Followers

Tuesday 19 March 2013

CKSD 10


  “Abah siang tadi mak ngah telefon,dia tanya betul ke abah nak suruh anak dia jadi mak andam masa akad nikah nanti,”tanya Misha ketika mereka semua berkumpul di ruang keluarga.

 “Ha,betullah tu tapi kenapa dia telefon kamu. Patutnya dia terus telefon abah je?”


 “Dah abah tu kalau duduk dekat kedai tu bukannya reti rehat,nak jugak tolong angah. Mana nak dapat kalau mak ngah telefon,” Misha mula berleter apabila mendengar soalan Encik Zaquan sebentar tadi.

 Misha hanya mengeluh apabila melihat reaksi ayahnya. Lebih baik ayahnya berada di rumah daripada mengikut angahnya ke kedai buku. Memanglah dia telah menyerahkannya kepada Muaz tetapi dia tidak betah untuk duduk diam. Ada sahaja kerja yang ingin dilakukan. Kadang-kadang dia akan duduk di kaunter,kadang-kadang di stor.

 “Apa-apa jelah abah. Asalkan abah gembira,Isha pon gembira,”akhirnya Misha mengalah.

 “Macam tulah anak dara abah. Kamu tak payah bimbang pasal abah,kamu cuma kena pikir fasal kenduri kawin kamu nanti,” Encik Zaquan tersenyum apabila melihat Misha menarik muka masam.

  Misha  bangun dan berlalu naik ke bilik. Lagi lama dia berada di situ,lagi banyak bebelan yang akan di dengar daripada ayahnya. Meski pun dia tidak setuju dengan perkahwinan ini tetapi,jika dia menolak ia akan menjatuhkan air muka keluarganya sendiri. Buat sementara waktu ini dia hanya perlu mengikut sahaja apa yang telah di rencanakan. Sampai masanya nanti dia akan mencari jalan untuk keluar dari perkahwinan ini.

 Deringan telefon mematikan lamunan Misha, “ Hello,”

 “Hello,assalamualaikum Isha. Sha betul ke engkau nak kawin? Orang mana? Apa nama dia?” soalan yang bertalu-talu daripada pemanggil membuatkan Misha terkedu sebentar.

 “Izzati,boleh tak engkau tarik nafas dalam-dalam pastu hembus. Aku yang dengar nie pon naik semput,”

 Kedengaran seperti pemanggil di hujung sana sedang menarik nafas bagi menenangkan dirinya, “ Ok,aku dah bertenang. Sekarang engkau ceritalah,aku tak sabar nak tahu nie. Tiba-tiba je sampai dekat telinga aku yang engkau nak kawin,”

 “Aku kawin dengan pilihan ayah akulah,”

 “Tipu,”

 “Fine,dia tu anak bos aku. Baru kenal dalam 3 bulan,tiba-tiba dia suruh family dia hantar rombongan untuk pinang aku,”

 “Serius. Maksud engkau anak bos engkau tu anak Datuk Sheikhlah kan. Wah! Untung nye engkau Isha,ramai orang yang tergilakan anak Datuk Sheikh tu tapi engkau yang dapat,”

 “Apa-apa jelah. Aku still tak boleh terima perkahwinan nie. Engkau taukan aku tak boleh terima orang lain selain arwah,” suara Misha kedengaran sedih apabila menyebut tentang Arwah Fazrin.

 “Engkau doakanlah dia dekat sana. Jangan seksa dia lagi Sha. Aku harap engkau dapat terima bakal suami engkau nie dengan seadanya. Mungkin dia jodoh terbaik engkau,” Izzati cuba menenangkan Misha. Sebagai salah seorang rakan Misha ketika di Universiti,sedikit sebanyak dia tahu tentang cerita cinta Misha yang terkubur itu.

  Misha hanya berdiamkan diri apabile mendengar apa yang dikatakan oleh Misha. Mungkin benar apa yang di katakan oleh Izzati tetapi masakan lelaki yang menjadikan jodohnya mempunyai rupa hampir serupa dengan kekasih lamanya. Semakin dia cuba mendekati Rayyan,fikirannya semakin sesak dengan wajah arwah Fazrin. Dia tidak mahu menjadi isteri yang berdosa apabila mengingati lelaki lain sedangkan suami di depan mata.

  Setelah puas berbual dengan Izzati,dia berlalu ke bilik air untuk mengambil wuduk. Mungkin ini cara terbaik untuk mendapatkan jawapan. Hanya pada Allah dia akan mendapat jawapan yang pasti tentang siapa sebenarnya jodoh yang telah di tentukan kepadanya.

 ‘Ya Allah Ya tuhanku, sesungguhnya kepadamu aku bermohon petunjuk. Ya Allah Ya Karim engkau berikanlah aku jawapan tentang siapa yang bakal menjadi imam kau Ya Allah. Ya Allah sesungguhnya aku tidak mahu menghampakan ayahku Ya Allah, tetapi aku jika tidak mahu hatiku tersiksa. Ya Allah,jika benar dia adalah jodoh terbaik untuk aku,engkau berkatilah perkahwinan kami dan engkau berikan aku ketabahan dan kelembutan untuk menjadi seorang yang taat kepada suamiku. Sesungguhnya dia yang akan membawa aku ke syurgamu. Amin Ya Rabbal Allamin’

 Sepanjang doa di baca air matanya tidak habis-habis mengalir. Bertapa kerdilnya dirinya untuk menyanggah setiap apa yang di aturkan oleh Allah. Mungkin betul Rayyan adalah jodoh terbaik untuknya di dunia dan insyaallah di akhir juga. Tiada apa lagi yang boleh di buat jika ini semua adalah ketentuannya.

 Pintu biliknya di ketuk sebelum muncul Kak Kayra di muka pintu. Gadis itu hanya tersenyum apabila melihat Misha masih bertelekung.

 “Akak kacau Isha ye,”

 “Takdelah kak. Isha baru selesai nie,”Misha menanggalkan telekung dan menyidainya.

 “Ooo..,” Kayra masuk dan duduk di birai katil Misha. Dia memandang sekeliling bilik Misha,kemudia dia bergerak kea rah rak buku yang terletak di penjuru bilik.

 Misha hanya tersenyum melihat keletah Kayra. Dia tahu Kayra amat berminat dengan buku dan kekasih Angahnya ini selalu datang ke rumah untuk meminjam buku,baik buku ilmiah mahupun novel. Kerana itulah mereka serasi kerana mempunyai minat yang sama,malah dia tidak janggal ketika kali pertama kali berjumpa Kayra.

 “Akak baru sampai ke?”

 “Tak adalah,tadi akak diorang dekat bawah tu susun barang hantaran. Lagipun Muaz suruh akak pujuk  Isha. Dia kata Isha merajuk dengan diorang ye,”

 “Mana Isha tak merajuk kak,kerja diorang tu mengusik Misha je. Dok bela si Rayyan tu,”Misha memeluk tubuh Kayra apabila gadis itu duduk di sebelahnya.

 Kayra mengosok kepala Misha, “Isha,diorang tu cuma seronok sebab adik diorang nak kawin dengan orang yang diorang percaya boleh bahagiakan Isha,”

 Misha mengangkat wajahnya dan memandang Kayra dalam-dalam. Dia cuba memahami setiap kata-kata yang di perkatakan oleh Kayra. Mungkin mereka gembira kerana dia ingin berkahwin tetapi dia tidak sanggup berpisah dengan ahli keluarganya.

 “Akak faham perasaan Isha tapi Isha kena fikir juga perasaan diorang semua. Bukan senang tau diorang nak lepaskan adik kesayangan diorang nie pada orang lain,” Kayra menarik hidup Misha.
 Misha memeluk Kayra kejap tanpa berkata apa-apa. Dia hanya berdiamkan diri kerana dia tahu banyak pengorbanan yang telah dilakukan oleh abah dan abang-abangnya untuk membuat dia bahagia. Bukan senang untuk membesarkan seorang anak gadis tanpa seorang ibu dan Alhamdulillah mereka berjaya.
                                                     ___________________________

  Sementara Rayyan di rumahnya sedang termenung di balkoni sambil menghayati keindahan malam yang di taburi bintang. Entah mampukah dia menjadi seorang imam kepada seorang gadis yang telah mencuri hatinya di dalam diam. Dia mencapai i-phone nya dan memasang lagu ‘Just a dream’

I was thinkin about you, thinkin about me
Thinkin about us, what we gonna be?
Open my eyes, yeah; it was only just a dream
So I travel back, down that road
Who she come back? No one knows
I realize, yeah, it was only just a dream
I was at the top and I was like I’m at the basement
Number one spot and now she found her a replacement
I swear now I can’t take it, knowing somebody’s got my baby
And now you ain’t around, baby I can’t think
Shoulda put it down. Shoulda got that ring
Cuz I can still feel it in the air
See her pretty face run my fingers through her hair
My lover, my life. My baby, my wife
She left me, I’m tied
Cuz I knew that it just ain’t right
I was thinkin about you, thinkin about me
Thinkin about us, what we gonna be?
Open my eyes, yeah; it was only just a dream
So I travel back, down that road
Who she come back? No one knows
I realize, yeah, it was only just a dream
When I be ridin man I swear I see her face at every turn
Tryin to get my usher over, I can let it burn
And I just hope she notice she the only one I yearn for
Oh I miss her when will I learn?
Didn’t give her all my love, I guess now I got my payback
Now I’m in the club thinkin all about my baby
Hey, she was so easy to love. But wait, I guess that love wasn’t enough
I’m goin through it every time that I’m alone
And now i’m missin, wishin she’d pick up the phone
But she made a decision that she wanted to move one
Cuz I was wrong
And I was thinkin about you, thinkin about me
Thinkin about us, what we gonna be?
Open my eyes, yeah; it was only just a dream
So I travel back, down that road
Who she come back? No one knows
I realize, yeah, it was only just a dream
If you ever loved somebody put your hands up
If you ever loved somebody put your hands up
And now they’re gone and you wish you could give them everything
I said, if you ever loved somebody put your hands up
If you ever loved somebody put your hands up
And now they’re gone and you wish you could give them everything
I was thinkin about you, thinkin about me
Thinkin about us, what we gonna be?
Open my eyes, yeah; it was only just a dream
So I travel back, down that road
Who she come back? No one knows
I realize, yeah, it was only just a dream
*Find More lyrics at www.lagunya.com
And I was thinkin about you, thinkin about me
Thinkin about us, what we gonna be?
Open my eyes, yeah; it was only just a dream
So I travel back, down that road
Who she come back? No one knows
I realize, yeah, it was only just a dream

  Rayyan membuka matanya. Setiap lirik lagu itu di fahaminya tetapi dia berharap agar semua ini bukan hanya mimpi. Cintanya kepada Misha adalah sesuatu yang suci dan tulus. Dia berharap agar tiada anasir luar akan mencemarinya.

 “Arin,engkau mungkin cinta pertama dia dan aku tahu dia masih cintakan engkau. Aku bukan nak halang cinta korang tapi aku nak separuh dari cinta tu jadi milik aku. Aku nak merasa walau secebis kasih sayang dia pada engkau,”

 Rayyan teringat ketika mereka berdua masih kecil. Dia dan Fazrin mempunyai citarasa yang berbeza tetapi dia sentiasa ingin mencuba apa yang dilakukan oleh Fazrin. Setiap kejayaan Fazrin menjadi satu cabaran untuk dia menggapainya tetapi selepas SPM,dia melanjutkan pelajaran ke luar negara dan Fazrin menyambung pelajarannya di tingkatan enam. Sejak itu wujud jurang sehinggalah Fazrin meninggal.

 Rayyan memejamkan mata,dia cuba menginggatkan kembali kata-kata Fazrin sebelum dia bertolak ke luar negara, “Rish,engkau jangan pulak nanti cuba rampas girlfriend aku. Aku tahulah engkau selalu nak try apa yang aku ada,”

 Ternyata kata-kata arwah itu betul. Memang dia ingin mencuba untuk mendapatkan secebis cinta Misha walaupun ia sepenuhnya milik Fazrin. Dia menarik nafas bagi menghirup udara segar pada waktu malam. Mengapalah ketika di luar negara tidak ada satu pun gadis yang di minati tetapi apabila kali pertama terpandang wajah Misha dia terus jatuh cinta.