“Shimaaaaaaaa....,”aku merengek pada Shima yang sedang menyolek muka
aku. Aku sudah memberitahu nenda yang aku tidak mahu orang lain memekap aku
kecuali Shima dan nenda bersetuju.
“Ada apa che yong?”
tanya Shima sambil meneruskan kerjanya.
Aku memuncung
mendengar Shima memanggil aku dengan panggilan ‘Che Yong’. Memang itu panggilan
yang digunakan oleh ahli keluarga untuk memanggil aku tetapi apabila meningkat
dewasa,aku memaksa mereka semua mengubah panggilan tersebut kepada Lisya. Malu rasanya apabila dipanggil begitu apabila
umur sudah menginjak remaja.
“Engkau cakaplah
dekat Pak Long yang aku sakit perut,suruh diorang postpone majlis nie,” aku
memujuk Shima.
“Are you nuts. Lisya
masjlis tu dah nak mula tau tak,” Shima membesarkan matanya yang sepet itu. Aku
hanya diam apabila cadangan aku dibantah. Ingatkan Shima akan menolong aku
tetapi rupa-rupanya Shima pun sama dengan yang lain.
“Lisya sayang,aku
pasti yang Fakhri tu calon terbaik untuk engkau. Memanglah dulu dia seorang
yang paling annoying tapi aku pasti dia akan jadi suami yang charming untuk
engkau,”
“Mana engkau tahu?”
aku cuba untuk memprotes kata-kata Shima.
“Aku tahulah sebab
semalam Kamal dah jumpa Fakhri face to face. Siap ugut lagi akan belasah dia
kalau jadi apa-apa dekat engkau,” balas Shima dengan suara yang perlahan kerana
risau didengari oleh ahli keluarga lain. Asalnya Kamal menyuruhnya
merahsiakannnya tetapi kerana rengekakan aku yang tidak berkesudahan, Shima
terpaksa membuka pekung didada.
Selepas mendengar
kata-kata Shima,aku hanya diam seribu bahasa. Patutlah malam tadi Fakhri hantar
mesej mengatakan yang aku seorang tuan puteri yang dilindungi,rupa-rupanya
sudah ada yang memberi amaran awal kepadanya. Aku tidak sangka yang Kamal
sanggup memberi amaran sebegitu.
“Tapikan Shima,kalau
engkau ganti aku pun bolehkan?” tiba-tiba keluar satu lagi idea gila dari otak
aku yang geliga nie.
“Choi...tak nak
aku,karang tak pasal-pasal arwah Fakhri dikerjakan Kamal. Engkau bukan tak tahu
Kamal tu dah menahan rasa 8 tahun tahu tak,”
“Kenapa pulak?”
pening aku dengan kenyataan Shima sebentar tadi.
“Mana tak tahan rasa
kalau setiap kali Fakhri datang rumah nenda mulut aku nie tak habis-habis cakap
Fakhri tu hensem lah,macolah, muka macam korealah,” kata Shima sambil
menayangkan muka comel dia tu. Memang betul kata Shima,muka Fakhri tu ada
iras-iras Kim Hyun Joong tapi versi melayu tapi wajah tu tak pernah jadi idaman
aku walaupun aku hantu cerita korea.
Beberapa minit
kemudian abang Azam muncul dimuka pintu dan menyatakan bahawa rombongan
penganti lelaki sudah sampai. Jantung aku semakin berdetak kencang
mendengarnya. Ikutkan hati,nak aje aku terjun ikut tingkap tetapi memandang
baju akad nikah yang tersarung ditubuh aku kini sarat dengan labuci,aku
membatalkan niat tersebut.
“Aku terima nikahnya
Alia Qalisya binti Ariffin dengan mas kahwin 101 ringgit tunai,” sekali lafaz
aku telah sah menjadi isteri Fakhri Fauzan yang sah. Kini segala dosa aku tidak
lagi ditanggung oleh mama dan papa kerana aku telah menjadi isteri orang.
Sebak rasa hati
kerana tidak sampai setahun aku pulang ke Malaysia ,aku telah memegang gelaran
isteri. Bagaimana agaknya aku ingin menghabiskan seumur hidupku dengan lelaki
itu. Jalan dihadapan aku ketika ini terasa gelap. Malah ketika mama dan mummy
memeluk aku,tiada langsung rasa sebak didalam hati aku.
Perlahan-lahan
Fakhri mendekati aku dengan diiringi Abang Qausar untuk menyarungkan cincin.
Ketika itu hati aku berasa berdebar bebaanding tadi. Baru sekarang aku perasan
pesona yang dimiliki oleh suami aku ini. Mengapa selama ini aku tidak
menyedarinya,mungkin kerana aku terlalu sibuk memikirkan cara untuk
menyingkirkan lelaki ini didalam hidup aku. Ya Allah Maha Suci Tuhan,
sesungguhnya engkau telah menunjukkan kebenaran selepas aku bernikah. Ternyata
selama ini engkau melindungi mata aku daripada melakukan dosa kecil, Ya Allah.
Lampu flash kamera
menerangi upacara menyarung cincin. Lagipun bukan orang lain yang menjadi
tukang ambik gambar sepupu aku jugak ,Rayyan. Tak sangka pulak Rayyan sponsor
duit fotografi,dia kata dengan keluarga sendiri tak boleh kedekut. Tapi rasanya
masa Pak Su kahwin dulu dia mintak duit gambar walaupun separuh. Entah apa
angin dia sekarang ini. Mungkin sebab aku sepupu merangkap kawan baik dia kot.
“Lisya,tahniah.
Terkejut kitorang sebab sampai-sampai rumah ada kad kahwin dari engkau. Tak
cakap pun nak kahwin,” Sara dan kawan-kawan aku masa belajar dekat London semua
dating. Nie mesti kerja nenda atau abang Qausar.
Aku hanya tersenyum
kepada mereka. Tiada kata yang dapat aku
berikan untuk soalan Sara tadi. Aku pun masih terkejut dengan kenyataan
yang satu itu. Sepanjang majlis, aku dan Fakhri sibuk melayan tetamu yang
berpusu-pusu dating. Nenda kata hanya orang kampung yang dijemput tetapi ini
habis satu Perak turun,apa ceritanya. Pak Zakaria yang duduk dekat sabah pun
sanggup datang dengan keluarga dia. Nie baru cucu Toh Kamalia kahwin, kalau aku
cucu raja rasanya satu Malaysia turun.
“Penat ke? Pergilah
naik atas berehat,” Fakhri menolak aku naik keatas. Jam pun sudah menunjukkan
jam 10 malam. Penat rasanya seharian melayan tetamu. Rasanya masa kenduri Paksu
dulu tidak lah sepenat ini. Aku terus merebahkan diri diatas katil bagi
menghilangkan lelah sehinggan terlelap.
“Alis,bangun mandi ,solat,” suara Fakhri
sayup-sayup dipendengara aku.
“Penatlah,tak larat
nak bangun dah nie,” aku mengomel tanpa sedikit pun membuka mata atau berganjak
dari tempat aku berbaring.
“Sayang..you jangan
sampai i angkat you masuk bilik air. Best juga sesekali mandi berteman,” suara
Fakhri kedengaran nakal dicuping telinga aku. Automatik tubuh aku tegak duduk.
Seram sejuk apabila mendengar kata-kata lelaki itu sebentar tadi. Fakhri
dihujung katil tergelek kecil melihat gelagat aku.
“ You jangan nak
memandai ye. I karate you nanti,” aku laju melangkah masuk kedalam bilik air
selepas mencapai baju salin dan tuala. Suara lelaki itu ketawa masih kedengaran
diluar. Geram aku dengan sikap mengada-gada lelaki itu.
Ketika aku selesai
menunaikan solat,Fakhri sedang santai berbaring diatas katil sambil membawa
buku. Manalah aku nak tidur malam nie. Kalau sebelah lelaki tu,rasa seram sejuk
pulak walaupun kami mempunyai ikatan yang sah. Akhirnya aku hanya memilih untuk
duduk dihadapan meja solek dan termenung.
“Tadi penat sangat,
sekarang nie kenapa you duduk termenung dekat meja tu,” Fakhri menegur aku. Aku
hanya tersenyum tanpa bergerak seinci pun.
Kedengaran keluhan
kecil dari Fakhri,” You tidur lah sebelah I nie, I tau you penat. I janji yang
I takkan ganggu you,”
Apabila mendengar
kata-kata Fakhri, aku terus bangun dan beraring disebelahnya. Sememangnya tubuh
aku amat memerlukan rehat secukupnya. Fakhri menutup lampu dan berbaring
disebelah aku. Tangannya menarik aku rapat ketubuhnya. Aku tersentak seketika.
“Jangan salah
faham,i cuma nak hilangkan gugup you tu sayang. Starting now,you kena biasakan
diri dengan setiap sentuhan i,” bisik Fakhri sebelum menutup matanya. Aku yang
pada mulanya tidak dapat tidur akhirnya lelap didalam dakapannya.
***************
“You...bangunlah,”
aku mengoncang tubuh itu. Agaknya kalau bom meletup pun tak sedar. Dari tadi
aku cuba mengejut Fakhri tetapi segala usaha aku gagal. Jam menunjukkan waktu
subuh hampir tiba tetapi lelaki itu masih enak dibuai mimpi.
Aku duduk
dihadapannya dan mencuba sekali lagi. Tetapi bukan dirinya yang bangun,aku yang
terbaring diatas katil kerana ditarik oleh Fakhri. Geram aku dengan lelaki
ini,sudahlah tidak mahu bangun,ditariknya aku sekali.
3 comments:
Sweetnya pasangan suami-isteri yg baru berkahwin ni... Sambung lagi entry...
I lone it...
so sweet...
cepat la sambung..
tak sabar nak tahu ape jdi selanjutnye...
I lone it...
so sweet...
cepat la sambung..
tak sabar nak tahu ape jdi selanjutnye...
Post a Comment