Followers

Wednesday 21 March 2012

CKSD bab 01

Gedebuuk…..bunyi seakan buah nangka buruk jatuh ke tanah kedengaran. Beberapa saat kemudian kedengaran hilai tawa dari sekumpulan pelajar lelaki. Kelihatan seorang pelajar perempuan dalam lingkungan 17 tahun sedang terduduk di tanah menahan kesakitan akibat terjatuh.

“ Sakit ke Cik Misha Elena,kalau sakit boleh kami tolong ubatkan…hahaha,” kata salah seorang pelajar lelaki tersebut sambil ketawa.

Mereka semua berlalu apabila kelihatan seorang pengawas sedang menuju kearah mereka. Tiada siapa pun yang ingin menolong budak perempuan tersebut meskipun sekadar bertanya keadaannya. Perlahan-lahan dia bangun dan berjalan kearah wakaf yang berhampiran dengannya. Luka di tapak tangan dan lututnya diperiksa,air mata yang bergenang dikelopak mata dikesat kasar. Dia tidak mahu dianggap cengggeng.

Selepas lukanya ditampal dengan plaster,perlahan-lahan dia berjalan sambil mengalas beg sekolahnya untuk pulang kerumah. Perjalanan dari rumah ke sekolah yang menggambil masa 10 minit menyenangkan dia untuk kesekolah dengan berjalan kaki.

“ Isha,tunggu aku,” kedengaran jeritan dibelakangnya,budak perempuan yang dipanggil Isha itu menoleh kebelakang sebentar sebelum meneruskan langkahnya.

“ Weh Isha,kau marah aku ke. Sorilah aku bukan tak nak tolong kau,tapi kau tahu la Arman tu…,”

“ Sudah la Mie,dah muak aku dengar alasan lapuk kau tu. Bukan aku tak tahu,kau tu takut reputasi kau sebagai budak basket sekolah tercalarkan kalau kau tolong aku kan,” kata Misha tanpa memandang kepada Ahmad Fahmi. Dia berkecil hati dengan sikap Fahmi yang berubah apabila bersama rakan-rakannya.

“ Isha kau jangan la macam nie, macam mana lutut kau, Ok?” Tanya Fahmi prihatin.

“ Ok abah kau, kau tengok aku ada gaya orang Ok ke sekarang nie? Dah nampak aku jalan gaya kura-kura nie boleh kau tanya Ok ke tak,” suara Misha naik satu kauta apabila Fahmi bertanya soalan bodoh seperti itu.

“ Errrr…sori,” kata Fahmi ringkas.

“ Dah la Mie,aku sedar aku nie sape. Dah la tak cantik ,kasar pulak tu, takde sape kat sekolah tu nak kawan dengan aku kecuali Zara. Lain lah kau,budak basket semua orang suka,” kata Misha merendah diri.

“ Kau jangan la cakap macam tu Isha,serba salah aku dengar kau cakap gitu,” Fahmi mulai serba salah apabila mendengar suara Misha yang berjauh hati.

“ Ok lah dah sampai rumah nie, jumpa kau malam karang. Tu pun kalau aku turun la,” Misha membuka pintu pagar dan berlalu masuk kerumah. Fahmi hanya tergamam apabila melihat tingkah laku Misha. Dia pun turut berlalu untuk masuk kerumah apabila ibunya menjenguk keluar rumah memanggilnya masuk.

______________________________________________

Di rumah Misha

“ Aduh..sakit long,pelan-pelan la sikit,” kata Misha sambil melarikan kakinya dari jangkauan Alongnya.

“ Tahan la sikit Isha, dah lutut tu luka memang la kena letak ubat,” kata Encik Zaquan apabila melihat Misha melarikan kakinya dari Mizan iaitu anak sulungnya.

“ Sakit la abah,kalau slow-slow takpe jugak,” Misha merungut.

“ Isha nie, dah along nie lelaki memang la buat kasar. Kalau nak pelan-pelan suruh Cik Timah dekat sebelah tu bubuh ubat,” kata Mizan sambil mendekati Misha.

“ Orang tau la along tu doktor, jangan la ganas sangat. Agaknya kalau dengan patient pun along macam tu,” Misha membidas kata-kata Mizan.

Mizan mencebik sebelum menjawab ,” Eh,along kalau dengan patient,handle with care la. Nak-nak yang perempuan,yalah mana tau boleh jadi calon isteri,”

“ Calon isteri ke benda, kawan perempuan pon along tak pernah bawak balik”.lancar mulut Misha menjawab.

“Isha,pergi masuk bilik,study.Kalau layan along ni sampai bila-bila pun tak habis ,”arah Encik Zaquan .Memang dia tahu benar sikap anak-anaknya.Apa taknya,sejak isterinya meninggal semasa melahirkan Misha,dia lah ibu dan ayah. Malah,anak-anaknya yang lain tidak banyak buat masalah. Bahkan anak-anaknya amat menghormati dan menjaga diantara satu sama lain.

“ Eh,Isha tak payah turun ke malam nie?” Tanya Misha apabila ayahnya menyuruh dia masuk ke bilik.

“ Tak payah,kalau dah kaki tu nak angkat pun tak boleh,macm mana nak belajar taekwando,” Encik Zaquan membebel sambil membetulkan ikatan tali hitam di pinggangnya.

Mizan mencebik apabila melihat Misha tersengih sambil jalan terencot-encot masuk ke dalam bilik. Encik Zaquan hanya tersenyum apabila telatah dua orang anaknya itu. Tiba-tiba kedengaran pintu hadapan dibuka,kelihatan Muaz masuk kedalam rumah sambil menggalas beg laptop.

“ Baru balik angah?”Tanya Encik Zaquan kepada Muaz.

“ Hmm… kenapa dengan kaki tu Isha?” Tanya Muaz apabila melihat Misha jalan terencot-encot.

“ Jatuh dekat sekolah tadi,” Misha menjawab sambil melabuhkan diri sebelah Mizan.

“ Mie tak tolong ke?” Tanya Muaz lagi

Misha hanya menggelengkan kepala tanpa memandang Muaz. Dia tahu Angahnya itu tidak menyukai perangai Fahmi yang mementingkan diri sendiri disekolah. Muaz tidak pernah berbaik dengan Fahmi semenjak Muaz di bangku sekolah sehingga dia ke universiti

“ Nak kena Fahmi nie. Abang Az dah cakap jangan bagi muka sangat dekat Fahmi tu,tapi Isha layan jugak,” kata Muaz tidak puas hati.

“ Sudah la angah, sampai bila kau nak dendam dengan Fahmi tu?” Mizan menegur sikap Muaz yang mudah naik angin terutama perkara yang melibatkan Fahmi.

“ Az tak akan maafkan budak tu selagi dia tak ubah perangai dia yang selfish tu,” kata Muaz sambil berjalan kearah Misha untuk membantu adiknya itu berjalan apabila melihat Misha bangun untuk kebiliknya.

Encik Zaquan hanya menggelengkan kepala mendengar kata-kata Muaz sebentar tadi. Dia hanya memerhatikan langkah Muaz yang sedang membantu Misha berjalan ke bilik. Sikap Muaz yang terlalu cepat naik angin tidak pernah merisaukan dirinya kerana Muaz hanya naik angin apabila sesuatu terjadi kepada Misha. Kasih sayang Muaz kepada Misha bukan ditunjukkan melalui memanjakan adiknya itu tetapi melalui sikap yang ingin melindungi Misha.

_________________________________________________

Di sekolah keesokannya

“ Isha tunggu la aku?” jerit satu suara apabila kelibat Misha melalui kelas 5 Putra

Misha berdiri statik di tempat dia berhenti sambil menunggu Zara Aishah sampai disisinya. Dia memandang pelik dengan sikap Zara yang terlebih ceria pada hari ini.

“ Happy Birthday,” kata Zara sambil memeluk Misha erat

“ Eh bila masa hari nie birthday aku?” Tanya Misha sambil cuba meleraikan pelukan Zara yang menyesakkan nafasnya.

“ Lah, kan hari nie 29 Februari. Kau lupa ek,” kata Zara sambil mencuit pipi Misha,” Lagipun tadi ada orang suruh aku sampaikan wish dia dekat kau,”

“ Sape? Baik kau cakap Zara kalau tak aku nak merajuk dengan kau, dah la semalam tak datang sekolah. Kesian aku sorang-sorang dekat sekolah,” kata Misha sambil mencebik.

“ Ala, abang Arin form 6 tu. Ingat jugak dia birthday kau yek,” kata Zara sambil menarik Misha kearah wakaf yang berhampiran.

Misha hanya tersenyum malu apabila mendengar kata-kata Zara. Dia mengalihkan pandangannya kearah bangunan di hadapannya,tiba-tiba dia melihat kelibat Sheikh Ahmad Fazrin di bangunan tersebut. Dia cepat-cepat mengalihkan pandangannya. Zara yang melihat Fazrin di bangunan tersebut melambaikan tangannya.

Misha mengheret Zara pergi dari situ, dia menjadi malu apabila terpandang Fazrin. Fazrin merupakan senior mereka dan dia merupakan antara pelajar yang paling famous di sekolah. Fazrin pernah meluahkan perasaannya kepada Misha tetapi sampai sekarang dia tidak pernah memberi jawapan.

**********

p/s : kalau ada apa2 komen ye. bukan sengaja nak menduakan HACKS tapi ad kwan ajak menulis cite nie..lagipun die yg bg idea,aq tulis je...

pendek je sebab time misha skolah nie x brapa ad idea

1 comment:

Unknown said...

suke r bace klau cite psl bebudak skola. ehheh! >_<

er..klau buang word verification utk komen tu boleh ....? =_=da byk org sy cakap macam ni. sori klau serabut. heheh! tp mls r nak taip yg ayat berbelit tu.......[peace~