Followers

Thursday 15 March 2012

H.A.C.K.S Bab 06

Pada hari minggu keluarga Adam hairi dikejutkan dengan kehadiran keluarga Pak Lang Rasyid mereka. Kedatangan keluarga Pak Lang Rasyid disambut dengan tangan yang terbuka oleh Tan Sri Mukhriz dan isteri. Mereka mempelawa Rasyid agar bermalam dirumah mereka semalaman.

” Shilla,Aril...pergilah dekat ruang menonton Zafran,Tikah dengan Adam ada dekat situ,”kata Tan Sri Mukhriz kepada anak saudaranya.

Shila dan Aril hanya mengangguk lalu berjalan menuju ke ruang menonton. Kelihatan diruang menonton Adam dan Zafran sedang bermain playstation manakala Atikah sedang santai membaca novel dikerusi panjang. Kedatangan Syahril dan Shilla diruang tersebut disedari oleh Atikah.

” Eh... Aril,Shilla bila sampai?” tanya Atikah sambil memeluk Shilla. Shilla membalas pelukan Atikah kerana hampir setahun mereka tidak berjumpa.

” Baru je lagi. Tikah sihat?”kata Shilla sambil merenggangkan pelukan mereka.

” Sihat alhamdulillah. Dah lama tak jumpakan. Dekat setahun dah,”jawab Atikah sambil menarik Shilla duduk dikerusi yang ditinggalkan tadi.

”Ermmm...tau takpe. Yelah kita kan duduk jauh,mana nak jumpa,” kata Shilla dengan riang.

Mereka semua berbual mesra sambil melepaskan rindu hampir setahun tidak berjumpa. Adam ,Zafran dan Syahril seronok bermain playstation tanpa mempedulikan Atikah dan Shilla yang ramcak berborak. Perbualan mererka terhenti apabila kedengaran Datin Rahayu memanggil mereka makan.


Keadaan di rumah Tengku Irfan pula bising dengan suara Emelda dan Iskandar sedang menyanyi sambil diperhatikan oleh ahli keluarga yang lain. Tambahan pula kedatangan sepupu mereka Razif dan Haslinda.

” Is...jom kita nyanyi lagu jiwang sikit nak tak?” tanya Emelda dengan wajah yang mengharap. Iskandar hanya tersengih nakal melihat keletah Emelda.

” Lagu jiwang-jiwang nie sesuai untuk Emelda ngan Adam je,dengan Is tak sesuai,”kata Iskandar sambil mengeyitkan mata kepada Emelda apabila melihat melihat muka kembarnya itu yang mula memerah.

”Ala...please,pretty please Is,” kata Emelda mengharapkan permintaannya ditunaikan.

Iskandar hanya mampu menggelengkan kepala melihat rayuan Emelda yang tanpa henti. Sehinggakan tangannya dijadikan mangsa kerana ditarik dengan sekuat hati walaupun tenaga perempuan tidaklah sekuat mana.

”Hmmm, yelah...tapi satu lagu je,”kata Iskandar sambil menarik tangannya dari ditarik oleh Emelda.

”Ok,sayang Is,”kata Emelda seraya melepaskan ciuman dipipi kanan Iskandar,” Zif tolong pasang lagu ’Pelengkap Hidupku’ ,”

Razif pun memasang lagu yang diminta oleh Emelda sebentar tadi.

Aku bagai laut tak bertepi
dan tak berkarang
Aku bagai bintang yang
tak ditemani malam

Melihat dirimu ada
senyum,canda dan tawa
Yang membuat aku
tak ingin pergi darimu

Teringat janji lamamu kepadaku
Teringat aku teringat...
Teringat saat kau masih ada disini
Temaniku sepanjang hari...

Bila kau pergi jauh,
Ingatlah aku..
Bilaku disampingmu,
Peluk tubuhku

Bila kau rindu aku,
Panggil namaku,
Ku datang menemuimu

Peluk erat jasadku
jangan lepaskan,
Tetaplah kau disini,
Arungi malam


Kerna hanya dirimu belahan jiwa,
Pelengkapku didunia...


Teringat janji lamamu kepadaku
Teringat aku teringat...
Teringat saat kau masih ada disini
Temaniku sepanjang hari...

Bila kau pergi jauh,
Ingatlah aku..
Bilaku disampingmu,
Peluk tubuhku

Bila kau rindu aku,
Panggil namaku,
Ku datang menemuimu

Ooo...

Peluk erat jasadku
jangan lepaskan,
Tetaplah kau disini,
arungi malam

Kerna hanya dirimu belahan jiwa,
Pelengkapku didunia...

Bila kau pergi jauh,
Ingatlah aku..
Bilaku disampingmu,
Peluk tubuhku...

Bila kau rindu aku,
Panggil namaku,
Ku datang menemuimu...

Ooo...

Peluk erat jasadku
jangan lepaskan,
Tetaplah kau disini,
arungi malam

Kerna hanya dirimu belahan jiwa,
Pelengkapku didunia...



Nyanyian Emelda dan Iskandar mendapat tepukan gemuruh dari ahli keluarga yang lain. Mereka berdua hanya tersenyum mendengar tepukan yang dihadiahkan oleh ahli keluarga yang lain. Aktiviti mereka sekeluarga pada hari itu dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan.



Pada sebelah malam,masing-masing membuat hal sendiri didalam bilik mereka selepas makan malam. Emelda kelihatan termenung di balkoni biliknya sambil melemparkan pandangan kepada sang rembulan yang bersinar terang pada malam itu.

Dia hanya mampu tersenyum apabila memikirkan kenangan manis ketika pertama kali dia bertemu Adam Hairi. Tiba-tiba raut wajahnya bertukar mendung apabila melihat perubahan sikap Iskandar siang tadi. Ingin bertanya,banyak kali Iskandar mengelak.

” Menungkan apa tu Shirah?” tanya satu suara dibelakangnya. Emelda hanya mampu tersenyum kerana seorang sahaja yang akan memanggilnya ’Shirah’ didalam keluarganya iaitu Razif.

”Takde apa-apa,sje tengok bulan,’jawab Emelda sambil melemparkan senyuman kepada Razif yang sudah berdiri disebelahnya.

” Yelah tu,” Razif tersenyum nakal sebelum meneruskan kata-katanya,” Atau Syirah pelik tengok perangai Zul?” sebelah keningnya diangkat tanda soalan itu perlu dijawab.

Emelda hanya mampu ketawa kecil apabila Razif dapat membaca apa yang sedang menyesakkan fikirannya ketika ini. Bagi Emelda,tiada apa yang dapat disembunyikan daripada pandangan Razif. Ketika dia jatuh cinta pun,Razif lah yang mula menyedarinya.

” Betul lah Zif nie boleh jadi ahli nujum,” kata Emelda sambil bergerak ke kerusi yang terletak di balkoni biliknya diikuti oleh Razif.

” Zif jadi ahli nujum Syirah je,orang lain tak boleh. Betulkn apa yang Zif tanya tadi?” Razif bertanya kembali persoalan yang tidak dijawab oleh Emelda sebentar tadi.

”Ermmm...betul la tu,pelik tengok perangai dia hari nie. Siap belanja Syirah baju dengan kasut lagi,” kata Emelda sambil memandang ke arah Razif.

Razif tersenyum sebelum menjawab persoalam sepupunya itu,” Sebab dia dah dapat lepaskan apa yang dia pendam selama nie,”

Emelda terfikir sejenak apa yang telah dipendam oleh Iskandar sebelum mendapat jawapan yang diperlukan.

” Maksud Zif, pasal Linda ke?”

” Puteri Linda Kasrina,orang yang banyak tolong Zul masa dekat sekolah menengah dulu, tapi Zul tu tak pernah sedar perasaan Linda dekat dia sebab terlalu takut Linda tolak cinta dia,” kata Razif dengan panjang lebar.

Emelda hanya menggangukkan kepala mendengar penjelasan Razif. Selepas itu mereka bersembang panjang sebelum Razif berlalu ke biliknya. Emelda melemparkan pandangannya ke arah bulan. Baru dia tahu selami ini Iskandar mempunyai seorang bidadari didalam hatinya.

” Aku akan pastikan Is dengan Linda jadi macam dulu,” tekad Emelda sambil berjalan kearah meja belajar bagi mengambil Galaxy Tabnya.

Dia mendail nombor seseorang bagi merealisasikan misinya,beberapa kali bunyi deringan sebelum panggilan tersebut dijawab,” Assalamualiakum,boleh bercakap dengan Puteri Linda Kasrina? Ini Emelda kembar Iskandar,”

Emelda tersenyum gembira apabila orang yang dihubungi itu adalah orang yang betul. Dia memberi tahu sesuatu kepada Linda sebelum meletakkan panggilan dengan senyuman manis. Semoga apa yang dirancang berjalan dengan lancar,tambahan pula pada akhir bulan ini kolej mereka akan mengadakan karnival dan menjemput orang ramai untuk hadir.

1 comment:

Anonymous said...

dating the aries man http://loveepicentre.com/ free dating sites arkansas