Followers

Friday 28 September 2012

cerpen "Kurungan Cinta" [ii]




      “Shimaaaaaaaa....,”aku merengek pada Shima yang sedang menyolek muka aku. Aku sudah memberitahu nenda yang aku tidak mahu orang lain memekap aku kecuali Shima dan nenda bersetuju.

  “Ada apa che yong?” tanya Shima sambil meneruskan kerjanya.

  Aku memuncung mendengar Shima memanggil aku dengan panggilan ‘Che Yong’. Memang itu panggilan yang digunakan oleh ahli keluarga untuk memanggil aku tetapi apabila meningkat dewasa,aku memaksa mereka semua mengubah panggilan tersebut kepada Lisya.  Malu rasanya apabila dipanggil begitu apabila umur sudah menginjak remaja.

   “Engkau cakaplah dekat Pak Long yang aku sakit perut,suruh diorang postpone majlis nie,” aku memujuk Shima.

 “Are you nuts. Lisya masjlis tu dah nak mula tau tak,” Shima membesarkan matanya yang sepet itu. Aku hanya diam apabila cadangan aku dibantah. Ingatkan Shima akan menolong aku tetapi rupa-rupanya Shima pun sama dengan yang lain.

  “Lisya sayang,aku pasti yang Fakhri tu calon terbaik untuk engkau. Memanglah dulu dia seorang yang paling annoying tapi aku pasti dia akan jadi suami yang charming untuk engkau,”

 “Mana engkau tahu?” aku cuba untuk memprotes kata-kata Shima.

  “Aku tahulah sebab semalam Kamal dah jumpa Fakhri face to face. Siap ugut lagi akan belasah dia kalau jadi apa-apa dekat engkau,” balas Shima dengan suara yang perlahan kerana risau didengari oleh ahli keluarga lain. Asalnya Kamal menyuruhnya merahsiakannnya tetapi kerana rengekakan aku yang tidak berkesudahan, Shima terpaksa membuka pekung didada.

  Selepas mendengar kata-kata Shima,aku hanya diam seribu bahasa. Patutlah malam tadi Fakhri hantar mesej mengatakan yang aku seorang tuan puteri yang dilindungi,rupa-rupanya sudah ada yang memberi amaran awal kepadanya. Aku tidak sangka yang Kamal sanggup memberi amaran sebegitu.

  “Tapikan Shima,kalau engkau ganti aku pun bolehkan?” tiba-tiba keluar satu lagi idea gila dari otak aku yang geliga nie.

  “Choi...tak nak aku,karang tak pasal-pasal arwah Fakhri dikerjakan Kamal. Engkau bukan tak tahu Kamal tu dah menahan rasa 8 tahun tahu tak,”

  “Kenapa pulak?” pening aku dengan kenyataan Shima sebentar tadi.

  “Mana tak tahan rasa kalau setiap kali Fakhri datang rumah nenda mulut aku nie tak habis-habis cakap Fakhri tu hensem lah,macolah, muka macam korealah,” kata Shima sambil menayangkan muka comel dia tu. Memang betul kata Shima,muka Fakhri tu ada iras-iras Kim Hyun Joong tapi versi melayu tapi wajah tu tak pernah jadi idaman aku walaupun aku hantu cerita korea.

  Beberapa minit kemudian abang Azam muncul dimuka pintu dan menyatakan bahawa rombongan penganti lelaki sudah sampai. Jantung aku semakin berdetak kencang mendengarnya. Ikutkan hati,nak aje aku terjun ikut tingkap tetapi memandang baju akad nikah yang tersarung ditubuh aku kini sarat dengan labuci,aku membatalkan niat tersebut.

 “Aku terima nikahnya Alia Qalisya binti Ariffin dengan mas kahwin 101 ringgit tunai,” sekali lafaz aku telah sah menjadi isteri Fakhri Fauzan yang sah. Kini segala dosa aku tidak lagi ditanggung oleh mama dan papa kerana aku telah menjadi isteri orang.

  Sebak rasa hati kerana tidak sampai setahun aku pulang ke Malaysia ,aku telah memegang gelaran isteri. Bagaimana agaknya aku ingin menghabiskan seumur hidupku dengan lelaki itu. Jalan dihadapan aku ketika ini terasa gelap. Malah ketika mama dan mummy memeluk aku,tiada langsung rasa sebak didalam hati aku.

  Perlahan-lahan Fakhri mendekati aku dengan diiringi Abang Qausar untuk menyarungkan cincin. Ketika itu hati aku berasa berdebar bebaanding tadi. Baru sekarang aku perasan pesona yang dimiliki oleh suami aku ini. Mengapa selama ini aku tidak menyedarinya,mungkin kerana aku terlalu sibuk memikirkan cara untuk menyingkirkan lelaki ini didalam hidup aku. Ya Allah Maha Suci Tuhan, sesungguhnya engkau telah menunjukkan kebenaran selepas aku bernikah. Ternyata selama ini engkau melindungi mata aku daripada melakukan dosa kecil, Ya Allah.

 Lampu flash kamera menerangi upacara menyarung cincin. Lagipun bukan orang lain yang menjadi tukang ambik gambar sepupu aku jugak ,Rayyan. Tak sangka pulak Rayyan sponsor duit fotografi,dia kata dengan keluarga sendiri tak boleh kedekut. Tapi rasanya masa Pak Su kahwin dulu dia mintak duit gambar walaupun separuh. Entah apa angin dia sekarang ini. Mungkin sebab aku sepupu merangkap kawan baik dia kot.

  “Lisya,tahniah. Terkejut kitorang sebab sampai-sampai rumah ada kad kahwin dari engkau. Tak cakap pun nak kahwin,” Sara dan kawan-kawan aku masa belajar dekat London semua dating. Nie mesti kerja nenda atau abang Qausar.

  Aku hanya tersenyum kepada mereka. Tiada kata yang dapat aku  berikan untuk soalan Sara tadi. Aku pun masih terkejut dengan kenyataan yang satu itu. Sepanjang majlis, aku dan Fakhri sibuk melayan tetamu yang berpusu-pusu dating. Nenda kata hanya orang kampung yang dijemput tetapi ini habis satu Perak turun,apa ceritanya. Pak Zakaria yang duduk dekat sabah pun sanggup datang dengan keluarga dia. Nie baru cucu Toh Kamalia kahwin, kalau aku cucu raja rasanya satu Malaysia turun.

  “Penat ke? Pergilah naik atas berehat,” Fakhri menolak aku naik keatas. Jam pun sudah menunjukkan jam 10 malam. Penat rasanya seharian melayan tetamu. Rasanya masa kenduri Paksu dulu tidak lah sepenat ini. Aku terus merebahkan diri diatas katil bagi menghilangkan lelah sehinggan terlelap.

   “Alis,bangun mandi ,solat,” suara Fakhri sayup-sayup dipendengara aku.

   “Penatlah,tak larat nak bangun dah nie,” aku mengomel tanpa sedikit pun membuka mata atau berganjak dari tempat aku berbaring.

  “Sayang..you jangan sampai i angkat you masuk bilik air. Best juga sesekali mandi berteman,” suara Fakhri kedengaran nakal dicuping telinga aku. Automatik tubuh aku tegak duduk. Seram sejuk apabila mendengar kata-kata lelaki itu sebentar tadi. Fakhri dihujung katil tergelek kecil melihat gelagat aku.

  “ You jangan nak memandai ye. I karate you nanti,” aku laju melangkah masuk kedalam bilik air selepas mencapai baju salin dan tuala. Suara lelaki itu ketawa masih kedengaran diluar. Geram aku dengan sikap mengada-gada lelaki itu.

  Ketika aku selesai menunaikan solat,Fakhri sedang santai berbaring diatas katil sambil membawa buku. Manalah aku nak tidur malam nie. Kalau sebelah lelaki tu,rasa seram sejuk pulak walaupun kami mempunyai ikatan yang sah. Akhirnya aku hanya memilih untuk duduk dihadapan meja solek dan termenung.

  “Tadi penat sangat, sekarang nie kenapa you duduk termenung dekat meja tu,” Fakhri menegur aku. Aku hanya tersenyum tanpa bergerak seinci pun.

  Kedengaran keluhan kecil dari Fakhri,” You tidur lah sebelah I nie, I tau you penat. I janji yang I takkan ganggu you,”

  Apabila mendengar kata-kata Fakhri, aku terus bangun dan beraring disebelahnya. Sememangnya tubuh aku amat memerlukan rehat secukupnya. Fakhri menutup lampu dan berbaring disebelah aku. Tangannya menarik aku rapat ketubuhnya. Aku tersentak seketika.

  “Jangan salah faham,i cuma nak hilangkan gugup you tu sayang. Starting now,you kena biasakan diri dengan setiap sentuhan i,” bisik Fakhri sebelum menutup matanya. Aku yang pada mulanya tidak dapat tidur akhirnya lelap didalam dakapannya.
                                                                ***************
  “You...bangunlah,” aku mengoncang tubuh itu. Agaknya kalau bom meletup pun tak sedar. Dari tadi aku cuba mengejut Fakhri tetapi segala usaha aku gagal. Jam menunjukkan waktu subuh hampir tiba tetapi lelaki itu masih enak dibuai mimpi.

   Aku duduk dihadapannya dan mencuba sekali lagi. Tetapi bukan dirinya yang bangun,aku yang terbaring diatas katil kerana ditarik oleh Fakhri. Geram aku dengan lelaki ini,sudahlah tidak mahu bangun,ditariknya aku sekali.


                                         

3 comments:

Anonymous said...

Sweetnya pasangan suami-isteri yg baru berkahwin ni... Sambung lagi entry...

najiehah said...

I lone it...
so sweet...
cepat la sambung..
tak sabar nak tahu ape jdi selanjutnye...

najiehah said...

I lone it...
so sweet...
cepat la sambung..
tak sabar nak tahu ape jdi selanjutnye...