Followers

Sunday 6 May 2012

cerpen : Hak milik selamanya [ii]


      “Edrina….Edrina,” jerit Razif ketika aku melangkah masuk kedalam sekolah. Hari ini aku terpaksa pergi sekolah sendiri kerana Tengku Ikhram menyertai kursus di Pahang.

      Aku mempercepatkan langkah kerana aku seakan tahu tujuan Razif memanggilku. Tidak sanggup rasanya berjumpa dengan dengan Razif setelah aku berkahwin dengan Tengku Ikhram. Walaupun aku tahu Razif tidak serius dalam percintaan kami  ini tetapi tetap ada rasa bersalah dalam hati aku.

   Razif menarik tangan aku apabila panggilannya tidak dihiraukan. Perkara tersebut membuatkan aku tersentak.

    “ Apa nie Razif,kan saya dah cakap,saya tak suka lelaki bukan muhrim sentuh saya,” aku membentak  lalu menarik tangan dari pegangan Razif.

   Razif tersenyum sinis,” Tak suka…habis tu,tampar Aiman boleh la,”

   “Aiman tu sepupu saya kan,”

     “Oh sepupu…habis tu Tengku Ikhram tu sepupu jugak lah,”tengking Razif,” Bukan dulu awak juga cakap,awak benci dengan Tengku Ikhram. Sekarang bukan main lagi,main rebut-rebut kamera lagi tu,”

     Aku tersenyum sinis mendengar kata-kata  Razif. Perasaan cemburu yang meluap-luap jelas kelihatan dalam mata Razif. Dahulu Razif pernah mengatakan bahawa dia tidak akan mempunyai rasa cemburu jika aku bersama lelaki lain. Kini lain pula yang terjadi .

     “ Jadi awak nak cakap yang awak cemburu lah nie,”

     “Of course I’m . Lagipun Ikhram tu dah ada perempuan lain awak tahu tak. Semalam saya nampak dia keluar dengan sorang perempuan cantik,dengan rambut panjangnya,cara dia pakai pun nampak berstail. Awak nie dia cuma anggap mainan dia je,” kata Razif dengan panjang lebar.

   Aku hanya mengelengkan kepala dan berlalu pergi. Ketika berada di dalam bilik fotografi aku teringat tentang kejadian aku dan Tengku Ikhram bersiar-siar di mall semalam. Memang kami ada berjumpa dengan Razif tetapi Razif tidak mengenali aku kerana cara pemakaian yang berbeza.
                                       _______________________________________
Minggu lepas
  
    Aku dan Tengku ketika itu sedang berehat dirumah. Pada asal  kami nak pergi ke rumah mertua aku tetapi masa telefon mummy dan daddy tidak membenarkan kami kesana. Mereka mengatakan kami sepatutnya meluangkan masa bersama.

    “ Kita nak pergi mana nie sayang,bosan lah duduk rumah,” tanya Tengku Ikhram ketika kami sedang berehat di halaman rumah

  “Ermm…kita pergi tengok wayang nak. Dah lama saya tak pergi tengok wayang,”

     Tengku Ikhram hanya menggangukkan. Rasa macam nak melompat je dekat situ tapi mengenangkan Tengku ada dekat situ,cancel terus. Aku berlari naik atas untuk tukar baju,ingat nak pakai baju kurung dengan tudung tapi Tengku tak bagi sebab dia kata aku hipokrit. Jadi aku pakailah blouse dengan skirt paras lutut. Rambut aku lepaskan
.
  Kami pergi tengok cerita ‘ Cinta Kura-kura’ lepas tu jalan-jalan dekat mall. Aku masuk butik untuk beli baju bagi jamuan akhir tahun yang akan berlangsung lagi 3 minggu , tengku tak nak masuk sebab dia kata bosan tunggu orang perempuan  beli baju,lama sangat dia kata. Masa keluar,aku tengok Tengku tengah bersembang tapi aku tak tahu sapa sebab orang tu membelakangi aku.

       “ Sayang,”panggil Tengku apabila dia melihat aku berdiri dihadapan butik. Aku melangkah kea rah Tengku dengan rasa berdebar-debar. Aku cuba mengawal riak terkejut apabila melihat Razif yang sedang bersembang dengan Tengku Ikhram. Tengku mengenggan tangan aku bagi memberi semangat.

   “Tak nak kenalkan ke honey?” aku bertanya bagi menutup riak terkejut tetapi Tengku yang terkejut dengar aku panggil dia ‘honey’.

  “ Nie kawan honey, Razif. Dia satu sekolah dengan honey,”

 “ Hai, I’m Rin,” aku memperkenalkan diri.

 “Razif. Oklah Am,aku pergi dulu,nak cari Kamal,” aku hanya melihat Razif berlalu.

    Aku memandang Razif pergi dengan pandangan serba salah. Genggaman di tanganku seolah-olah memberikan aku kekuatan didalam diri.

   “It’s ok sayang. Everthing will be fine at the end of this year,” kata Tengku menyuruh aku simpan perasaan itu hingga akhir tahun ini
                           _____________________________________________________

    Fikirkan apa Edrin,” tanya satu suara dibelakang aku.

   “ Tak ada apa Fikri,just fikirkan masa depan,” aku menjawab sambil teresenyum kepada Fikri. Fikri merupakan ketua editor majalah dan surat khabar merangkap boss aku.

   Aku menyerahkan draf bagi penerbitan majalah sekolah yang akan keluar pada hujung bulan ini. Fikri hanya tersenyum melihat aku meberikan draf itu. Dia mengetahui hubungan aku dan Tengku tetapi dia tidak pernah membangkitkannya. Semua ahli kelab majalah sekolah yang seramai 5 orang mengetahui hubungan aku dan Tengku kerana seminggu selepas kami berkahwin,Tengku datang ke pejabat kami dan mencium pipi aku dihadapan mereka semua tanpa segan silu.

   “ Kalau engkau fikirkan pasal Razif,I’m sure yang Am ada cara nak atasinya. Dan aku tak lupa Cikgu Nazri,” kata Fikri bagi meberi semangat ,” and thank for this,”

    Aku dah pandang Fikri pelik bila dia mention nama Cikgu Nazri

  “ Engkau tak payah buat muka macam tu. Aku tahu Cikgu Nazri selalu kacau engkaukan. Ada je tercongok dekat depan bilik nie bila dia tak ada kelas,”

   “ Thanks Fik,engkau lah penasihat dan penyelamat aku terutama dati Cikgu Nazri ,” aku senyuman pada Fikri sebelum dia berlalu ke bilik pejabatnya.

    Sekarang sudah masuk bulan 7, peperiksaan SPM hanya tinggal beberapa bulan lagi. Aku perlu menumpukan sepenuh perhatian kepada itu.  Tengku pun banyak tolong aku jika aku tidak memahami sesuatu. Masalah paling besar aku Razif, Cikgu Nazri satu hal jugak. Dia tak pernah faham bila aku cakap aku tak nak dekat dia. Pening aku dengan dua lelaki nie

                             ­­­­­­­­­­­­­_________________________________________
     Jamuan akhir tahun yang julung-julung kai diadakan meriah dengan kehadiran semua pelajar Tingkatan 5 dan guru-guru. Aku dan Edrina jadi partner malam tu sebab tema dia Romeo & Juliet. Aku suru Rin cakap dekat Raif yang dia tak pergi majlis tu sebab bosan. Aku bukan apa,karang naik buku lima bila tengok Razif dengan Rin. Mula tu Rin bangkang jugak tapi bila aku cakap jangan derhaka terus dia senyap.

    Masa aku dengan Rin sampai semua mata pandang kitorang. Yelah selama nie aku mana pernah ada partner bila majlis. Habis handal pun aku bawak Fina,adik aku tu.

  “ Oit Am,senyap-senyap je engkau yek.” Afiq tegur aku,malam nie dia berpasangan dengan Tina kawan Rin. Tapi Tina pun tak kenal Rin.

  “ Mana adanya. Tak kan engkau tak kenal kot, Tina takkan tak kenal kawan sendiri,”

   Aku tengok Tina dengan Afiq pandang je muka Rin sampai naik merah muka Rin sebab malu. Nasib baik masa tu kitorang dah duduk dekat meja. Satu meja tu untuk empat orang je dan jarak antara satu meja dengan meja lain boleh tahan jauh.

  “ Edri..,” aku naik jari telunjuk dekat bibir bila Tina ada tanda-tanda nak menjerit nama Rin. Budak sorang nie bukannya boleh kira. Muka Rin pun dah cuak bila Tina nak menjerit tadi. Tina pulak bila nampak aku buat macam tu terus dia tutup mulut.

  “ Tina…jangan lah jerit,aku tahulah engkau excited sangat,” marah Rin tapi aku tengok comel je dia marah,rasa macam nak cubit-cubit pipi tu

  “ Sori..aku bukan apa,terkejut tengok engkau macam nie. Lepas tu jadi partner musuh sendirik pulak tu,”

  Selamba je Tina cakap macam tu,dah la depan aku. Afiq pula ketawa je tengok aku jelling Tina sebab tak puas hati. Kami borak sambil tengok majlis yang tengah berlangsung. Entah macam mana,tiba-tiba je Razif muncul dekat meja kitorang.

 “ Hai Rin, we meet again,” suka suki dia je tegur Rin, nie aku panas nie. Tina tu dia tak nak tegur pulak. Sherry yang dekat sebelah dia tu duduk bergesel je macam kucing parsi miang. Meluat aku tengok.

 “Ooh hai, Razif right,”

 “ Edrina mana Zif,aku tak nampak pun,” tanya Afiq bila tengok aku dah pandang Razif tak puas hati.

 “ Dia tak datang,katanya majlis nie bukan standard dia,”

   Tiba-tiba Aiman datang dekat meja kitorang. Razif dengan Aiman kan tak ngam, so bila Razif nampak je Aiman terus dia bla. Aiman nie mulut dia boleh tahan jugak. Aku rasa macam nak peluk je Aiman sebab save the day. Kalau tak tadi lagi lama lah dia menggula Rin.

    “ Majlis dengan segala hormatnya menjemput Tengku Ikhram bin Tengku Ikhmal untuk menyampaikan sebuah lagu,” pengerusi majlis dah sebut nama aku. Aku tengok Rin macam terkejut bila nama aku naik. Semua orang tepuk tangan bila aku naik atas pentas.

   “ Saya akan menyanyikan lagu ‘Ku Ingin Kamu’ . Lagu ini saya tujukan kepada my sweetheart, Puteri Edrina binti Datuk Mukhriz,” semua orang dah bersorak bila lampu menghala pada Rin. Muka Rin pun dah merah masa tu sebab malu plus  terkejut. Tapi ikutkan tak sapa kenal dia kecuali cikgu yang mengajar dia,geng aku dan budak photographer.

      Gitar dekat tangan aku petik seiring dengan band dekat belakang.
                                            
Dari semua yang aku jalani bersamamu
Ku ingin engkau jadi milikku
Ku ingin kau disampingku
Tanpa dirimu
Ku hanya manusia tanpa cinta
Dan hadirmu yang bisa membawa syurga dalam hatiku
(Korus)
Ku ingin engkau menjadi milikku
Aku akan mencintaimu
Menjagamu selama hidupku
Dan aku kan berjanji
Hanya kaulah yang kusayangi
Ku akan setia disini menemani..
Sentuhanmu bagaikan tangan sang dewi cinta
Yang berhiaskan bunga asmara
Dan membuatku tak kuasa
Ku ingin engkau menjadi milikku
Aku akan mencintaimu
Menjagamu selama hidupku
Dan aku kan berjanji
Hanya kaulah yang kusayangi
Ku akan setia disini menemani
Di setiap arung gerakmu
Tersimpan di hati kecilku
Bahawa dirimu terindah untukku
(Ulang korus)
(Ulang) (5x)
Selama ku masih bisa bertahan
Selama ku masih bisa bernafas
Selama Tuhan masih mengizinkan
ku ingin selalu menjagamu…

      Lepas aku habis nyanyi lagu tu semua orang tepuk tangan. Muka Rin macam orang tak percaya aku yang menyanyi. Aku dah duduk sebelah dia pun dia tak perasan sampailah aku gengam tangan dia.

  “ That song totally just for you sayang,” aku bisik di telinga Rin sebelum aku cium pipi dia. Aku tengok Cikgu Nazri dah pandang aku tajam. Cikgu tu memang ada hati dengan Rin dari dulu tapi Rin tak pernah layan. Aku bagi senyuman kemenangan sebab berjaya pikat hati Rin pada Cikgu Nazri dan Razif.
                                            ____________________________
  
    “Am,engkau pasti ke yang geng basket tak carik engkau,” tanya Afiq selepas mesyuarat pengawas.

    “ Untuk apa  diorang carik aku?” aku pelik dengan pertanyaan Afiq yang terlalu straight to the point. Tak pernah ada mukadimah budak sorang nie

     “Engkau dengan Edrina kan dah rapat sekarang nie. Takkan diorang tak carik engkau langsung,” kata Afiq dan mendapat persetujuan semua rakan-rakan aku.

     Aku hanya ketawa mendengar kata-kata Afiq. Sebenarnya aku ingin menutup perasaan terkejut dengan kenyataan Afiq sebentar tadi. Aku pasti sekarang Razif sedang berdendam dengan aku kerana pandangan dia lain ketika aku lalu di gelanggang basket sebentar tadi.

  “ Weh,gelak pulak dia. Kitorang serius nie, tapikan aku pelik lah. Bukan ke dulu engkau dengan Edrina tu musuh ke. Macam mana boleh couple pulak,” tegur Adham

  “ Guys dengar sini,aku akan pastikan Edrina jadi milik aku tau. Razif tu pun bukan serius dengan Edrina. Tengoklah habis sekolah nanti dia tinggallah Edrina tu. Pasal musuh tu…tu cerita lamalah. Aku nak pikat hati Edrina pulak sekarang nie,” aku menjawab dengan yakin.

   “ Am,am..kira engkau nak buat Edrina jadi milik engkau lah nie,” sampuk Afiq. Rakan-rakan aku yang lain hanya tersenyum.

   “ Kan aku pernah cakap,sekali sesuatu jadi milik aku,selamanya dia milik aku. Tak ada siapa yang boleh rampas dari aku,”

  Adham, Afiq dan yang lain yang tersenyum. Mereka semua sudah masak dengan prinsip aku yang satu itu. Kami bergerak untuk pulang kerumah kerana jam sudah menginjak ke pukul 6 petang. Tak sabar nak jumpa Rin dekat rumah,mesti dia dah muncung sebab aku janji nak balik pukul 5 tadi

            _________________________________________

    Eeii… geram aku,orang tua nie kata nak balik pukul 5 nie dah dekat pukul 6 tak balik jugak. Ntah-ntah dia pergi dating dengan perempuan lain. Tak-tak Rin engkau jangan fikir yang bukan-bukan,mana tau mesyuarat habis lambat. Eh, kenapa aku risau sangat,bukan pakwe aku pun tapi Tengku tu suami aku. Serabutnya kepala aku.

   Habis satu rumah aku tawaf. Last sekali aku duduk dekat sofa ruang tamu bukak fb,kan senang. Tengah aku syok chatting dengan Shahir budak photographer yang aku kenal dalam fb ,Tengku pun balik.

   “ Hai sayang,”

     Sibuk je nak tegur aku, dah la balik lambat. Aku diam je,biar Tengku yang tengah senyum sorang-sorang dekat sebelah aku. Muka Tengku berubah aku tengok lepas tengok aku tak layan dia. Mungkin dia tahu kot dia ada buat salah dengan aku.

  “ Sayang…sori balik lambat. Kawan abang ajak minum dekat gerai tadi, takkan abang nak tolakkan,”

   Mula dah drama swasta Tengku nie. Siap bahasakan diri dia ‘abang’ lagi,tapi sweet jugak Tengku nie. Kalaulah selalu macam nie. Eh bukan selalu ke! Cuma aku je yang tak layan. Jari telunjuk aku dah naik pastu singgah kat bibir.

    “ Ok macam nie, lepas SPM nanti kita pergi bercuti nak. Sayang cadangkan mana nak pergi,abang ikut je,” bila dengar je Tengku cakap macam tu,terus aku pandang dia. Aku nie sebenarnya tidur ke sedar nie? Tengku ajak aku pergi bercuti lepas SPM.

   “ Tengku pasti ke nie? Tengku tak demamkan,” tangan aku satu dekat dahi dia satu lagi dekat dahi aku. Nak pastikan lah yang suhu badan dia ok ke tak.

     Tengku ketawa je bila aku buat macam tu dekat dia,” Sayang nie lah, abang ok lah. Lagi satu cuba tukar perkataan ‘Tengku’ tu jadi ‘abang’,kita dah kawin dekat 5 bulan tau,”

    Aku sengih je bila dia cakap gitu. Yelah dari zaman kami gaduh aku panggil dia Tengku, lidah nie dah jadi terbiasa pulak. Nak tukar tu jadi susah lah. Last-last aku diam je dan tumpukan pada laptop bila aku tengok ada 5 mesej dari Shahir. Tengku pun menyibuk sekali tengok fb aku.

    “ Sapa Shahir nie sayang? tak pernah jumpa pun,”

   “ Kawan saya dalam fb, dia nie budak photographer jugak,” aku jawab selamba je walaupun aku nampak aura cemburu dekat muka Tengku tu. Aku tengok dia diam je lepas tu.

    Bila aku stop je chatting dengan Shahir, Tengku tarik laptop aku dekat dengan dia. Rupa-rupanya dia add  fb  dia ,lepas tu tukar status aku jadi  married. Mula tu aku nak marah tapi tak jadi bila aku tengok Tengku jeling dekat aku dengan pandangan mata seolah-olah cakap, ‘ jangan tanya kenapa tukar,’.

5 comments:

♥ ♥ ♥ Ratu Adriana Nadine ♥ ♥ ♥ said...

best :)

Mawar Berduri said...

Da hantar cerpen kat pesta cerpen warna kaseh? jomlah hantar. da boleh da nie. :) gud luck!

Zananis Ali said...

amboih jeles betul tengku tu ek... bila nak sambung? :)

H.A.C.K.S said...

inyallah nanti saya sambung,sekarng nie tngah buy sbb periksa,xde masa nak tulis asyik tengok buku je

Unknown said...

hebat lh crita ni..sy suka..trbaik..