Kedatangan Aira disambut baik oleh keluarga angkat
Aiman. Mereka ada bertanyakan sama ada Aiman ingin balik kepada keluarga
asalnya tetapi Aiman bertegas tidak mahu balik kesana. Jawapan Aiman mengundang
senyuman kepada keluarga itu. Aira ditempatkan dibilik tetamu selepas Aiman
memujuk Aira untuk tinggal disini memandangkan esok adalah cuti hujung minggu.
Pada malam tersebut
seluruh keluarga angkat Aiman berkumpul dan mendengar cerita tentang Aira
dibuang oleh keluarga daripada Aiman. Mereka berasa sedih dengan kejadian yang
menimpa Aira. Tidak sangka sebuah keluarga yang berpengaruh seperti keluarga
Tengku Hafizi sanggup membuang ahli keluarga sendiri.
“Memandangkan Aiman
dah jumpa Aira balik,walid ada satu cadangan,” kata Dato Ikhmal Haikal apabila
Aiman selesai menceritakan tentang kisah Aira.
“Cadangan apa walid?”
Aiman yang sudah teruja bertanya kepada Dato Ikhmal Haikal. Hampir 10 tahun
tinggal didalam keluarga ini tetapi dia tetap juga gagal membaca apa yang
berada difikiran lelaki separuh umur ini.
Dato Ikhmal Haikal
tersenyum mendengar pertanyaan Aiman. Dia memandang anak bujangnya iaitu Airel Asyraf
dengan pandangan penuh bermakna. Airel yang memandang wajah walidnya mula
merasakan perancangan yang dibuat mesti melibatkan dirinya.
“ Walid nak abang Airel kawin dengan Aira,”
kata Dato Ikhmal Haikal ringkas kemudian dia bangun menuju kebilik diikuti
isterinya Datin Liyana.
Aira yang mulanya
pegun ditempat duduknya mula bergerak ke kolam yang berada diluar rumah.
Hatinya seperti terkena renjatan elektrik apabila Dato Ikhmal Haikal berkata
begitu. Tiba-tiba ada tangan yang melingkar di bahunya. Dia memandang kepada
gerangan yang memeluknya itu. Aiman hanya melemparkan senyuman kepada Aira.
“Kak Kira tak setuju
ke dengan cadangan walid? Kalau tak setuju Aiman tak kisah. Lagipun walid
bukannya paksa pun,” kata Aiman bagi menenangkan hati kakaknya itu.
“ Akak bukan tak
setuju dik tapi…,”
“Tapi??”
“Akak rasa macam
akak nie tak sesuai duduk dalam keluarga macam nie. Even Dato Taufiq pun cakap
yang akak bukan anak yang baik,” kata Aira sambil memandang wajah Aiman meminta
pengertian.
“Kak Kira fikir
dulu. Aiman nak masuk tido,esok pagi kita pergi jogging sama-sama,” Aiman
berlalu dari situ. Aira terus termenung memikirkan kata-kata Dato Ikhmal
sebentar tadi. Dia merasakan seperti
satu beban apabila Aiman menceritakan segalanya kepada keluarga ini. Dia
mengeluh pendek.
“Saya tak rasa sebab
itu awak tak nak terima saya,” Aira tersentak apabila ada suara garau yang
bercakap dibelakangnya. Dia memandang pemilik suara itu dengan pandangan yang
kabur.
“ You hear everthing
are you?”
“ Yup,” kata Airel
ringkas.
“ Apa yang
menyebabkan awak yakin bukan sebab itu yang menyebabkan saya tolak awak?” tanya
Aira apabila Airel duduk disebelahnya.
“Entah,mungkin sebab
awak rasa yang walid kesian dekat awak. So dia nak jodohkan saya dengan awak
bagi memastikan awak ada family balik,”
“ Tu memang salah
satu sebabnya. Saya tak nak kerana saya dibuang keluarga,keluarga awak akan
jadi bebannya,” kata Aira sayu.
“ Walid tak akan
buat macam tu. Lagipun dia jenis falls in first sight love. So saya pasti yang
dia memang ada niat nak jadikan menantu saat awak melangkah masuk dari pintu
petang tadi,” jawab Airel panjang lebar.
Aira membuangkan pandangannya
keawan biru. Peluang yang ada dimanfaatkan oleh Airel bagi merenung wajah
disisinya. Saat pertama kali melihat wajah ini petang tadi,dia merasakan
seperti melihat bidadari dari kayangan. Raut wajah yang bersih,penjagaan
aurat,tutur kata dan kesetian pada yang maha esa membuatkan dia pasti Aira
dalah untuknya. Rasa damai tak kala memandang wajah itu. Dia pernah melihat wajah ini di dalam dompet Aiman ketika mereka
menyelamatkannya 10 tahun dahulu . Sehingga kini dia menyimpan gambar tersebut
dan diabadikan didalam dompetnya.
Aira yang menyedari
dirinya di renung membuangkan pandangannya kesisi. Dia tergamam apabila Airel
tidak berganjak dari memandang wajahnya. Mukanya membahang apabila direnung
begitu lagi-lagi oleh lelaki disebelahnya kini. Hampir setiap hari dia berjumpa
dengan klien lelaki tetapi tidak pernah dia merasakan debaran seperti sekarang.
Airel mendekatkan
wajahnya pada Aira dan berkata,” Saya akan pastikan…awak milik saya,” bisik
Airel ditelinga Aira sebelum berlalu.
Aira yang tercengang hanya memandang pemergian
lelaki itu. Aiman yang berada di balkoni tingkat atas hanya tersenyum melihat
gelagat kakaknya dan Airel.
************************************************
“ Cik Aira ,ada
orang datang,” suara Suzana kedengaran di intercom.
“ Siapa?” Aira
mula pelik dengan kata-kata setiausahanya .
“ Dia kata dia
bakal suami Cik Aira,” Aira terkejut dengan kenyataan Suzana. Tidak mungkin
Aiman kerana Suzana telah mengenali Aiman kerana Aira telah memperkenalkan
adiknya itu ketika Aiman datang ke pejabat tempoh hari. Aira membenarkan
tetamunya masuk.
Fikiran Aira mulai
buntu memikirkan siapa bakal suaminya. Mustahil Datuk Taufiq menjodohkan dia
dengan seseorang tanpa pengetahuannya bagi memastikan dia keluar dari keluarga
Tengku Hafizi. Dia memusingkan kerusi ke belakang dan menikmati permandangan
indah bandaraya Kuala Lumpur.
“ Hai sayang,”
apabila mendengar suara itu Aira terus berpusing.
Dia terkejut apabila
wajah Airel Asyraf yang menyapa pandangannya. Lelaki itu senang lenang duduk di
kerusi dihadapannya.
“ I’m not your
‘sayang’,” bentak Aira sambil memandang tajam lelaki dihadapannya kini.
“ Ala… i baru nak
practice panggil you sayang,senang sikit. Takdelah lidah i terbelit lepas kawin
nanti,”
“ In your dream,”
kata Aira lagi.
“ Oh ya.. nombor you
014-52***** kan,” tanya Airel.
“ Where did you get
that?” Aira terkejut apabila Airel menyebut nombornya dengan lancar. Didalam
fikirannya hanya seorang iaitu Aiman.
“ Aiman. You jangan
marah dia,lagipun i yang mintak,” kata Airel santai.
Aira mengetapkan
bibirnya. Geram rasanya apabila Aiman berkomplot dengan Airel. Airel pernah
meminta nombornya sebelum dia bertolak balik tetapi dia tidak mahu memberinya.
Malah dia telah berpesan kepada Aiman untuk tidak memberikan nombornya kepada
Airel tetapi nampaknya adiknya itu mungkir janji.
Tiba-tiba Airel menarik
tangannya dan beg tangan. Dia mengheret Aira keluar tanpa sempat berbuat
apa-apa. Aira hanya sempat member isyarat telefon kepada Suzana dan
setiausahanya itu mengangguk. Airel megheret Aira ke restoran dihadapan
syarikat Aira. Dari jauh Aira boleh lihat Aiman sedang tersenyum padanya.
“ You jangan marah
atau jerit Ok. Rash cakap you jarang makan tengah hari,”
“ Mana you kenal
Rash?” pertanyaan Aira hanya dijawab dengan bahasa isyarat oleh Airel
menunjukkan orang disebelahnya kini. Aira memandang Aiman dengan tajam tanda
dimarah dengan tindakan Aiman. Aiman hanya tersenyum melihat jelingan kakaknya
itu.
Makanan yang
tersedia dijamah degan suasana yang senyap. Airel dan Aiman tidak berani
bersuara apabila mengenangkan Aira sedang marah ketika ini.
“ Kak Kira..tadi
mama telefon Aiman,dia suruh adik balik,” kata Aiman setelah mereka selesai
makan.
“Aiman baliklah.
Lagipun,bukan Aiman yang kena buang keluarga,” jawab Aira dengan suara yang
sayu.
Aiman menarik nafas
perlahan sebelum mengatakan hal yang seterusnya,”Aiman hanya akan balik bila
Kak Kira balik,itu syarat Aiman,”
“ Tapi..”
“ Nanti dulu
akak,bagi Aiman habis cakap dulu. Mama tetap tak setuju dengan syarat Aiman,
penyelesaiannya hanya satu…akak kawin. Masa tu Aiman akan ikut akak balik,”
kata Aiman dengan panjang lebar.
“Akak nak kawin
dengan siapa dik. Calon pun takde,” fikiran Aira mula kusut dengan syarat Aiman
yang enggan balik sekiranya dia tidak balik. Cadangan Aiman yang satu lagi
membebankan Aira.
“I ada,” tiba-tiba
Airel menyampuk dengan senyuman melebar dibibir.
Aira terkejut dengan
kata-kata Airel manakala Aiman tersenyum riang. Dia amat bersetuju jika Airel
menjadi abang iparnya dan dia tahu gambar Aira ketika zaman sekolah ada di
dompet Airel. Dia cuba mencari gambar itu ketika memorinya datang kembali dan
dia menjumpainya di dalam dompet Airel.
*********************************************
Rombongan meminang dari keluarga Dato
Ikhmal Haikal terpaksa diterima oleh Datuk Taufiq bagi memastikan Aiman balik
semula kepada mereka. Majlis akad nikah akan diadakan sebulan dari sekarang dan
segala persiapan disediakan oleh Dato Ikhmal Haikal. Itu merupakan syarat yang
dikenakan oleh Tengku Hafizi selaku orang paling tua didalam keluarga. Segala
majlis akan diadakan di rumah Dato Ikhmal Haikal kerana keluarga mereka tidak
ingin melibatkan diri didalam perkahwinan Aira. Hanya Datuk Taufik akan
terlibat sebagai wali kepada Aira.
Hati Aira pilu
apabila Aiman menceritakan tentang syarat yang diberikan oleh atuk mereka.
Bertapa benci Tengku Hafizi kepada Aira tetapi dia tidak menyedari bahawa
tindakan itu akan membuatkan Aiman tidak pulang lagi ke keluarga mereka
“Hello Aiman! Mama nie,”Datin Aisyah menelefon Aiman bagi mendapatkan
kepastian tentang kepulangan Aiman.
“Assalamualaikum,kenapa ma,” jawab Aiman
dingin.
“Waalaikumsalam. Aiman bila nak balik sini?
Perempuan tu dah nak nikah bulan depan,”
“ Aiman tak akan balik
ma,”
“ Tapi kenapa?” suara Datin Aisyah mula
menjadi sayu apabila anak lelaki yang dirindui menjawab begitu
“ Sebab Kak Kira tak balik sana. Kan tadi atuk
dah cakap segala majlis dibuat disini jadi Aiman tak akan balik,”
“Atuk tak bermaksud macam tu sayang . Diorang
tipu Aiman tu,majlis akad nikah buat dekat sini sayang,” pujuk Datin Aisyah.
“ Aiman tak pekak ma. Aiman ada dekat
situ,depan atuk. Atuk cakap macam tu depan Aiman sendiri,” selepas berkata
begitu Aiman terus memutuskan talian.
Datin Aisyah
dihujung talian menangis apabila Aiman memutuskan panggilan. Menyesal rasanya
membuang Aira.
“Kenapa Aisyah?
Menangis sampai dengar dekat bilik ayah,” tanya Tengku Hafizi apabila melihat
menantunya meratap disisi telefon.
“ Semua salah
ayah,kalau ayah bagi majlis buat dekat sini mesti keadaan tak jadi macam nie,”
marah Datin Aisyah sambil ditenangkan oleh suaminya.
“ Apa salah ayah
sampai kamu nak marah ayah,” tengking Tengku Hafizi.
Datin Aisyah
menyandarkan diri didada Datuk Taufiq,meratap atas segala perkara yang
terjadi,” Kalau ayah tak letakkan syarat tadi,mesti Aiman dah balik sini,”
“Alah..budak tu mana
tahu kita buat syarat tu. Kamu cakap lah Dato Ikhmal tu menipu,” Tengku Hafizi
berkata dengan bongkak sambil duduk di kerusi yang ditinggalkan menantunya itu.
“ Masalahnya Aiman
ada dekat situ,dia ada depan ayah,” tambah Datin Aisyah
“ Maksud kamu,budak
muda yang duduk sebelah kiri Dato Ikhmal tu. Itu Aiman,”
Kata-kata Tengku
Hafizi hanya dijawab dengan anggukan oleh Datin Aisyah. Tengku Hafizi tersandar
apabila melihat anggukan menantunya itu. Tidak sangka pemuda yang memberikan
jelingan tajam ketika dia menyebutkan syarat itu adalah Aiman.
*************************************************
Majlis akad nikah
yang diadakan dengan penuh adat tertib di rumah Dato Ikhmal Haikal dihadiri
oleh ramai saudara mara Dato Ikhmal Haikal dan Datin Liyana. Dari sebelah
keluarga Aira,hanya Datuk Taufiq yang datang. Mereka yang lain tidak dibenarkan
datang oleh Tengku Hafizi.
Sebelum majlis akad
nikah dijalankan,Datuk Taufiq sempat berjumpa dengan Aira,” Kira…papa minta
maaf sebab buang Kira dulu. Papa tak sangka anak perempuan papa dah nak kawin
dah,”
“Kira dah lama
maafkan papa,mama,atuk dan semua orang. Tak pernah ada dendam dalam hati Kira
pa,” kata Aira lalu mendakap tubuh papanya erat.
“Lepas nie Kira kena
patuh arahan suami. Jaga maruah suami Kira,jangan melawan cakap suami ye
sayang,”
“ Insyaallah pa,”
pelukan Datuk Taufiq dan Aira disambut oleh Aiman sambil melemparkan senyuman
manis.
Datuk Tafiuq tersenyum
melihat anak lelakinya itu. Dia memeluk dua tubuh itu dengan erat bagi
melepaskan rindu dendam yang berada dihati hampir 10 tahun. Pelukan terlerai
apabila mak andam mula bising kerana muka Aira comot dengan air mata
“ Aku terima
nikahnya Humaira Syakira binti Taufiq dengan mas kawin RM2500 tunai,” dengan
sekali lafaz Aira sah menjadi permaisuri dihati Airel.
Pipi Aira dicium
bertalu-talu oleh ibu mertuanya, maksu, mak timah dan liza. Air mata kesyukuran
mula turun dipelupuk mata Aira. Tiba-tiba ada tangan yang menyapu air mata itu.
Aira memandang Airel seketika sebelum menunduk malu. Segan rasanya melihat
pandangan mata hazel Airel ketika ini.
********************************************
Airel memberi
salam sebelum melangkah masuk ke dalam bilik, Aira yang ketika itu baru keluar
dari bilik air hanya mampu menunduk wajahnya. Segan rasanya tidak mengenakan hijab ketika berada
dihadapan Airel. Dia melangkah ke meja solek tanpa memandang Airel yang santai
di sofa. Setiap perlakuannya diperhatikan oleh lelaki itu tanpa beralih.
“ Sayang,sini
sekejap,”kata Airel sambil menepuk tempat disebelahnya. Aira melangkah perlahan
ke arah Airel. Dia duduk jauh sedikit dari lelaki itu tetapi Airel menariknya
rapat. Pinggangnya dirangkul dan mukanya hanya seinci dari dada Airel.
“ Kenapa nie?” tanya
Airel sambil mengucup rambut isterinya itu. Bau wangi rambut Aira membangkitkan
nalurinya tetapi dia menahan kerana menghormati Aira.
“ Takde apa,cuma…,” Aira
terjeda sekejap dan mengangkat kepalanya memandang Airel. Tiba-tiba bibirnya di
kucup mesra. Membahang rasa mukanya kini.
Airel yang melihat muka isterinya memerah
hanya tersenyum. Geram rasanya melihat wajah comel Aira. Sengaja dia
mendekatkan dirinya dengan Aira bagi menghilangkan perasaan malu yang masih
menyelubungi antara mereka.
“ Sayang duduk
sekejap,abang nak tunjuk something,” Airel bangun dan melangkah ke laci meja.
Dia mengambil dompetnya. Ketika duduk disebelah Aira dia menunjukkan gambar
isterinya itu yang disimpan sekian lama.
“Mana abang dapat
gambar nie?” Airel tersenyum riang apabila Aira memangilnya ‘abang’.
“Abang dapat masa
mula-mula walid jumpa Aiman. First time abang tengok gambar nie,abang dah jatuh
cinta,”kata Airel jujur
Aira hanya tersenyum mendengar jawapan
suaminya itu. Seumur hidupnya,ini kali pertama ada seorang lelaki yang berani
menyatakan isi hati mereka dihadapannya. Selama ini hanya jambangan bunga atau
hadiah yang disertakan dengan kad ucapan yang sering diterimanya.
Airel memandang
wajah Aira yang ralit memandang gambar itu. Banyak perubahan yang dapat dilihat
dari gambar tersebut dengan isterinya yang berada di hadapannya kini. Wajah
comel itu tidak hilang tetapi kematangan itu dapat dilihat,kerana itu dia
berani menyatakan hasrat ingin mengahwini Aira kepada walid.
“ Sayang tahu
tak,abang happy sangat hari nie,”
“Kenapa?” Aira
memandang suaminya yang sedang tersenyum manis dihadapannya. Cair rasa hatinya
melihat senyuman Airel, ditambah pula dengan wajah yang menyejukkkan mata.
“Sebab mama dan
papa sudi datang majlis resepsi kita. Tak sangka yang diorang sanggup langgar
perintah atuk sayang,” kata Airel. Tangannya melingkar dipinggang Aira.
Aira tersenyum
mendengar kata-kata Airel. Bahagia rasanya apabila melihat mama dan papanya
datang tadi. Mama memeluknya erat dan meminta maaf kerana membuangnya dahulu.
Semua yang terjadi atas perintah Tengku Hafizi,seminggu selepas membuang Aira
mereka merasa bersalah tetapi perasaan itu dibuang oleh Tengku Hafizi dengan
menyatakan Aira tidak berguna.
“Tapikan
sayang,siapa Iskandar?”
Aira memandang
Airel apabila soal Iskandar diutarakan,” Is tu cuma sepupu Aira je,”
“Ooo…abang bukan
apa,sehari sebelum kawin dia ada datang jumpa abang. Dia suruh batalkan majlis
nie,” kata Airel.
“Maybe sebab dulu
atuk pernah nak jodohkan kami tapi dibatalkan. Sebab tu dia halang abang,” Aira
memandang suaminya yang sedang memandang wajahnya. Ciuman dihadiahkan di pipi
Airel sehingga membuatkan senyuman timbul di muka Airel.
Airel memeluk erat
tubuh Aira,ubun-ubun isterinya dicium penuh kasih. Walaupun ada rasa cemburu
apabila mendengar Tengku Hafizi pernah hendak menjodohkan Aira dengan Iskandar
tetapi dia pasti yang Aira hanya untuknya selepas akad dilafazkan.
****************************************
“Kira!!!” panggil
Iskandar ketika Aira hendak melangkah masuk kedalam pejabat.
“Eh,Is. Masuklah,”pelawa
Aira. Iskandar menuruti langkah Aira.
Iskandar memandang wajah Aira tanpa
mengeluarkan sebarang suara. Tindakannya menyebabkan Aira berasa tidak senang
duduk.
“ What’s up Is,”
“ Abang Is please? Dari
dulu lagi nama tu yang Kira panggil abangkan,” rayu Iskandar.
“ Semuanya dah
berubah Is. Sejak atuk buang Kira,no more ‘abang’ for you. Lagipun Kira dah
kahwin,” jelas Aira.
Iskandar mengeluh
mendengar jawapan Aira,menyesal rasanya mengikut arahan atuk mereka dahulu. Jika
dulu dia mempercayai Aira,sudah tentu mereka telah berkahwin kini.
“Kira, tolong terima
abang balik. Abang sanggup terima Kira balik,” rayu Iskandar. Dia cuba mencapai
tangan Aira tetapi Aira sempat melarikan tangannya.
“Is please lah,Kira
dah kahwin,”
“Abang tahu yang
Kira tak cintakan Airel. Cinta Kira hanya untuk abang sorang je,” Iskandar
merayu lagi. Dia berharap agar Aira menerima cintanya semula.
Aira mengucap
panjang mendengar kata-kata Iskandar. Menyesal rasanya mempelawa Iskandar masuk
kedalam pejabatnya. Bertapa lemahnya iman Iskandar kerana sanggup merayu kepada
wanita yang sudah menjadi isteri orang.
“Iskandar,Kira dah
jadi isteri orang dan cinta Kira hanya untuk suami Kira. Cinta kita dah lama
terhapus dalam hati Kira,”
“Kira…,”
“Please get out Is
before I call the security,” arah Aira
Iskandar melangkah
keluar dari pejabat Aira dengan hati yang remuk. Orang yang selama ini dicintai
menolak cintanya. Walaupun 10 tahun dia cuba menyemai perasaan benci tetapi
perasaan sayang tetap ada.
Aira meraup
wajahnya. Perasaan kecewa Iskandar tidak dapat diubati kerana dia cuba belajar
mencintai Airel Asyraf. Perlahan-lahan telefon bimbitnya dikeluar dan nombor
Airel didail.
“Hello abang. ," nafas ditarik perlahan,"I love you,” sambung Aira
“ Kenapa nie sayang? Tiba-tiba cakap I love
you dekat abang nie,” Airel bertanya. Pelik rasanya apabila isterinya itu
melafazkan kata-kata indah seperti itu.
“ Tak ada apa,saja nak cakap. Ntah kenapa rindu pulak,”
“Akak gatal,” tiba-tiba suara Aiman menerjah masuk.
“Aimannnnnnnnn,” jerit Aira lalu menamatkan panggilannya. Malu rasanya
apabila Aiman mendengar luahan perasaannya kepada Airel,tetapi perasaan bahagia tetap ada kerana berjaya meluahkan rasa cintanya kepada Airel
bersambung...