Kayra berlari memasuki kawasan sekolah dengan
tergesa-gesa. Jam sudah menunjukkan 7.20 pagi dan dia akan sampai lewat ke
kelas. Ketika sedang berlari masuk,dia telah terlanggar seorang lelaki yang
sarat membawa buku ditangan.
“Maaf..maaf,saya tak sengaja,” Kayra membantu
lelaki itu mengutip buku yang berterabur jatuh.
“Takpe..salah saya,”lelaki itu hanya
tersenyum. Dia mengambil buku yang dihulurkan oleh Kayra,”Eh! Awak nie Kiara
kan?”
“Haaa?????????”Kayra mula memandang lelaki itu
dengan pandangan pelik. Rasa-rasanya namanya tidak lagi bertukar menjadi Kiara.
Dia hanya tersenyum sebelum menyambung kembali langkah ke kelas.
Kayra duduk dimejanya dan termenung memikirkan
lelaki tadi. Mungkin betul lelaki itu ingin menyebut namanya tetapi dia salah
sebut. Kayra membuang pandangannya keluar. Awan biru yang berarak lebih menarik
minatnya berbanding cerita yang sedang dibualkan oleh rakan sekelasnya kini.
“Kayra,menungkan apa tu?” Finas menegur Kayra.
Dia menarik kerusi disebelah Kayra dan duduk.
“Fi,bila masa nama saya jadi Kiara?” Kayra
memandang Finas. Finas ketawa sambil menahan mulut daripada ketawanya menjadi
kuat.
Para pelajar kembali ke tempat masing-masing
apabila Cikgu Lukman melangkah masuk. Disisi Cikgu Lukman berdiri lelaki yang
di langgar oleh Kayra pagi tadi. Cikgu Lukman memperkenalkan lelaki itu sebagai
guru kelas baru mereka. Kayra hanya mampu tersenyum kelat dengan pengenalan
itu.
Lelaki tu memperkenalkan dirinya sebagai Cikgu
Izam. Satu perkara yang membuatkan Kayra bengang adalah guru tersebut masih
memanggil namanya sebagai Kiara. Asal nak suruh dia baca apa-apa ‘kiara’ juga
yang disebutnya.
“Kiara...”suara Cikgu Izam kedengaran ketika
dia sedang menyiram pokok yang terdapat ditaman diraja.
Kayra memandang guru itu dengan pandangan yang
tajam,”Ada apa cikgu?”
“Saje saya nak tegur kamu. Mana ahli persatuan
yang lain?” Cikgu Izam memandang sekeliling untuk mencari ahli persatuan
pelajar yang lain.
“Diorang tak ada,masing-masing ada kerja nak
kena buat,”jawab Kayra ringkas.
Cikgu Izam tersenyum kecil melihat gelagat
Kayra yang acuh tak acuh. Dia sedar tindakan dia memanggil gadis ini ‘Kiara’
telah membuatkan Kayra menjadi bengang. Itu semua tidak penting baginya,yang
penting ada misi yang yang perlu diselesaikan disekolah ini.
“Kamu percaya pada impian? Cikgu tak percaya
sebab bagi cikgu impian itu hanya sia-sia,kita semua tahu yang bila besar nanti
kita akan jadi lain dari impian kita,” soalan yang ditanya kepada Kayra,dijawab
oleh Cikgu Izam dengan satu penyataan yang pedas bagi seorang yang mempunyai
impian besar seperti Kayra.
Kayra memandang Cikgu Izam tajam tetapi
sebelum sempat dia menjawab guru itu dah berlalu pergi. Langkah lelaki itu
dipandang dengan seribu tanda tanya.
“Kayra,kami kesan ada hati yang ditanda
pangkah sekitar sini,” Ran,Miki dan Su tiba disamping dengan penyataan yang
mengejutkan.
Mereka semua berlari kearah yang ditunjukkan.
Ketika dia sampai Irfan,Finas,Diana dan Amin telah sampai dahulu. Dihadapan
mereka kelihatan seorang budak lelaki yang memandang mereka dengan tajam.
“Aku benci bola sepak. Sebanyak mana pon aku
cuba,aku tak pernah terpilih untuk pertandingan,” budak lelaki itu menjerit
kemudian pengsan.
“Siapa dia tu?” Kayra bertanya kepada yang
lain.
“Dia tu salah seorang pemain bola sepak sekolah
kita,Zuhair tapi dia hanya terpilih sebagai pemain simpanan je,”Amin menjawab. Keadaan
menjadi lebih getir apabila wisel perlawanan dibunyikan.
Amin berlari ke padang kerana perlawanan bola
sepak akan dimulakan sebentar lagi. Irfan menyuruh Amin agar menumpukan pada
permainan dan mereka menguruskan perkara disini. Ketika itu hati tersebut telah
bertukar menjadi karakter ‘X’.
“Benci...benci..benci...,”
“Kayra,bertukar dengan saya,” Ran menawarkan
diri untuk bertukar. Kayra menyetujui cadangan Ran dan bertukar.
Karakter tersebut menyerang mereka berempat. Irfan
melindungi mereka semua dengan tongkat saktinya.
“Awak tak boleh putus asa, mungkin suatu hari
nanti kesabaran awak tu akan terbalas,” Kayra cuba memujuk karakter tersebut. Hanya
itu satu-satunya cara untuk memastikan karakter itu kembali tenang.
Apabila mendengar kata-kata Kayra,karakter itu
mula memperlahankan serangan. Mungkin Zuhair itu mula sedar tentang perkara
yang dinyatakan oleh Kayra. Kesempatan itu diambil oleh Kayra untuk menukar
kembali karakter tersebut ke bentuk asal.
“Merci Kayra, saya akan pastikan Zuhair dapat
menjadi apa yang dia impikan tapi bukan sekarang,” penjaga milik Zuhair menjadi
bentuk hati kembali dan masuk ke dalam badan tuannya semula.
Irfan membaringkan Zuhair diwakaf yang
berdekatan. Ketika itu kedengaran dipadang sekolah nama Zuhair diumumkan kerana
ada pemain yang mengalami kecederaan. Kayra merenjiskan air ke muka Zuhair bagi
menyedarkan lelaki tersebut.
“Awak
cepat,nama awak dah kena panggil untuk pertukaran,”Kayra memberitahu Zuhair
apabila dia mula sedar. Zuhair berlari ke padang dan akhirnya sekolah mereka
menang 1-0. Mereka semua memuji kecekapan Zuhair menjaringkan gol.
********************
“Hapuskan semua yang tak berguna tu,jangan ada
satu pun yang tinggal,”suara seseorang bergema di dalam pejabat syarikat
ternama. Zaquan yang mendengar hanya mendiamkan diri,tiada sebarang bantahan
yang keluar dari mulutnya.
Dia melangkah keluar dari bilik tersebut. Selepas
menutup pintu dia menarik nafas panjang, entah berapa banyak lagi arahan yang
bakal diberikan oleh Presiden Syarikat merangkap bapa tirinya itu. Sejak ibunya
berkahwin dengan lelaki itu,hidupnya tidak bebas lagi seperti dahulu.
Zaquan mengambil biolanya dan berlalu pergi
dari syarikat tersebut. Ketika sedang menuruni tangga, dia terserempak dengan
seorang wanita berumur lewat 20-an dan seorang gadis. Dia hanya melangkah pergi
tanpa mempedulikan pandangan gadis tersebut.
“Abang, Sha akan pastikan impian abang
tercapai. Sha akan keluarkan abang dari kepompong nie,” kata gadis yang bernama
Shanaz itu kepada Zaquan.
Zaquan tersentak mendengar kata-kata gadis
itu. Sudah berapa kali dia memberi amaran kepada Shanaz agar tidak terlibat
dengan sebarang kerja yang dilakukannya tetapi gadis itu tetap berdegil. Tiada kata
lagi yang boleh diucapkan untuk menghalang Shanaz.
“Ikut Sha lah,abang dah tak larat nak larang,”kata
Zaquan pendek sebelum menyambung langkahnya.
***************
p/s: siapalah Shanaz dan apakah hubungan dia dengan Zaquan? nantikan sambungan akan datang :)
2 comments:
cepatlah buat sambungan:)
sambungan plez!
Post a Comment