Followers

Friday 20 July 2012

beri aku bahagia [iii]


  Airel yang baru melangkah masuk ke dalam rumah yang baru seminggu mereka diami tersenyum melihat Aira sedang berbaring di sofa dengan masih berpakaian kerja. Mungkin penat kerana pagi tadi Aira ada menyatakan bahawa wakil dari Perancis ada datang ke syarikatnya. Dia duduk di pinggir sofa dimana tempat Aira berbaring. Wajah jelita itu dipandang sepuasnya.

   “Te amo senorita,” bisik Airel ditelinga Aira. Dia mengucup pipi mulus itu sebelum mengangkat Aira ke bilik.

  Tubuh yang keletihan itu dibaringkan ke katil sebelum dia melangkah ke bilik mandi untuk membersihkan diri. Ketika dia keluar Aira masih lagi terlena. Dia ingin mengejut isterinya itu tetapi kesian pula melihat wajah letih Aira. Tambahan pula Aira sedang ABC ketika ini. Dia mengetahuinya ketika mengejut Aira pagi tadi.

  “Kesian isteri abang nie. Penat sangat ye,” bisik Airelw selepas solat isyak,tudung yang masih terletak di kepala Aira ditanggal. Baju kerja Aira juga ditukar kepada baju tidur dan perlahan-lahan dia berbaring disebelah Aira. Bahagia rasanya mendengar kata cinta dari Aira pagi tadi.
                                                        ********************

  Alarm yang berbunyi menggangu tidur lena Aira. Terasa seperti ada tangan yang memeluk pinggangnya lalu perlahan-lahan matanya dibuka. Terkejut Aira apabila melihat wajah Airel hanya seinci daripada wajahnya. Deruan nafas Airel yang menyapa muka Aira membuatkan hatinya jadi tak keruan. Rasa macam lagu Zamani dengan Syarifah Zarina nyanyi tu walaupun menyimpang jauh.

     Aira mengalih tangan suaminya itu untuk bangun. Ketika duduk dibirai katil baru dia sedar baju yang dipakai saat ini. Rasanya lepas balik semalam dia terus berbaring di sofa bagi menghilangkan lelah,tiada pula otaknya menyimpan memori tentang dia menukar baju. Aira memandang Airel yang sedang nyenyak tidur dengan wajah yang mulai memerah. Bantal tidur diambil dan dipukulnya badan Airel.

  “Hei..hei..kenapa pukul abang nie?”tanya Airel dalam keadaan mamai.

  “ Abang ke yang tukar baju Aira?” soalan Airel dijawap dengan persoalan.

  Airel memandang wajah isterinya itu sebelum turun ke baju tidur yang dipakai oleh Aira. Dia tersenyum apabila teringat tentang kejadian malam tadi. Aira yang bengang dengan senyuman nakal Airel, memukul lelaki itu dengan bantal sekali lagi.

  “Lah,salah ke abang tukar baju sayang? Lagipun semalam sayang nampak penat sangat,tak sampai hati abang nak kejut,” jawab Airel dengan membuat muka tidak bersalah.

  Aira memandang tempat lain kerana dia tahu yang dia akan kalah dengan pandangan mata Airel. Airel menarik isterinya itu kedalam pelukan. Comel rasanya melihat wajah Aira yang memerah. Aira hanya membiar Airel mendakapnya kerana dia berasa selamat didalam pelukan itu. Ketika Aira dan Airel hanyut dalam pelukan masing-masing,telefon Aira tiba-tiba berdering. Nama mama Aira naik.

 “Assalamualaikum mama,”

“Waalaikumsalam,sayang,” suara mama kedengaran sendu dihujung talian.

“Ma,kenapa nie?”

“Aira balik sayang,atuk tengah sakit,” tangisan mama mula pecah

“Ok mama,kejap lagi Kira balik dengan Airel,”

  Talian diputuskan,Aira memandang suamainya dengan mata yang bertakung. Airel yang memahami riak wajah Aira menyuruh dia bersiap untuk pulang ke rumah keluarga Aira.
                                                  ********************
 Keadaan Villa Vantage sunyi ketika Aira sampai. Diruang tamu kelihatan Datuk Taufiq sekeluarga sedang berteleku. Wajah muram terpancar diwajah masing-masing. Datin Aisyah memberitahu bahawa selepas mereka berdua keluar dari rumah tersebut,Tengku Hafizi diserang sakit jantung. Seminggu lamanya dia ditahan diwad kecemasan. Sepanjang disana,hanya Iskandar yang sering melawatnya.

  Sekarang ini Tengku Hafizi telah dibawa pulang kerumah tetapi dia sering meracau memanggil nama setiap nama ahli keluarganya termasuk nama Aira. Ketika Aira memasuki bilik itu bersama Airel,keadaan Tengku Hafizi amat menyayat hati. Tengku Hafizi meminta maaf kepada Aira kerana membuangnya dari keluarga. Dia telah mendengar segala kebenaran daripada Aiman.
   
  Ketika Aira keluar dari bilik kelihatan Iskandar berdiri di tangga.

  “Kira…,” Iskandar bergerak menghampiri Aira,” Abang nak mintak maaf pasal hari tu. Abang sedar yang abang tak sepatutnya kacau rumah tangga Kira,”

 Aira tersenyum mendengar kata maaf dari Iskandar,”Kira dah lama maafkan Is. Lagipun kitakan satu keluarga. Bagi Kira,dapat balik keluarga Kira yang dahulu dah cukup,”

 “Nanti Kira tolong abang boleh?”

  “Apa dia? Insyaallah kalau Kira boleh tolong,Kira tolong,” jawab Aira dengan yakin.


  “Kira pujuk atuk masuk IJN ye. Abang bukan apa,semua orang nak tengok atuk sihat,” pohon Iskandar.

  “Insyaallah,”

     Akibat pujukan Aira dan Aiman, akhirnya Tengku Hafizi setuju untuk menjaliani pembedahan di IJN. Semua keluarga berasa gembira dengab keputusan yang dibuat Tengku Hafizi. Malah Tengku Hafizi mulai berubah menjadi seorang yang lebih positif.
                                                                ******************
2 Tahun Kemudian

   Aira mengusap perutnya yang mulai membesar. Dia bertuah kerana tidak mengalami sebarang alahan kerana segalanya ditanggung oleh Airel. Aiman pula bakal mendirikan rumah tangganya dengan Suzana iaitu setiausaha Aira sendiri kerana Suzana memutuskan hubungannya dengan Adham apabila mengetahui lelaki itu curang. Urusan syarikat Aira,semuanya diserahkan kepada Aiman sementara menunggu Aira bersalin.

   Iskandar pula telah berkahwin dengan pilihan hatinya sendiri pada tahun lepas. Tengku Hafizi juga telah menyerahkan segala tugasan syarikatnya kepada Datuk Taufiq kerana dia ingin berehat. Kebahagian yang dahulunya hilang kini sudah kembali didalam keluarga Tengku Hafizi.

  “Sayang,menung apa tu?” tanya Airel sambil meletakkan air susu di meja ditepi kolam.

   “Tak ada apa. Just Aira bersyukur sangat sebab Aira dapat rasa balik kebahagian yang selamanya ini Aira impikan. Bukan dari satu keluarga tapi dua keluarga,” kata Aira sambil memeluk lengan Airel yang duduk disebelahnya.

  “Abang tahu sayang. So,sayang nak pergi ke kenduri maksu hujung minggu nie?” Amylia akan melangsungkan perkahwinannya pada hujung minggu ini dengan pilihan keluarga mereka.

 “Tak kot sebab due dah nak dekat nie. Risau Aira,mana tahu tiba-tiba bersalin masa maksu bersanding. Tak ke kecoh,” jawab Aira disusuli dengan ketawa kecil.

  “Ok,nanti abang call Kak Liza untuk teman Aira. Mesti sayang rindu dengan Kimi, anak Rash dan Kak Liza,” kata Airel dengan melemparkan senyuman kepada Aira.

  Aira hanya menganggukkan kepalanya. Dia memeluk lengan Airel dengan lebih kejap. Aira sudah cukup bahagia dengan kehadiran Airel,keluarga Aira dan keluarga Airel,tidak lupa juga keluarga Mak Timah . Tiada apa lagi yang dia minta didunia ini selain Allah menjadikan anak-anaknya nanti seorang yag soleh dan solehah. Sesungguhnya Allah telah mengizinkan Aira untuk merasai kebahagiaan itu buat kali kedua.

1 comment:

Anonymous said...

top 5 dating services http://loveepicentre.com/map.php dating with deformities