Ahli keluarga Encik Zaquan sudah mula
membanjiri rumah memandangkan perkahwinan Misha akan berlangsung lagi dua hari.
Masing-masing terkejut apabila mendengar berita tentang perkahwinan Misha
memandangkan abang-abangnya masih belum berkahwin. Golongan wanita sedang sibuk
menghias bilik pengantin memandangkan majlis sebelah perempuan hanya
menggunakan perkhidmatan catering manakala kaum lelaki sedang sibuk memasang
khemah.
Masing-masing teruja dalam melakukan persiapan
untuk majlis perkahwinan ini. Butik pengantin yang menyiapkan baju nikah Misha
dan Rayyan juga telah menelefon dan memberitahu bahawa mereka akan menghantar
baju itu pada malam sebelum akad nikah berlangsung. Walaupun perkahwinan ini
bukan atas persetujuan Misha,namun debaran tetap juga datang berkunjung.
“Amboi! Bakal pengantin nie,berseri-seri kita
tengok,”Mak Ngah Timah memuji Misha apabila dia melangkah masuk ke dalam dapur.
“Mana ada Mak Ngah,Isha biasa je,”jawab Misha
sambil duduk bersimpuh di tepi Mak Ngah Zura. Dia mencapai satu bekas telur
untuk mengisi telur yang telah siap di rebus.
“Kami dengar kamu kawin dengan adik arwah
Fazrin ye Isha?”tanya salah seorang ahli keluarga yang berada di situ.
Misha hanya mengangguk perlahan. Kesemua ahli
keluarga ayahnya mengetahui tentang kematian arwah Fazrin dahulu dan merekalah
yang banyak memberi semangat untuk dia terus berdiri. Keluarga sebelah arwah
ibunya tidak dapat datang kerana ada kenduri yang akan dijalankan di sana pada
esok hari. Misha tidak memarahi mereka kerana kenduri perkahwinannya ini juga
diadakan tidak sampai tiga bulan
“Takpelah Isha,mungkin dia jodoh yang terbaik
untuk kamu. Kamu terima jelah jodoh yang telah di tetapkan nie,”kata kakak
sepupu Misha,Izzati. Masing-masing bersetuju dengan kata-kata Izzati,mereka
tidak mahu mengulas panjang kerana bimbang Misha akan menjadi lebih terluka.
Bukan senang gadis ini ingin melupakan cinta pertamanya.
Misha hanya berdiam diri apabila mendengar
kata-kata Izzati. Dia sedar tiada apa yang boleh di lakukan untuk membantah
perkahwinan ini. Dia hanya mampu berserah dengan apa yang akan berlaku dalam
hidupnya. Sesungguhnya segalanya ketentuan Allah S.W.T..
“Untung kamu Sha,dapat bakal suami baik macam
Farish tu. Hari tu ada dia singgah rumah mak ngah,katanya ada kursus dekat
perak. Baik pekerti budak tu,” Mak Ngah Zura mula membuka cerita. Misha yang
mendengar pun terkejut bagaimana lelaki itu tahu di mana letaknya rumah Mak
Ngahnya itu.
“Rayyan datang sorang-sorang ke Mak Ngah?”
“Rayyan? Oh! Kamu panggil Farish ‘Rayyan’ ke.
Haah,dia datang sorang-sorang. Terkejut juga Mak Ngah masa mula-mula dia
datang,pastu bila dia cakap nama dia baru Mak Ngah buka pintu. Yelah,mana tahu
perompak ke,” masing-masing ketawa apabila mendengar kata-kata Mak Ngah Zura.
Terkelu Misha apabila mendapat tahu lelaki itu
telah pergi ke rumah Mak Ngah Zura. Memang salah satu cara untuk menambat hati
Angahnya adalah lelaki itu mestilah baik dengan Mak Ngah Zura dan Mak Ngah Zura
menerimannya dengan baik tetapi dia tidak sangka yang Rayyan boleh ke sana
seorang diri. Ini tak lain tak bukan mesti Fina yang membuka rahsia.
“Takpelah semua Isha nak ke depan kejap tadi
along cakap orang yang buat kek tu nak comfirmkan tempahan,” Misha bangun dan
berlalu ke depan. Bukan niat dia nak melarikan diri tetapi memang banyak tugas
perlu di lakukan memandangkan majlis perkahwinan semakin dekat.
Ketika dia tiba di muka pintu,kelihatan
Alongnya sedang bersembang dengan pemilik kedai kek. Dia terus menyertai
mereka. Sepanjang perbincangan berlangsung Misha tidak nampak langsung kelibat
Fahmi,baik di bawah khemah atau wakaf. Marahkah lelaki itu apabila mengetahui
dia akan berkahwin. Mungkin dia kecewa kerana keluarganya dapat menerima Rayyan
dengan baik walaupun baru berkenalan tetapi dia yang sudah lama berkawan dengan
Misha tidak ada peluang untuk rapat dengan ahli keluarga Misha yang lain.
“Cari siapa Sha?” tanya along apabila pemilik
kedai kek sudah berlalu.
“Sha cari Fahmi,tak Nampak pun dia dari
tadi,”
“Oooo…kecewalah tu. Dulu masa dia lamar
Sha,Sha tolakkan,” kata along. Misha hanya mendiamkan diri apabila mendengar
kata-kata along. Betul juga apa yang di katakan oleh along,memang dia pernah
menolak lamaran Fahmi kerana lamaran itu di lakukan secara mengejut dan tidak
mengikut adat.
Deringan telefon rumah membuatkan Misha
berlalu masuk ke dalam rumah. Dia mengangkat panggilan tersebut memandangkan
semua orang di dalam rumah sedang sibuk membuat persiapan.
“Assalamualaikum,”
kedengaran suara di hujung sana memberi salam.
“Waalaikumsalam,siapa nie?” tanya Misha.
“Misha,abang Azhar nie,” kata suara di hujung
sana.
“Eh! Abang Azhar,ingatkan siapa tadi. Abang
dah dapat ke kad jemputan yang Isha hantar tu?” misha gembira apabila mendapat
panggilan daripada Azhar iaitu kawan karib arwah Fazrin ketika sekolah dahulu.
“Dah dapat dah,tak sangka Isha dah nak kawin.
Terkejut abang bila dapat tahu Sha nak kawin dengan Farish. Bila masa Sha
bercinta dengan dia? Bukan dia baru balik Malaysia 3 bulan?”
“ Nak cerita pun panjang sangat bang. Nanti
bila ada masa kita jumpa,makan-makan and then Sha cerita dari ‘A’ sampai ‘Z’
dekat abang,” jawab Misha. Dia memberi isyarat sekejap kepada Izzati apabila
gadis itu memanggilnya.
“Ok,nanti Sha cerita dekat abang ye,”
“Takpelah abang,sepupu Sha dah panggil tu,”Misha
cuba menamatkan perbualan.
“Ok,assalamualaikum,” Azhar menamatkan panggilan.
Misha meletak telefon dan berlalu menuju ke arah
Izzati. Mungkin ada perkara yang memerlukan perhatiannya. Gembira rasa hati
apabila mendengar suara Azhar sebentar tadi. Sekurang-kurangnya lelaki itu sudi
datang ke majlis perkahwinannya nanti.
******************************
Malam itu Misha mendapat satu hadiah daripada
Paris. Kehadiran hadiah itu membuatkan semua orang tertanya-tanya siapakah
pengirimnya. Misha sendiri terkejut menerima hadiah tersebut. Setahu dia, tiada
satu pun rakan-rakannya berada di Paris atau seangkatan dengannya.
Perlahan-lahan dia membuka hadiah tersebut bagi mengetahui siapa pengirimnya
dan apabila membaca nama pengirim,dia menjerit.
“Siapa Sha,siapa pengirim hadiah tu?” tanya
Muaz sambil di kerumuni ahli keluarga yang lain.
“Angah, kak Ina hantar hadiah nie. Dia kata
dia tak boleh datang majlis kawin Sha sebab dia tak oleh balik on time,”
kata-kata Misha membuatkan wajah Kayra bertukar keruh.
Muaz memandang wajah Kayra apabila wajah gadis
itu bertukar. Mungkin teman wanitanya itu bimbang dia masih mencintai Zurina
memandangkan dia berpisah dengan Zurina dahulu kerana gadis itu menerima
tawaran daripada syarikat fashion antarabangsa.
“Ha,nie lagi satu. Kak Ina hantar gambar baby
dia,comelnya angah,” kata-kata Misha membuatkan Kayra mengangkat muka dan
memandang Muaz dengan pandangan yang penuh kekeliruan.
“Zurina dah kahwin masa saya bercinta dengan
awak dulu, sebab tu saya boleh terima awak dengan senang hati. Salah saya juga
tak cerita dekat awak masa kita jumpa dia dekat Penang dulu,” jelas Muaz bagi
menghilangkan kekeliruan yang melanda Kayra dan jawapan itu berjaya menerbitkan
sekuntum senyuman di wajah Kayra.
“Eh! Angah tak bagi tahu akak ke yang Kak Ina
dah kahwin. Dia kahwin dengan calon keluarga dia masa dia dekat Perancis dulu,”
Misha menambah lagi maklumat bagi member lebih banyak maklumat kepada Kayra.
Meski pun Muaz dan Zurina berpisah setelah
bercinta selama 7 tahun tetapi Muaz tetap dapat menerimanya dengan hati yang
terbuka. Bagi Muaz,jodoh dan pertemuan semua ditangan Allah dan Alhamdulillah
dia telah berjumpa dengan orang yang mungkin menjadi bidadarinya di syurga
kelak.
Masing-masing teruja apabila melihat gambar
bayi yang Zurina hantar, “ Nanti Isha kena bagi baby lagi comellah dari Kak
Ina,” usik Muaz sambil memandang adiknya itu.
Misha menarik muka masam apabila mendengar
kata-kata Muaz. Kerana terlalu seronok menerima hadiah dari Zurina,dia lupa
bahawa dia juga akan berkahwin dan mendapat keluarga baru. Jika di kira sebagai
keluarga baru tidak juga kerana dia telah lama rapat dengan keluarga Datuk
Sheikh Mukhriz tetapi apabila memikirkan dia akan berubah status menjadi
menantu keluarga itu menyebabkan dia berasa janggal.
“Ikut suka hati angahlah nak cakap apa, Sha
tak kisah. Yang penting Sha nak merasa juga ada anak saudara dari Angah dengan
Kak Kayra, nak harap along memang taklah,” kata Misha selamba dan kata-kata itu
menyebabkan wajah Muaz dan Kayra bertukar merah.
Suasana gamat sebentar tadi bertukar sunyi
apabila Encik Zaquan turun ke bawah. Lelaki itu baru lepas menyiapkan beberapa
dokumen untuk kedai bukunya. Suasana riuh di bawah menyebabkan dia ingin tahu
apa yang telah terjadi.
“Apa yang kecoh sangat nie? Sampai dekat atas
dengar orang bising-bising,” tegur Encik Zaquan.
“Misha nie abang,Muaz usik dia lepas tu boleh
pulak dia usik balik si Muaz tu,” Mak Su
Kirana tolong menjawab bagi pihak semua.
“Isha…,” suara Encik Zaquan mula naik apabila
mendengar penjelasan adiknya itu.
“Angah tu,Sha tunjuk gambar baby Kak Ina lepas
tu boleh pulak dia usik Isha balik,” Misha mula memberi jawapan. Dia bimbang
ayahnya akan membebel panjang dan akibatnya dia terpaksa menadah tangan selama
berjam-jam.
Encik Zaquan memandang kedua anaknya itu
sebelum berlalu keluar. Mungkin dia tidak mahu masuk campur dalam hal ini.
Lebih baik dia berada di luar bagi membantu yang lain. Misha dan Muaz menarik
nafas panjang apabila melihat ayah mereka melangkah keluar dari rumah.
Sekurang-kurangnya tiada bebelan yang lama akan mereka dengar. Mereka berdua
ketawa apabila memikirkan perangai mereka berdua sebentar tadi.
No comments:
Post a Comment