Suasana
rumah Misha riuh rendah dengan suara ahli keluarga sedang bersiap.
Masing-masing menyiapkan sentuhan terakhir sebelum majlis akad nikah
berlangsung tengah hari nanti. Majlis akad nikah akan diadakan di masjid berhampiran
kawasan perumahan Misha. Misha ketika ini sedang di solek oleh sepupunya
Izzati.
“Sha,cuba senyum sikit. Engkau tu dah nak jadi
isteri orang tau. Cuba happy sikit,”
kata Izzati sambil meneruskan kerja solekannya.
“Macam mana aku nak senyum Tie,aku bakal kawin
dengan orang yang aku tak cinta,”jawab Misha bersahaja.
Izzati mengeluh seketika apabila mendengar
jawapan Misha. Mengapalah sepupunya ini tidak dapat menerima hakikat yang satu
itu, “Sha,aku bukan nak campur urusan engkau tapi kita sebagai umat islam tahu
yang jodoh itu rahsia Allah. Mana tahu jodoh yang Allah tentukan pada engkau
adalah Farish,”
Misha memandang mata Izzati sedalamnya. Dia
cuba untuk menyelami kata-kata sepupunya itu. Buat seketika dia dapat rasakan
yang hatinya berdegup kencang apabila mendengar kata-kata Izzati. Mungkin dia
patut menerima kata-kata sepupunya itu sepenuhnya. Misha memandang Izzati lalu
melemparkan senyuman.
“That’s my favourite cousin,”kata Izzati
apabila melihat senyuman yang di lemparkan oleh Misha.
“Betul nie aku engkau punya ‘favourite cousin’ bukan Mia?” Misha cuba
mengusik Izzati apabila melihat Mia masuk dengan membawa baju akad nikahnya.
“Hello,I’m still Zati ‘favourite cousin’ ok. Dia cuma nak sedapkan hati engkau je bila dia
kata dekat engkau macam tu,” kata Mia sambil menyangkut baju akad nikah Misha.
Bilik pengantin yang mulanya sunyi akhirnya gamat apabila mendengar kata-kata
Mia. Gelak tawa mereka bertiga menyebabkan ahli keluarga yang lain menjenguk ke
dalam bilik bagi mengetahui sebab mereka ketawa.
*******************
Kedua-dua belah pihak telah sampai di masjid
dan bersedia untuk melangsungkan majlis akad nikah. Rayyan kini sedang duduk
dihadapan Encik Zaquan sebagai wali dan dikelilingi oleh Tok kadi dan beberapa
orang ahli keluarga yang lain. Misha pula sedang duduk bersimpuh di belakang
bersaa yang lain. Majlis ini bukan sahaja mendebarkan Misha tetapi juga Rayyan.
Pagi tadi sahaja sudah beberapa kali dia berulang alik dari tingkat atas hingga
ke bawah hingga mnyebabkan Fina terpaksa menenangkannya.
Akan tetapi satu perkara lagi yang membimbang
Rayyan adalah mesej yang di terima daripada Syaimaa yang mengatakan dia akan
menghancurkan rumah tangga Rayyan bagi memastikan Rayyan menjadi miliknya.
Rayyan menunjukkan mesej itu kepada semua ahli keluarganya dan masing-masing
terkejut dengan kata-kata Syaimaa. Mereka semua amat mengenali gadis itu sedari
kecil dan tidak menyangka dia akan bertindak sejauh ini apabila lamaran
keluarganya di tolak.
“Semua dah bersedia,” suara tok kadi
mengejutkan Rayyan daripada lamunan. Sebelum majlis akad nikah di
mulakan,sedikit ceramah di berikan oleh tok kadi kepada kedua bakal pengantin.
Alhamdulillah dengan sekali lafaz Misha sah
menjadi isteri Rayyan. Mereka semua memanjatkan kesyukuran dengan kelancaran
majlis ini. Akan tetapi ketika Rayyan bangkit daripada duduknya dia melihat
Syaimaa berdiri di pintu masjid dan memandangnya dengan tajam. Syaimaa hanya
berdiri di situ seketika sebelum berlalu pergi.
Syaimaa melangkah masuk ke dalam kereta
dengan hati yang sebak. Dia menyangkakan dia sempat untuk membatalkan upacara
itu tetapi telahannya silap kerana ketika dia sampai Rayyan baru sahaja selesai
di akad nikahkan. Dia sanggup mereka cerita tetapi semuanya sudah terlambat.
Bunyi deringan telefon membuatkan Syaimaa
tersentak. Nama adiknya Nurin terpampang di skrin telefon.
“Hello,”
“Hello,akak. Akak dekat mana nie,satu family
risau bila akak hilang tiba-tiba,”suara Nurin jelas kerisauan dengan kehilangan
Syaimaa.
“Akak dekat masjid nie,tengok Farish akad
nikah. Rin cakap dekat semua yang akak tak apa-apa. Oh ye,boleh tak Rin book
kan tiket kapal terbang untuk akak. Mana-mana pun boleh,akak nak rehatkan
fikiranlah,”
“Ok, nanti Rin buat. Akak jangan risau ye and
jangan sedih ye kak,semua nie ketentuan tuhan,” Nurin cuba menenangkan kakaknya
itu.
“Akak ok, takpelah akak nak balik dah nie,nak
kemas barang. Bye,”
Syaimaa menamatkan panggilan. Meskipun dia
mengatakan yang dia tidak mengapa tetapi di dalam hatinya ada api yang sedang
marak menyala. Dia akan merancang strategi ketika dia bercuti nanti. Segala
persiapan rapi akan di buat untuk memastikan yang Rayyan menjadi miliknya. Dia
tidak kisah jika rancangan itu akan mengambil masa yang lama,yang penting
adalah kejayaan. Buat sementara waktu ini dia akan membiarkan Rayyan bahagia
dengan kehidupannya.
Masing-masing mengucapkan tahniah kepada
kedua mempelai. Kebanyakan rakan-rakan Misha dan Rayyan tidak dapat hadir
kerana kekangan waktu tetapi mereka berjanji akan datang ketika majlis resepsi
sebelah lelaki. Majlis di sebelah perempuan hanya di buat kecil-kecilan
memandangkan sebelah lelaki akan di buat di hotel.
“Tahniah Sha, aku tak sangka yang engkau
kahwin dulu sebelum kitorang,” rakan-rakan Misha mengusiknya sehingga
menimbulkan ketawa kecil di bibir Misha. Dia juga tidak menyangka yang dia kan
berkahwin dulu sebelum rakan-rakannya yang lain.
“Bukan aku yang awal tapi Syafiq tu yang
lambat masuk meminang engkau,” Misha menjeling Syafiq yang sedang berdiri di
sebelah Ain. Syafiq hanya mendiamkan diri dan membuangkan pandangannya ke
tempat lain. Mungkin dia tidak mahu mengambil kisah dengan kata-kata Misha.
Rayyan yang melihat Misha seronok bersembang
dengan rakan-rakannya terus melangkah kearah isterinya itu. Dia juga ingin
mengenali rakan-rakan isterinya itu tetapi rasanya ada di antara rakan-rakan
Misha yang di kenali. Perbualan Misha dan rakan-rakannya terhenti apabila
melihat Rayyan berdiri di sebelah Misha.
“ Tahniah Tuan Rayyan ,” mereka semua
mengucapkan tahniah kepada Rayyan.
“Terima kasih,”
“Tak sangka yang Misha dapat kahwin dengan
Tuan Rayyan. Kami ingatkan Tuan Rayyan kahwin dengan orang lain tapi
rupa-rupanya dengan kawan kitorang juga,” Zara mengusik Rayyan dan kata-kata
Zara menyebabkan Misha tertunduk malu.
“Dah jodoh Zara. Saya pun tak sangka yang
Misha nie kawan kamu,kalau saya tahu, saya mintak tolong kamu,” Rayyan
menambahkan pemerah pipi di muka Misha. Rakan-rakan Misha yang lain hanya
ketawa melihat wajah Misha yang merah.
“Eh! Mana Fahmi ye,dari tadi tak nampak pun
bayang dia. Tak kanlah kawan seguru merangkap jiran dia tak datang kot,” tanya
Syafiq sambil melihat sekeliling untuk mencari Fahmi.
“Dia tak datang,engkau pun tahu sebabnya
Syafiq,”jawab Misha ringkas tetapi dapat di fahami oleh Syafiq. Rayyan yang
mendengar hanya mendiamkan diri,mungkin ada rahsia yang tidak dapat di katakan
oleh Misha terutamanya di hadapannya sebagai seorang suami.
Apabila mendengar jawapan Misha,Syafiq hanya
menganggukkan kepalanya. Kejadian itu terjadi ketika mereka semua menghadiri
majlis reunion. Masing-masing sedang seronok mengikuti acara yang diadakan akan
tetapi semuanya terhenti apabila Fahmi melutu di hadapan Misha dengan sejambak
bunga ros. Dia melamar Misha di hadapan semua orang tetapi malangnya gadis itu
menolak. Ada yang mengatakan Fahmi seorang yang romantik tetapi tidakannya itu
tidak wajar memandangkan dia amat mengenali keluarga Misha,tidak salah jika dia
menyuruh keluarganya berjumpa keluarga Misha kemudian barulah melamarnya di
hadapan semua orang.
Mereka menukar tajuk apabila melihat Rayyan
memandang mereka dengan pandangan ingin tahu. Misha dan Rayyan terus berjalan
bagi menyapa semua tetamu yang datang pada majlis mereka ini.
“Abang dah cakap dengan designer pasal baju
yang Isha nak. Esok kita pergi tengok ya?” kata Rayyan selepas mereka selesai
menyapa semua orang.
“Eh! Dah siap ke baju tu. Rasanya baru 2
minggu lepas kita pergi tempah,” tanya Misha. Dia masih janggal unttuk
memanggil Rayyan ‘abang’ tetapi dia akan cuba.
“ Dah siap dah. Masa abang cakap dengan
designer tu,dia macam teruja nak kita tengok baju resepsi tu,”
“Ok,esok kita pergi tengok sama-sama. Aa…abang
cuti samapai majlis resepsi ke?” tergeliat rasa lidah Misha untuk menyebut
perkataan itu. Apabila dia melihat senyuman yang terbit di bibir Rayyan dia
menjadi lega.
“Papa bagi abang cuti lama,nanti kita pergi
bercuti lepas majlis resepsi,” kata Rayyan sambil senyuman masih tak lekang di
bibirnya.
“Ok,”
Bunyi mikrofon dari khemah pengacara mahlis
menarik minat Misha dan Rayyan memandangkan nama mereka yang di sebut. Alangkah
terkejutnya mereka apabila melihat Muaz dan Fina sedang memegang mikrofon
seperti hendak menyanyi.
“Ok,lagu nie Fi dan Abang Muaz tujukan pada
pengantin baru kita. Terimalah ‘Akur Janji’,”
Tak pernah ku menduga
Kan bertemu denganmu
Bersatu di alam cinta
Kan bertemu denganmu
Bersatu di alam cinta
Tak pernah ku merasa
Bahagia begini
Di sisimu
Bahagia begini
Di sisimu
Kekasih ku sayang kan kamu
Cintaku kasihku untukmu
Kekasih hanya kau ku mahu
Hidup dan mati bersamamu
Cintaku kasihku untukmu
Kekasih hanya kau ku mahu
Hidup dan mati bersamamu
Akur janji setia padamu
Akur janji menjaga hatimu
Akur janji jiwa dan ragaku
Ku serah padamu
Akur janji menjaga hatimu
Akur janji jiwa dan ragaku
Ku serah padamu
Akur janji ku hanya untukmu
Akur janji kaulah kekasihku
Akur janji seluruh hidupku
Ku serah padamu
Akur janji kaulah kekasihku
Akur janji seluruh hidupku
Ku serah padamu
Aku tak bisa sendiri tanpamu
Sedetik pun ku tak mampu
Sejuk hatiku oh tenang jiwaku
Memandangmu
Sedetik pun ku tak mampu
Sejuk hatiku oh tenang jiwaku
Memandangmu
Hatiku hatimu telah bertemu
Sayangmu sayangku jadi satu
Rindumu rinduku disimpulkan
Terciptalah sebuah ikatan
Sayangmu sayangku jadi satu
Rindumu rinduku disimpulkan
Terciptalah sebuah ikatan
Akur janji setia ku padamu
Akur janji menjaga hatimu
Akur janji jiwa dan ragaku
Ku serah padamu
Akur janji menjaga hatimu
Akur janji jiwa dan ragaku
Ku serah padamu
Akur janji ku hanya untukmu
Akur janji kaulah kekasihku
Akur janji seluruh hidupku
Ku serah padamu
Akur janji kaulah kekasihku
Akur janji seluruh hidupku
Ku serah padamu
Ku percaya
Jodohku denganmu
Ku percaya
Kau permaisuriku
Ku percaya
Kasih sayang kita kan kekal abadi
Moga Tuhan merestui
Jodohku denganmu
Ku percaya
Kau permaisuriku
Ku percaya
Kasih sayang kita kan kekal abadi
Moga Tuhan merestui
Lagu yang dinyanyikan oleh Fina dan Muaz
membuatkan Misha tersentuh. Dia berasa sangat bertuah kerana dapat menjadi
sebahagian daripada keluarga bahagia ini. Dia memeluk pinggang Rayyan erat. Meskipun
dia menentang pada mulanya tetapi kini dia berasa amat bahagia.
No comments:
Post a Comment