Airel yang baru
melangkah masuk ke dalam rumah yang baru seminggu mereka diami tersenyum
melihat Aira sedang berbaring di sofa dengan masih berpakaian kerja. Mungkin
penat kerana pagi tadi Aira ada menyatakan bahawa wakil dari Perancis ada
datang ke syarikatnya. Dia duduk di pinggir sofa dimana tempat Aira berbaring.
Wajah jelita itu dipandang sepuasnya.
“Te amo senorita,”
bisik Airel ditelinga Aira. Dia mengucup pipi mulus itu sebelum mengangkat Aira
ke bilik.
Tubuh yang keletihan
itu dibaringkan ke katil sebelum dia melangkah ke bilik mandi untuk
membersihkan diri. Ketika dia keluar Aira masih lagi terlena. Dia ingin
mengejut isterinya itu tetapi kesian pula melihat wajah letih Aira. Tambahan
pula Aira sedang ABC ketika ini. Dia mengetahuinya ketika mengejut Aira pagi
tadi.
“Kesian isteri abang
nie. Penat sangat ye,” bisik Airelw selepas solat isyak,tudung yang masih
terletak di kepala Aira ditanggal. Baju kerja Aira juga ditukar kepada baju
tidur dan perlahan-lahan dia berbaring disebelah Aira. Bahagia rasanya
mendengar kata cinta dari Aira pagi tadi.
********************
Alarm yang berbunyi
menggangu tidur lena Aira. Terasa seperti ada tangan yang memeluk pinggangnya
lalu perlahan-lahan matanya dibuka. Terkejut Aira apabila melihat wajah Airel
hanya seinci daripada wajahnya. Deruan nafas Airel yang menyapa muka Aira
membuatkan hatinya jadi tak keruan. Rasa macam lagu Zamani dengan Syarifah
Zarina nyanyi tu walaupun menyimpang jauh.