Followers

Wednesday 20 June 2012

cerpen:beri aku bahagia [ii]


  Kedatangan  Aira disambut baik oleh keluarga angkat Aiman. Mereka ada bertanyakan sama ada Aiman ingin balik kepada keluarga asalnya tetapi Aiman bertegas tidak mahu balik kesana. Jawapan Aiman mengundang senyuman kepada keluarga itu. Aira ditempatkan dibilik tetamu selepas Aiman memujuk Aira untuk tinggal disini memandangkan esok adalah cuti hujung minggu.

  Pada malam tersebut seluruh keluarga angkat Aiman berkumpul dan mendengar cerita tentang Aira dibuang oleh keluarga daripada Aiman. Mereka berasa sedih dengan kejadian yang menimpa Aira. Tidak sangka sebuah keluarga yang berpengaruh seperti keluarga Tengku Hafizi sanggup membuang ahli keluarga sendiri.

  “Memandangkan Aiman dah jumpa Aira balik,walid ada satu cadangan,” kata Dato Ikhmal Haikal apabila Aiman selesai menceritakan tentang kisah Aira.

 “Cadangan apa walid?” Aiman yang sudah teruja bertanya kepada Dato Ikhmal Haikal. Hampir 10 tahun tinggal didalam keluarga ini tetapi dia tetap juga gagal membaca apa yang berada difikiran lelaki separuh umur ini.

  Dato Ikhmal Haikal tersenyum mendengar pertanyaan Aiman. Dia memandang anak bujangnya iaitu Airel Asyraf dengan pandangan penuh bermakna. Airel yang memandang wajah walidnya mula merasakan perancangan yang dibuat mesti melibatkan dirinya.

  “ Walid nak abang Airel kawin dengan Aira,” kata Dato Ikhmal Haikal ringkas kemudian dia bangun menuju kebilik diikuti isterinya Datin Liyana.

  Aira yang mulanya pegun ditempat duduknya mula bergerak ke kolam yang berada diluar rumah. Hatinya seperti terkena renjatan elektrik apabila Dato Ikhmal Haikal berkata begitu. Tiba-tiba ada tangan yang melingkar di bahunya. Dia memandang kepada gerangan yang memeluknya itu. Aiman hanya melemparkan senyuman kepada Aira.

  “Kak Kira tak setuju ke dengan cadangan walid? Kalau tak setuju Aiman tak kisah. Lagipun walid bukannya paksa pun,” kata Aiman bagi menenangkan hati kakaknya itu.

  “ Akak bukan tak setuju dik tapi…,”

   “Tapi??”

  “Akak rasa macam akak nie tak sesuai duduk dalam keluarga macam nie. Even Dato Taufiq pun cakap yang akak bukan anak yang baik,” kata Aira sambil memandang wajah Aiman meminta pengertian.

  “Kak Kira fikir dulu. Aiman nak masuk tido,esok pagi kita pergi jogging sama-sama,” Aiman berlalu dari situ. Aira terus termenung memikirkan kata-kata Dato Ikhmal sebentar tadi.  Dia merasakan seperti satu beban apabila Aiman menceritakan segalanya kepada keluarga ini. Dia mengeluh pendek.

  “Saya tak rasa sebab itu awak tak nak terima saya,” Aira tersentak apabila ada suara garau yang bercakap dibelakangnya. Dia memandang pemilik suara itu dengan pandangan yang kabur.

  “ You hear everthing are you?”

  “ Yup,” kata Airel ringkas.

  “ Apa yang menyebabkan awak yakin bukan sebab itu yang menyebabkan saya tolak awak?” tanya Aira apabila Airel duduk disebelahnya.

 “Entah,mungkin sebab awak rasa yang walid kesian dekat awak. So dia nak jodohkan saya dengan awak bagi memastikan awak ada family balik,”

  “ Tu memang salah satu sebabnya. Saya tak nak kerana saya dibuang keluarga,keluarga awak akan jadi bebannya,” kata Aira sayu.

  “ Walid tak akan buat macam tu. Lagipun dia jenis falls in first sight love. So saya pasti yang dia memang ada niat nak jadikan menantu saat awak melangkah masuk dari pintu petang tadi,” jawab Airel panjang lebar.

   Aira membuangkan pandangannya keawan biru. Peluang yang ada dimanfaatkan oleh Airel bagi merenung wajah disisinya. Saat pertama kali melihat wajah ini petang tadi,dia merasakan seperti melihat bidadari dari kayangan. Raut wajah yang bersih,penjagaan aurat,tutur kata dan kesetian pada yang maha esa membuatkan dia pasti Aira dalah untuknya. Rasa damai tak kala memandang wajah itu. Dia pernah melihat  wajah ini di dalam dompet Aiman ketika mereka menyelamatkannya 10 tahun dahulu . Sehingga kini dia menyimpan gambar tersebut dan diabadikan didalam dompetnya.

  Aira yang menyedari dirinya di renung membuangkan pandangannya kesisi. Dia tergamam apabila Airel tidak berganjak dari memandang wajahnya. Mukanya membahang apabila direnung begitu lagi-lagi oleh lelaki disebelahnya kini. Hampir setiap hari dia berjumpa dengan klien lelaki tetapi tidak pernah dia merasakan debaran seperti sekarang.

   Airel mendekatkan wajahnya pada Aira dan berkata,” Saya akan pastikan…awak milik saya,” bisik Airel ditelinga Aira sebelum berlalu.

   Aira yang tercengang hanya memandang pemergian lelaki itu. Aiman yang berada di balkoni tingkat atas hanya tersenyum melihat gelagat kakaknya dan Airel.
                      
                                           ************************************************
     “ Cik Aira ,ada orang datang,” suara Suzana kedengaran di intercom.

     “ Siapa?” Aira mula pelik dengan kata-kata setiausahanya .

    “ Dia kata dia bakal suami Cik Aira,” Aira terkejut dengan kenyataan Suzana. Tidak mungkin Aiman kerana Suzana telah mengenali Aiman kerana Aira telah memperkenalkan adiknya itu ketika Aiman datang ke pejabat tempoh hari. Aira membenarkan tetamunya masuk.

   Fikiran Aira mulai buntu memikirkan siapa bakal suaminya. Mustahil Datuk Taufiq menjodohkan dia dengan seseorang tanpa pengetahuannya bagi memastikan dia keluar dari keluarga Tengku Hafizi. Dia memusingkan kerusi ke belakang dan menikmati permandangan indah bandaraya Kuala Lumpur.

   “ Hai sayang,” apabila mendengar suara itu Aira terus berpusing.

  Dia terkejut apabila wajah Airel Asyraf yang menyapa pandangannya. Lelaki itu senang lenang duduk di kerusi dihadapannya.

  “ I’m not your ‘sayang’,” bentak Aira sambil memandang tajam lelaki dihadapannya kini.

  “ Ala… i baru nak practice panggil you sayang,senang sikit. Takdelah lidah i terbelit lepas kawin nanti,”

   “ In your dream,” kata Aira lagi.

  “ Oh ya.. nombor you 014-52***** kan,” tanya Airel.

   “ Where did you get that?” Aira terkejut apabila Airel menyebut nombornya dengan lancar. Didalam fikirannya hanya seorang iaitu Aiman.

  “ Aiman. You jangan marah dia,lagipun i yang mintak,” kata Airel santai.

   Aira mengetapkan bibirnya. Geram rasanya apabila Aiman berkomplot dengan Airel. Airel pernah meminta nombornya sebelum dia bertolak balik tetapi dia tidak mahu memberinya. Malah dia telah berpesan kepada Aiman untuk tidak memberikan nombornya kepada Airel tetapi nampaknya adiknya itu mungkir janji.

   Tiba-tiba Airel menarik tangannya dan beg tangan. Dia mengheret Aira keluar tanpa sempat berbuat apa-apa. Aira hanya sempat member isyarat telefon kepada Suzana dan setiausahanya itu mengangguk. Airel megheret Aira ke restoran dihadapan syarikat Aira. Dari jauh Aira boleh lihat Aiman sedang tersenyum padanya.

  “ You jangan marah atau jerit Ok. Rash cakap you jarang makan tengah hari,”

  “ Mana you kenal Rash?” pertanyaan Aira hanya dijawab dengan bahasa isyarat oleh Airel menunjukkan orang disebelahnya kini. Aira memandang Aiman dengan tajam tanda dimarah dengan tindakan Aiman. Aiman hanya tersenyum melihat jelingan kakaknya itu.

    Makanan yang tersedia dijamah degan suasana yang senyap. Airel dan Aiman tidak berani bersuara apabila mengenangkan Aira sedang marah ketika ini.

  “ Kak Kira..tadi mama telefon Aiman,dia suruh adik balik,” kata Aiman setelah mereka selesai makan.

  “Aiman baliklah. Lagipun,bukan Aiman yang kena buang keluarga,” jawab Aira dengan suara yang sayu.

  Aiman menarik nafas perlahan sebelum mengatakan hal yang seterusnya,”Aiman hanya akan balik bila Kak Kira balik,itu syarat Aiman,”

 “ Tapi..”

 “ Nanti dulu akak,bagi Aiman habis cakap dulu. Mama tetap tak setuju dengan syarat Aiman, penyelesaiannya hanya satu…akak kawin. Masa tu Aiman akan ikut akak balik,” kata Aiman dengan panjang lebar.

  “Akak nak kawin dengan siapa dik. Calon pun takde,” fikiran Aira mula kusut dengan syarat Aiman yang enggan balik sekiranya dia tidak balik. Cadangan Aiman yang satu lagi membebankan Aira.

  “I ada,” tiba-tiba Airel menyampuk dengan senyuman melebar dibibir.

  Aira terkejut dengan kata-kata Airel manakala Aiman tersenyum riang. Dia amat bersetuju jika Airel menjadi abang iparnya dan dia tahu gambar Aira ketika zaman sekolah ada di dompet Airel. Dia cuba mencari gambar itu ketika memorinya datang kembali dan dia menjumpainya di dalam dompet Airel.

                                          *********************************************
     Rombongan meminang dari keluarga Dato Ikhmal Haikal terpaksa diterima oleh Datuk Taufiq bagi memastikan Aiman balik semula kepada mereka. Majlis akad nikah akan diadakan sebulan dari sekarang dan segala persiapan disediakan oleh Dato Ikhmal Haikal. Itu merupakan syarat yang dikenakan oleh Tengku Hafizi selaku orang paling tua didalam keluarga. Segala majlis akan diadakan di rumah Dato Ikhmal Haikal kerana keluarga mereka tidak ingin melibatkan diri didalam perkahwinan Aira. Hanya Datuk Taufik akan terlibat sebagai wali kepada Aira.

  Hati Aira pilu apabila Aiman menceritakan tentang syarat yang diberikan oleh atuk mereka. Bertapa benci Tengku Hafizi kepada Aira tetapi dia tidak menyedari bahawa tindakan itu akan membuatkan Aiman tidak pulang lagi ke keluarga mereka

  “Hello Aiman! Mama nie,”Datin Aisyah menelefon Aiman bagi mendapatkan kepastian tentang kepulangan Aiman.

 “Assalamualaikum,kenapa ma,” jawab Aiman dingin.

 “Waalaikumsalam. Aiman bila nak balik sini? Perempuan tu dah nak nikah bulan depan,”

“ Aiman tak akan balik ma,”

 “ Tapi kenapa?” suara Datin Aisyah mula menjadi sayu apabila anak lelaki yang dirindui menjawab begitu

 “ Sebab Kak Kira tak balik sana. Kan tadi atuk dah cakap segala majlis dibuat disini jadi Aiman tak akan balik,”

 “Atuk tak bermaksud macam tu sayang . Diorang tipu Aiman tu,majlis akad nikah buat dekat sini sayang,” pujuk Datin Aisyah.

 “ Aiman tak pekak ma. Aiman ada dekat situ,depan atuk. Atuk cakap macam tu depan Aiman sendiri,” selepas berkata begitu Aiman terus memutuskan talian.

  Datin Aisyah dihujung talian menangis apabila Aiman memutuskan panggilan. Menyesal rasanya membuang Aira.

  “Kenapa Aisyah? Menangis sampai dengar dekat bilik ayah,” tanya Tengku Hafizi apabila melihat menantunya meratap disisi telefon.

   “ Semua salah ayah,kalau ayah bagi majlis buat dekat sini mesti keadaan tak jadi macam nie,” marah Datin Aisyah sambil ditenangkan oleh suaminya.

  “ Apa salah ayah sampai kamu nak marah ayah,” tengking Tengku Hafizi.

 Datin Aisyah menyandarkan diri didada Datuk Taufiq,meratap atas segala perkara yang terjadi,” Kalau ayah tak letakkan syarat tadi,mesti Aiman dah balik sini,”

  “Alah..budak tu mana tahu kita buat syarat tu. Kamu cakap lah Dato Ikhmal tu menipu,” Tengku Hafizi berkata dengan bongkak sambil duduk di kerusi yang ditinggalkan menantunya itu.

  “ Masalahnya Aiman ada dekat situ,dia ada depan ayah,” tambah Datin Aisyah

  “ Maksud kamu,budak muda yang duduk sebelah kiri Dato Ikhmal tu. Itu Aiman,”

   Kata-kata Tengku Hafizi hanya dijawab dengan anggukan oleh Datin Aisyah. Tengku Hafizi tersandar apabila melihat anggukan menantunya itu. Tidak sangka pemuda yang memberikan jelingan tajam ketika dia menyebutkan syarat itu adalah Aiman.

                             *************************************************
   Majlis akad nikah yang diadakan dengan penuh adat tertib di rumah Dato Ikhmal Haikal dihadiri oleh ramai saudara mara Dato Ikhmal Haikal dan Datin Liyana. Dari sebelah keluarga Aira,hanya Datuk Taufiq yang datang. Mereka yang lain tidak dibenarkan datang oleh Tengku Hafizi.

  Sebelum majlis akad nikah dijalankan,Datuk Taufiq sempat berjumpa dengan Aira,” Kira…papa minta maaf sebab buang Kira dulu. Papa tak sangka anak perempuan papa dah nak kawin dah,”

  “Kira dah lama maafkan papa,mama,atuk dan semua orang. Tak pernah ada dendam dalam hati Kira pa,” kata Aira lalu mendakap tubuh papanya erat.

  “Lepas nie Kira kena patuh arahan suami. Jaga maruah suami Kira,jangan melawan cakap suami ye sayang,”

  “ Insyaallah pa,” pelukan Datuk Taufiq dan Aira disambut oleh Aiman sambil melemparkan senyuman manis.

  Datuk Tafiuq tersenyum melihat anak lelakinya itu. Dia memeluk dua tubuh itu dengan erat bagi melepaskan rindu dendam yang berada dihati hampir 10 tahun. Pelukan terlerai apabila mak andam mula bising kerana muka Aira comot dengan air mata

     “ Aku terima nikahnya Humaira Syakira binti Taufiq dengan mas kawin RM2500 tunai,” dengan sekali lafaz Aira sah menjadi permaisuri dihati Airel.

  Pipi Aira dicium bertalu-talu oleh ibu mertuanya, maksu, mak timah dan liza. Air mata kesyukuran mula turun dipelupuk mata Aira. Tiba-tiba ada tangan yang menyapu air mata itu. Aira memandang Airel seketika sebelum menunduk malu. Segan rasanya melihat pandangan mata hazel Airel ketika ini.

                                                  ********************************************
    Airel memberi salam sebelum melangkah masuk ke dalam bilik, Aira yang ketika itu baru keluar dari bilik air hanya mampu menunduk wajahnya. Segan rasanya  tidak mengenakan hijab ketika berada dihadapan Airel. Dia melangkah ke meja solek tanpa memandang Airel yang santai di sofa. Setiap perlakuannya diperhatikan oleh lelaki itu tanpa beralih.

   “ Sayang,sini sekejap,”kata Airel sambil menepuk tempat disebelahnya. Aira melangkah perlahan ke arah Airel. Dia duduk jauh sedikit dari lelaki itu tetapi Airel menariknya rapat. Pinggangnya dirangkul dan mukanya hanya seinci dari dada Airel.

  “ Kenapa nie?” tanya Airel sambil mengucup rambut isterinya itu. Bau wangi rambut Aira membangkitkan nalurinya tetapi dia menahan kerana menghormati Aira.

 “ Takde apa,cuma…,” Aira terjeda sekejap dan mengangkat kepalanya memandang Airel. Tiba-tiba bibirnya di kucup mesra. Membahang rasa mukanya kini.

  Airel yang melihat muka isterinya memerah hanya tersenyum. Geram rasanya melihat wajah comel Aira. Sengaja dia mendekatkan dirinya dengan Aira bagi menghilangkan perasaan malu yang masih menyelubungi antara mereka.

 “ Sayang duduk sekejap,abang nak tunjuk something,” Airel bangun dan melangkah ke laci meja. Dia mengambil dompetnya. Ketika duduk disebelah Aira dia menunjukkan gambar isterinya itu yang disimpan sekian lama.

  “Mana abang dapat gambar nie?” Airel tersenyum riang apabila Aira memangilnya ‘abang’.

  “Abang dapat masa mula-mula walid jumpa Aiman. First time abang tengok gambar nie,abang dah jatuh cinta,”kata Airel jujur

    Aira hanya tersenyum mendengar jawapan suaminya itu. Seumur hidupnya,ini kali pertama ada seorang lelaki yang berani menyatakan isi hati mereka dihadapannya. Selama ini hanya jambangan bunga atau hadiah yang disertakan dengan kad ucapan yang sering diterimanya.

  Airel memandang wajah Aira yang ralit memandang gambar itu. Banyak perubahan yang dapat dilihat dari gambar tersebut dengan isterinya yang berada di hadapannya kini. Wajah comel itu tidak hilang tetapi kematangan itu dapat dilihat,kerana itu dia berani menyatakan hasrat ingin mengahwini Aira kepada walid.

   “ Sayang tahu tak,abang happy sangat hari nie,”

   “Kenapa?” Aira memandang suaminya yang sedang tersenyum manis dihadapannya. Cair rasa hatinya melihat senyuman Airel, ditambah pula dengan wajah yang menyejukkkan mata.

   “Sebab mama dan papa sudi datang majlis resepsi kita. Tak sangka yang diorang sanggup langgar perintah atuk sayang,” kata Airel. Tangannya melingkar dipinggang Aira.

  Aira tersenyum mendengar kata-kata Airel. Bahagia rasanya apabila melihat mama dan papanya datang tadi. Mama memeluknya erat dan meminta maaf kerana membuangnya dahulu. Semua yang terjadi atas perintah Tengku Hafizi,seminggu selepas membuang Aira mereka merasa bersalah tetapi perasaan itu dibuang oleh Tengku Hafizi dengan menyatakan Aira tidak berguna.

  “Tapikan sayang,siapa Iskandar?”

   Aira memandang Airel apabila soal Iskandar diutarakan,” Is tu cuma sepupu Aira je,”

   “Ooo…abang bukan apa,sehari sebelum kawin dia ada datang jumpa abang. Dia suruh batalkan majlis nie,” kata Airel.

   “Maybe sebab dulu atuk pernah nak jodohkan kami tapi dibatalkan. Sebab tu dia halang abang,” Aira memandang suaminya yang sedang memandang wajahnya. Ciuman dihadiahkan di pipi Airel sehingga membuatkan senyuman timbul di muka Airel.

  Airel memeluk erat tubuh Aira,ubun-ubun isterinya dicium penuh kasih. Walaupun ada rasa cemburu apabila mendengar Tengku Hafizi pernah hendak menjodohkan Aira dengan Iskandar tetapi dia pasti yang Aira hanya untuknya selepas akad dilafazkan.

                                         ****************************************
   “Kira!!!” panggil Iskandar ketika Aira hendak melangkah masuk kedalam pejabat.

  “Eh,Is. Masuklah,”pelawa Aira. Iskandar menuruti langkah Aira.

    Iskandar memandang wajah Aira tanpa mengeluarkan sebarang suara. Tindakannya menyebabkan Aira berasa tidak senang duduk.

   “ What’s up Is,”

   “ Abang Is please? Dari dulu lagi nama tu yang Kira panggil abangkan,” rayu Iskandar.

   “ Semuanya dah berubah Is. Sejak atuk buang Kira,no more ‘abang’ for you. Lagipun Kira dah kahwin,” jelas Aira.

  Iskandar mengeluh mendengar jawapan Aira,menyesal rasanya mengikut arahan atuk mereka dahulu. Jika dulu dia mempercayai Aira,sudah tentu mereka telah berkahwin kini.

  “Kira, tolong terima abang balik. Abang sanggup terima Kira balik,” rayu Iskandar. Dia cuba mencapai tangan Aira tetapi Aira sempat melarikan tangannya.

  “Is please lah,Kira dah kahwin,”

   “Abang tahu yang Kira tak cintakan Airel. Cinta Kira hanya untuk abang sorang je,” Iskandar merayu lagi. Dia berharap agar Aira menerima cintanya semula.

  Aira mengucap panjang mendengar kata-kata Iskandar. Menyesal rasanya mempelawa Iskandar masuk kedalam pejabatnya. Bertapa lemahnya iman Iskandar kerana sanggup merayu kepada wanita yang sudah menjadi isteri orang.

  “Iskandar,Kira dah jadi isteri orang dan cinta Kira hanya untuk suami Kira. Cinta kita dah lama terhapus dalam hati Kira,”

  “Kira…,”

  “Please get out Is before I call the security,” arah Aira

  Iskandar melangkah keluar dari pejabat Aira dengan hati yang remuk. Orang yang selama ini dicintai menolak cintanya. Walaupun 10 tahun dia cuba menyemai perasaan benci tetapi perasaan sayang tetap ada.

   Aira meraup wajahnya. Perasaan kecewa Iskandar tidak dapat diubati kerana dia cuba belajar mencintai Airel Asyraf. Perlahan-lahan telefon bimbitnya dikeluar dan nombor Airel didail.

  “Hello abang. ," nafas ditarik perlahan,"I love you,” sambung Aira

   “ Kenapa nie sayang? Tiba-tiba cakap I love you dekat abang nie,” Airel bertanya. Pelik rasanya apabila isterinya itu melafazkan kata-kata indah seperti itu.

  “ Tak ada apa,saja nak cakap. Ntah kenapa rindu pulak,”

  “Akak gatal,”  tiba-tiba suara Aiman menerjah masuk.

  “Aimannnnnnnnn,” jerit Aira lalu menamatkan panggilannya. Malu rasanya apabila Aiman mendengar luahan perasaannya kepada Airel,tetapi perasaan bahagia tetap ada kerana berjaya meluahkan rasa cintanya kepada Airel

bersambung...

No comments: