Followers

Wednesday 24 April 2013

CKSD 12


 Bunyi dentuman lagu langsung tidak menganggu ketenteram gadis itu. Air yang terdapat di dalam gelasnya di teguk perlahan sambil melihat orang-orang yang menari keseronokan di bawah lampu disko yang malap. Dia langsung tidak berminat untuk menyertai mereka dan hanya memerhatikan daripada jauh. Emosinya ketika ini tidak stabil setelah menerima kad jemputan perkahwinan daripada Farish.


 Sedari kecil dia mencintai lelaki itu dan dia sanggup memunggu Farish pulang dari luar Negara tetapi  apabila lelaki itu sudah pulang lain pula yang terjadi. Dia pernah menyatakan hasrat kepada ayahnya untuk meminang Farish meskipun ianya melangkaui adat tetapi ayahnya menolak.

 “Weh Syaimaa,jomlah join kitorang. Kita datang sini nak seronok bukannya duduk saje,” tegur Jannah sambil menarik tangan gadis yang di panggil  Syaimaa sebentar tadi.

 “Aku tak ada moodlah malam nie beb. Korang pergilah berseronok,aku tengok dari sini je,” Syaimaa menolak cadangan Jannah. Perlahan-lahan dia menarik tangannya dari pegangan Jannah.

 Jannah melepaskan nafas kelelahan apabila mendengar penolakan Syaimaa, “ Engkau masih fikirkan Farish tu ke? Eh! Banyak lagilah lelaki yang dekat luar tu nak dekat engkau,bukan dia sorang je,”

 Syaimaa memandang Jannah dengan pandangan yang tajam, “ Engkau tak faham. Aku tak nak lelaki yang dekat luar nie,nak-nak yang dekat disko nie. Diorang semua bukan boleh buat suami,untuk hiburan bolehlah tapi Farish lain. Dia tak macam semua lelaki yang aku kenal,”

 “Hmm…orang macam kita nie layak ke untuk Farish tu babe. Engkau kena sedar dia tu tak pergi disko,private party,jauh sekali,” Jannah memandang Syaimaa dengan pandangan yang sukar di tafsir. Mungkin dia boleh dia anggap layak untuk Farish tetapi Syaimaa tidak mungkin. Sudah berapa banyak lelaki yang menidurinya sejak mereka di universiti lagi.

 Syaimaa cuba memahami kata-kata Jannah tetapi gagal. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk beredar daripada situ.

 “Babe,engkau nak pergi mana?” Jannah cuba menghalang langkah Syaimaa tetapi gagal apabila seorang lelaki menariknya untuk menari.

 Syaimaa melangkah keluar dari disko dan melangkah ke keretanya. Dia mencari kunci yang tersimpan di dalam beg tangannya tanpa menyedari ada seseorang sedang berdiri di pintu kereta. Apabila mengangkat muka,dia kelihatan terkejut melihat lelaki itu. Syaimaa menolak lelaki itu bagi membuka pintu kereta tetapi lelaki itu menahan.

 “What’s are you want from me Azmir?”

 “Nothing,I just want spent the time with you. Almost three month you don’t call me,” Azmir menarik Syaimaa sehingga gadis itu berada dekat dengannya.

 “You know that I’ll never flirt with the same guys twice except it was Farish,” Syaimaa memandang Azmir dengan tajam. Dia tak akan sesekali membiarkan lelaki ini memperbodohkan dia.

 “Farish…Farish…Farish, only that name you always say even when you sleep with me. What does he have that I don’t? “ Azmir sudah mula hilang sabar apabila nama Farish di sebut oleh Syaimaa.

 “He’s the best man for me and he will be the best husband. I don’t thing you can be like him,” kata Syaimaa angkuh sambil menarik tangannya dari pegangan Azmir dan berlalu.

 Azmir menyepak tayar keretanya yang berada berhampiran dengannya. Rasa marahnya pada Farish tidak dapat di bendung lagi. Sudah sekian lama dia mencintai Syaimaa tetapi Farish juga yang diingati oleh gadis itu.

   Syaimaa memandu keretanya pulang ke rumah. Ketika dia sampai di rumah,jam sudah menunjukkan pukul dua pagi. Dengan berhati-hati dia membuka pintu rumah dan melangkah masuk. Setelah memastikan segalanya berkunci dengan penuh berhati-hati dia berjalan ke tangga tetapi langkahnya terhenti apabila lampu di ruang tamu menyala dan papanya sedang berdiri di situ.

 “ Siti Syaimaa! Ke mana kamu pergi? Papa telefon banyak kali tak berjawab,” Datuk Jamil memandang anak gadisnya itu dengan pandangan yang tajam. Syaimaa yang serba salah terus menyeluk telefn bimbit di dalam beg tangan dan di dapati terdapat 7 panggilan daripada papanya.

 “Sorry papa. Ima tak sedar tadi,ramai sangat orang dekat kedai yang kitorang lepak tu,”jawab Syaimaa dengan nada serba salah.

 “Kedai makan ke disco? Kamu jangan ingat papa tak tahu. Cubalah kamu jadi macam Nurin tu,duduk rumah teman mama dengan papa,” Datuk amil memulakan ceramahnya.

 “Nurin lain,Ima lain. Dia boleh la teman mama dengan papa sebab dia budak baik,” Syaimaa mula menjawab kata-kata papanya.

 “ Dalam rumah nie tak ada budak baik atau jahat. Papa dengan mama layan kamu semua sama je. Apa lagi yang tak cukup dalam rumah nie sampai kamu nak pergi disco bagai tu,”suara Datuk Jamil mula tinggi sehingga mengejutkan semua isi rumah.

  Syaimaa hanya mendiamkan diri dan berlalu naik ke atas. Ketika melangkah naik dia bertembung dengan adiknya Nurin yang kebetulan turun. Panggilan papanya di abaikan kerana dia tahu Nurin akan menenangkan papa mereka. Dia masuk ke bilik dan mengunci pintu. Sejak dari kecil dia dapat rasakan yang papa dan mama lebih menyayangi Nurin berbanding dirinya meskipun mereka tidak mengakuinya.

 Mana mungkin dia kalah pada Nurin yang dua tahun lebih muda daripada dirinya. Setiap kejayaan Nurin sentiasa menyebabkan dia berasa terpinggir. Malah ketika Nurin dapat melanjutkan pelajaran ke Jepun,semua orang meraikannya tetapi dia tidak kerana masing-masing memberi alasan bahawa mereka sibuk meskipun ketika itu dia mendapat tawaran daripada Universiti Cambridge. Perbezaan itu membuatkan dia lebih berdendam kepada adiknya sendiri.

                                   *********************************

 Rayyan duduk di sisi katilnya sambil membelek hantaran yang telah siap. Siapa sangka yang dia akan berkahwin tidak lama lagi. Apabila mengingatkan hari bahagia itu ,dia berasa tidak sabar. Sambil membelek hantaran,dia teringat akan kata-kata papanya tentang rombongan meminang Datuk Jamil kepadanya. Rayyan tidak menyangka yang Syaimaa masih menaruh hati kepadanya tetapi malangnya dia sudah mencintai oaring lain.

 Ketika mereka kecil,Syaimaa merupakan antara kawannya yang paling baik. Malah dia,Syaimaa dan arwah Fazrin sering meluangkan masa bersama ketika kecil. Ketika gadis itu meluahkan perasaan semasa dia ingin bertolak ke luar negara,Rayyan telah menolaknya dengan baik kerana dia menganggap Syaimaa tidak lebih dari kawan.

 “Abang dah tidur ke?”Fina muncul di balik pintu bilik Rayyan. Rayyan hanya tersenyum kepada Fina. Fina melangkah masuk dan duduk di sebelah abangnya itu.

 “Tak sangkakan abang dah nak kawin. Fi macam tak percaya je,”kata Fina sambil mengambil salah satu hantaran yang berada di hadapannya.

 Rayyan hanya tersenyum sebelum menjawab, “Fi suruhlah Rizal masuk meminang cepat-cepat. Nanti tak adalah Fi sunyi sorang-sorang,” kata Rayyan selamba dan kata-katanya itu menyebabkan Fina menghadiahkan tumbukan kecil di bahunya.

  “Main-main tau abang nie. Rizal dengan Fi lambat lagi kot sebab Rizal nak kata banyak kerja dia kena settle sekarang nie,”

 “Jangan lama sangat. Karang putus macam tu je,bukan sebab bergaduh tapi sebab tak ada communication. Kalau takat mesej dengan call je tak cukup Fi,”nasihat Rayyan kepada Fina. Dia tidak mahu adiknya itu berasa kecewa.

  “Fi tahu,kadang-kadang hujung minggu kami ada jumpa. Kalau boleh kami elakkan daripada tak spent time sama. Macam abang cakaplah,bukan putus sebab gaduh tapi sebab tak sefahaman,” Fina hanya menghadiahkan senyuman kepada Rayyan. Dia faham perasaan abangnya yang mengambil berat tentang dirinya. Malah sedari kecil dia lebih rapat dengan Rayyan berbanding arwah Fazrin.

 “Good girl,” Rayyan mengosok rambut Fina, “Ada Fi call Kak Isha tak? Mana tahu ada lagi yang tak settle,”
 “Akak kata semua dah hampir siap. Lagipun semalam Fi pergi rumah Kak Isha,ramai juga yang datang tolong,” jawab Fina.

 Rayyan tersenyum mendengar kata-kata Fina. Dia menyangkakan Misha akan menentang sehingga kepenghujung tetapi ternyata ada juga kelembutan di dalam kerasnya seorang wanita. Sekarang ini dia cuma perlu mencari jalan untuk melembutkan hati gadis itu selepas kawin dan dia tak akan sesekali membuatkan Misha melupakan arwah Fazrin. Dia tidak mahu cinta dulu terlupus kerana melalui cinta dahulu akan wujudnya cinta  baru dan dia akan menjadi cinta kedua Misha selepas Fazrin.

 Rayyan bangun dari duduk dan mengambil baju akad nikahnya. Dia memegang setiap corak yang terdapat di atas baju itu. Sehari lagi dan dia akan menjadi seorang suami kepada Misha Elena binti Zaquan. Dia merasakan seperti semalam mama menceritakan kepadanya tentang Misha di dalam telefon dan buat pertama kalinya hati dia terpaut dengan keperibadian gadis itu.

  “Abang…Fi harap abang tak sia-siakan Kak Isha ye. Fi bukan apa,Fi taknak tengok akak menangis lagi. Cukuplah dia menangis masa dia hilang arwah abang Fazrin dulu,” kata Fina sambil memandang abangnya itu dengan penuh pengharapan.

 “Insyaallah abang tak akan buat Isha menangis tapi satu perkara yang abang nak pesan dengan Fi. Kalau apa-apa yang terjadi semasa kami jalani kehidupan rumah tangga nanti,abang harap Fi percaya abang dan yakinkan Isha yang abang tak buat semua tu,” kata Rayyan sambil menarik Fina dalam pelukannya.

 “Fi janji bang… Fi janji,” perlahan-lahan air mata Fina jatuh ke bahu Rayyan. Dia tidak menyangka yang impian arwah Fazrin akan tercapai dan dia tersentuh dengan ketulusan hati Rayyan. Meskipun pada mulanya dia tidak yakin dengan keputusan Rayyan untuk menikahi Misha tetapi kini dia yakin.

 Datin Rohana yang berada di sebalik pintu bilik mengalirkan air mata mendengar kata-kata Rayyan. Dia tidak menyangka yang anak lelakinya itu akan berkahwin. Dia ragu-ragu saat Rayyan menyampaikan hasrat hatinya tetapi kini segalanya jelas. Sesungguhnya kita hendaklah berani membuat sesuatu keputusan dengan bijak jika ingin terus mara kehadapan.

1 comment:

Anonymous said...

nak lagi2
xsabar2,dorang nak kahwin..