Berita yang
didengari daripad bekas rakan-rakan sekerjanya benar-benar mengejutkan Misha. Dia
tidak menyangka bahawa Rayyan sanggup bermain kayu tiga di belakangnya. Memang dia
akui hubungan dia dan Rayyan ketika ini sedikit renggang kerana masalah alahan
mengandungkan anak kedua. Misha tidak boleh terlalu dekat dengan Rayyan kerana
rasa loyanya akan bertambah tetapi sekarang alahan itu sudah semakin
berkurangan.
Rayyan memang
sentiasa pulang lewat kebelakangan ini tetapi dia tidak mengesyaki apa-apa
kerana dia tahu sejak di lantik sebagai CEO,tugas Rayyan semakin bertambah. Rayyan
juga pernah merungut tentang kerja di pejabat yang semakin bertambah sehingga tidak
dapat meluangkan lebih masa kepada anak sulung mereka Ikhmal.
Malam itu Misha
menunggu kepulangan Rayyan bagi mendapatkan kepastian tentang apa yang di
dengarinya. Bunyi kereta memasuki porch mematikan lamunan Misha.
“Assalamualaikum,”
bunyi pintu rumah di buka dan suara Rayyan kedengaran.
“Waalaikumsalam,baru
balik abang?” Misha menyambut Rayyan
dengan senyuman mesra. Dia tidak mahu menganggu mood Rayyan ketika ini.
“Eh! Sayang,kenapa
tak tidur lagi nie? Dah lewat nie,kesian baby,” Rayyan mencium dahi Misha
sebelum mengusap perut Misha yang semakin membesar.
“Sha tunggu abang. Dah
lama Sha tak tunggu abang balik macam nie sejak Ikhmal lahir,”Misha memeluk
lengan Rayyan erat sambil megambil briefcase di tangan kiri Rayyan.
Rayyan tergelak kecil
apabila mendengar kata-kata Misha. Dia memeluk isterinya itu erat. Memang di
akui sudah terlalu lama mereka tidak dapat meluangkan masa terutamanya sekarang
ini kerana Misha sedang mengandung. Malah ketika awal kehamilan,dia terpaksa
tidur di bilik Ikhmal kerana masalah alahan Misha yang teruk.
“Dulu abang suruh sayang kerja tak nak. Kan sekarang
dah merengek rindukan abang,” Rayyan mencuit hidung Misha manja.
Misha menarik muka
apabila mendengar kata-kata Rayyan. Bukan dia tidak mahu menyambung
pekerjaannya tetapi dia risau kebajikan Ikhmal akan terabai. Memanglah keluarganya
dan keluarga mertua boleh menjaga Ikhmal tetapi anak sulungnya itu berhak
mendapat kasih sayang ibu bapa.
Belum sempat Misha
menjawab Rayyan sudaj menunjuk isyarat senyap, “ Shhh...abang tahu apa sayang
nak cakap. Abang gurau jelah tadi. Ok macam nie,hujung minggu nie kita satu
family pergi bercuti. Abang dah book cuti, so this weekday i’m all yours,”
Misha tersenyum riang
apabila mendengar kata-kata Rayyan, “Terima kasih abang,”
“ Sama-sama kasih
sayang,”
Mereka berdua naik ke
bilik dan persoalan yang ingin dilontarkan oleh Misha kepada Rayyan hanya
berlalu di bawa angin lalu. Misha mengambil tindakan mendiamkan diri kerana
risau keceriaan mereka ketika ini akan terganggu. Dia juga tidak mahu berlaku
pergaduhan di saat mereka sekeluarga ingin bercuti bersama.
No comments:
Post a Comment