Followers

Thursday 31 May 2012

CKSD Bab 02


   “ Hai Isha,sorang je ke, Zara mana?” Tanya satu suara ketika Misha sedang melepak di wakaf sambil menunggu Zara.
          
    “ Eh,abang Arin... Zara ada kelas tambahan,Isha tengah tunggu dialah nie. Abang takde kelas?” Misha terkejut melihat kemunculan Fazrin ketika dia sedang berehat di wakaf berhampiran kelas Zara.

         “Oh,nie kira Isha tunggu Zara lah nie?”Fazrin tersenyum apabila melihat keletah Misha yang tidak senang duduk apabila dia menghaampiri.

          Misha hanya menganggukkan kepala bagi menjawab pertanyaan Fazrin sebentar tadi. Lidahnya mudah kelu apabila bercakap dengan Fazrin,tambahan pula Fazrin antara pelajar terbaik disekolah. Perbualan yang mulanya kekok mula menjadi rancak kerana Fazrin pandai untuk menghilangkan perasaan itu. Mereka berdua rancak berborak hingga tidak menyedari kelibat seseorang sedang memerhatikan mereka berdua. Fahmi mengepal penumbuk apabila melihat Misha riang berada disamping Fazrin.

      “ Aku akan pastikan kau ada jauh dari Misha untuk selama-lamanya,”bisik hati Fahmi sebelum berlalu dari situ. Sakit hatinya melihat hubungan rapat Misha dengan Fazrin.

    Apabila melihat Zara baru sahaja keluar dari kelas,Misha pun meminta diri untuk pulang “Isha balik dulu ye abang Arin,lagipun hari macam nak hujan nie,”   

       Zara tersenyum lebar apabila melihat Fazrin sedang menemani Misha. Gembira hatinya melihat Misha tidak kekok disamping Fazrin. Dia menyiku Misha yang berada disisinya,meminta penjelasan bagaimana Fazrin boleh berada disitu. Misha hanya membalas dengan jelingan tajam.

    “Kalau macam tu takpelah,lain kali kita borak lagi ye,” Fazrin tersenyum melihat gelagat dua orang sahabat itu. Gelagat mereka yang seolah-olah kanak-kanak kecil itu membuuatkan Fazrin tidak kekok dengan mereka

    Misha dan Zara pun berpaling untuk menuju ke pintu pagar utama. Langkah mereka terhenti apabila mendengar Fazrin memanggil Misha. Hati Misha seolah-olah dapat meneka soalan yang akan keluar dari mulut Fazrin. Perlahan-lahan dia berpaling kearah Fazrin

     “Isha,pasal abang cakap hari tu… isha dah buat keputusan ke? Abang tak kisah kalau Isha menolak,lagipun….”

   “Isha terima abang seadanya,”Misha menjawab sebelum Fazrin sempat menghabiskan kata-katanya. Hatinya seperti hendak pecah apabila mencerna kembali kata-kata yang keluar dari mulutnya.

    “Betul ke nie?” Fazrin terkejut mendengar jawapan Misha begitu juga Zara. Dia seolah-olah tidak percaya Misha yang mengucapkan kata-kata itu.

     Misha menganggukkan kepalanya perlahan setelah mencerna kembali apa yang dikatakan sebentar tadi. Fazrin dan Zara tersenyum,senyuman Fazrin kerana gembira manakala senyuman Zara kerana bersyukur. Misha menyambung kembali langkahnya bagi menyembunyikan mukanya yang membahang akibat malu. Zara mengejar langkah Misha sambil mengusik sahabatnya itu.

    Farin melompat kegembiraan apabila mendengar jawapan Misha. Dia merasakan hari ini merupakan hari 
yang paling bahagia dalam hidupnya. Azhar yang melihat gelagat temannya itu mengerutkan dahinya.

      “ Weh bro,engkau baru lepas menang toto ke?”
     
  Fazrin terkejut dengan suara Azhar yang menyergahnya,” Agak-agaklah bro . Aku tak main toto 
nie,haram,”

    “Dah tu,kenapa happy sangat?”

     “Isha terima aku bro. Ya Allah,bersyukurnya,” Azhar yang mendengar kata-kata Fazrin hanya menumpang kegembiraan sahabatnya itu.
                                                ___________________________________

      “Rapat hubungan kau dengan Fazrin ye Isha,” perli Fahmi ketika dia dan Misha berehat selepas latihan pada malam itu.

      “ Eh,kau tak tahu lagi ke yang abang Arin tu dah jadi bf aku,” kata Misha sambil meneguk air mineral ditangannya. Bukan dia tidak nampak jelingan mata Fahmi yang tajam menikamnya saat ini.

     Fahmi terus berlalu apabila melihat Misha seperti ingin menceritakan tentang ‘kenangan manis’ dia dan Fazrin. Hatinya mulai tekad untuk menghapuskan Fazrin dari pandangan mata Misha untuk selama-lamanya. Sepatutnya dia yang berada didalam hati Misha saat ini,tetapi kerana kebodohannya yang terlalu mementingkan status akhirnya memakan dirinya sendiri.

       “ Kecewa ke dapat tahu adik aku tu ada pelindung yang lagi bagus dari kau,” kedengaran satu suara sinis dari sebelah kirinya. Kelihatan Muaz sedang elok bersandar di dinding sambil tersenyum sinis kepada Fahmi.

     “ Aku akan pastikan Isha milik aku,bukan milik Fazrin tu,” kata Fahmi sambil suara ditekankan. Matanya dijeling kepada Muaz dengan pandangan yang menyampah.

    “ Weh budak,kau ingat aku akan senang-senang nak bagi Isha dekat kau. Kalau kau nak,langkah mayat aku dulu. Selagi aku masih hidup,jangan harap kau dapat miliki Isha,faham!” tegas Muaz,sepontan tangannya menolak tubuh Fahmi. Tindakannya seolah-olah mengajak Fahmi untuk bertarung.

      Muaz membuka langkah apabila melihat Fahmi bersedia untuk menyerangnya. Pertarungan di antara Muaz dan Fahmi disaksikan oleh semua ahli taekwando pada malam itu. Hal itu berlarutan sehinggalah Mizan datang untuk meleraikan pertarungan diantara Muaz dan Fahmi. Misha meluru kearah Muaz apabila melihat darah yang mengalir dibibir abangnya itu.

       “ Engkau dah gila ke Fahmi,” jerit Misha kepada Fahmi yang sedang teguh berdiri dihadapannya. Muaz memegang bahu adiknya dan mengelengkan tanda menyuruh Misha diam.

     Sambil mengelap darah yang mengalir di bibirnya,Muaz berkata kepada Fahmi,” Aku akan pastikan kau tak kan dapat Isha sambil bila-bila,ingat tu!” kenyataan Muaz itu mengejutkan Mizan dan Misha tetapi tidak Fahmi.

                         ________________________________________________


     Beberapa bulan telah berlalu,kini mereka telah selamat menjalani peperiksaan besar dan hubungan Misha serta Fazrin mula berkembang sepeti kembangnya bunga sakura meskipun mendapat tentangan dari mama Fazrin yang terlalu mementingkan darjat. Keputusan SPM akan diumumkan esok ,STPM telah diumumkan dua minggu lalu dan Fazrin lulus dengan cemerlang.

    Hati Fazrin berasa seperti ada sesuatu yang tidak kena. Pantas dia mengambil Galaxy Tabnya dan mendail nombor Misha,” Assamualaikum Isha,”

    “ Waalaikumsalam,nie bukan Isha nie abang dia Muaz. Boleh saya tahu sape nie yek?” Muaz menjawab panggilan Misha ,kebetulan ketika itu telefon Misha berada ditangannya kerana dia ingin menelefon makcu mereka di kampung.

    “ Oh..ermm…saya Fazrin,boleh saya bercakap dengan Misha,itupun kalau dia adalah,” Fazrin di hujung talian mulai resah apabila mengetahui Muaz yang menjawab panggilannya. Misha pernah bercerita serba sedikit tentang Muaz kepada Fazrin.

     “ Isha takde dia keluar sekejap,kejap lagi dia balik lah tu,” Muaz tersenyum apabila mengetahui pemilik suara ini adalah orang yang pernah disebut oleh Fahmi awal tahun lepas. Sudah lama dia mencari maklumat tentang Fazrin tetapi tidak banyak yang dia tahu. Misha juga enggan untuk menceritakan tentang Fazrin sepenuhnya

   “Kalau gitu takpelah nanti….”

   “ Ehhh,tak payah lah nak letak. Aku ada something nak tanya nie?” Muaz memotong kata-kata Fazrin dan gaya percakapannya juga bertukar kepada gaya santai.

   “Ermm…ada apa yek, aku ada buat salah ke?” Fazrin mula mengikut rentak Muaz.

   “ Macam nie,aku nak tanya,kau nie betul-betul serius dengan adik aku atau kau main-main je? Yelah aku sebagai abang dia mestilah risau, mana tahu kau main-mainkan,”

  “ Aku serius dengan Isha, selama nie pun dia banyak bagi semangat dekat aku. Tapi biasalah  ada je halangan yang tak dapat dielakkan. Isha ada cerita pasal penerimaan mama aku dekat kau?” tanya Fazrin kepada Muaz

    “ Oh,cerita yang papa dengan adik bongsu kau Fina dapat terima Isha tapi bukan mama kau tu,”

   “Yap,aku nak sangat mama tahu yang Isha bukan gadis mata duitan tapi mama tetap degil. Even papa dengan Fina pun boleh terima Isha tapi bukan mama,” hati Fazrin mulai sebak apabila mengingatkan tentang bertapa bencinya mamanya kepada Misha.

   “Insyallah suatu hari nanti aku percaya yang mama kau akan terima Isha dalam hidup dia. Aku harap kau banyak-banyaklah bersabar,” Muaz memberi nasihat kepada Fazrin.

  “ Ermmm….tapi kalau umur aku tak panjang,aku nak kau janji sesuatu dengan aku,” kata-kata Fazrin mula bertukar serius.

  “ Eh..kau jangan cakap macam tu,seram sejuk aku,” Muaz mula rasa tidak sedap hati dengan kata Fazrin. Kata-kata itu sama seperti ketika arwah Lina iaitu salah seorang sepupu yang meninggal seminggu yang lalu. Arwah seperti tahu-tahu yang ajalnya akan tiba dan berpesan kepada Muaz untuk menjaga keluarganya.

     “ Kita tak tahu bila ajal kita Muaz,tapi aku nak kau janji dengan aku. Pastikan yang adik kau akan jadi salah seorang dari ahli keluarga aku dengan kata lain dia kena kawin dengan adik aku yang dekat London sekarang nie,”

    “ Ehh,kau adik lagi ke? Aku ingat Fina je adik engkau. Tapi Rin aku takleh janji,sebab aku bukan ahli keluarga kau,” Muaz terkejut mendengar Fazrin mempunyai adik yang lain selain Fina.

   “ Ada, dia sama umur dengan aku sekarang nie. Pasal janji tu engkau tak payah risau,aku dah cakap dengan Fina. Aku nak kau dengan Fina pegang janji tu,nie amanat aku pada kau dengan Fina. Pandai-pandailah kau dengan Fina cari jalan nanti,” Fazrin memberi kata-kata penamat kepada Muaz,” Oh ye,pesan dekat Isha esok aku datang tengok dia ambik result. Assalamualaikum,”

     “ Waalaikumsalam,” setelah pangggilan ditamatkan,Muaz meraup mukanya. Dia berasa seolah-olah ada beban berat yang tertanggung dibahunya. Amanat Fazrin seperti ajalnya akan tiba pada keesokan harinya.

   Muaz termenung sehingga tidak menyedari Misha telah pulang ke rumah. Misha hanya tertawa kecil apabila melihat gelagat angahnya yang jauh termenung hingga tidak menyedari kehadirannya.

  “ Cuba bayangkan acara perkahwinan Abang Az dengan Kak Ina disambut dengan meriah. Bunyi kompang kedengaran, Kak Ina anggun dengan baju pengantin. Bayangkan,”  Misha berbisik ditelinga Muaz.

   Muaz tersentak apabila mendengar bisikan ditelinganya,kemudian kedengaran satu suara yang ketawa galak disisinya. Dia mengetap bibirnya apabila melihat Misha telah terguling di atas permaidani sambil menekan perut akibat terlalu banyak ketawa.

  “ Oh…kenakan Angah ye. Meh sini angah nak tengok sikit jauh mana Isha boleh lari dari angah,” kata Muaz sambil melompat kearah balik sana sofa apabila melihat Misha mula mengorak langkah untuk lari.

   Riuh rumah Encik Zaquan pada pagi itu apabila Muaz dan Misha bermain lari-lari didalam rumah. Encik Zaquan hanya mampu ketawa melihat gelagat anak-anaknya tanpa membantu. Keadaan menjadi bertambah riuh apabila Mizan masuk campur didalam pergelutan ini.
                                               __________________________________
         
       Misha menunggu dihadapan sekolah sambil melihat jam.setelah beberapa lama menunggu dia mengeluarkan N78 dan mendail nombor Zara.

     “ Hello,zara kau dekat mana?”rengek Misha apabila Zara menyambut panggilannya

     “Isha…aku dah nak sampai dah nie,sabar kejap je ye honey,”jawab Zara sambil menahan ketawa dibelakang Misha. Dia sengaja ingin menyakat Misha,sebentar tadi dia datang dengan kakak sepupunya tetapi Misha tidak menyedarinya akibat terlalu asyik memandang kearah  jalan.

        Perlahan-lahan Zara menghampiri Misha yang gelisah dihadapan pintu masuk utama. Fahmi yang baru tiba juga menahan ketawa apabila Zara mengisyaratkan agar dia mendiamkan diri. Zara memeluk Misha dari belakang sehingga menyebabkan Misha menjerit. Dia memukul Zara kerana menyakatnya.
    
 Mereka bertiga bergerak kedalam sekolah untuk mengambil keputusan SPM. Debaran didalam dada tiada siapa yang tahu.
                                ________________________________________
   “ Jom abang belanja korang makan sempena kejayaan korang semua,” kata Fazrin ketika mereka keluar dari kawasan sekolah. Mereka semua mengikut Fazrin kecuali Fahmi,dia memberi alasan bahawa ada kerja yang perlu dilakukan.

   Mereka bergerak ke Bandar selepas Misha menelefon Muaz untuk menyertai mereka atas permintaan Fazrin. Mereka bergerak selepas Muaz berjanji untuk berjumpa dihadapan Kenny’s Rogers Rooster. Mereka semua gembira tanpa mengetahui bala yang akan berlaku.
  
  Betul kata orang tua-tua,jangan terlalu gembira kerana kita akan menangis. Zara menarik Misha untuk pergi kearah butik yang terdapat diseberang jalan. Ketika Fazrin dan Muaz ingin melintas,datang sebuah kereta yang dipandu laju lalu melanggar Fazrin yang berada di tepi jalan. Kejadian yang berlaku menyebabkan nyawa Fazrin melayang.
                     ______________________________________________________

  “ Ini semua salah engkau perempuan,engkau memang bawa sial

  “ Sudahlah Ana,bukan salah Isha. Dah takdir Fazrin tinggalkan kita macam nie,”

    Misha menangis teresak-esak dipelukan Fina. Dia tahu jika mereka semua tidak pergi ke butik itu sudah tentu Fazrin masih hidup sekarang ini. Hati Misha telah tertanam dengan tekad bahawa kematian Fazrin adalah disebabkan oleh dia. Fahmi yang melihat dari jauh berasa sedih kerana membuatkan orang yang dia sayang bersedih tetapi dia melakukan semua itu kerana cinta. Demi mendapatkan hati Misha,dia terpaksa menghapuskan Fazrin untuk selama-lamanya.

4 comments:

Anonymous said...

cepat smbngnya..best la CKSD

Anonymous said...

free online dating software http://loveepicentre.com/map.php girls with tattooes dating

Anonymous said...

how to become dating companion http://loveepicentre.com/articles.php pinup girl dating

Anonymous said...

who is erin andrews dating http://loveepicentre.com/success_stories/ the very best dating sites
who is carter oosterhouse dating [url=http://loveepicentre.com/testimonials/]dating web site married people[/url] ladyboys seeking sex marriage dating
free filipina dating sites [url=http://loveepicentre.com/faq/]christians dating ads[/url] dating her best friend [url=http://loveepicentre.com/user/r4funs/]r4funs[/url] dating and disabilities