Followers

Wednesday 22 May 2013

CKSD 15


Misha melangkah masuk ke dalam bilik setelah selesai kerja di bawah. Jam ketika itu menunjukkan pukul 1 pagi dan ahli keluarga yang lain masih belum tidur. Ada di antara mereka yang mengambil peluang untuk bersembang memandangkan sudah lama tidak berjumpa dan ada juga yang mengemas apa yang patut di dapur. Sebelum dia naik ke atas,dia melihat Rayyan sedang bersembang dengan abah dan abang-abangnya. Dia berasa gembira kerana Rayyan mudah mesra dengan ahli keluarga yang lain.


 Misha mengambil tuala dan baju salin. Badan yang melekit menyebabkan dia mahu mandi sekali lagi. Dia tidak menyangka kenduri yang di buat secara sederhana akan di datangi oleh begitu ramai orang. Dia tidak dapat mengambarkan keadaan yang akan berlaku ketika majlis resepsi mereka nanti. Ketika dia melangkah keluar dari bilik mandi,kelihatan Rayyan sedang berbaring di atas katil.

 “Abang bangun,mandi lepas tu tukar baju. Tak kan abang nak tidur pakai baju petang tadi,”kejut Misha. Dia mengoyangkan bahu Rayyan bagi mengejutkan lelaki itu.

 “Abang penatlah,tak larat sangat nie,” kata Rayyan sebelum mengalihkan tubuhnya bagi memberi ruang kepada Misha untuk baring. Misha tersenyum apabila mendengar jawapan Rayyan. Dia sudah bertekad untuk memanggil lelaki itu ‘abang’ selepas akad nikah dan ternyata usahanya itu di terima oleh Rayyan.

 “Mana boleh macam tu,bangun yek. Sekejap je,kalau abang tak nak mandi pun abang tukar baju je,” Misha masih cuba memujuk Rayyan dan ternyata usahanya berjaya apabila suaminya itu bangun dari pembaringan.
 Rayyan mengambil tuala yang di hulurkan oleh Misha sebelum melangkah masuk ke dalam bilik mandi. Apabila melihat Rayyan sudah melangkah masuk ke bilik mandi,Misha terus bergerak ke almari baju untuk mengambil baju tidur Rayyan yang telah di susun petang tadi.

 “Thanks sebab sediakan baju abang,”ujur Rayyan selepas siap mandi. Dia memerhatikan isterinya itu yang sedang duduk di hadapan meja solek.

 Misha menghadiahkan senyuman tanda penghargaanya kepada Rayyan. Dia tidak berani untuk berdepan dengan Rayyan kerana masih ada rasa janggal yang bertamu. Bagaikan tidak percaya yang Rayyan akan menjadi suaminya sedangkan sebelum ini dia membantah sekeras-kerasnya perkahwinan ini.

 “Dari petang tadi abang nak tanya Isha sesuatu tapi abang takut Sha terasa,” suara Rayyan memecahkan kesunyian.

 “Abang nak tanya apa? Tak pe Sha tak terasa pon,” jawab Misha. Dia mengalihkan tubuhnya untuk menghadap Rayyan yang duduk di birai katil.

 “Ermm…macam mana nak tanya ye,”Rayyan cuba mencari ayat yang sesuai untuk, “ Macam mana Sha tergerak nak panggil abang ‘abang’? Yelah kita semua tahu yang Sha tak suka abang,”

 Misha ketawa kecil apabila mendengar soalan Rayyan. Rayyan mengerutkan dahinya apabila melihat isterinya itu ketawa. Rasa-rasanya tiada apa yang lucu tetapi dia hanya mendiamkan diri bagi memberi peluang kepada Misha untuk menjawab.

  “Abang…abang, tak kanlah Sha nak panggil suami Sha dengan nama je. Mestilah Sha panggil dengan panggilan yang sepatutnya. Kan abang juga cakap yang hubungan suami isteri nie bukan macam dalam cerita novel,” kata Misha. Dia masih cuba menghabiskan sisa tawanya.

   “Manalah tahu sayang abang nie nak berlakon depan semua orang,” jawab Rayyan sambil menarik hidung isterinya itu.

 Misha menarik muka apabila mendengar jawapan Rayyan. Dia terasa hati apabila mendengar kata-kata Rayyan meskipun dia tahu yang hakikatnya sebelum ini dia yang menentang perkahwinan itu. Walaupun begitu dia masih terasa hati dengan kata-kata suaminya itu.

 “Nie kenapa isteri abang tarik muka? Sayang terasa ke dengan kata-kata abang tadi?”

 “Mestilah,sampai hati abang cakap macam tu. Isha ikhlas terima abang jadi suami Sha tau,memanglah dulu Sha tak suka tapi jodohkan ketentuan Allah,” Misha bangun dan duduk membelakangi Rayyan di birai katil.

 Rayyan ketawa kecil. Dia memeluk pingang Misha yang sedang membelakanginya ketika ini, “ Abang mintak maaf ye. Mana abang tahu yang Sha boleh terima abang,”

  Misha hanya melemparkan senyuman kepada Rayyan sebelum melangkah ke sisi katil untuk menutup lampu. Mereka perlu rehat sepenuhnya malam ini kerana mulai esok mereka akan mengalami hari yang sibuk. Banyak perkara yang perlu di lakukan sebelum majlis resepsi diadakan minggu hadapan.

5 comments:

Anonymous said...

aku suka baca cerita kau.ciuk banar.kalau ada buku,aku mahu melanggan ;)

ryuk - Brunei

Unknown said...

Bestnye....ape tajuk novel nie???

Unknown said...

Bestnye....ape tajuk novel nie??

Unknown said...

Bestnye....ape tajuk novel nie??

danisya el-zara said...

saya suka novelnya,
sambungannya cepat ya..;)

zara-Aceh