Bunyi dentuman lagu langsung tidak menganggu
ketenteram gadis itu. Air yang terdapat di dalam gelasnya di teguk perlahan
sambil melihat orang-orang yang menari keseronokan di bawah lampu disko yang
malap. Dia langsung tidak berminat untuk menyertai mereka dan hanya
memerhatikan daripada jauh. Emosinya ketika ini tidak stabil setelah menerima
kad jemputan perkahwinan daripada Farish.
Sedari kecil dia mencintai lelaki itu dan dia
sanggup memunggu Farish pulang dari luar Negara tetapi apabila lelaki itu sudah pulang lain pula
yang terjadi. Dia pernah menyatakan hasrat kepada ayahnya untuk meminang Farish
meskipun ianya melangkaui adat tetapi ayahnya menolak.
“Weh Syaimaa,jomlah join kitorang. Kita datang
sini nak seronok bukannya duduk saje,” tegur Jannah sambil menarik tangan gadis
yang di panggil Syaimaa sebentar tadi.
“Aku tak ada moodlah malam nie beb. Korang
pergilah berseronok,aku tengok dari sini je,” Syaimaa menolak cadangan Jannah.
Perlahan-lahan dia menarik tangannya dari pegangan Jannah.
Jannah melepaskan nafas kelelahan apabila
mendengar penolakan Syaimaa, “ Engkau masih fikirkan Farish tu ke? Eh! Banyak
lagilah lelaki yang dekat luar tu nak dekat engkau,bukan dia sorang je,”
Syaimaa memandang Jannah dengan pandangan yang
tajam, “ Engkau tak faham. Aku tak nak lelaki yang dekat luar nie,nak-nak yang
dekat disko nie. Diorang semua bukan boleh buat suami,untuk hiburan bolehlah
tapi Farish lain. Dia tak macam semua lelaki yang aku kenal,”
“Hmm…orang macam kita nie layak ke untuk
Farish tu babe. Engkau kena sedar dia tu tak pergi disko,private party,jauh
sekali,” Jannah memandang Syaimaa dengan pandangan yang sukar di tafsir.
Mungkin dia boleh dia anggap layak untuk Farish tetapi Syaimaa tidak mungkin.
Sudah berapa banyak lelaki yang menidurinya sejak mereka di universiti lagi.
Syaimaa cuba memahami kata-kata Jannah tetapi
gagal. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk beredar daripada situ.
“Babe,engkau nak pergi mana?” Jannah cuba
menghalang langkah Syaimaa tetapi gagal apabila seorang lelaki menariknya untuk
menari.
Syaimaa melangkah keluar dari disko dan melangkah
ke keretanya. Dia mencari kunci yang tersimpan di dalam beg tangannya tanpa
menyedari ada seseorang sedang berdiri di pintu kereta. Apabila mengangkat
muka,dia kelihatan terkejut melihat lelaki itu. Syaimaa menolak lelaki itu bagi
membuka pintu kereta tetapi lelaki itu menahan.
“What’s are you want from me Azmir?”
“Nothing,I just want spent the time with you.
Almost three month you don’t call me,” Azmir menarik Syaimaa sehingga gadis itu
berada dekat dengannya.
“You know that I’ll never flirt with the same
guys twice except it was Farish,” Syaimaa memandang Azmir dengan tajam. Dia tak
akan sesekali membiarkan lelaki ini memperbodohkan dia.
“Farish…Farish…Farish, only that name you
always say even when you sleep with me. What does he have that I don’t? “ Azmir
sudah mula hilang sabar apabila nama Farish di sebut oleh Syaimaa.
“He’s the best man for me and he will be the
best husband. I don’t thing you can be like him,” kata Syaimaa angkuh sambil
menarik tangannya dari pegangan Azmir dan berlalu.
Azmir menyepak tayar keretanya yang berada
berhampiran dengannya. Rasa marahnya pada Farish tidak dapat di bendung lagi.
Sudah sekian lama dia mencintai Syaimaa tetapi Farish juga yang diingati oleh
gadis itu.
Syaimaa memandu keretanya pulang ke rumah.
Ketika dia sampai di rumah,jam sudah menunjukkan pukul dua pagi. Dengan
berhati-hati dia membuka pintu rumah dan melangkah masuk. Setelah memastikan
segalanya berkunci dengan penuh berhati-hati dia berjalan ke tangga tetapi
langkahnya terhenti apabila lampu di ruang tamu menyala dan papanya sedang
berdiri di situ.
“ Siti Syaimaa! Ke mana kamu pergi? Papa
telefon banyak kali tak berjawab,” Datuk Jamil memandang anak gadisnya itu
dengan pandangan yang tajam. Syaimaa yang serba salah terus menyeluk telefn
bimbit di dalam beg tangan dan di dapati terdapat 7 panggilan daripada papanya.
“Sorry papa. Ima tak sedar tadi,ramai sangat
orang dekat kedai yang kitorang lepak tu,”jawab Syaimaa dengan nada serba
salah.
“Kedai makan ke disco? Kamu jangan ingat papa
tak tahu. Cubalah kamu jadi macam Nurin tu,duduk rumah teman mama dengan papa,”
Datuk amil memulakan ceramahnya.
“Nurin lain,Ima lain. Dia boleh la teman mama
dengan papa sebab dia budak baik,” Syaimaa mula menjawab kata-kata papanya.
“ Dalam rumah nie tak ada budak baik atau
jahat. Papa dengan mama layan kamu semua sama je. Apa lagi yang tak cukup dalam
rumah nie sampai kamu nak pergi disco bagai tu,”suara Datuk Jamil mula tinggi
sehingga mengejutkan semua isi rumah.
Syaimaa hanya mendiamkan diri dan berlalu naik
ke atas. Ketika melangkah naik dia bertembung dengan adiknya Nurin yang
kebetulan turun. Panggilan papanya di abaikan kerana dia tahu Nurin akan
menenangkan papa mereka. Dia masuk ke bilik dan mengunci pintu. Sejak dari
kecil dia dapat rasakan yang papa dan mama lebih menyayangi Nurin berbanding
dirinya meskipun mereka tidak mengakuinya.
Mana mungkin dia kalah pada Nurin yang dua
tahun lebih muda daripada dirinya. Setiap kejayaan Nurin sentiasa menyebabkan
dia berasa terpinggir. Malah ketika Nurin dapat melanjutkan pelajaran ke
Jepun,semua orang meraikannya tetapi dia tidak kerana masing-masing memberi
alasan bahawa mereka sibuk meskipun ketika itu dia mendapat tawaran daripada
Universiti Cambridge. Perbezaan itu membuatkan dia lebih berdendam kepada adiknya
sendiri.
*********************************
Rayyan duduk di sisi katilnya sambil membelek
hantaran yang telah siap. Siapa sangka yang dia akan berkahwin tidak lama lagi.
Apabila mengingatkan hari bahagia itu ,dia berasa tidak sabar. Sambil membelek
hantaran,dia teringat akan kata-kata papanya tentang rombongan meminang Datuk
Jamil kepadanya. Rayyan tidak menyangka yang Syaimaa masih menaruh hati
kepadanya tetapi malangnya dia sudah mencintai oaring lain.
Ketika mereka kecil,Syaimaa merupakan antara
kawannya yang paling baik. Malah dia,Syaimaa dan arwah Fazrin sering meluangkan
masa bersama ketika kecil. Ketika gadis itu meluahkan perasaan semasa dia ingin
bertolak ke luar negara,Rayyan telah menolaknya dengan baik kerana dia
menganggap Syaimaa tidak lebih dari kawan.
“Abang dah tidur ke?”Fina muncul di balik
pintu bilik Rayyan. Rayyan hanya tersenyum kepada Fina. Fina melangkah masuk
dan duduk di sebelah abangnya itu.
“Tak sangkakan abang dah nak kawin. Fi macam
tak percaya je,”kata Fina sambil mengambil salah satu hantaran yang berada di
hadapannya.
Rayyan hanya tersenyum sebelum menjawab, “Fi
suruhlah Rizal masuk meminang cepat-cepat. Nanti tak adalah Fi sunyi
sorang-sorang,” kata Rayyan selamba dan kata-katanya itu menyebabkan Fina
menghadiahkan tumbukan kecil di bahunya.
“Main-main tau abang nie. Rizal dengan Fi
lambat lagi kot sebab Rizal nak kata banyak kerja dia kena settle sekarang
nie,”
“Jangan lama sangat. Karang putus macam tu
je,bukan sebab bergaduh tapi sebab tak ada communication. Kalau takat mesej
dengan call je tak cukup Fi,”nasihat Rayyan kepada Fina. Dia tidak mahu adiknya
itu berasa kecewa.
“Fi tahu,kadang-kadang hujung minggu kami ada
jumpa. Kalau boleh kami elakkan daripada tak spent time sama. Macam abang
cakaplah,bukan putus sebab gaduh tapi sebab tak sefahaman,” Fina hanya
menghadiahkan senyuman kepada Rayyan. Dia faham perasaan abangnya yang
mengambil berat tentang dirinya. Malah sedari kecil dia lebih rapat dengan
Rayyan berbanding arwah Fazrin.
“Good girl,” Rayyan mengosok rambut Fina, “Ada
Fi call Kak Isha tak? Mana tahu ada lagi yang tak settle,”
“Akak kata semua dah hampir siap. Lagipun
semalam Fi pergi rumah Kak Isha,ramai juga yang datang tolong,” jawab Fina.
Rayyan tersenyum mendengar kata-kata Fina. Dia
menyangkakan Misha akan menentang sehingga kepenghujung tetapi ternyata ada
juga kelembutan di dalam kerasnya seorang wanita. Sekarang ini dia cuma perlu
mencari jalan untuk melembutkan hati gadis itu selepas kawin dan dia tak akan
sesekali membuatkan Misha melupakan arwah Fazrin. Dia tidak mahu cinta dulu
terlupus kerana melalui cinta dahulu akan wujudnya cinta baru dan dia akan menjadi cinta kedua Misha
selepas Fazrin.
Rayyan bangun dari duduk dan mengambil baju
akad nikahnya. Dia memegang setiap corak yang terdapat di atas baju itu. Sehari
lagi dan dia akan menjadi seorang suami kepada Misha Elena binti Zaquan. Dia
merasakan seperti semalam mama menceritakan kepadanya tentang Misha di dalam
telefon dan buat pertama kalinya hati dia terpaut dengan keperibadian gadis
itu.
“Abang…Fi harap abang tak sia-siakan Kak Isha
ye. Fi bukan apa,Fi taknak tengok akak menangis lagi. Cukuplah dia menangis
masa dia hilang arwah abang Fazrin dulu,” kata Fina sambil memandang abangnya
itu dengan penuh pengharapan.
“Insyaallah abang tak akan buat Isha menangis
tapi satu perkara yang abang nak pesan dengan Fi. Kalau apa-apa yang terjadi
semasa kami jalani kehidupan rumah tangga nanti,abang harap Fi percaya abang
dan yakinkan Isha yang abang tak buat semua tu,” kata Rayyan sambil menarik
Fina dalam pelukannya.
“Fi janji bang… Fi janji,” perlahan-lahan air
mata Fina jatuh ke bahu Rayyan. Dia tidak menyangka yang impian arwah Fazrin
akan tercapai dan dia tersentuh dengan ketulusan hati Rayyan. Meskipun pada
mulanya dia tidak yakin dengan keputusan Rayyan untuk menikahi Misha tetapi
kini dia yakin.
Datin Rohana yang berada di sebalik pintu
bilik mengalirkan air mata mendengar kata-kata Rayyan. Dia tidak menyangka yang
anak lelakinya itu akan berkahwin. Dia ragu-ragu saat Rayyan menyampaikan
hasrat hatinya tetapi kini segalanya jelas. Sesungguhnya kita hendaklah berani
membuat sesuatu keputusan dengan bijak jika ingin terus mara kehadapan.
1 comment:
nak lagi2
xsabar2,dorang nak kahwin..
Post a Comment