“Farish,tolong hantar Isha balik ye sayang.
Kesian dia takde kereta,” Datin Rohana menjenguk ke dalam bilik Rayyan. Rayyan
mengerutkan dahinya apabila mendengar permintaan mamanya itu.
“Takde kereta apanya ma. Kereta Satria Neo tu
bukan ke kereta dia,”
“Lah,kan kamu yang bawak dia balik malam
tadi,” Rayyan menepuk dahi apabila mendengar kata-kata mamanya itu. Bagaimana
dia boleh lupa yang dia membawa balik Misha ke rumah ini malam tadi.
Belum sempat Rayyan menjawab ,kedengaran suara
Misha menegur mamanya di luar bilik. Dia memasang telinga bagi mendengar
perbualan mereka berdua.
“Mama,tak payahlah suruh Rayyan hantar. Abah
telefon Isha tadi katanya ada hal dekat Johor,sekarang nie abah dah pergi Johor
dengan Angah,”
“Lah yeke, takpelah kalau macam tu. Boleh Isha
spent time dengan mama. Berapa lama abah pergi Johor?”
“Seminggu…mama tak kisahkan Isha duduk sini
seminggu. Isha takut duduk rumah, Along pun takde sebab on call sekarang nie,”
“Mama tak kisah sayang, lagi mama suka
adalah,”
Selepas itu suara Datin Rohana dan Misha
tidak lagi kedengaran,mungkin mereka berdua sudah turun ke bawah. Rayyan
melompat kegembiraan apabila mendapat tahu Misha akan tinggal di rumah ini
selama seminggu. Sedangkan ketika mama dan papanya mengatakan mereka akan menjadi
keluarga bahagia tadi, hatinya sudah kembang semangkuk.
“Ini baru seminggu,lepas nie aku akan pastikan
engkau duduk dekat rumah nie selama-lamanya. Bukan sebagai anak mama dengan
papa, tapi sebagai menantu,” Rayyan mengomel sendirian.
Dia mengambil kertas yang terdapat diatas meja
kerjanya dan merangka rancangan untuk memastikan Misha menjadi hak miliknya.
Tapi yang pasti dia perlu mengambil hati ayah dan abang-abang Misha terlebih
dahulu. Jika dia dapat mengambil hati mereka,barulah rancangannya dianggap
berjaya.
Rayyan melompat turun dari katil dan menuju ke
bilik Fina. Dia ingin mendapatkan nombor abang Misha,walaupun satu cukup lah
baginya. Ketika dia melangkah masuk,Fina sedang ralit menonton cerita korea.
“Fi,tolong abang kejap,” Rayyan duduk di birai
katil Fina.
“Tolong apa?” Fina bertanya tetapi matanya
masih tertumpu pada cerita yang sedang di tontonnya.
“Abang nak nombor telefon abang Misha, kalau
satu pun cukup lah,” kata-kata Rayyan menyebabkan Fina menoleh kepada abangnya
itu. Dia terus menekan butang pause bagi memastikan apa yang di dengar sebentar
tadi tidak salah.
“Apa dia bang?”
“Nombor abang Isha, Fi ada?” Rayyan mengulang
kembali ayatnya sebentar tadi.
“Are you serius? Fi macam tak percaya je yang
abang tanya Fi nombor ‘abang’ kak Misha,”
“Betul lah nie. Fi janganlah buat abang
suspen,” Rayyan menunjukkan muka kesian kepada Fina.
“Ok,Fi bagi tapi nombor Abang Muazlah. Abang
kena ingat,abang Muaz nie garang tau,”
“Ok,thanks Fi,” Rayyan memeluk Fina erat. Dia
sudah tidak kisah jika abang Misha itu garang atau tidak. Jika Fazrin boleh
lakukannya,masakan dia tidak boleh melakukannya. Jangan panggil dia anak Datuk
Sheikh Mukhriz jika dia tidak berani mengambil cabaran.
***************
“Akak,jomlah berenang dengan Fi. Bosanlah berenang
sorang-sorang,” Fina melambaikan tangannya kepada Misha apabila Misha tiba
dipintu yang memisahkan ruang tengah dan kolam.
“Mana bolehlah,”jawab Misha pendek sambil
mengambil tempat di kerusi malas.
“Ops..lupalah kak,”kata Fina sambil ketawa. Dia
meneruskan aktivitinya tetapi tiba-tiba ada satu benda yang menghempas masuk
kedalam kolam. Misha yang berada di kerusi malas pun menerima tempias akibat
hempasan tersebut.
“Abang..kenapa abang lompat dari tingkat
dua,kesian kak Isha,” Fina memarahi Rayyan apabila abangnya itu naik ke
permukaan. Dia keluar dari kolam dan memberikan tuala kepada Misha.
“Alah macam tak biasa. Sorry Isha,tak sengaja,”Rayyan
tersenyum kepada Misha tetapi gadis itu hanya membalas dengan jelingan.
Misha berlalu masuk ke dalam rumah bagi
menyalin bajunya yang separuh basah. Rayyan hanya memandang Misha berlalu. Meskipun
hati gadis itu masih pada arwah Fazrin,dia akan pastikan Misha menjadi
miliknya. Tambahan pula baru sebentar tadi dia bercakap dengan Muaz,walaupun
pada mulanya dia gugup tetapi lama kelamaan dia boleh membiasakan diri dengan
Muaz. Muaz juga turut mengajaknya berjumpa pada minggu hadapan.
Rayyan keluar dari kolam dan berjalan menuju
ke sisi kolam . Dia membiarkan kakinya terjuntai didalam air sambil membuangkan
pandangnya kehadapan. Hampir 10 tahun tinggal jauh dari keluarga tetapi dia
tidak pernah mempunyai kekasih hati. Kebanyakan gadis yang muncul dihadapannya
tidak pernah menepati cirri yang diidamkan. Tetapi kali pertama berjumpa
Misha,dia tahu yang Misha adalah calon yang sesuai untuk ke jannah kelak.
“Anak mama nie menungkan apa?” Datin Rohana
menegur anak bujangnya itu.
“Ma,apa kata mama hantar je rombongan
meminang dekat rumah Isha. Biarlah family dia yang buat keputusan,”
“Ish
kamu nie! Kamu pasti ke uncle setuju? Ha, Muaz tu dia cukup memilih orang nak
jadi adik ipar dia,” riak risau jelas terpancar di wajah Datin Rohana. Bukan dia
tidak tahu,sudah banyak rombongan yang di tolak kerana semuanya tidak menepati
citarasa Muaz.
“Farish dah cakap dah dengan Muaz,dia Ok lah
ma,”
“Masuk kamu Muaz terima kamu,” terkejut Datin
Rohana mendengar kenyataan Rayyan.
“Iye ma, minggu depan kitorang jumpa. Mama jangan
risaulah,Farish yakin anak mama nie dapat ngam
dengan Muaz,” jawab Rayyan yakin.
Datin Rohana hanya mendiamkan diri. Didalam hatinya
mengucap syukur jika Muaz dapat menerima Farish seperti dia menerima arwah
Fazrin dahulu. Tiada apa yang di minta oleh seorang ibu melainkan kebahagiaan
anaknya.
“Tapikan ma,apa maksud ‘jepun jajah ‘tu?
Farish cari dalam Mr Google takde pon,” Rayyan masih lagi tidak erpuas hati
dengan kenyataan Misha pagi tadi.
Datin Rohana hanya tergelak kecil,”Nanti bila
kamu dah kawin,kamu tahulah,”
Wanita itu berlalu meninggalkan anak lelakinya
dalam seribu satu pertanyaan. Rayyan membuat muka tidak puas hati. Sangkanya apabila
ralit menyembang mamanya akan menjawab pertanyaannya itu tetapi ternyata
mamanya itu lebih pandai menyimpan rahsia.
2 comments:
nak lg.
keep it up
suka <3
Post a Comment