Misha bangun dari lenanya yang panjang.
Matanya memerhatikan sekeliling. Rasa-rasanya semalam dia merehatkan diri di
sofa pejabat, tetapi bagaimana dia boleh berada dirumah Datuk Sheikh Mukhriz.
Sudah lama dia tidak menjejak kaki kerumah ini setelah dia tamat belajar.
“Morning akak,” wajah Fina muncul dipintu
bilik.
“Morning,” sapa Misha ringkas.
“Semalam akak tido lena sangat, tak sampai
hati Fina nak kejut. Baju nie pun bibik tukar,yelah takkan akak nak tido pakai
baju kerja,” kata Fina tak sempat Misha bertanya apa-apa. Gadis itu hanya
tersenyum simpul melihat kerutan didahi Misha.
“Macam mana akak boleh tido dekat rumah papa
nie. Setahu akak, semalam akak baring dekat pejabat,” Misha mula bertanya
kepada Fina.
“Abang yang bawak balik akak semalam,”jawab
Fina ringkas.
“Abang mana?”
Fina ketawa apabila mendengar pertanyaan
Misha. Tiba-tiba dia menjerit kesakitan apabila tangan Misha memukul pahanya
yang hanya dibaluti skirt paras lutut.
“Awww..sakitlah kak. Akak tu tanya soalan
pelik-pelik,mana Fina tak gelak. Fina manalah ada abang lain selain Abang
Firash tu kak oi,”
Misha terkedu apabila Fina memberitahu yang
Firash telah membawa Misha pulang,”Maksud Fina,Tuan Rayyan angkat akak bawak
balik sini?”
Pertanyaan Misha hanya dijawab dengan anggukan
oleh Fina. Muka Misha bertukar menjadi merah apabila memikirkan lelaki yang
menjengkelkan itu mengangkat dia dari pejabat hingga kerumah. Sudahlah
baru-baru ini beratnya menaik 3 kg. Misha menarik selimut menutupi mukanya
manakala Fina hanya ketawa melihat gelagat kakak angkatnya itu.
“Sudahlah akak, bangun-bangun dah dekat pukul 6 nie. Kita solat jemaah,” Fina
menarik selimut yang menutup muka Misha.
“Akak tak boleh,’Jepun jajah’ dah tiga hari,”
“Apa kena mengena’ jepun jajah’ dengan solat
subuh Cik Misha?”tiba-tiba ada suara dari pintu bilik .
Misha menarik selimut yang menutupi mukanya
dan kelihatan Rayyan sedang berdiri dimuka pintu dengan berpakaian baju melayu.
Dia hanya mendiamkan diri tanpa menjawab pertanyaan lelaki itu. Masakan dia
ingin menjawab tentang perkara yang melibatkan hal perempuan kepada lelaki yang
tidak langsung mempunyai apa-apa hubungan dengannya.
“Eee… abang nie,tak payah menyibuklah. Nie
hal orang perempuan,lelaki tak boleh masuk campur,” Fina bangun dan menarik
Rayyan keluar dari bilik tersebut.
“Hal orang perempuan? Apa adik mengarut nie,”
Rayyan menarik muka apabila Fina menolaknya keluar dan menutup pintu bilik yang
dihuni oleh Misha.
Misha menarik nafas lega apabila Rayyan sudah
hilang dari pandangan matanya. Dia tidak kisah untuk menginap dirumah besar ini
tetapi dengan kehadiran lelaki itu dia berasa tidak selesa. Segala perlakuannya
akan terbatas selepas ini. Misha menarik keluar telefon bimbitnya dan
menghubungi rumahnya bagi mengelakkan abah dan abang-abangnya risau.
“Assalamualaikum Mak Timah,”Misha menyapa
Mak Timah yang sedang menyediakan sarapan pagi.
“Eh! Waalaikumsalam Isha. Lama tak nampak
Isha dekat sini, Isha sihat sayang?”wanita itu tersenyum mesra apabila melihat
Misha berada diruangan dapur.
“Sihat Mak Timah. Sibuk sangat sekarang
nie,susah nak cari masa datang rumah mama. Ada apa-apa yang Isha boleh tolong?”
Isha meringankan tulang untuk membantu Mak Timah yang sedang bertungkus lumus
menyiapkan sarapan buat semua orang didalam rumah besar ini.
“Dah nak siap dah, Isha cuma bancuh air je ye
sayang,”
“Ok,mem,” Misha bergerak ke cabinet dapur
dan mencapai dua biji teko untuk membancuh air. Kerana sering datang kerumah
ini dahulu, dia sudah mula menghafal segala kelengkapan yang disimpan didalam
rumah besar itu.
Keluarga Datuk Sheikh Mukhriz sudah mulai
turun untuk bersarapan. Misha mengambil tempat disebelah Fina tetapi malangnya
Rayyan mengambil tempat di sebelahnya. Tidak mungkin dia beralih tempat,apa
yang akan dikatakan oleh Datuk dan Datin nanti. Akhirnya dia hanya membiarkan
sahaja lelaki itu.
“Tolong hulurkan air nie dekat Firash,sayang,”
Datin Rohana menyuakan air yang telah siap dituang kepada Misha memandangkan
tempatnya jauh daripada Rayyan. Misha menyambut huluran itu dan meletakkan
dihadapan lelaki itu.
“Isha,tolong bubuh nasi goreng tu dekat
pinggan,” Rayyan menghulurkan pinggannya. Hati Misha mengelegak dengan sikap
lelaki ini. Masakan nasi goreng yang hanya sejengkal darinya diminta
dibubuhkan. Demi menjaga air muka Rayyan,Misha hanya turuti permintaan lelaki
itu.
“Tengok tu bang. Belum kawin lagi dah macam
nie,agaknya bila kawin nanti lagi sweetkan,” kata-kata Datin Rohana hamper membuatkan
Misha tersedak.
“Mama,” Misha menegur tindakan Datin Rohana
itu.
“Mama cakap betul sayang. Isha je lah
satu-satunya gadis yang mama nak jadikan menantu,” Datin Rohana ketawa kecil
melihat gaya Misha. Jika Arwah Fazrin masih hidup mungkin dia tidak melayan
Misha sebaik ini tetapi kematian anak lelaki sulungnya itu menyedarkannya.
Rayyan memandang wajah Misha yang memerah
akibat disakat oleh mamanya. Tiba-tiba dia teringat kata-kata Misha sebelum
subuh tadi,” Ma, apa kena mengena ‘jepun jajah’ dengan solat ma?”
Soalan staright daripada Sheikh Farish Ahmad
Rayyan itu membuatkan Datin Rohana,Fina dan Misha berhenti makan,hanya Datuk
Sheikh Mukhriz sahaja yang mengabaikan soalan itu. Mereka bertiga terkedu
dengan soalan Rayyan sebentar tadi.
“Mana kamu dapat perkataan tu Firash?” Datin
Rohana bertanya kembali kepada anak lelakinya itu. Dua kemungkinan yang
tercipta,sama ada dia dengar daripada mulut Fina atau Misha. Datin Rohana pasti
kemungkinan kedua itu betul kerana pagi tadi Misha tidak menyertai mereka solat
subuh.
“Firash dengar dari mulut Isha pagi tadi,masa
dia sembang dengan adik. Bila Firash Tanya diorang tak nak jawab pulak,” Rayyan
menunjukkan muka tidak puas hatinya kepada Fina dan Misha yang tunduk.
“Abaikan jelah ye sayang. Perkataan tu takde
kena mengena dengan orang lelaki,” Datin Rohana mengeluarkan jawapan selamat. Fina
dan Misha menarik nafas lega,risau jika mama mereka menerangkan segalanya
kepada Rayyan.
Rayyan hanya diam apabila mendengar jawapan
mamanya itu. Sebenarnya sebelum turun sarapan tadi dia sempat mencari maksud
disebalik kata-kata itu tetapi yang keluar hanyalah sejarah. Dia pasti ada
makna disebalik perkataan itu tetapi mengapa mamanya tidak member jawapan
sedangkan dari riak wajah mama tadi sudah jelas mamanya mengetahui maksudnya.
***************
p/s: nasiblah rayyan. nantikan sambungan akan datang...OK ;)
4 comments:
nak lg.
Xpa lama2 nanti rayyan tau la mksud jepun jajah 2..hehe..kesian dia tertanya2
Akak cepat sambung
Sambung bole... Best citerrr.. Siap ngan Jepun Jajah.. Caiyooo2x... You can do it... Smbng erkkk?? :D
Post a Comment