Followers

Tuesday 29 May 2012

cerpen hak milik selamanya [iii]



5 bulan kemudian
    Akhirnya habis jugak peperiksaan SPM,Tengku dah habis dua minggu lepas sebab dia ambik sains tulen. Tinggallah aku terkontang kanting dekat dewan periksa menghabiskan saat-saat terakhir. Tengku cakap fair sebab seminggu aku break  periksa. Nak buat macam mana dah jadual tu dah susun macam tu,sape suruh ambik sains tulen,kan dah penat sebab straight 2 minggu berturut-turut. Nie pun nasib baik Tengku nak hantar aku pergi periksa,kalau tak satu hal pulak nak tunggu Pak Ali.

     Masa aku keluar dari dewan periksa,aku tengok Razif and the gang tengah lepak dekat wakaf. Bila Razif nampak aku terus dia panggil. Maybe nak settelkan soal kontrak tu kot. Aku memang dah ready,Tengku pun aku tengok happy je hari nie,siap suruh aku cium pipi dia lagi sebelum turun kereta.

     “Edrina…Edrina…Edrina,engkau tau kan yang hari nie hari last kita couple?”tanya Razif sambil melemparkan senyuman sinis.

     Aku angguk je bila dengar dia cakap macam tu. Aku mula rasa tak sedap hati bila tengok senyuman tu. Baik aku settle benda nie cepat sebelum perkara yang tak diingini berlaku.
  
     “ Sebelum aku putus kan hubungan nie,aku nak bagi tahu dekat engkau dan semua orang dekat sini sesuatu,” suara Razif makin tinggi bila dah ramai orang berkumpul dekat sekeliling kami,” Aku nak semua orang tahu yang budak Edrina nie,cinta kan Tengku Ikhram,”
   
     Aku tersentak bila dengar Razif kata macam tu. Memang aku ada bagitahu dia pasal perasaan aku pada Tengku tapi itu tahun lepas. Tak sangka aku yang Razif ingat lagi tentang tu. Tajam juga ingatan budak sorang nie.
   
    “Eh perempuan aku nak engkau sedar sikit. Ikhram tu tak sesuai dengan engkau. Kalau perempuan macam engkau nie,sepuluh dia boleh dapat lah,” kata Razif lagi. Hati aku terasa bagai dihiris dengan pisau mendengar kata-kata tersebut.
  
   Rakan-rakan yang lain semua mentertawakan aku. Mereka seolah-olah membandingkan tentang rupa aku sekarang digandingkan dengan Tengku. Mata aku dah bertakung dengan air mata,bila-bila masa aje air mata nie boleh jatuh. Aku tak nak jatuhkan air muka aku depan lelaki tak guna nie tapi aku tak tahan dengar diorang mengejek aku.

     Tangan aku naik untuk menumbuk muka Razif tetapi pergerakan aku dihalang dengan satu tangan. Sementara itu ada satu lagi tangan menghayun menumbuk muka Razif. Orang disekeliling tercenggang dengan kejadian yang mengejutkan itu. Aku memandang tuan punya tangan yang memegang tangan aku. Aku melihat Aiman sedang tersenyum pada aku tetapi siapa yang tumbuk Razif sebab Aiman duduk sebelah kanan dan tangan yang menumbuk datang dari sebelah kiri. Bau minyak wangi Giargio Armani yang menyapa deria bau aku membuatkan aku tahu siapa yang menumbuk Razif.
                                 ________________________________________________________________
   
    “ Hei Am,buat apa dekat sini. Bukan exam engkau habis minggu lepas ke?”tanya Aiman masa aku tengah tunggu Rin dekat depan sekolah. Masa tu dah pukul 5.15,Rin habis periksa pukul 5.30,kira awal jugak lah aku sampai.

    “ Aku nak ambik Rin,saja lah nak jadi drebar tak berbayar,” aku tersenyum pada Aiman
  
     Kami berdua bersembang sampailah kami nampak budak-budak exam baru keluar dari dewan. Aku tengok jam dah pukul 5.30 petang. Aiman ajak aku duduk dekat wakaf berhampiran dengan pondok pengawal,senang sikit Rin nak nampak kitorang. Tengah syok aku layan game angry bird dalam tab aku tiba-tiba Aiman siku aku.
  
   “Apa dia,engkau jangan lah kacau aku tengah syok main nie,”
  
   “Tu kenapa ramai sangat budak dekat hujung sana tu,”kata Aiman. Aku memandang kearah yang ditunjukkan Aiman. Kami berdua berjalan kesana bagi mendapatkan kepastian. Tiba-tiba aku dengar suara Razif and the gang gelak.

      “Aiman…tolong Edrina,Aiman. Razif tengah malukan dia depan semua orang tu,” kata Tasha kalut apabila melihat aku dan Aiman.
  
     Aiman meluru kearah orang ramai bagi mendekati Rin,aku ikut langkah Aiman. Masa tengah sesak-sesak tu aku dengar Razif cakap, ,” Aku nak semua orang tahu yang budak Edrina nie,cinta kan Tengku Ikhram,”. Hati aku jadi panas bila mendengar kata-kata tersebut.

     Aiman menangkap tangan Rin yang dah mula naik untuk menumbuk muka Razif. Tangan aku terus melepaskan tumbukan padu dekat muka jantan keparat nie. Aku tengok semua orang terdiam bila tengok Razif dah tergolek dekat atas tanah. Rasakan penangan sebab sakitkan hati pengarang jantung aku nie.

      “Weh Razif,engkau dengar sini ye,korang semua pun sama. Edrina adalah buah hati aku,jadi sesiapa yang berani ganggu dia,korang kena berdepan dengan aku dan Aiman,” aku meninggikan suara bagi memastikan semua orang dengar.

      Razif bangun dengan dibantu oleh rakan-rakan dia,” Ikhram,engkau memang jenis tak cukup satukan. Engkau dah ada Rin,kenapa engkau nak dekat Edrina nie pulak. Kalau engkau sudi,engkau bagi jelah Rin tu dekat aku,” Razif lantang bersuara dan orang sekeliling menganggukkan kepala.

      Aiman ketawa lepas mendengar kata-kata Razif sebentar tadi,aku hanya mengelengkan kepala melihat bertapa bodohnya Razif selama ini. Rin pandang aku tajam bila tengok aku senyum nakal. Dia tarik muncung bila aku kenyit mata dekat dia.

     “ Nak kata bodoh,tak baik. Simple je aku nak cakap,aku tak akan lepaskan Rin dan aku tak akan tinggalkan Edrina,”
   
      Aku menarik tangan Rin kearah kereta,meninggalkan diorang dengan keadaan tercengang dengan kata-kata aku. Aiman berlalu ke kereta apabila segala urusan selesai. Sepanjang perjalanan aku hanya tersenyum manakala Rin memuncung je.

      “Aku tak akan lepaskan Rin dan aku tak akan tinggalkan Edrina, huh…what a stupid statement that you did just now,” ejek Rin setelah sekian lama mendiamkan diri
   
    “Ok what,daripada abang bagi tahu semua orang yang sayang adalah Rin. Baik abang cakap macam tu,lagi selamat,” aku menjawab sambil mencuit tangan Rin

       Rin tampar tangan aku. Aku membelokkan kereta ke pantai bagi mencari ketenangan. Kami berdua berdiri dihadapan kereta sambil menikmati angin pantai yang menyapa. Aku menghadiahkan ciuman di dahi Rin bila dia terus membisu. Dia terus pandang aku dengan pandangan tak puas hati. Tiba-tiba henset Rin bunyi,tertera nombor Razif diatasnya.
   
        Aku memberi isyarat kepada Rin untuk mengangkat panggilan tu. Rin menjawab panggilan tersebut dan membuka pembesar suara bagi memberi peluang kepada untuk mendengar perbualan mereka diorang.
       

         “Hello,whose there?”
       
        “ Hai Rin,Razif here,”
     
        “Oh,hai Razif! Can I help you then,”
       
       “ Yes,its about your boyfriend Ikhram,”
        
     “ Kenapa dengan Am ye,rasanya baru tadi I jumpa dia,”

     “ Dia ada orang lain belakang you,dia saja nak mainkan perasaan you. Kalau you tak percaya you boleh tanya kawan-kawan I,”
    
    “ Are you sure its him sebab tak pernah lagi dia miss date dengan I,”
   
   Aku dah kepal penumbuk dengar perbualan Razif dengan Rin. Lahabau punya jantan,dia mengadu betul-betul dekat Rin pasal kejadian dekat sekolah tadi. Kalau dia tahu siapa Rin,mesti dia tak buat macam sekarang nie.
  
    “ Yes,you siasat betul-betul..kalau you nak maklumat pasal perempuan tu I boleh bagi,”

    “ Ok then,thanks for the information,” Rin tamat perbualan telefon lepas tu pandang muka aku yang dah merah tahan marah. Ada ke patut dia bantai gelak tengok muka aku. Aku geram sangat,aku tarik dia masuk kereta lepas tu balik rumah. Sepanjang perjalanan tu,dia gelak je tapi aku happy sebab Rin dah tak sedih dah.
             ______________________________________________________________________________
KLIA
   
    Seperti yang dijanjikan,hari nie aku nak bawak Rin honeymoon dekat Paris. Itu pun sebab dia yang nak sangat pergi sana. Demi buah hati tercinta,aku ikut jelah. Kalau ikutkan aku,aku nak pergi Europe je tapi Rin dah potong jalan dulu. Dengan muka comel dia tu,tak tahan aku.

     “ Am..jaga Rin elok-elok tau,” pesan mak mertua aku sebelum kami berdua berangkat pergi.

     “ Awak nie Mah,tahu lah menantu kita nie nak jaga anak kesayangan awak tu,” aku tersenyum apabila mendengar pembelaan daripada ayah mertua aku.
  
    Kami berdua bergerak ke balai berlepas selepas pengumuman dibuat. Daripada rumah lagi keluarga kami dah pesan macam-macam,sampai otak aku pun dah tepu nak simpan semua. Masa kami nak masuk balai berlepas tadi pun mama dengan ibu dah meleleh air mata. Yelah menantu kesayangan diorang nak pergi jauh. Dekat aku diorang tak risau pulak,haih..tak faham aku.
             ___________________________________________________________________________
  Paris
    
   Sampai dekat Paris dalam pukul 10 pagi, kitorang terus check in dekat hotel Pullman Paris Tour Eiffel. Tengku yang tempah ,aku ikut je. Tapi best jugak sebab dekat dengan Menara Eiffel, Arc de Triomphe dan Les invalids,syoknye dah lama aku berangan nak pergi sini. Tapi tulah Tengku ambik honeymoon suite,nak larang tak boleh sebab dia kata kalau bantah pergi Europe je.

    Masuk-masuk bilik hotel,aku carik katil dulu sebab penat sangat. 13 jam atas kapal terbang mana tak penat,nak tido tak boleh sebab malu dengan Tengku dekat sebelah. Masa tengah syok baring tiba-tiba ada tangan menjalar dekat pinggang aku. Rupa-rupanya pakcik tu tengah syok peluk aku sambil baring sebelah aku. Nak bantah tapi mata dah tak larat sangat,biar jelah.

       Aku bangun masa Tengku gerak untuk solat zohor. Tenang je rasa masa dengar Tengku baca doa selepas solat. Aku cium tangan dia lepas habis doa dibaca,rasa macam ada air yang nyaman menyimbah dekat hati.

     “ Sayang nak pergi mana lepas nie?”Tengku tanya masa aku tengah bukak telekung.
    
    “ Abang nak pergi mana, Rin ikut je,” aku senyum je lepas cakap maam tu. Aku dah tekad nak berubah lepas apa yang jadi sebelum nie. Aku boleh tengok muka gembira dekat muka Tengku bila aku panggil dia ‘abang’ tadi.
  
   Tengku datang dekat aku kemudian peluk pinggang aku,” Sayanggggg…betul ke apa abang dengar tadi?”
  
   “ Mestilah betul,Rin dah tekad nak berubah tau. Abang jangan lah usik,”aku buat-buat merajuk dengan Tengku. Padahal aku suka bila dia buat macam tu,rasa macam di sayangi je.
                             ___________________________________________________________
   
    Kami pusing satu Kota Paris,macam-macam kami beli tapi semua tu duit abang. Dia yang suka rela belanja aku open je. Lagipun ini semua untuk parents kitorang jugak. Seronok jugak honeymoon dengan abang. Yelah dulu aku tengok dia serius je dekat sekolah.
  
      “ Abang..,” aku panggil dia masa kitorang lepak dekat atas Eiffel Tower.
   
      “ Ye sayang,”
  
      “ Thanks for the best honeymoon ever,” aku cium pipi dia yang sedang peluk aku dari belakang. Senyuman manis abang hadiahkan dekat aku. Aku suka tengok dia senyum sebab nampak lesung pipit dekat pipi kanan.
   
       “Your are welcome sayang,”
                              ________________________________________________________________
  
9 tahun kemudian
    
      Dah hampir 9 tahun aku kawin dengan Rin, sekarang kami dah dikurniakan seorang cahaya mata Rayyan Iskandar. Alhamdulillah papa bagi aku kerja dekat syarikat sebagai CEO Global Holdings. Sejak Rayyan lahir makin bertambah-tambah rezeki kami. Rin aku tak bagi kerja sebab susah nanti siapa nak jaga makan minum aku.
    
    “ Sayang,abang dah balik,”
    
    “ Papa,mama macak ayam goleng,” permata hati aku datang sambil pegang ayam goring dekat tangan kanan. Comel je aku tengok Rayyan jalan terkedek-kedek datang dekat aku.
  
      Aku dukung Rayyan bila dia sampai dekat aku. Bukan main semangat lagi Rayyan, tak padan dengan umur baru 3 tahun. Rin datang dekat aku lepas tu salam tangan aku,aku tarik dia dekat lepas tu hadiahkan ciuman dekat dahi dia. Kami bertiga melabuhkan diri diatas sofa.
   
     “ Tadi Aiman dengan Tasha datang,diorang jemput pergi reunion dekat Hotel Pasifik,”
     
      Alhamdulillah Aiman dengan Tasha dah selamat melangsungkan perkahwinan tahun lepas. Masa tu kitorang baru je dapat tender untuk projek mega. Kira kenduri Aiman tu grand lah jugak. Aiman pegang jawatan arkitek dan Tasha setiausaha dia dekat syarikat papa. Kira Ok lah suami isteri kerja sekali.
    
     “ Bila reunion tu sayang, Aiman tak cakap pun dekat abang,”
    
      “ Dia tak nak ganggu abang sebab abang busy sangat hari nie. Aiman cakap minggu depan hari sabtu,”
    
       “ Hari sabtu minggu depan ye,” otak aku nie kena scan jugak mana tahu ada program apa-apa minggu depan,” Boleh lah,kita bawak Rayyan sekali,”
    
        “Ok,”
      
        Aku dan Rin bergerak ke meja makan bila Mak Timah panggil kitorang minum petang. Mak Timah still dengan kitorang bagi meringankan kerja Rin. Tak sanggup aku tengok Rin terkejar sana sini sorang-sorang. Tu pun puas pujuk mama dengan ibu bagi Mak Timah stay dengan kitorang.
         _________________________________________________________________________________
      
    Majlis reunion tu berjalan dengan penuh gilang gemilang. Ramai yang terkejut tengok aku datang dengan Rin bawak Rayyan sekali. Lupa nak cakap Rin dah pakai tudung,dia kata mahkota dia cuma untuk aku je. Alhamdulillah ringan beban aku.
  
    “ Weh bro,mana lagi sorang. Kata 2 orang,” sakat Afiq.
   
     “ Sorang lagi tu dalam perut,tahun depan keluar lah,”
    
     “ Sorry Rin,saja menyakat korang. 2 tahun tak jumpa,” Afiq mintak maaf dekat Rin. Rayyan dekat tangan aku dari tadi lagi dia kacau. Dia kata geram sebab Rayyan comel sangat. Tengoklah baka sapekan.
   
    Tadi aku ada nampak Razif dengan sorang perempuan cantik. Girlfriend dia kot. Aku try tanya Rin kalau-kalau dia nak dekat Razif. Sekali cubit ketam yang aku dapat. Rin sejak mengandung anak kedua nie makin garang aku tengok. Salah sikit cubit,abah cakap dia ikut perangai ibu masa mengandungkan dia dulu. Sabar jelah.
    
     “ Hey Am,engkau dekat Rin dah break ye. Yelah engkau kawin dengan Edrina,” tiba-tiba je Razif datang dekat aku tanya soalan luar alam macam tu. Nampak sangat dia nak try Rin.
  
     “ Kenapa,engkau nak dekat Rin ke? Tak cukup Stella tu,” aku perli dia sambil suap makanan dekat Rayyan. Rin dah kena tarik dengan Tasha pergi jumpa geng-geng lama diorang.
    
     “ Well,mana tahu dapat. Kalau dapat Rin,Stella tu pun aku sanggup tinggal tau,”
     
    “ Engkau dengar sini ek, kan aku pernah cakap dulu yang aku tak akan lepaskan Rin dan aku tak akan tinggalkan Edrina,”
  
    “ Weh,engkau sedar sikit yang engkau dah ada anak dengan Edrina. Tak kan engkau still nak dekat Rin,” suara Razif menjerit menyebabkan semua oaring pandang dekat kami. Aku tak kisah pun sebenarnya,tapi aku risau kalau-kalau dia apa-apakan Rayyan. Aku serahkan Rayyan dekat Afiq sebelum berdiri depan Razif.
  
      “ Aku sedar dan aku tahu. Tapi aku boleh cakap macam tu sebab aku dah dapat dua-dua,Rin dan  Edrina dan aku sayang kedua-duanya,”
  
   “ Maksud engkau?” Razif dah mula pening dengan kenyataan aku tu.
  
    “ Edrina dan Rin adalah orang yang sama,” lepas je Razif dengar aku cakap macam tu,dia terus tarik Stella keluar dari majlis tu.
  
     Aku hanya tersenyum pada Rin bila aku tengok mata dia dah bertakung dengan air mata. Aku naik atas pentas bila pengacara umumkan nama aku untuk nyanyikan sebuah lagu. Aku sampaikan lagu ‘Permaisuriku’ khas untuk Rin.
Kau yang ku selalu ku puja
Yang selalu ku damba
Didalam hatiku didalam jiwaku
Kau begitu indah tak pernah ku sangka
Hadirnya dirimu merubah hidupku
Begitu memikat kau mampu hapuskan
Pesona dirimu didalam benak ku
Percayalah sayang
Hanyalah dirimu yang membuatku bahagia

Kau permaisuriku, pujaan hatiku
Berikan aku satu senyuman yang terindah
Semoga cinta kita selalu abadi untuk selamanya
Bersama kita akan belayar ke dewana
Kau sang belahan jiwa
Yang telah ku nantikan sepanjang hidupku
Kau luruhkan aku hangatmu terasa
Bagaikan sang suria terangi diriku warnai hidupku
Selalu ku harap kita kan bersama
Ku genggam tanganmu hingga akhir waktu
Percayalah sayang
Hanyalah dirimu yang membuat ku bahagia
Kau permaisuriku pujaan hatiku
Berikan aku satu senyuman yang terindah
Semoga cinta kita selalu abadi untuk selamanya
Bersama kita akan belayar ke dewana
Kaulah permaisuriku pujaan ku selalu
Berikan senyumanmu yang terindah
Kau permaisuriku, pujaan hatiku
Berikan aku satu senyuman yang terindah
Semoga cinta kita selalu abadi untuk selamanya
Bersama kita akan belayar ke dewana
                      ­­­­­­­_______________________________________________________

      Aku terharu sangat bila dengar dengar abang cakap macam tu dekat Razif. Tak sangka yang dia akan bocorkan rahsia tu setelah sekian lama ia tersimpan. Air mata aku hampir menitik bila dia sampaikan lagu ‘Permaisuriku’. Tak sangka pilihan abah dengan ibu adalah pilihan yang tepat.
   “ I love you sayang,” syahdu rasa bila dia cakap macam tu. Masa tu kitorang dah balik dari reunion tu. Rayyan pun dah tido dekat bilik dia.
   “ Thanks for the song,”
   “ Welcome,sampai bila-bila pun hanya sayang dalam hati abang,” aku senyum je bila dia cakap macam tu. Tiada kata yang boleh diucapkan lagi.
  Semoga kami dapat mengharungi alam perkahwinan dengan tabah dan kental. Insyaallah..

11 comments:

Zananis Ali said...

ending yang sweet.. :)

Anonymous said...

best jgk cerpen ni ...nice rin dgn t.ikram..

nexx-novel said...

saya tak pandai buat cerita yang happy ending, camne ek..

s'kid said...

Best.. sy baca tiga3 skali td.. nice.. keep it up!! i like it..

H.A.C.K.S said...

thanks...
nexx-novel : sebenrnye saya pon x pandai buat happay ending,tau2 jadi je

Unknown said...

swwet nyer... teringgat zaman sekolah dulu..

Unknown said...

aaa!! sweet nyer..

Anonymous said...

Sweet...

Miss Writer said...

Bestlah..nk kahwin gak umor 17..haha..mslahnya dh umor 18...haha sweet gile t.ikram..hope dpt laki cmtu..haha
Btw..jmputlah jngah ke blog sye gurlzisme.blogspot.com. truskan brkarya!!

ilnasyh said...

terbayang bayang ikhram kita

Unknown said...

so sweet😍😍😙😙