Pada perhimpunan mingguan,murid-murid berkumpul seperti biasa bagi mendengar
pengumuman atau aktiviti yang akan dilakukan pada minggu ini. Seperti biasa
Irfan selaku Presiden Persatuan mengumumkan tentang aktiviti yang dilakukan
pada minggu ini tetapi tiba-tiba dia mengumumkan ahli baru bagi Persatuan
Pelajar Sekolah.
“Hari ini saya akan mengumumkan pemegang kerusi ke lima bagi Persatuan
Pelajar iaitu Laksamana. Jawatan itu akan diserahkan kepada Kayra Asmidar,”
Kayra yang mendengar pengumuman itu hanya
mampu terkedu,begitu juga pelajar lain. Mesing-masing tidak menyangka yang
sekolah mereka mempunyai jawatan itu. Rakan-rakan kelas Kayra mengucapkan
tahniah kepadanya dan dia hanya mampu tersenyum tawar.
“Laksamana.. Jawatan apa tu? Dan kenapa saya
yang terpilih.” Kayra menanyakan kepada Irfan,Finas,Amin dan Diana.
“Kami rasa awak yang paling sesuai untuk
jawatan tu. Lagipun awak pemegang mangga tu kan. Tugas awak tak susah, awak cuma
perlu menyelamatkan orang dari hati mereka bertukar jadi tanda pangkah. Awak tak
perlu buat kerja macam kami. Bolehkan?” Irfan memandang Kayra dengan pandangan
yang sayu dan cuba memujuk Kayra untuk bersetuju.
Kayra kalah dengan pandangan itu,”
Hmm..baiklah,tapi saya tak nak pakai vase diraja tu. Dia boleh rosakkan imej
saya. Oh ya! Saya nak pulangkan mangga nie,”
“Jangan risau,awak cuma kena pakai vase tu
bila acara rasmi je dan pasal mangga tu,dia milik awak,” Irfan memakaikan
mangga yang telah diikatkan pada seutas rantai ke leher Kayra.
“Kenapa?”
“Sebab raja yang menjumpai mangga ini pernah
cakap yang mangga ini akan cari tuan dia sendiri suatu hari nanti dan dia
amanahkan kami untuk simpan dia. Jadi sekarang dia milik awak sebab dia pilih
awak,” Irfan menjelaskan dengan panjang lebar.
“Dan kami juga pernah tengok awak bertukar
dengan mangga tu, awak hebat sangat,” Diana menyampuk dengan tiba-tiba.
Kayra tercegang dengan penyataan Diana. Setahu
dia, sudah dua kali dia bertukar. Kali pertama ketika dia terjumpa Zaquan dan
kedua ketika dia cuba menyelamatkan seorang budak yang mempunyai tanda pangkah
pada hatinya. Penampilannya ketika itu amat memalukan kerana ia bukanlah
gayanya yang sebenar
“Bi..Bi..Bila?”
“Masa awak cuba selamatkan budak dekat padang,”
jawab Diana ringkas.
Kayra hampir pengsan mendengar kata-kata
Diana. Maknanya, Irfan pun lihatlah gayanya ketika itu. Perasaannya kini
bercampur baur antara suka dan malu.
“Oh ya, kenapa ye kita boleh ada penjaga?”
Kayra memandang Irfan bagi mendapatkan jawapan.
“Sebab itu adalah impian kita. Penjaga merupakan
diri yang ingin kita jadi. Jika kita bertekad untuk berubah,dia akan muncul. Tapi
kalau kita tak mempercayai penjaga,mereka akan hilang. Dan ada juga yang tak
mempercayai keinginan mereka akan membuatkan hati mereka mempunyai tanda
pangkah,”
“Asalkan awak percaya semuanya akan Ok. Oh ya
kami dah sediakan bekas untuk penjaga awak,” Finas menyerahkan bekas tersebut
kepada Kayra. Ketika dia membukannya,Ran,Miki dan Su sudah berada didalam.
“Kayra,bekas ni sangat selesa. Bolehlah kami
berehat dalam ni.” Mereka bertiga kelihatan gembira berada didalam bekas
tersebut.
**************
“Ok Ami,senyum. Anak papa memang hebat,”
rumah Kayra kecoh dengan gelagat adiknya yang berusia 5 tahun cuba untuk
menjadi model dan papanya yang mengambil gambar.
“Kayra,kamu tak nak join papa dengan Ami ke?”
Mama Kayra bertanya apabila melihat kelibat anak gadisnya itu didapur.
Kayra hanya mengelengkan kepala tanda
menolak. Dia tidak mempunyai keinginan atau sikap seperti Ami yang suka
bergambar. Dari kecil lagi dia tidak suka bergambar.
“Ami mandi dengan papa ye. Papa nak habiskan
masa dengan anak kecil papa sebelum dia membesar dan berubah ,”Papa Kayra
memeluk Ami sambil memandang Kayra. Kayra hanya mampu megeluh dengan pernyataan
papanya itu. Memang tidak dinafikan dahulu dia manja dengan papanya tetapi
semakin meningkat dewasa muncul jarak diantara mereka.
Kayra berlalu ke atas dengan membawa segelas
susu. Dia membuka pintu balkoni dan minum disitu sambil ditemani Ran,Miki dan
Su. Pemandangan yang cantik pada waktu malam memukaukan pandangan mereka
berempat.
“Susu tak akan buat awak lebih cantik,”
tiba-tiba satu suara menegur Kayra.
Kayra memandang palamg yang terdapat dihujung
balkoni. Dia hampir menjerit apabila melihat Zaquan sedang santai duduk disitu.
Lelaki itu hanya melemparkan senyuman nakal kepada Kayra.
“Awak nak apa? Jangan-jangan awak nak ambil
mangga tu tak,” Kayra menghadang pintu balkoni.
“ Bukanlah,Zaquan cuma nak bagi hadiah
sebagai ganti kepada manisan yang awak buat hari tu,” Yoru menjelaskan bagi
pihak Zaquan.
Kayra menyambut plastik yang dihulurkan oleh
Zaquan. Didalam plastik tersebut terdapat banyak gula-gula dan coklat pelbagai
jenama.
“Wah! banyaknya coklat,” Miki menyatakan
kekagumannya.
“ Benda hari tu awak buatkan?” Zaquan
bertanya.
“Benda? Awak tak kenal pie ke?” Kayra hairan
dengan kata-kata Zaquan.
“Oh! tulah pie. Saya tak pernah ambik tahu pun
sebenarnya. Oklah,saya pergi dulu,” Zaquan memalingkan mukanya dan bersedia
untuk melompat turun dari bilik Kayra.
“Nanti dulu. Apa impian awak Zaquan? Kalau awak
tak nak cakap takpe,saya tak kisah,” Kayra bertanya kepada Zaquan. Hatinya teringin
untuk mengetahui impian Zaquan sehingga dia mendapat penjaga seperti Yoru.
Zaquan memandang Kayra,”Kalau awak nak tahu
mari sini telinga awak sebab ia rahsia,”
Kayra hanya membiarkan Zaquan mendekatkan muka
ke telinganya. Tiba-tiba satu ciuman di berikan oleh Zaquan di pipi Kayra. Semua
yang melihat termasuk Kayra tercegang dengan tindakan Zaquan.
“Zaquan tak guna,”Kayra memarahi Zaquan tetapi
lelaki itu sudah melompat turun bersama Yoru dan berlalu pergi.
Kayra memegang pipinya yang baru dicium oleh
Zaquan. Ini kali pertama pipinya dicium oleh seorang lelaki. Marah membuak-buak
rasanya dengan tindakan Zaquan itu.
No comments:
Post a Comment