Kayra berlari menuju ke taman diraja selepas waktu sekolah. Dia hampir lupa bahawa mereka mempunyai perjumpaan ahli selepas waktu sekolah. Malah,Fians pun pernah menginggatkannya ketika didalam kelas. Ketika dia sampai,kelihatan Diana,Finas dan Amin sedang santai menikmati
makanan yang disediakan oleh Finas.
“Mana Irfan?”Kayra bertanya sambil duduk
disebelah Diana.
“Irfan kena jumpa pengetua sekejap. Nanti dia
sampailah,makan dulu Kayra,” kata Finas sambil menuangkan minuman pada cawan
Kayra. Kayra hanya senyum lalu mengambil kek yang telah tersedia diatas meja.
Beberapa minit kemudian Irfan tiba dengan
dokumen ditangan,”Maaf lambat, pengetua suruh uruskan budak baru tadi,”
Mereka semua hanya menganggukkan kepala. Irfan
membahagikan dokumen tersebut kepada empat bahagian dan memberikan kepada
Finas,Diana dan Amin. Kayra hanya mampu melihat mereka berempat melakukan
kerja. Kayra mengumpul semua pinggan yang telah digunakan dan berlalu ke pantry
untuk membasuhnya. Selepas itu dia menyediakan minuman buat mereka semua.
“Terima kasih Kayra,maaf sebab susahkan awak,”
Finas menyambut cawan yang dihulurkan oleh Kayra.
“Takde apalah, tak susah pun,” Kayra hanya
tersenyum.
“Kayra...kami ada rasakan yang hati yang
telah ditanda pangkah,”Ran berkata kepada Kayra dan penjaga lain menyetujui
kata-kata Ran.
Kayra,Irfan,Finas,Diana dan Amin berlari ke arah
yang ditunjukkan oleh penjaga mereka. Ketika sampai,kelihatan seorang budak
perempuan sdeang menutup telinganya dan menjerit apabila melihat makhluk
dihadapannya. Rupa-rupanya,hatinya telah bertukar menjaga karakter ‘X’. Budak perempuan
tersebut terus pengsan apabila karakter ‘X’ muncul.
Karakter tersebut menyerang Kayra dan yang
lain-lain. Kayra tidak mempunyai pilihan kecuali bertukar dengan Miki. Pertukaran
dengan Miki menjadikan dia ‘Amulet Spade”. Karakter tersebut terus menyerang
mereka. Finas dan Diana membawa budak perempuan yang pengsan itu jauh dari
tempat kejadian.
“Saya taknak berubah,saya taknak belajar
bahasa inggeris,” kedengaran suara hati budak perempuan itu menidakkan kemahuan
dirinya.
“Tak apa kita berubah, mungkin melalui
berubah kita boleh kenal diri sendiri,” Kayra cuba mengubah pendirian budak
perempuan tersebut. Ternyata usahanya berkesan apabila karakter tersebut telah
berhenti menyerang.
Kayra mengunci karakter tersebut dan
menukarkannya ke bentuk asal,”Thank you Kayra,” penjaga yang muncul selepas
karakter ‘X’ dihapuskan mengucapkan terima kasih kepada Kayra dan kembali ke
bentuk hati lalu masuk kedalam badan budak perempuan itu kembali.
Mereka semua menunggu budak perempuan itu
untuk sedar semula. Apabila dia membuka mata, dia kelihatan terkejut melihat
Ahli Persatuan Sekolah dihadapannya.
“Jangan takut berubah, mungkin dengan cara tu kita
boleh kenal diri kita dengan lebih baik,” Kayra menasihati budak perempuan itu
sambil tersenyum.
Budak perempuan itu kembali tersenyum apabila
mendengar nasihat Kayra. Dia berlalu untuk pulang ke rumah apabila diarahkan oleh Irfan. Mereka
berlima pula kembali ke taman diraja untuk menyiapkan kerja yang tertangguh.
“Oh ye Kayra,kami tak pernah cerita pada awak
tentang hati yang boleh menunaikan hajatkan?” Irfan bertanya
“Hati yang boleh menunaikan hajat? Apa tu?”
keinginan untuk mengambil tahu mula timbul dihati Kayra.
“Hati yang boleh menunaikan hajat ni merupakan
satu-satunya hati yang boleh menunaikan hajat sesiapa sahaja yang dapat
memilikinya. Ada khabar angin cakap yang hati ini pernah muncul dulu,tapi tak
siapa pernah memilikinya,” dengan panjang lebar Irfan menerangkannya.
Kayra hanya menganggukkan kepala mendengar
penjelasan Irfan. Rasa-rasanya dulu ketika kali pertama bertemu Zaquan,lelaki itu
juga pernah menyebut perkara yang sama tetapi ketika itu dia tidak berminat
untuk mengetahui lebih lanjut. Irfan,Finas,Diana dan Amin hanya melihat
kelakuan Kayra yang seolah-olah hanyut dalam pemikirannya.
“Kayra,” Finas memanggil Kayra sambil menepuk
bahu gadis itu.
“Zaquan,” akibat terkejut Kayra terjerit nama
Zaquan. Apabila menyedari keterlanjurannya,dia menutup mulutnya. Dia memandang
ke belakang,kelihatan wajah semua orang seakan tercengang kecuali wajah Irfan
yang kelihatan sedikit bengang.
“Awak kenal Zaquan? Mana awak pernah jumpa
dia? Dia pernah ganggu awak ke Kayra?” soalan bertalu-talu ditanya oleh Irfan.
“Sa..sa..saya memang pernah jumpa dia tapi dia
tak pernah ganggu saya,” Kayra cuba menyembunyikan perihal Zaquan yang muncul
di balkoni rumahnya.
“Betul?” Irfan cuba mencari kepastian. Kayra hanya
menganggukkan kepala dan berlalu taman untuk mengambil beg memandangkan waktu
jam sudah menghampiri jam 5 petang.
Irfan hanya memandang langkah Kayra. Dia dapat
merasakan ada perkara yang disembunyikan oleh Kayra tetapi dia tidak pasti apa.
Dia akan cuba untuk mendapatkan jawapan dari Kayra.
No comments:
Post a Comment