“Good morning sayang,bangunlah. Kita solat
subuh sama-sama,”suara seorang lelaki mengejutkan Misha bangun dari tidur.
“Sha ngantuklah bang,bagi Sha 5 minit
lagi,”jawab Misha sambil menarik selimut menyelubungi dirinya yang sedang
kesejukan.
“Mana boleh macam nie sayang. Sayang bangun
kita jemaah sekali,” suara itu bergema lagi sambil menarik tangan Misha bangun.
Misha membuka matanya dan melemparkan senyuman
manis kepada lelaki di hadapanya. Dia menyandarkan diri di dada lelaki itu
sambil tangannya melingkar disekeliling pingang lelaki itu. Degupan jantung
yang kedengaran menyebabkan dia berasa sangat bahagia.
“Abang sayang Isha, sampai akhir hayat abang,”
kata lelaki itu sambil menghadiahkan ciuman di kedua-dua belah pipi Misha
sebelum ia singgah di bibirnya.
Misha terjaga dari tidur. Mimpi yang baru
dialami sebentar tadi sememangnya satu perkara yang tidak dijangka. Dia tidak
dapat memastikan siapa lelaki itu kerana penglihatannya kabur. Degupan
jantungnya masih mengepam laju apabila menginggatkan mimpi yang dialami
sebentar tadi. Dia mengerling pada jam dinding dan waktu ketika itu baru
menginjak jam 5 pagi.
Misha bangun untuk membersihkan diri. Sebentar
nanti dia akan menyertai ahli keluarganya untuk solat subuh berjemaah. Sejak
dari kecil ayahnya telah mengajar mereka adik beradik untuk mengerjakan solat
berjemaah jika masing- masing tidak sibuk. Melalui solat berjemaah hubungan
kekeluargaan akan menjadi lebih erat.
“Nyenyak tidur malam tadi? Ke mimpi
bersanding dengan Farish,”usik Mizan.
Lelaki itu kelihatan segak walaupun hanya berpakaian biasa.
“Kalau along nak Isha mimipi macam tu, along
kena naik pelamin dulu baru Isha setuju,”kata Isha sambil menyapukan jem pada
roti.
Mizan diam membisu apabila mendengar jawapan
adik bongsunya itu. Muaz disebelah hanya tersenyum melihat alongnya terdiam.
Encik zaquan keluar dari dapur sambil membawa semangkuk nasi goreng.
“Haih,abah nie ada anak dara tapi kenapa abah
pula kenapa masak sarapan,”rungut Encik Zaquan. Dia menjeling kepada Misha yang
sedang menyapu jem. Riak wajah anak daranya itu langsung tidak berubah.
“Alah abah, Isha buka malas tapi sekali-sekala
nak juga merasa masakan abah,”jawab Misha sambil menghulurkan cawan berisi air
kepada ayahnya.
Encik Zaquan mencubit pipi Misha sambil
berkata,”Sekali sekala ye. Isha rasa selama nie yang masak dekat rumah nie
siapa,bukan abah ke?”
“Sakit bah. Alah! Isha gurau jelah. Bukan
selalu kita dapat kumpul ramai-ramai macam
nie. Along tu ha,asyik on call
je,” kata Misha sambil mengosok tempat cubitan ayahnya sebentar tadi.
Semenjak dia mula berkerja,ayahnya telah
mengambil keputusan untuk menyerahkan kedai bukunya kepada Muaz. Kini segala
urusan dilakukan oleh Muaz dan ayahnya hanya menjadi pemantau sahaja. Dengan
adanya Muaz menguruskan kedai buku itu tidaklah ayahnya kesunyian jika Misha dan
Mizan berkerja. Ayahnya itu akan mengikut Muaz ke kedai bagi menolong apa yang
patut.
“Oh ye! Tadi Farish telefon abah,dia kata nak
ambik Isha pukul 10,”
“Rayyan nak ambik Isha. Buat apa?” niatnya
untuk pergi ke dapur terus terhenti apabila mendengar kenyataan Encik Zaquan
sebentar tadi.
“Nak pergi butik pengantin katanya. Alah!
Pergi jelah,senang sikit nak tahu warna apa untuk nikah dengan bersanding
nanti. Karang kalau pergi sendiri,lain pula jadinya,” Encik Zaquan menjawab
dengan penuh tenang
Abah nie tak risau ke aku keluar dengan
lelaki. Selama nie kalau aku nak keluar dengan Fahmi bukan main marah lagi. Nie
bila Rayyan kata nak bawak aku keluar terus dia setuju. Rasanya abah kena Fahmi
lagi lama sebab Fahmi tu kan salah seorang anak murid dia dalam taekwando. Tak
paham aku dengan abah nie.
Misha berlalu naik ke bilik untuk bersiap.
Jika dia tidak mengikut arahan nanti abahnya akan menarik muka dari pagi ini
sampai pagi esok. Apalah nasibnya terpaksa keluar dengan orang yang di benci.
_________________________
“Hai sayang,jom kita pergi sekarang. Saya
pergi dulu ye pakcik,” Rayyan menegur Misha apabila gadis itu muncul di muka
pintu. Encik Zaquan hanya tersenyum apabila melihat Misha dan Rayyan berpakaian
hampir sedondon.
Selepas bersalam dengan ayahnya,Misha masuk
ke dalam kereta. Mereka berdua bertolak menuju ke butik pengantin yang di
cadangkan oleh Datin Rohana. Sepanjang perjalanan hanya bunyi radio yang
menemani mereka berdua.
“Selamat datang Tuan Rayyan. Lama kami tunggu
kedatangan Tuan dengan pasangan,”pemilik butik menegur Rayyan dan Misha dengan
mesra,”Mari saya tunjukkan baju yang Datin dah tempah tu,kita cuba sekali mana
tahu muat,”
Misha mengambil baju yang dihulurkan oleh
pemilik butik dan berlalu ke bilik persalinan. Dalam Misha berharap-harap agar
perkara ini selesai cepat dan dia dapat pulang awal. Dia tidak mahu meluangkan
lebih masa dengan lelaki itu.
“Wah! Sama padan lah tapi rasanya macam baju
perempuan tu longgar sikit,”kata pemilik butik apabila mereka berdua keluar
dari bilik persalinan. Dia mengambil tali pengukur dan mula mengukur badan
Misha.
Misha mengeluh. Nampaknya dia terpaksa
mengambil masa yang lama di dalam butik ini. Dia menyangkakan perkara ini hanya
mengambil masa yang sekejap. Tidak sangka pula ia mengambil masa yang lama.
“Cantikkan baju tadi. Mama yang pilihkan,”kata
Rayyan ketika mereka sudah melangkah keluar dari butik.
“Kita nak pergi mana lepas nie?” tanya Misha
sambil memandang Rayyan yang sedang ralit menaip sesuatu di telefon bimbitnya.
Rayyan melihat jam tangan dan waktu ketika itu
baru menginjak pada jam 12 tengah hari,”Jom kita pergi makan! Sekarang pun dah
masuk lunch,” tanpa meminta persetujuan Misha,dia menarik gadis itu ke sebuah
restoran ekslusif.
Misha menarik muka apabila segalanya di
tentukan oleh lelaki itu. Dia tidak tahu makanan apa yang di tempah oleh
Rayyan. Jangan di tempah makanan barat kerana
perutnya memang tidak boleh menerima sebarang makanan barat. Pernah sekali
dia mengikuti jamuan syarikat dan temanya adalah night prom. Segala makanan
yang disediakan adalah barat dan dia terpaksa memakannya. Akibatnya dia
terpaksa di tahan di hospital selama tiga hari kerana asyik muntah.
“Jangan risau saya tempah makanan biasa je. Fina
dah bagi tahu saya yang awak tak boleh makan makanan barat,”kata Rayyan sambil
melemparkan senyuman manis.
“Apa-apa jelah,”Misha memalingkan mukanya dari
pandangan mata Rayyan. Dia tidak mahu lelaki itu sedar mukanya sudah menjadi
merah.
**********************
p/s: teringin gak nak terbitkan buku macam novelist lain tapi takut karya saya tak setanding senior-senior lain.nanti buat malu je ( bila pikir mcam tu terus jatuh merundum semangat) :)
2 comments:
nak lg.
aku suka baca,ciuk banar.kalau ada jual,aku mau melanggan ;)
ryuk - Brunei
Post a Comment