Pang!!!
“ Kamu memang anak yang tak berguna,sanggup
Kira buat mama dengan papa macam nie,” suara dan tamparan yang diterima
memeritkan hati dan pipi yang menerimanya.
“ Mulai sekarang,kami tak ada anak perempuan
yang bernama Humaira Syakira,” jerit satu lagi suara sehingga menyebabkan
terputusnya hubungan kekeluarga sebuah keluarga yang dahulunya bahagia.
*******************************************************
Tuk! Tuk! Tuk!!
Ketukan pintu
mematikan lamunan Aira yang berlaku 10 tahun dahulu. Muncul Suzana dari balik
pintu sambil melemparkan senyuman kepada
Aira.
“ Cik Aira, Encik
Rashdan datang,”
“ Bagi dia masuk,”
Suzana berlalu
sambil menutup pintu. Kalaulah Aiman ada mesti dia sama umur dengan Suzana.
Tapi Aiman dah tak ada. Aira hanya mampu mengeluh dengan segala yang berlaku.
Aira memandang kearah pintu apabila mendengar bunyi ketukan.
“ Hello my sweet
Maira,” kata Rashdan sambil melabuhkan diri dikerusi dihadapan meja Aira.
Senyuman manis dihadiahkan kepada gadis dihadapannya.
Aira tersenyum
mendengar kata-kata Rashdan sebentar tadi,” Stop it Rash,kalau Kak Liza dengar
macam mana,”
Rashdan hanya ketawa
mendengar kata-kata Aira sebentar tadi. Dia tahu gadis tersebut hanya bergurau
dengan kata-katanya sebentar tadi. Pengalaman 10 tahun membuatkan dia kenal
perangai sebenar Aira. Aira tahu Liza tidak akan cemburu dengan sesuatu tanpa
sebab.
“ So,macam mana
hidup my sweet Maira sekarang? Ada apa-apa yang menarik,” tanya Rashdan selepas
ketawanya reda.
“Everthing good.
Kecuali… Datuk Taufiq,” menyebut nama tersebut menyebabkan wajah Aira berubah.
“ Dia datang pejabat
Aira tadi?” soalan Rashdan hanya dijawab dengan anggukan. Tiada kata yang dapat
diucapkan
Rashdan hanya mampu
memandang riak wajah sedih Aira. Tidak ada apa yang boleh dilakukan bagi
menghilangkan kesedihan gadis tersebut. Luka yang terdapat didalam hati itu
tiada siapa yang dapat menyembuhnya. Kalaulah kejadian itu tidak terjadi,pasti
hidup Aira tidak sesukar ini.
“ Kalaulah Aira
dapat selamatkan Aiman dulu,mesti sekarang nie Aira masih ada mama, papa, atuk,
nenek, pak ngah, mak ngah, and the whole family,” kata Aira dalam kesedihannya.
“ Dear..dear,
perkataan ‘kalau’ tak pernah wujud dalam hati seorang yang kuat imannya
sayang,” Rashdan memujuk Aira.
Setelah hati Aira
terpujuk, Rashdan mengajak Aira makan tengah hari bersama. Tambahan pula Liza
baru sahaja menghantar mesej mengatakan dia tunggu di Restoran Mc’Donalds. Aira
bersetuju selepas puas dipujuk.
“ Suzana,apa jadual
saya petang nie?” tanya Aira apabila melalui meja Suzana.
“ Cik Aira tak ada
sebarang mesyuarat atau perjumpaan dengan klien petang nie,”
“ Terima kasih
Suzana,”
“ Bye Suzana,kirim salam
dekat Adham ye,” kata Rashdan sehingga menimbulkan senyuman diwajah Suzana.
*******************************************
Aira dan Rashdan
menuju kearah seorang wanita yang sedang tersenyum kepada mereka. Makanan yang
terhidang membuatkan perut mereka menuntut untuk diisi. Liza mengambil order
dahulu kerana Rashdan menyuruhnya berbuat begitu.
“ Akak tak sangka
yang Aira boleh gabungkan dunia korparat dengan butik. Look at you now sis,your
company is one of the best company in asia,” puji Liza
“ Semua tu sebab
Aira terfikir,kenapa orang tak gabungkan butik dengan dunia korparat. Rash pun
banyak bagi idea Kak,kalau tak Aira tak akan ada dekat sini,”
Rashdan hanya
tersenyum mendengar kata-kata Aira sebentar tadi. Bangga rasanya bila dipuji
sebegitu. Dia merupakan salah seorang yang membantu Aira ketika mula-mula Aira
membuka syarikat Sakura Holdings. Kini dia memegang jawatan sebagai pengurus
kewangan. Meskipun Aira pernah memberitahu bahawa syarikat itu ditubuhkan bagi
membalas jasa keluarga mereka tetapi dia sering membantah. Segala usaha Aira
selama ini adalah bertujuan untuk membuktikan bahawa Aira boleh hidup tanpa
sebuah keluarga.
“ Uncle Taufiq
dengan Auntie Aisyah masih tak terima Aira ye?” tanya Liza selepas suasana
hening seketika.
Aira hanya
mengelengkan kepala bagi menjawab pertanyaan Liza sebentar tadi. Datuk Taufiq
adalah papa Aira tetapi kerana satu kejadian,Aira dibuang dari keluarga. Segala
wang pembelajaran ditanggung oleh Datuk Taufiq tetapi Aira dibenarkan tinggal
bersama keluarga mereka lagi. Bukan setakat Datuk Taufiq dan Datin Aisyah
tetapi seluruh keluarga membenci Aira kecuali Maksunya, Amylia.
“ Kalau Mak Timah
tak jaga Aira mesti sekarang Aira tak ada dekat sini kan,” sayu kedengaran
suara Aira.
“ Aira,kami
sekeluarga terima Aira sebab kami tahu Aira tak bersalah,” sampuk Rashdan
sambil mengenggam tangan Aira. Sedari Aira kecil dia dan keluarganya rapat
dengan Aira kerana dahulu maknya iaitu Mak Timah bekerja dirumah Aira.
Sedang asyik Aira
melayan kesedihannya,mereka terdengar pertengkaran dihadapan Restoren. Mulanya
mereka hanya mengabaikan tetapi apabila pertengkaran itu berlarutan mereka pun
memandang kearah itu. Aira terus berlari keluar apabila melihat Maksunya sedang
bergaduh dengan seorang lelaki.
Aira menarik
Amylia apabila tangan lelaki itu naik untuk menampar Amylia. Tindakan Aira
menyebabkan pergerakan lelaki itu terhenti.
“ Sampai hati Is nak
pukul Maksu,” jerit Aira kepada lelaki yang dipanggil Is itu.
“Look who’s here.
Hey Kira,kalau tak disebabkan Maksu bela engkau,aku tak akan buat macam tadi
tau,” lantang Iskandar bersuara,” And one more thing,you should call me ‘Abang
Is’ because I’m older than you,”
“ Kira tak pernah
ada abang sebab Kira bukan lagi ahli keluarga Tengku Hafizi. Keluarga tu dah
lama buang Kira,” kata Aira.
Raut wajah Iskandar
berubah apabila mendengar kata-kata Aira sebentar tadi,” Weh Kira,engkau tahu
tak darah yang mengalir dalam tubuh engkau tu darah Tengku Hafizi,”
“ Kalau Kira boleh
ubah darah dalam badan Kira dah lama Kira ubah tapi Allah dah tentukan yang
Kira dari keluarga Tengku Hafizi. Walaupun darah Kira dari keluarga Tengku
Hafizi tapi seluruh keluarga sudah buang Kira,buat apa Kira hormat Is. Segala
penderitaan yang Kira lalui selama nie,ada korang semua kisah. Tak kan,” jawab
Aira dengan panjang lebar.
Aira menarik Amylia
pergi dari situ diikuti oleh Rashdan dan Liza. Mereka semua menuju ke syarikat
Aira bagi mendapatkan jawapan daripada Amylia apa yang sedang berlaku sebentar
tadi. Karier Liza sebagai guru menyenangkan dia kerana sesi persekolahan telah
tamat.
***************************************************
“ Maksu tak tahu
kenapa Iskandar marah sangat bila Maksu cakap yang syarikat Aira sekarang
adalah hasil titik peluh Aira sendiri,” kata Amylia ketika mereka berada
dipejabat Aira.
“ Mungkin sebab Is
ingat yang Aira ambik duit Datuk Taufiq untuk bina syarikat nie sebab tu dia
marah Maksu. Salah Aira sebab benarkan Datuk Taufiq keluar masuk syarikat
Sakura Holdings sesuka hati,”
“ Aira..,”
“ Takpelah
Maksu,nampaknya lepas nie Aira kena pastikan Datuk Taufiq tak masuk syarikat
Aira sesuka hati,” kata Aira sambil memandang muka Rashdan,Liza dan Amylia.
“ Tapi Aira,Datuk
Taufiq tu papa Aira,”
Aira hanya
mendiamkan diri apabila Amylia berkata sebegitu. Istilah ‘papa’ sudah lama
hilang didalam hidup Aira selepas Datuk Taufiq memutuskan hubungan mereka 10
tahun dahulu. Siapa sangka hanya kerana Aira gagal menjaga adiknya, dia dibuang
dari keluarga dan haknya di ketepikan
10 tahun sebelum
“Papa,mama…Aiman hilang,ada orang ambik dia,”
kata Aira apabila orang ramai menjumpai dia dilorong berhampiran rumah mereka.
Ketika itu Aira berumur 17 tahun dan dia
membawa adiknya Aiman keluar bagi menraikan kejayaan menghadapi SPM. Siapa
sangka didalam perjalanan pulang, mereka telah diserang oleh sekumpulan lelaki.
Aira yang cuba mempertahankan Aiman dipukul dan dicampak ketepi. Aiman yang
berusia 15 tahun ditarik masuk kedalam van dan dibawa lari. Aira cuba mengejar
tetapi kesakitan yang dialami membataskan segalanya.
Aira tidak sangka papanya sanggup menamparnya
apabila dia menceritakan hal yang sebenar. Itu merupakan tamparan sulung yang
diterima oleh Aira. Sedari kecil Datuk Taufiq atau Datin Aisyah tidak pernah menaikkan tangan mereka kepada
anak-anak. Tetapi kerana Aira gagal
menjaga Aiman,tamparan itu naik juga.
“ Kamu memang anak yang tak berguna,sanggup
Kira buat mama dengan papa macam nie,” kata Datuk Taufiq. Penampar kedua mula
naik tetapi ditahan oleh Amylia, ahli keluarga lain tidak menolong kerana
mereka meletakkan kesalahan kepada Aira.
Tiba-tiba Datin Aisyah bersuara dan kata-kata
yang dikeluarkan meluluhkan hati Aira, “ Mulai sekarang,kami tak ada anak
perempuan yang bernama Humaira Syakira,”
Tengku Hafizi iaitu datuk Aira menyokong dan
menyatakan kekesalan kerana mempunyai keturunan seperti Aira. Aira ditarik
keluar dari rumah. Mak Timah menyelamatkan Aira dan membawanya pulang
kerumahnya.
*****************************************************************
Bunyi intercom
mematikan perbualan diantara mereka.
“ Iye Suzana,”
“ Cik Aira, Encik
Aiman dari Syarikat Gerhana Holdings datang ,”
Rashdan dan yang
lain-lain meminta diri apabila mendengar perbualan diantara Aira dan Suzana.
Aira melemparkan senyuman kepada mereka bagi memberi jawapan bahawa dia tidak
apa-apa.
“Call him in
Suzana,”
Aira mengambil fail
dari belakang tempat duduknya. Ketika dia berpaling muncul seorang lelaki kacak
apabila pintu di buka. Aira menjemput lelaki itu masuk dan mempersilakan dia
duduk. Perbincangan diantara mereka berlarutan sehingga jam turun ke angka 4:30
petang. Perbincangan dihentikan selepas mendapat kata sepakat dari kedua-dua
belah pihak.
“ Well Cik
Aira,terima kasih sebab sudi bekerjasama dengan syarikat kami,”
“ Its ok,perkara
kecik je tu,” kata Aira berbahasa,bukan dia tidak sedar. Dari mula perbincangan
sehingga sekarang lelaki dihadapannya asyik merenung wajahnya.
“ You are not
change are you,” kata Aiman tiba-tiba.
“ Excuse me,” raut
wajah Aira mula berubah apabila mendengar kata-kata Aiman sebentar tadi. Siapa
tidak terkejut apabila seorang lelaki menyatakan dia tidak berubah padahal ini
baru kali pertama mereka berjumpa.
Aiman tersenyum
sehingga menampakkan lesung pipit di pipi kanannya,” You don’t remember me Kak
Kira. This is Aiman ,your own brother,”
Aira terkejut mendengar kata-kata Aiman
sebentar tadi. Air mata mula bertakung apabila mengetahui siapa lelaki
dihadapannya ketika ini. Adiknya yang hilang hampir 10 tahun akhirnya muncul
dihadapannya.
“Aiman Syafwan,”
hanya itu yang dapat keluar dari bibir Aira.
Aira bangun dah
memeluk tubuh Aiman kejap. Tangisan yang ditahan terhambur didada adiknya itu
tanpa disekat. Aiman mengusap belakang kakaknya bagi menenangkan Aira. Ketika
itu muncul Rashdan. Adegan yang terpapar dihadapannya membuatkan dia ingin
berlalu tetapi ditahan oleh Aira. Aira melepaskan pelukan dan menarik Rashdan
masuk. Pintu pejabatnya ditutup.
“ Rash..you remember
him?”tanya Aira selepas berdiri dihadapan Aiman.
“ Mana tak
kenal,boyfriend baru Aira kan,” kata Rashdan dengan selamba.
Kata-kata Rashdan
mengundang ketawa Aiman dan Aira,” Rash..bukanlah,”
“Kalau bukan
boyfriend,sape?” Rashdan mula keliru. Puas otaknya mencerna siapa lelaki
dihadapannya ketika ini.
“This is Aiman
Syafwan,Rash,” kata Aira dengan senyuman.
Rashdan yang
mulanya keliru terus tersenyum dan memeluk tubuh dihadapannya. Tempoh masa 10
tahun menyebabkan dia tidak mengenali Aiman lagi. Mereka bertiga berbual
tentang kehidupan Aiman sekarang. Rupa-rupanya Aiman diselamatkan oleh sebuah
keluarga dan kerana hentakan yang kuat,Aiman tidak dapat mengingati sebarang
memori tentang keluarganya dahulu. Tetapi apabila ayah angkatnya, Datuk Rahim
menunjukkan profil tentang Aira,tiba-tiba segala memori yang dahulunya hilang
datang kembali.
Ketika mereka semua
ingin balik,Aiman menawarkan diri untuk menghantar Aira tetapi Aira menolak.
Apabila melihat wajah kakaknya yang muram Aiman mengajak Aira ke sebuah
restoran bagi mendengar luahan hati Aira.
“Akak dah lama kena
buang keluarga Man,” kata Aira selepas Aiman mendesak untuk menceritakan apa
yang berlaku selama 10 tahun dia menghilang.
“Kenapa?”
“ Semua orang
salahkan akak atas kehilangan Aiman. Maksu dengan Mak Timah je yang percaya
pada akak. 10 tahun akak hidup sendiri,syarikat nie pun akak bina atas usaha akak
sendiri tapi ada ahli keluarga yang cakap akak guna duit Datuk Taufiq,” kata
Aira sambil menahan sebak.
“Wait Kak Kira,why
Datuk Taufiq not papa?” Aiman terkejut apabila Aira membahasakan papa mereka
dengan panggilan Datuk Taufiq.
“ Sebab Datuk cakap
dia tak pernah ada anak bernama Humaira Syakira dan dia tak nak dengar
panggilan papa dari mulut akak,”
Aiman mengucap
panjang mendengar cerita Aira. Bertapa singkatnya pemikiran keluarga mereka
sehingga sanggup membuang anak yang dilahirkan dengan sesuka hati. Ketika itu
muncul Datuk Taufiq dan Datin Aisyah.
“ Tak sangka,anak
yang dibuang dulu dah berani mengadu domba dengan lelaki,” kata Datuk Taufiq
sinis. Datin Aisyah hanya menjeling kepada Aira dan Aiman
Aiman yang panas
hati terus bangun dan berhadapan dengan kedua orang tuanya yang telah terpisah
selama 10 tahun itu. Dia tersenyum sinis melihat cara mereka berdua memandang
Aira.
“ Tak sangka 10
tahun Aiman hilang,begini cara papa dengan mama layan Kak Kira. Menyesal Aiman
cari papa dengan mama selama nie. Kalau macam nie caranya baik Aiman lupakan je
yang Aiman ada mama dan papa dan hanya ingat yang Aiman cuma ada kakak dalam
dunia nie,” kata Aiman dengan panjang lebar.
Kenyataan Aiman
membuatkan Datuk Taufiq dan Datin Aisyah tergamam. Datin Aisyah cuba untuk
memeluk Aiman apabila naluri keibuannya menyatakan yang ini adalah anaknya yang
hilang 10 tahun lalu. Tetapi Aiman menjauh dan berdiri disamping Aira.
“Aiman,kenapa buat
mama macam nie sayang. Aiman tak rindu mama ke,” rayu Datin Aisyah. Luluh
hatinya apabila anak yang dirindui menjauh.
“Rindu..huh..apa
maknanya rindu kalau mama dan papa sanggup buat kakak macam anak buangan,” kata
Aiman sinis.
“Sebab memang kerana
dia Aiman hilang,” Datuk Taufiq menyampuk apabila mendengar kata-kata Aiman
sebentar tadi.
“Siapa kata Aiman
hilang. Aiman tak hilang ,cuma Aiman nak tengok sejauh mana kasih sayang mama
dan papa pada Kak Kira. Aiman yang suruh orang tu culik Aiman,” bohong Aiman
Apabila tiada
balasan dari Datuk Taufiq dan Datin Aisyah,dia menarik Aira. Sepanjang
perjalanan ke Mont Kiara iaitu rumah keluarga angkat Aiman,Aira hanya berdiam
diri. Dia sebenarnya terkejut dengan penipuan Aiman sebentar tadi.
bersambung....
2 comments:
best! nak lagi.
best sangat..x sabar nk baca smbgan
Post a Comment