“Isha
betul ke engkau nak kawin dengan Tuan Rayyan tu?” tanya Izara ketika mereka
berdua lunch bersama. Izara ketika ini baru sahaja pulang dari London. Kerja
sebagai model menyebabkan dia terpaksa mengetepikan masa lapangnya.
“Sape cakap dekat engkau nie Zara?” tanya
Misha kembali.
“Aku dengar dari budak-budak yang terlibat
sekali dengan aku masa dekat London lah. Diorang kata Tuan Rayyan sendiri yang
melamar engkau,” kata Izara sambil matanya bersinar-sinar memandang Misha.
“Ermm..betul lah tu tapi engkau tahu tak
lelaki yang engkau dok sebut-sebut tu anak siapa,” tanya Misha sambil menghirup
teh panas. Izara mengelengkan kepalanya apabila Misha bertanyakan soalan itu.
“Dia tu anak Datuk Sheikh engkau tahu tak. Bos
yang aku cakap annoying dekat engkau tu dialah,” Izara tercengang apabila
mendengar kenyataan Misha. Dia tidak percaya yang Misha akan berkahwin dengan
anak Datuk Sheikh dan orang yang selama ini mereka kutuk apabila berchatting
adalah bakal suami teman baiknya itu.
“Ma..maksud engkau,anak Datuk Sheikh Mukhriz
ke?” Izara cuba mendapatkan kepastian. Misha hanya menganggukkan kepala bagi
memberikan jawapan kepada teman baiknya itu. Malas dia ingin mengulas lebih
lanjut tentang perkara ini. Ayahnya di rumah juga kini sedang sibuk membuat persiapan
untuk majlis perkahwinannya yang akakn menjelang kurang dari dua bulan.
Misha membuangkan pandangannya keluar.
Rakan-rakan di pejabatnya juga sudah mula kecoh dengan berita perkahwinannya
dengan Rayyan. Manakan tidak baru berjumpa tiga bulan tahu-tahu mereka akan
berkahwin. Berita itu pun tersebar kerana datuk sendiri yang mengumumkannya di
dalam mesyuarat minggu lepas.
“Kenapa aku tak sedar nama Tuan Rayyan tu ye,
yelah selama nie ada juga lah dua tiga kali terserempak dengan dia masa nak
buat show,”Izara mula mengomel sendiri tanpa menyedari bahawa rakannya sudah
melayang jauh ke planet Uranus.
“Weh! Isha engkau dengar tak nie,”Izara
membawa Misha kembali ke bumi dengan menarik tangan rakannya itu,”Aku cakap
dengan engkau boleh pulak engkau mengelamunkan,”
“Aku bukan apa Zara,aku lansung tak sangka
yang semua nie jadi macam nie,” Misha memicit kepalanya.
“Eem..engkau tak rasa ke semua nie macam di
rancang,” Izara mula menunjukkan wajah mencurigakkannya itu.
“Maksud engkau?”
“Yelah,engkau kena kawin dengan Tuan
Rayyan,abang Muaz tak bangkang. Engkau tak rasa pelik ke,bukan ke selama nie
abang Muaz tu sikit punya susah nak terima lelaki yang dekat dengan engkau.
Cuba engkau ingat masa dekat ‘U’ dulu,semua lelaki takut nak dekat dengan
engkau sebab kena warning dengan abang Muaz,” Izara mula membuat konklusinya
sendiri.
“Tau takpe. Tiba-tiba je angah setuju bila
abah cakap nak kawinkan aku dengan Rayyan,”Misha bersetuju dengan kenyataan
ynag di berikan oleh Izara. Kadang-kadang kata-kata yang di berikan oleh Izara
boleh juga di guna pakai.
________________________________________
“Angah….” Misha memanggil Muaz ketika mereka
sedang ralit melihat cerita ‘To Beautiful of You’.
“Erm…ada apa?”
“Angah memang betul-betul setuju ke Isha kawin
dengan Rayyan?” Misha memandang Izara di sebelah. Kebetulan malam itu Izara
bermalam di rumahnya.
“Yap,angah setuju,”jawab Muaz pendek tanpa
mengalihkan pandangannya dar kaca tv.
Misha
menghantar isyarat mata kepada Izara bertanyakan apa lagi yang boleh ditanya.
Izara yang ketika itu kebuntuan idea hanya mengelengkan kepala. Mereka tahu
cara terbaik untuk mendapatkan jawapan daripada Muaz adalah ketika dia ralit
melihat cerita kesukaannya. Jika jawapan yang di beri adalah positif,maka tiada
apa lagi yang dapat mereka tanya.
“Aku rasakan engkau kena buat perjanjian
dengan dial ah. Yelah kalau nak kata angah engkau terpaksa terima dia memang
tak lah,ko tengok tadi sikit punya baik angah engkau cakap dia terima,” kata
Zara sambil memeluk teddy bear yang terdapat diatas katil Misha.
“Tulah pasal,aku ingatkan abah aku paksa angah
tuk terima. Sekali memang betul angah aku terima,” Misha mengeluh berat .Dia
sudah kehabisan idea memikirkan cara terbaik untuk melarikan diri daripada
Rayyan.
“Cer ko buat macam novel tu,kita buat
perjanjian nak tak?” tiba-tiba Zara memeberi idea.
“Engkau pasti ke nie berjaya? Macam mana kalau
dia tak setuju?” pelbagai andaian mula timbul di kepala Misha. Cadangan yang di
berikan Izara memang bernas tetapi mereka ada dua kemungkinan,samaada Rayyan
menerimanya ataupun dia akan di perlekehkan.
“Kalau betul dia kena paksa dengan mama
dia,mesti dia terima. Kalau tak,aku dah tak tahu nak buat apa,”
“Ok, kita cuba dulu,”Misha memberikan kata
putus. Dia mengambil telefon bimbit di atas meja dan mula mendail nombor
telefon Rayyan bagi membuat temu janji.
__________________________________________
Rayyan
memandang Misha yang kini sedang duduk di hadapannya. Dia berasa pelik apabila
Misha menelefonnya malam tadi hanya untuk mengajaknya lunch bersama. Malah
gadis itu tidak kisah berjalan keluar dari pejabat bersamanya. Sebelum ini
sehabis mungkin gadis ini cuba untuk mengelakkan diri dari di lihat berjalan
bersama dia.
“Saya ada perkara nak bincang dengan awak nie.
Pasal wedding kita,” Misha mula berbicara selepas beberapa minit membisu. Dia
tidak betah apabila mata Rayyan asyik tertumpu kepadanya sejak mereka masuk ke
dalam restoren.
“Nak bincang apa lagi,bukan semua dah hampir complete
kan?”
“Nie
lain,saya nak awak buat perjanjian untuk perkahwinan kita. Lepas sebulan awak
akan ceraikan saya,” Misha menyuarakan pendapatnya.
Rayyan yang mendengar cadangan Misha terus
ketawa. Dia terus ketawa sehingga menarik perhatian beberapa orang pelanggan .
Dia tidak menyangka Misha akan membuat perjanjian seperti itu. Agaknya sikap
benci Misha kepadanya begitu dalam sehingga gadis in mengambil tindakan drastic
seperti ini.
“Awak nie mesti banyak sangat terpengaruh
dengan novel dan telenovela kan. Awak tahu tak yang semua tu mengarut,” Rayyan
mengelap air matanya akibat terlalu banyak ketawa.
“Apa yang mengarutnya? Dan saya tak baca lah
novel-novel nie,”Misha menarik muka. Dia tidak menyangka Rayyan dapat menembak
dari mana dia mendapat sumber idea ini.
“Semua yang awak cakap tu lah. Perkahwinan nie
bukan satu game cik Misha,sekali kita dah terikat kita mesti saling membantu
untuk membina keluarga yang bahagia. Lagi satu Fi tu kan hantu novel,saya
tahulah dari mana awak dapat sumber tu. Saya baca novel-novel yang Fi beli tu,”
kata Rayyan tenang sambil menghirup air di hadapannya.
Misha hanya diam membisu tanpa kata. Jika di
fikirkan balik betul juga apa yang di kata oleh Rayyan sebentar tadi. Perkahwinan
itu di bina untuk kebahagian bukan kesengsaraan. Tetapi dia tetap membantah
keputusan ayahnya untuk mengahwinkannya dengan Rayyan.
No comments:
Post a Comment