Airel yang baru
melangkah masuk ke dalam rumah yang baru seminggu mereka diami tersenyum
melihat Aira sedang berbaring di sofa dengan masih berpakaian kerja. Mungkin
penat kerana pagi tadi Aira ada menyatakan bahawa wakil dari Perancis ada
datang ke syarikatnya. Dia duduk di pinggir sofa dimana tempat Aira berbaring.
Wajah jelita itu dipandang sepuasnya.
“Te amo senorita,”
bisik Airel ditelinga Aira. Dia mengucup pipi mulus itu sebelum mengangkat Aira
ke bilik.
Tubuh yang keletihan
itu dibaringkan ke katil sebelum dia melangkah ke bilik mandi untuk
membersihkan diri. Ketika dia keluar Aira masih lagi terlena. Dia ingin
mengejut isterinya itu tetapi kesian pula melihat wajah letih Aira. Tambahan
pula Aira sedang ABC ketika ini. Dia mengetahuinya ketika mengejut Aira pagi
tadi.
“Kesian isteri abang
nie. Penat sangat ye,” bisik Airelw selepas solat isyak,tudung yang masih
terletak di kepala Aira ditanggal. Baju kerja Aira juga ditukar kepada baju
tidur dan perlahan-lahan dia berbaring disebelah Aira. Bahagia rasanya
mendengar kata cinta dari Aira pagi tadi.
********************
Alarm yang berbunyi
menggangu tidur lena Aira. Terasa seperti ada tangan yang memeluk pinggangnya
lalu perlahan-lahan matanya dibuka. Terkejut Aira apabila melihat wajah Airel
hanya seinci daripada wajahnya. Deruan nafas Airel yang menyapa muka Aira
membuatkan hatinya jadi tak keruan. Rasa macam lagu Zamani dengan Syarifah
Zarina nyanyi tu walaupun menyimpang jauh.
Aira mengalih tangan
suaminya itu untuk bangun. Ketika duduk dibirai katil baru dia sedar baju yang
dipakai saat ini. Rasanya lepas balik semalam dia terus berbaring di sofa bagi
menghilangkan lelah,tiada pula otaknya menyimpan memori tentang dia menukar
baju. Aira memandang Airel yang sedang nyenyak tidur dengan wajah yang mulai
memerah. Bantal tidur diambil dan dipukulnya badan Airel.
“Hei..hei..kenapa pukul
abang nie?”tanya Airel dalam keadaan mamai.
“ Abang ke yang
tukar baju Aira?” soalan Airel dijawap dengan persoalan.
Airel memandang
wajah isterinya itu sebelum turun ke baju tidur yang dipakai oleh Aira. Dia
tersenyum apabila teringat tentang kejadian malam tadi. Aira yang bengang
dengan senyuman nakal Airel, memukul lelaki itu dengan bantal sekali lagi.
“Lah,salah ke abang
tukar baju sayang? Lagipun semalam sayang nampak penat sangat,tak sampai hati
abang nak kejut,” jawab Airel dengan membuat muka tidak bersalah.
Aira memandang
tempat lain kerana dia tahu yang dia akan kalah dengan pandangan mata Airel.
Airel menarik isterinya itu kedalam pelukan. Comel rasanya melihat wajah Aira
yang memerah. Aira hanya membiar Airel mendakapnya kerana dia berasa selamat
didalam pelukan itu. Ketika Aira dan Airel hanyut dalam pelukan
masing-masing,telefon Aira tiba-tiba berdering. Nama mama Aira naik.
“Assalamualaikum mama,”
“Waalaikumsalam,sayang,”
suara mama kedengaran sendu dihujung talian.
“Ma,kenapa nie?”
“Aira balik
sayang,atuk tengah sakit,” tangisan mama mula pecah
“Ok mama,kejap lagi
Kira balik dengan Airel,”
Talian diputuskan,Aira memandang suamainya
dengan mata yang bertakung. Airel yang memahami riak wajah Aira menyuruh dia
bersiap untuk pulang ke rumah keluarga Aira.
********************
Keadaan Villa Vantage
sunyi ketika Aira sampai. Diruang tamu kelihatan Datuk Taufiq sekeluarga sedang
berteleku. Wajah muram terpancar diwajah masing-masing. Datin Aisyah memberitahu
bahawa selepas mereka berdua keluar dari rumah tersebut,Tengku Hafizi diserang
sakit jantung. Seminggu lamanya dia ditahan diwad kecemasan. Sepanjang disana,hanya
Iskandar yang sering melawatnya.
Sekarang ini Tengku
Hafizi telah dibawa pulang kerumah tetapi dia sering meracau memanggil nama
setiap nama ahli keluarganya termasuk nama Aira. Ketika Aira memasuki bilik itu
bersama Airel,keadaan Tengku Hafizi amat menyayat hati. Tengku Hafizi meminta
maaf kepada Aira kerana membuangnya dari keluarga. Dia telah mendengar segala
kebenaran daripada Aiman.
Ketika Aira keluar
dari bilik kelihatan Iskandar berdiri di tangga.
“Kira…,” Iskandar bergerak
menghampiri Aira,” Abang nak mintak maaf pasal hari tu. Abang sedar yang abang
tak sepatutnya kacau rumah tangga Kira,”
Aira tersenyum
mendengar kata maaf dari Iskandar,”Kira dah lama maafkan Is. Lagipun kitakan
satu keluarga. Bagi Kira,dapat balik keluarga Kira yang dahulu dah cukup,”
“Nanti Kira tolong
abang boleh?”
“Apa dia? Insyaallah
kalau Kira boleh tolong,Kira tolong,” jawab Aira dengan yakin.
“Kira pujuk atuk
masuk IJN ye. Abang bukan apa,semua orang nak tengok atuk sihat,” pohon
Iskandar.
“Insyaallah,”
Akibat pujukan
Aira dan Aiman, akhirnya Tengku Hafizi setuju untuk menjaliani pembedahan di
IJN. Semua keluarga berasa gembira dengab keputusan yang dibuat Tengku Hafizi. Malah
Tengku Hafizi mulai berubah menjadi seorang yang lebih positif.
******************
2 Tahun Kemudian
Aira mengusap perutnya yang mulai membesar. Dia
bertuah kerana tidak mengalami sebarang alahan kerana segalanya ditanggung oleh
Airel. Aiman pula bakal mendirikan rumah tangganya dengan Suzana iaitu
setiausaha Aira sendiri kerana Suzana memutuskan hubungannya dengan Adham
apabila mengetahui lelaki itu curang. Urusan syarikat Aira,semuanya diserahkan
kepada Aiman sementara menunggu Aira bersalin.
Iskandar pula telah
berkahwin dengan pilihan hatinya sendiri pada tahun lepas. Tengku Hafizi juga
telah menyerahkan segala tugasan syarikatnya kepada Datuk Taufiq kerana dia
ingin berehat. Kebahagian yang dahulunya hilang kini sudah kembali didalam
keluarga Tengku Hafizi.
“Sayang,menung apa
tu?” tanya Airel sambil meletakkan air susu di meja ditepi kolam.
“Tak ada apa. Just Aira
bersyukur sangat sebab Aira dapat rasa balik kebahagian yang selamanya ini Aira
impikan. Bukan dari satu keluarga tapi dua keluarga,” kata Aira sambil memeluk
lengan Airel yang duduk disebelahnya.
“Abang tahu sayang.
So,sayang nak pergi ke kenduri maksu hujung minggu nie?” Amylia akan
melangsungkan perkahwinannya pada hujung minggu ini dengan pilihan keluarga
mereka.
“Tak kot sebab due
dah nak dekat nie. Risau Aira,mana tahu tiba-tiba bersalin masa maksu
bersanding. Tak ke kecoh,” jawab Aira disusuli dengan ketawa kecil.
“Ok,nanti abang call
Kak Liza untuk teman Aira. Mesti sayang rindu dengan Kimi, anak Rash dan Kak
Liza,” kata Airel dengan melemparkan senyuman kepada Aira.
Aira hanya
menganggukkan kepalanya. Dia memeluk lengan Airel dengan lebih kejap. Aira sudah
cukup bahagia dengan kehadiran Airel,keluarga Aira dan keluarga Airel,tidak
lupa juga keluarga Mak Timah . Tiada apa lagi yang dia minta didunia ini selain
Allah menjadikan anak-anaknya nanti seorang yag soleh dan solehah. Sesungguhnya
Allah telah mengizinkan Aira untuk merasai kebahagiaan itu buat kali kedua.
1 comment:
top 5 dating services http://loveepicentre.com/map.php dating with deformities
Post a Comment