Followers

Thursday 7 March 2013

CKSD 7


   Deringan telefon menggangu Misha yang sedang ralit membaca novel di bilik Fina. Dua hari dia berada di rumah besar ini dan baru hari ini dia dapat hidup aman tanpa gangguan Rayyan. Lelaki itu asyik menganggunya ketika dia sedang seronok beristirehat. Rayyan membuat dia seperti isteri lelaki itu. Entah bagaimanalah nasib bakal isteri Rayyan nanti.

  “Hello,”

 “Hello isha, engkau dekat mana? Aku tengok rumah engkau nie sunyi je,kereta pun takde,”suara Fahmi kedengaran dihujung talian. Lelaki itu kedengaran risau.

 “Oh! Aku dekat rumah mama, abah aku takde dia pergi Johor dengan Angah,” jawab Misha selamba.

“Mama mana pulak? Bukan mak engkau dah meninggal ke,”

 “Lah,mama Fina la. Kan aku rajin bermalam dekat sini bila abah aku ada kerja luar,”
 “Rumah Datin sombong tu, bukan dia benci engkau ke” suara Fahmi kedengaran bongkak. Fina yang kebetulan berada di samping Misha mengambil telefon di tangan gadis itu dan menekan butang loudspeaker.

 “Engkau baik-baik sikit ye Fahmi,yang engkau kutuk tu mama aku tau. Mama dah berubah Ok,” suara Misha tinggi memarahi Fahmi sehingga menarik minat Rayyan yang berada di luar. Lelaki itu membuka pintu bilik Fina dan melabuhkan diri di kerusi meja solek. Dia ingin mengetahui punca Misha meninggikan suara seperti itu.

 “Engkau kena sedar Sha,lelaki tu dah mati. Engkau dah takde mengena dengan keluarga tu lagi. Sedangkan masa lelaki tu hidup pun diorang benci engkau,nie masa dia dah mati,”

 “Diam!!! Engkau tak tahu apa-apa pasal keluarga nie. Untuk pengetahuan engkau lelaki yang engkau kata dah mati tu pernah ada dalam hati aku. Engkau tak layak kutuk dia,” Misha menahan air matanya daripada jatuh apabila mendengar kata-kata Fahmi. Baginya Fahmi tidak tahu apa-apa tentang hubungan dia dan keluarga arwah Fazrin.

 “Aku tak akan diam selagi engkau tak sedar tempat engkau. Tempat engkau cuma dengan orang biasa je bukan orang kaya,”

 Rayyan menahan geram apabila mendengar lelaki itu terus menerus mengutuk dan menguris hati Misha. Dia ingin membalas kata-kata lelaki itu tetapi dia bimbang Misha akan memarahinya balik. Tiba-tiba Misha menghulurkan telefon kepadanya. Rayyan tercengang sekejap sebelum mengambil telefon tersebut.

 “Awak cakaplah apa-apa,asalkan dia faham dan tak ganggu privasi hidup saya lagi. Saya tak sanggup nak dengar semua tu,” suara perlahan Misha kedengaran seperti merayu. Rayyan tersenyum sebelum menganggukkan kepala.

 “Hello,”

“Siapa nie? Misha mana?” suara Fahmi kedengaran cuak apabila ada suara lelaki lain yang menejah masuk.

“Aku tak perlu jawab soalan engkau tu. Aku cuma nak bagi amaran,engkau jangan sesekali ganggu kisah lampau Isha. Engkau tak layak untuk pertikaikan semua tu,”

 “Siapa engkau nak halang aku. Aku berhak nak tegur Misha dekat mana dia berpijak,”

 “Aku bakal suami dia, lagi dua bulan kami akan berkahwin. Jadi aku harap engkau jangan nak ganggu Isha lagi,”

 “Engkau nie siapa ha?”

“ Nama aku Sheikh Farish Ahmad Rayyan bin Sheikh Mukhriz. Waris kepada MR Holding,”

 “Engkau anak Datuk Sheikh? Tak mungkin anak dia dah mati masa kemalangan lapan tahun dulu,”

 “Engkau ingat dia ada anak lelaki sorang je ke. Ok lah,soyonara,”

 Rayyan menamatkan panggilan dengan senyuman di wajah tetapi senyumannya mati apabila melihat wajah cemerut Fina dan pandangan tajam Misha.Dia tersengih sambil meletakkan telefon di atas meja solek.

 “Suka hati awak je kan kata kita nak kawin lagi dua bulan,”

 “Eh! Betul lah,saya dah comfirm kan dengan uncle. Abang-abang awak pon tak kisah,”Rayyan bangun dan berlalu keluar dari bilik Fina sebelum bantal melayang mengenai dirinya. Misha merengus geram dengan kata-kata Rayyan .

                                           ******************

    “Apa nie bah? Abah tak cakap pon dengan Isha yang Isha kena kawin dengan lelaki annoying tu. Tau-tau Fian cakap abah dah terima rombongan tu,” Misha melabuhkan diri di kerusi berhadapan ayahnya.

 Sudah seminggu Encik Zaquan dan Muaz pulang dari johor dan hari ini lelaki itu memberitahu Misha bahawa rombongan meminang dari keluarga Datuk Sheikh Mukhriz datang ketika Misha di tempat kerja. Misha tidak menyangka Rayyan mengotakan janjinya untuk meminang Misha ketika menghantarnya ke rumah minggu lepas.

 “Aik,bukan Sha setuju ke? Farish cakap dekat abah yang Isha setuju. Ha..dekat Muaz pun sama,”Muaz menganggukkan kepala tanda mengiyakan kata-kata ayahnya.

 “Tadi Fahmi ada jumpa abang,dia tanya betul ke Isha nak kawin dengan anak Datuk Mukhriz. Angah jawablah iye,so kira comfirmlah tu,” kata Muaz sambil tersengih.

 Misha mengerutkan dahinya. Abang Muaz yang selami ini susah untuk rapat dengan orang pon boleh terima si Rayyan tak guna tu. Ubat apa yang dia dah guna dekat Abang Muaz nie agaknya. Fahmi yang dari kecil kawan dengan Misha pon dia takleh terima, nie Rayyan yang baru sekali jumpa dia dah boleh terima.

 “Angah nie demam ke apa? Fahmi,angah tak boleh terima, Rayyan yang baru sekali jumpa angah terima,”

 “Fahmi tu lain,Farish nie lain. Dia nie special case skit. Fahmi tu dari kecik angah tak suka dia,” jawab Muaz sambil mencapai cawan diatas meja kopi.

 “Suka hati abah dengan angah lah. Karang kalau melawan banyak pula celotehnye. Kalaulah ada along,”

 “Along kamu pun dah terima,so sebulat suara abah buat keputusan Isha kawin dengan Farish,” Encik Zaquan berkata dengan tegas keputusannya,” Jangan melawan Isha,”

 Misha memandang ayahnya dengan pandangan tidak percaya. Tiada kata-kata yang dapat diucapkan. Semua ahli keluarganya bersetuju dia berkahwin dengan Rayyan tetapi dia seolah-olah tidak dapat menerima lelaki itu dalam hidupnya.

 “Erm…jangan lupa hantar cawan dekat dapur. Isha nak rehatlah,rasa pening je,” Misha berlalu ke bilik meninggalkan Encik Zaquan dan Muaz di ruang tamu. Dia perlu merehatkan diri bagi menghilangkan serabut di kepala.

 Selepas selesai solat Isyak, dia berbaring di katil dan memandang ke langit. Dia memejamkan mata dan berharap apabila dia bangun keesokan harinya segalanya berubah. Dia berharap sangat yang sebentar tadi adalah mimpi.

***
p/s: hope korang enjoy. sekarng nie sibuk nak g blajar kete..bila balik penat satu badan tu yg tak sempat update :)