Deringan
telefon menggangu Misha yang sedang ralit membaca novel di bilik Fina. Dua hari
dia berada di rumah besar ini dan baru hari ini dia dapat hidup aman tanpa
gangguan Rayyan. Lelaki itu asyik menganggunya ketika dia sedang seronok
beristirehat. Rayyan membuat dia seperti isteri lelaki itu. Entah bagaimanalah
nasib bakal isteri Rayyan nanti.
“Hello isha, engkau dekat mana? Aku tengok
rumah engkau nie sunyi je,kereta pun takde,”suara Fahmi kedengaran dihujung
talian. Lelaki itu kedengaran risau.
“Oh! Aku
dekat rumah mama, abah aku takde dia pergi Johor dengan Angah,” jawab Misha
selamba.
“Mama mana pulak? Bukan mak engkau
dah meninggal ke,”
“Lah,mama Fina la. Kan aku rajin bermalam
dekat sini bila abah aku ada kerja luar,”
“Rumah Datin sombong tu, bukan dia benci
engkau ke”
suara Fahmi kedengaran bongkak. Fina yang kebetulan berada di samping Misha
mengambil telefon di tangan gadis itu dan menekan butang loudspeaker.
“Engkau
baik-baik sikit ye Fahmi,yang engkau kutuk tu mama aku tau. Mama dah berubah
Ok,” suara Misha tinggi memarahi Fahmi sehingga menarik minat Rayyan yang
berada di luar. Lelaki itu membuka pintu bilik Fina dan melabuhkan diri di
kerusi meja solek. Dia ingin mengetahui punca Misha meninggikan suara seperti
itu.
“Engkau
kena sedar Sha,lelaki tu dah mati. Engkau dah takde mengena dengan keluarga tu
lagi. Sedangkan masa lelaki tu hidup pun diorang benci engkau,nie masa dia dah
mati,”
“Diam!!! Engkau tak tahu apa-apa pasal
keluarga nie. Untuk pengetahuan engkau lelaki yang engkau kata dah mati tu
pernah ada dalam hati aku. Engkau tak layak kutuk dia,” Misha menahan air matanya
daripada jatuh apabila mendengar kata-kata Fahmi. Baginya Fahmi tidak tahu
apa-apa tentang hubungan dia dan keluarga arwah Fazrin.
“Aku tak
akan diam selagi engkau tak sedar tempat engkau. Tempat engkau cuma dengan
orang biasa je bukan orang kaya,”
Rayyan menahan geram apabila mendengar lelaki itu
terus menerus mengutuk dan menguris hati Misha. Dia ingin membalas kata-kata
lelaki itu tetapi dia bimbang Misha akan memarahinya balik. Tiba-tiba Misha
menghulurkan telefon kepadanya. Rayyan tercengang sekejap sebelum mengambil
telefon tersebut.
“Awak cakaplah apa-apa,asalkan dia faham dan
tak ganggu privasi hidup saya lagi. Saya tak sanggup nak dengar semua tu,”
suara perlahan Misha kedengaran seperti merayu. Rayyan tersenyum sebelum
menganggukkan kepala.
“Hello,”
“Siapa nie? Misha mana?” suara Fahmi kedengaran
cuak apabila ada suara lelaki lain yang menejah masuk.
“Aku tak perlu jawab soalan engkau
tu. Aku cuma nak bagi amaran,engkau jangan sesekali ganggu kisah lampau Isha.
Engkau tak layak untuk pertikaikan semua tu,”
“Siapa engkau nak halang aku. Aku berhak nak
tegur Misha dekat mana dia berpijak,”
“Aku bakal suami dia, lagi dua bulan kami akan
berkahwin. Jadi aku harap engkau jangan nak ganggu Isha lagi,”
“Engkau nie siapa ha?”
“ Nama aku Sheikh Farish Ahmad Rayyan
bin Sheikh Mukhriz. Waris kepada MR Holding,”
“Engkau anak Datuk Sheikh? Tak mungkin anak
dia dah mati masa kemalangan lapan tahun dulu,”
“Engkau ingat dia ada anak lelaki sorang je
ke. Ok lah,soyonara,”
Rayyan menamatkan panggilan dengan senyuman di
wajah tetapi senyumannya mati apabila melihat wajah cemerut Fina dan pandangan
tajam Misha.Dia tersengih sambil meletakkan telefon di atas meja solek.
“Suka hati awak je kan kata kita nak kawin
lagi dua bulan,”
“Eh! Betul lah,saya dah comfirm kan dengan
uncle. Abang-abang awak pon tak kisah,”Rayyan bangun dan berlalu keluar dari
bilik Fina sebelum bantal melayang mengenai dirinya. Misha merengus geram
dengan kata-kata Rayyan .
******************
“Apa nie bah? Abah tak cakap pon dengan
Isha yang Isha kena kawin dengan lelaki annoying tu. Tau-tau Fian cakap abah dah terima rombongan tu,” Misha melabuhkan diri di
kerusi berhadapan ayahnya.
Sudah seminggu Encik Zaquan dan Muaz pulang
dari johor dan hari ini lelaki itu memberitahu Misha bahawa rombongan meminang
dari keluarga Datuk Sheikh Mukhriz datang ketika Misha di tempat kerja. Misha tidak
menyangka Rayyan mengotakan janjinya untuk meminang Misha ketika menghantarnya
ke rumah minggu lepas.
“Aik,bukan Sha setuju ke? Farish cakap dekat
abah yang Isha setuju. Ha..dekat Muaz pun sama,”Muaz menganggukkan kepala tanda
mengiyakan kata-kata ayahnya.
“Tadi Fahmi ada jumpa abang,dia tanya betul ke
Isha nak kawin dengan anak Datuk Mukhriz. Angah jawablah iye,so kira comfirmlah
tu,” kata Muaz sambil tersengih.
Misha mengerutkan dahinya. Abang Muaz yang selami
ini susah untuk rapat dengan orang pon boleh terima si Rayyan tak guna tu. Ubat
apa yang dia dah guna dekat Abang Muaz nie agaknya. Fahmi yang dari kecil kawan
dengan Misha pon dia takleh terima, nie Rayyan yang baru sekali jumpa dia dah
boleh terima.
“Angah nie demam ke apa? Fahmi,angah tak boleh
terima, Rayyan yang baru sekali jumpa angah terima,”
“Fahmi tu lain,Farish nie lain. Dia nie
special case skit. Fahmi tu dari kecik angah tak suka dia,” jawab Muaz sambil
mencapai cawan diatas meja kopi.
“Suka hati abah dengan angah lah. Karang kalau
melawan banyak pula celotehnye. Kalaulah ada along,”
“Along kamu pun dah terima,so sebulat suara
abah buat keputusan Isha kawin dengan Farish,” Encik Zaquan berkata dengan
tegas keputusannya,” Jangan melawan Isha,”
Misha memandang ayahnya dengan pandangan tidak
percaya. Tiada kata-kata yang dapat diucapkan. Semua ahli keluarganya bersetuju
dia berkahwin dengan Rayyan tetapi dia seolah-olah tidak dapat menerima lelaki
itu dalam hidupnya.
“Erm…jangan lupa hantar cawan dekat dapur. Isha
nak rehatlah,rasa pening je,” Misha berlalu ke bilik meninggalkan Encik Zaquan
dan Muaz di ruang tamu. Dia perlu merehatkan diri bagi menghilangkan serabut di
kepala.
Selepas selesai solat Isyak, dia berbaring di
katil dan memandang ke langit. Dia memejamkan mata dan berharap apabila dia
bangun keesokan harinya segalanya berubah. Dia berharap sangat yang sebentar
tadi adalah mimpi.
***
p/s: hope korang enjoy. sekarng nie sibuk nak g blajar kete..bila balik penat satu badan tu yg tak sempat update :)
1 comment:
BEST......
Post a Comment