Misha
melangkah masuk ke dalam bilik setelah selesai kerja di bawah. Jam ketika itu
menunjukkan pukul 1 pagi dan ahli keluarga yang lain masih belum tidur. Ada di
antara mereka yang mengambil peluang untuk bersembang memandangkan sudah lama
tidak berjumpa dan ada juga yang mengemas apa yang patut di dapur. Sebelum dia
naik ke atas,dia melihat Rayyan sedang bersembang dengan abah dan
abang-abangnya. Dia berasa gembira kerana Rayyan mudah mesra dengan ahli
keluarga yang lain.
Misha mengambil tuala dan baju salin. Badan
yang melekit menyebabkan dia mahu mandi sekali lagi. Dia tidak menyangka
kenduri yang di buat secara sederhana akan di datangi oleh begitu ramai orang.
Dia tidak dapat mengambarkan keadaan yang akan berlaku ketika majlis resepsi
mereka nanti. Ketika dia melangkah keluar dari bilik mandi,kelihatan Rayyan
sedang berbaring di atas katil.
“Abang bangun,mandi lepas tu tukar baju. Tak
kan abang nak tidur pakai baju petang tadi,”kejut Misha. Dia mengoyangkan bahu
Rayyan bagi mengejutkan lelaki itu.
“Abang penatlah,tak larat sangat nie,” kata
Rayyan sebelum mengalihkan tubuhnya bagi memberi ruang kepada Misha untuk
baring. Misha tersenyum apabila mendengar jawapan Rayyan. Dia sudah bertekad
untuk memanggil lelaki itu ‘abang’ selepas akad nikah dan ternyata usahanya itu
di terima oleh Rayyan.
“Mana boleh macam tu,bangun yek. Sekejap
je,kalau abang tak nak mandi pun abang tukar baju je,” Misha masih cuba memujuk
Rayyan dan ternyata usahanya berjaya apabila suaminya itu bangun dari
pembaringan.
Rayyan mengambil tuala yang di hulurkan oleh
Misha sebelum melangkah masuk ke dalam bilik mandi. Apabila melihat Rayyan
sudah melangkah masuk ke bilik mandi,Misha terus bergerak ke almari baju untuk
mengambil baju tidur Rayyan yang telah di susun petang tadi.
“Thanks sebab sediakan baju abang,”ujur Rayyan
selepas siap mandi. Dia memerhatikan isterinya itu yang sedang duduk di hadapan
meja solek.
Misha menghadiahkan senyuman tanda
penghargaanya kepada Rayyan. Dia tidak berani untuk berdepan dengan Rayyan
kerana masih ada rasa janggal yang bertamu. Bagaikan tidak percaya yang Rayyan
akan menjadi suaminya sedangkan sebelum ini dia membantah sekeras-kerasnya
perkahwinan ini.
“Dari petang tadi abang nak tanya Isha sesuatu
tapi abang takut Sha terasa,” suara Rayyan memecahkan kesunyian.
“Abang nak tanya apa? Tak pe Sha tak terasa
pon,” jawab Misha. Dia mengalihkan tubuhnya untuk menghadap Rayyan yang duduk
di birai katil.
“Ermm…macam mana nak tanya ye,”Rayyan cuba
mencari ayat yang sesuai untuk, “ Macam mana Sha tergerak nak panggil abang
‘abang’? Yelah kita semua tahu yang Sha tak suka abang,”
Misha ketawa kecil apabila mendengar soalan
Rayyan. Rayyan mengerutkan dahinya apabila melihat isterinya itu ketawa.
Rasa-rasanya tiada apa yang lucu tetapi dia hanya mendiamkan diri bagi memberi
peluang kepada Misha untuk menjawab.
“Abang…abang, tak kanlah Sha nak panggil suami
Sha dengan nama je. Mestilah Sha panggil dengan panggilan yang sepatutnya. Kan
abang juga cakap yang hubungan suami isteri nie bukan macam dalam cerita
novel,” kata Misha. Dia masih cuba menghabiskan sisa tawanya.
“Manalah
tahu sayang abang nie nak berlakon depan semua orang,” jawab Rayyan sambil
menarik hidung isterinya itu.
Misha menarik muka apabila mendengar jawapan
Rayyan. Dia terasa hati apabila mendengar kata-kata Rayyan meskipun dia tahu
yang hakikatnya sebelum ini dia yang menentang perkahwinan itu. Walaupun begitu
dia masih terasa hati dengan kata-kata suaminya itu.
“Nie kenapa isteri abang tarik muka? Sayang
terasa ke dengan kata-kata abang tadi?”
“Mestilah,sampai hati abang cakap macam tu. Isha
ikhlas terima abang jadi suami Sha tau,memanglah dulu Sha tak suka tapi
jodohkan ketentuan Allah,” Misha bangun dan duduk membelakangi Rayyan di birai
katil.
Rayyan ketawa kecil. Dia memeluk pingang Misha
yang sedang membelakanginya ketika ini, “ Abang mintak maaf ye. Mana abang tahu
yang Sha boleh terima abang,”
Misha hanya melemparkan senyuman kepada
Rayyan sebelum melangkah ke sisi katil untuk menutup lampu. Mereka perlu rehat
sepenuhnya malam ini kerana mulai esok mereka akan mengalami hari yang sibuk. Banyak
perkara yang perlu di lakukan sebelum majlis resepsi diadakan minggu hadapan.
5 comments:
aku suka baca cerita kau.ciuk banar.kalau ada buku,aku mahu melanggan ;)
ryuk - Brunei
Bestnye....ape tajuk novel nie???
Bestnye....ape tajuk novel nie??
Bestnye....ape tajuk novel nie??
saya suka novelnya,
sambungannya cepat ya..;)
zara-Aceh
Post a Comment