkan masa balik

Thursday 4 July 2013

Hari Keluarga Zon Koyan di Lata Lembik Recreational Park,Raub

Hari tu saya dengan family pergi hari keluarga yang zon koyan buat. Tak jauh pun tempat tu,dekat raub jugak. Dulu kalau pergi tepat tu memang tak ada apa,yang ada cuma sungai je tapi bila first time sampai situ memang terkejut sangat sebab tempat tu dah berubah jadi tempat perkhemahan dengan riadah. Banyak kemudahan yang diorang dah buat dari camping sampai aktiviti lasak tapi untuk yang nak santai je ada gak chalet dia buat . Kalau sape-sape yang suka aktiviti lasak atau nak jauh dari tension memang nie lah tempat terbaik. Kiranya macam kalau pergi situ memang tenanglah tambahan pulak line telefon pun tak ada. So tak ada sape nak kacau.












Wednesday 22 May 2013

CKSD 15


Misha melangkah masuk ke dalam bilik setelah selesai kerja di bawah. Jam ketika itu menunjukkan pukul 1 pagi dan ahli keluarga yang lain masih belum tidur. Ada di antara mereka yang mengambil peluang untuk bersembang memandangkan sudah lama tidak berjumpa dan ada juga yang mengemas apa yang patut di dapur. Sebelum dia naik ke atas,dia melihat Rayyan sedang bersembang dengan abah dan abang-abangnya. Dia berasa gembira kerana Rayyan mudah mesra dengan ahli keluarga yang lain.

Thursday 2 May 2013

CKSD 14


Suasana rumah Misha riuh rendah dengan suara ahli keluarga sedang bersiap. Masing-masing menyiapkan sentuhan terakhir sebelum majlis akad nikah berlangsung tengah hari nanti. Majlis akad nikah akan diadakan di masjid berhampiran kawasan perumahan Misha. Misha ketika ini sedang di solek oleh sepupunya Izzati.

Saturday 27 April 2013

CKSD 13


Suasana rumah Misha riuh rendah dengan suara ahli keluarga sedang bersiap. Masing-masing menyiapkan sentuhan terakhir sebelum majlis akad nikah berlangsung tengah hari nanti. Majlis akad nikah akan diadakan di masjid berhampiran kawasan perumahan Misha. Misha ketika ini sedang di solek oleh sepupunya Izzati.
 “Sha,cuba senyum sikit. Engkau tu dah nak jadi isteri orang tau. Cuba happy sikit,” kata Izzati sambil meneruskan kerja solekannya.

 “Macam mana aku nak senyum Tie,aku bakal kawin dengan orang yang aku tak cinta,”jawab Misha bersahaja.

 Izzati mengeluh seketika apabila mendengar jawapan Misha. Mengapalah sepupunya ini tidak dapat menerima hakikat yang satu itu, “Sha,aku bukan nak campur urusan engkau tapi kita sebagai umat islam tahu yang jodoh itu rahsia Allah. Mana tahu jodoh yang Allah tentukan pada engkau adalah Farish,”

 Misha memandang mata Izzati sedalamnya. Dia cuba untuk menyelami kata-kata sepupunya itu. Buat seketika dia dapat rasakan yang hatinya berdegup kencang apabila mendengar kata-kata Izzati. Mungkin dia patut menerima kata-kata sepupunya itu sepenuhnya. Misha memandang Izzati lalu melemparkan senyuman.

 “That’s my favourite cousin,”kata Izzati apabila melihat senyuman yang di lemparkan oleh Misha.

 “Betul nie aku engkau punya ‘favourite cousin’ bukan Mia?” Misha cuba mengusik Izzati apabila melihat Mia masuk dengan membawa baju akad nikahnya.

 “Hello,I’m still Zati ‘favourite cousin’ ok. Dia cuma nak sedapkan hati engkau je bila dia kata dekat engkau macam tu,” kata Mia sambil menyangkut baju akad nikah Misha. Bilik pengantin yang mulanya sunyi akhirnya gamat apabila mendengar kata-kata Mia. Gelak tawa mereka bertiga menyebabkan ahli keluarga yang lain menjenguk ke dalam bilik bagi mengetahui sebab mereka ketawa.

                                                           *******************
  Kedua-dua belah pihak telah sampai di masjid dan bersedia untuk melangsungkan majlis akad nikah. Rayyan kini sedang duduk dihadapan Encik Zaquan sebagai wali dan dikelilingi oleh Tok kadi dan beberapa orang ahli keluarga yang lain. Misha pula sedang duduk bersimpuh di belakang bersaa yang lain. Majlis ini bukan sahaja mendebarkan Misha tetapi juga Rayyan. Pagi tadi sahaja sudah beberapa kali dia berulang alik dari tingkat atas hingga ke bawah hingga mnyebabkan Fina terpaksa menenangkannya.

 Akan tetapi satu perkara lagi yang membimbang Rayyan adalah mesej yang di terima daripada Syaimaa yang mengatakan dia akan menghancurkan rumah tangga Rayyan bagi memastikan Rayyan menjadi miliknya. Rayyan menunjukkan mesej itu kepada semua ahli keluarganya dan masing-masing terkejut dengan kata-kata Syaimaa. Mereka semua amat mengenali gadis itu sedari kecil dan tidak menyangka dia akan bertindak sejauh ini apabila lamaran keluarganya di tolak.

 “Semua dah bersedia,” suara tok kadi mengejutkan Rayyan daripada lamunan. Sebelum majlis akad nikah di mulakan,sedikit ceramah di berikan oleh tok kadi kepada kedua bakal pengantin.

 Alhamdulillah dengan sekali lafaz Misha sah menjadi isteri Rayyan. Mereka semua memanjatkan kesyukuran dengan kelancaran majlis ini. Akan tetapi ketika Rayyan bangkit daripada duduknya dia melihat Syaimaa berdiri di pintu masjid dan memandangnya dengan tajam. Syaimaa hanya berdiri di situ seketika sebelum berlalu pergi.

  Syaimaa melangkah masuk ke dalam kereta dengan hati yang sebak. Dia menyangkakan dia sempat untuk membatalkan upacara itu tetapi telahannya silap kerana ketika dia sampai Rayyan baru sahaja selesai di akad nikahkan. Dia sanggup mereka cerita tetapi semuanya sudah terlambat.

 Bunyi deringan telefon membuatkan Syaimaa tersentak. Nama adiknya Nurin terpampang di skrin telefon.

 “Hello,”

 “Hello,akak. Akak dekat mana nie,satu family risau bila akak hilang tiba-tiba,”suara Nurin jelas kerisauan dengan kehilangan Syaimaa.

 “Akak dekat masjid nie,tengok Farish akad nikah. Rin cakap dekat semua yang akak tak apa-apa. Oh ye,boleh tak Rin book kan tiket kapal terbang untuk akak. Mana-mana pun boleh,akak nak rehatkan fikiranlah,”

 “Ok, nanti Rin buat. Akak jangan risau ye and jangan sedih ye kak,semua nie ketentuan tuhan,” Nurin cuba menenangkan kakaknya itu.

 “Akak ok, takpelah akak nak balik dah nie,nak kemas barang. Bye,”

 Syaimaa menamatkan panggilan. Meskipun dia mengatakan yang dia tidak mengapa tetapi di dalam hatinya ada api yang sedang marak menyala. Dia akan merancang strategi ketika dia bercuti nanti. Segala persiapan rapi akan di buat untuk memastikan yang Rayyan menjadi miliknya. Dia tidak kisah jika rancangan itu akan mengambil masa yang lama,yang penting adalah kejayaan. Buat sementara waktu ini dia akan membiarkan Rayyan bahagia dengan kehidupannya.

__________________________________________________________________
p/s: sori bru skit dpt idea..insyaallah nnt saya update lg

Wednesday 24 April 2013

CKSD 12


 Bunyi dentuman lagu langsung tidak menganggu ketenteram gadis itu. Air yang terdapat di dalam gelasnya di teguk perlahan sambil melihat orang-orang yang menari keseronokan di bawah lampu disko yang malap. Dia langsung tidak berminat untuk menyertai mereka dan hanya memerhatikan daripada jauh. Emosinya ketika ini tidak stabil setelah menerima kad jemputan perkahwinan daripada Farish.

Tuesday 23 April 2013

CKSD 11


 Ahli keluarga Encik Zaquan sudah mula membanjiri rumah memandangkan perkahwinan Misha akan berlangsung lagi dua hari. Masing-masing terkejut apabila mendengar berita tentang perkahwinan Misha memandangkan abang-abangnya masih belum berkahwin. Golongan wanita sedang sibuk menghias bilik pengantin memandangkan majlis sebelah perempuan hanya menggunakan perkhidmatan catering manakala kaum lelaki sedang sibuk memasang khemah.

Saturday 30 March 2013

Teaser CKSD


  Berita yang didengari daripad bekas rakan-rakan sekerjanya benar-benar mengejutkan Misha. Dia tidak menyangka bahawa Rayyan sanggup bermain kayu tiga di belakangnya. Memang dia akui hubungan dia dan Rayyan ketika ini sedikit renggang kerana masalah alahan mengandungkan anak kedua. Misha tidak boleh terlalu dekat dengan Rayyan kerana rasa loyanya akan bertambah tetapi sekarang alahan itu sudah semakin berkurangan.

 Rayyan memang sentiasa pulang lewat kebelakangan ini tetapi dia tidak mengesyaki apa-apa kerana dia tahu sejak di lantik sebagai CEO,tugas Rayyan semakin bertambah. Rayyan juga pernah merungut tentang kerja di pejabat yang semakin bertambah sehingga tidak dapat meluangkan lebih masa kepada anak sulung mereka Ikhmal.

 Malam itu Misha menunggu kepulangan Rayyan bagi mendapatkan kepastian tentang apa yang di dengarinya. Bunyi kereta memasuki porch mematikan lamunan Misha.

 “Assalamualaikum,” bunyi pintu rumah di buka dan suara Rayyan kedengaran.

 “Waalaikumsalam,baru balik abang?” Misha menyambut Rayyan  dengan senyuman mesra. Dia tidak mahu menganggu mood Rayyan ketika ini.

 “Eh! Sayang,kenapa tak tidur lagi nie? Dah lewat nie,kesian baby,” Rayyan mencium dahi Misha sebelum mengusap perut Misha yang semakin membesar.

 “Sha tunggu abang. Dah lama Sha tak tunggu abang balik macam nie sejak Ikhmal lahir,”Misha memeluk lengan Rayyan erat sambil megambil briefcase di tangan kiri Rayyan.

 Rayyan tergelak kecil apabila mendengar kata-kata Misha. Dia memeluk isterinya itu erat. Memang di akui sudah terlalu lama mereka tidak dapat meluangkan masa terutamanya sekarang ini kerana Misha sedang mengandung. Malah ketika awal kehamilan,dia terpaksa tidur di bilik Ikhmal kerana masalah alahan Misha yang teruk.

  “Dulu abang suruh sayang kerja tak nak. Kan sekarang dah merengek rindukan abang,” Rayyan mencuit hidung Misha manja.

 Misha menarik muka apabila mendengar kata-kata Rayyan. Bukan dia tidak mahu menyambung pekerjaannya tetapi dia risau kebajikan Ikhmal akan terabai. Memanglah keluarganya dan keluarga mertua boleh menjaga Ikhmal tetapi anak sulungnya itu berhak mendapat kasih sayang ibu bapa.

 Belum sempat Misha menjawab Rayyan sudaj menunjuk isyarat senyap, “ Shhh...abang tahu apa sayang nak cakap. Abang gurau jelah tadi. Ok macam nie,hujung minggu nie kita satu family pergi bercuti. Abang dah book cuti, so this weekday i’m all yours,”

 Misha tersenyum riang apabila mendengar kata-kata Rayyan, “Terima kasih abang,”
 “ Sama-sama kasih sayang,”

 Mereka berdua naik ke bilik dan persoalan yang ingin dilontarkan oleh Misha kepada Rayyan hanya berlalu di bawa angin lalu. Misha mengambil tindakan mendiamkan diri kerana risau keceriaan mereka ketika ini akan terganggu. Dia juga tidak mahu berlaku pergaduhan di saat mereka sekeluarga ingin bercuti bersama.

Tuesday 19 March 2013

CKSD 10


  “Abah siang tadi mak ngah telefon,dia tanya betul ke abah nak suruh anak dia jadi mak andam masa akad nikah nanti,”tanya Misha ketika mereka semua berkumpul di ruang keluarga.

 “Ha,betullah tu tapi kenapa dia telefon kamu. Patutnya dia terus telefon abah je?”

Friday 15 March 2013

STPM

stpm nak kuar 18 arie bln nie...doakn yg terbaik buat saya...
takut juga bila pikir result nk kuar..mne tau result kntoi..
wish me luck for my result...

Monday 11 March 2013

CKSD 9


“Isha betul ke engkau nak kawin dengan Tuan Rayyan tu?” tanya Izara ketika mereka berdua lunch bersama. Izara ketika ini baru sahaja pulang dari London. Kerja sebagai model menyebabkan dia terpaksa mengetepikan masa lapangnya.

“Sape cakap dekat engkau nie Zara?” tanya Misha kembali.

CKSD 8


   “Good morning sayang,bangunlah. Kita solat subuh sama-sama,”suara seorang lelaki mengejutkan Misha bangun dari tidur.

 “Sha ngantuklah bang,bagi Sha 5 minit lagi,”jawab Misha sambil menarik selimut menyelubungi dirinya yang sedang kesejukan.

Thursday 7 March 2013

CKSD 7


   Deringan telefon menggangu Misha yang sedang ralit membaca novel di bilik Fina. Dua hari dia berada di rumah besar ini dan baru hari ini dia dapat hidup aman tanpa gangguan Rayyan. Lelaki itu asyik menganggunya ketika dia sedang seronok beristirehat. Rayyan membuat dia seperti isteri lelaki itu. Entah bagaimanalah nasib bakal isteri Rayyan nanti.

  “Hello,”

Wednesday 20 February 2013

CKSD 6


  “Farish,tolong hantar Isha balik ye sayang. Kesian dia takde kereta,” Datin Rohana menjenguk ke dalam bilik Rayyan. Rayyan mengerutkan dahinya apabila mendengar permintaan mamanya itu.

 “Takde kereta apanya ma. Kereta Satria Neo tu bukan ke kereta dia,”

Wednesday 23 January 2013

CKSD 5


    Misha bangun dari lenanya yang panjang. Matanya memerhatikan sekeliling. Rasa-rasanya semalam dia merehatkan diri di sofa pejabat, tetapi bagaimana dia boleh berada dirumah Datuk Sheikh Mukhriz. Sudah lama dia tidak menjejak kaki kerumah ini setelah dia tamat belajar.

 “Morning akak,” wajah Fina muncul dipintu bilik.

Tuesday 22 January 2013

cerpen "Penjaga" [v]


   Kayra berlari memasuki kawasan sekolah dengan tergesa-gesa. Jam sudah menunjukkan 7.20 pagi dan dia akan sampai lewat ke kelas. Ketika sedang berlari masuk,dia telah terlanggar seorang lelaki yang sarat membawa buku ditangan.

  “Maaf..maaf,saya tak sengaja,” Kayra membantu lelaki itu mengutip buku yang berterabur jatuh.

  “Takpe..salah saya,”lelaki itu hanya tersenyum. Dia mengambil buku yang dihulurkan oleh Kayra,”Eh! Awak nie Kiara kan?”

Monday 14 January 2013

cinta

CINTA itu...
janganlah seperti NOBITA yang selalu putus
asa,
janganlah seperti GIANT yang penuh emosi
dan syak wasangka,
janganlah seperti SIZUKA yang selalu
lemah,
janganlah seperti SINYU yang selalu
sombong,
tapi biarlah cinta itu seperti DORAEMON
yang penuh dengan keajaiban...^_^

Ciri-ciri Isteri Idaman Lelaki Mukmin

T ~ Taat pada suami...
A ~ Allah diutamakan...
Q ~ Quran dijunjung...
W ~ Wanita solehah...
A ~ Amanah ditunaikan dan bertanggungjawab...

T ~ Tunjukkan kasih sayang pada suami dan anak-anak...
A ~ anak-anak pandai dididik tentang agama...
A ~ Akhlaq mulia...
T ~ Tutup keaiban suami...

S ~ Sholat dijaga...
O ~ Orang tua dihormati...
P ~ Puasa dikerjakan...
A ~ Aurat dipelihara...
N ~ Nabi menjadi teladan dan dicontoh...

Wednesday 9 January 2013

cerpen "Penjaga" [iv]


    Kayra berlari menuju ke taman diraja selepas waktu sekolah. Dia hampir lupa bahawa mereka mempunyai perjumpaan ahli selepas waktu sekolah. Malah,Fians pun pernah menginggatkannya ketika didalam kelas.  Ketika dia sampai,kelihatan Diana,Finas dan Amin sedang santai menikmati makanan yang disediakan oleh Finas.

  “Mana Irfan?”Kayra bertanya sambil duduk disebelah Diana.

  “Irfan kena jumpa pengetua sekejap. Nanti dia sampailah,makan dulu Kayra,” kata Finas sambil menuangkan minuman pada cawan Kayra. Kayra hanya senyum lalu mengambil kek yang telah tersedia diatas meja.

  Beberapa minit kemudian Irfan tiba dengan dokumen ditangan,”Maaf lambat, pengetua suruh uruskan budak baru tadi,”

Thursday 3 January 2013

cerpen "Penjaga" [iii]


   Pada perhimpunan mingguan,murid-murid berkumpul seperti biasa bagi mendengar pengumuman atau aktiviti yang akan dilakukan pada minggu ini. Seperti biasa Irfan selaku Presiden Persatuan mengumumkan tentang aktiviti yang dilakukan pada minggu ini tetapi tiba-tiba dia mengumumkan ahli baru bagi Persatuan Pelajar Sekolah.

   “Hari ini saya akan mengumumkan pemegang kerusi ke lima bagi Persatuan Pelajar iaitu Laksamana. Jawatan itu akan diserahkan kepada Kayra Asmidar,”

 Kayra yang mendengar pengumuman itu hanya mampu terkedu,begitu juga pelajar lain. Mesing-masing tidak menyangka yang sekolah mereka mempunyai jawatan itu. Rakan-rakan kelas Kayra mengucapkan tahniah kepadanya dan dia hanya mampu tersenyum tawar.