5 bulan kemudian
Akhirnya habis jugak peperiksaan SPM,Tengku
dah habis dua minggu lepas sebab dia ambik sains tulen. Tinggallah aku
terkontang kanting dekat dewan periksa menghabiskan saat-saat terakhir. Tengku
cakap fair sebab seminggu aku break periksa. Nak buat macam mana dah jadual tu dah
susun macam tu,sape suruh ambik sains tulen,kan dah penat sebab straight 2 minggu berturut-turut. Nie
pun nasib baik Tengku nak hantar aku pergi periksa,kalau tak satu hal pulak nak
tunggu Pak Ali.
Masa
aku keluar dari dewan periksa,aku tengok Razif and the gang tengah lepak dekat
wakaf. Bila Razif nampak aku terus dia panggil. Maybe nak settelkan soal
kontrak tu kot. Aku memang dah ready,Tengku pun aku tengok happy je hari
nie,siap suruh aku cium pipi dia lagi sebelum turun kereta.
“Edrina…Edrina…Edrina,engkau tau kan yang hari nie hari last kita
couple?”tanya Razif sambil melemparkan senyuman sinis.
Aku angguk je bila
dengar dia cakap macam tu. Aku mula rasa tak sedap hati bila tengok senyuman
tu. Baik aku settle benda nie cepat sebelum perkara yang tak diingini berlaku.
“ Sebelum aku putus
kan hubungan nie,aku nak bagi tahu dekat engkau dan semua orang dekat sini
sesuatu,” suara Razif makin tinggi bila dah ramai orang berkumpul dekat
sekeliling kami,” Aku nak semua orang tahu yang budak Edrina nie,cinta kan
Tengku Ikhram,”
Aku tersentak bila
dengar Razif kata macam tu. Memang aku ada bagitahu dia pasal perasaan aku pada
Tengku tapi itu tahun lepas. Tak sangka aku yang Razif ingat lagi tentang tu.
Tajam juga ingatan budak sorang nie.
“Eh perempuan aku
nak engkau sedar sikit. Ikhram tu tak sesuai dengan engkau. Kalau perempuan
macam engkau nie,sepuluh dia boleh dapat lah,” kata Razif lagi. Hati aku terasa
bagai dihiris dengan pisau mendengar kata-kata tersebut.
Rakan-rakan yang lain semua mentertawakan aku.
Mereka seolah-olah membandingkan tentang rupa aku sekarang digandingkan dengan
Tengku. Mata aku dah bertakung dengan air mata,bila-bila masa aje air mata nie
boleh jatuh. Aku tak nak jatuhkan air muka aku depan lelaki tak guna nie tapi
aku tak tahan dengar diorang mengejek aku.
Tangan aku naik
untuk menumbuk muka Razif tetapi pergerakan aku dihalang dengan satu tangan.
Sementara itu ada satu lagi tangan menghayun menumbuk muka Razif. Orang
disekeliling tercenggang dengan kejadian yang mengejutkan itu. Aku memandang
tuan punya tangan yang memegang tangan aku. Aku melihat Aiman sedang tersenyum pada
aku tetapi siapa yang tumbuk Razif sebab Aiman duduk sebelah kanan dan tangan
yang menumbuk datang dari sebelah kiri. Bau minyak wangi Giargio Armani yang
menyapa deria bau aku membuatkan aku tahu siapa yang menumbuk Razif.
________________________________________________________________
“ Hei Am,buat apa
dekat sini. Bukan exam engkau habis minggu lepas ke?”tanya Aiman masa aku
tengah tunggu Rin dekat depan sekolah. Masa tu dah pukul 5.15,Rin habis periksa
pukul 5.30,kira awal jugak lah aku sampai.
“ Aku nak ambik
Rin,saja lah nak jadi drebar tak berbayar,” aku tersenyum pada Aiman
Kami berdua
bersembang sampailah kami nampak budak-budak exam baru keluar dari dewan. Aku
tengok jam dah pukul 5.30 petang. Aiman ajak aku duduk dekat wakaf berhampiran
dengan pondok pengawal,senang sikit Rin nak nampak kitorang. Tengah syok aku
layan game angry bird dalam tab aku tiba-tiba Aiman siku aku.
“Apa dia,engkau
jangan lah kacau aku tengah syok main nie,”
“Tu kenapa ramai sangat
budak dekat hujung sana tu,”kata Aiman. Aku memandang kearah yang ditunjukkan
Aiman. Kami berdua berjalan kesana bagi mendapatkan kepastian. Tiba-tiba aku
dengar suara Razif and the gang gelak.
“Aiman…tolong
Edrina,Aiman. Razif tengah malukan dia depan semua orang tu,” kata Tasha kalut
apabila melihat aku dan Aiman.
Aiman meluru kearah
orang ramai bagi mendekati Rin,aku ikut langkah Aiman. Masa tengah sesak-sesak
tu aku dengar Razif cakap, ,” Aku nak semua orang tahu yang budak Edrina
nie,cinta kan Tengku Ikhram,”. Hati aku jadi panas bila mendengar kata-kata
tersebut.
Aiman menangkap
tangan Rin yang dah mula naik untuk menumbuk muka Razif. Tangan aku terus
melepaskan tumbukan padu dekat muka jantan keparat nie. Aku tengok semua orang
terdiam bila tengok Razif dah tergolek dekat atas tanah. Rasakan penangan sebab
sakitkan hati pengarang jantung aku nie.
“Weh Razif,engkau
dengar sini ye,korang semua pun sama. Edrina adalah buah hati aku,jadi sesiapa
yang berani ganggu dia,korang kena berdepan dengan aku dan Aiman,” aku
meninggikan suara bagi memastikan semua orang dengar.
Razif bangun dengan
dibantu oleh rakan-rakan dia,” Ikhram,engkau memang jenis tak cukup satukan.
Engkau dah ada Rin,kenapa engkau nak dekat Edrina nie pulak. Kalau engkau
sudi,engkau bagi jelah Rin tu dekat aku,” Razif lantang bersuara dan orang
sekeliling menganggukkan kepala.
Aiman ketawa lepas
mendengar kata-kata Razif sebentar tadi,aku hanya mengelengkan kepala melihat
bertapa bodohnya Razif selama ini. Rin pandang aku tajam bila tengok aku senyum
nakal. Dia tarik muncung bila aku kenyit mata dekat dia.
“ Nak kata bodoh,tak
baik. Simple je aku nak cakap,aku tak akan lepaskan Rin dan aku tak akan
tinggalkan Edrina,”
Aku menarik tangan
Rin kearah kereta,meninggalkan diorang dengan keadaan tercengang dengan
kata-kata aku. Aiman berlalu ke kereta apabila segala urusan selesai. Sepanjang
perjalanan aku hanya tersenyum manakala Rin memuncung je.
“Aku tak akan
lepaskan Rin dan aku tak akan tinggalkan Edrina, huh…what a stupid statement
that you did just now,” ejek Rin setelah sekian lama mendiamkan diri
“Ok what,daripada
abang bagi tahu semua orang yang sayang adalah Rin. Baik abang cakap macam
tu,lagi selamat,” aku menjawab sambil mencuit tangan Rin
Rin tampar tangan
aku. Aku membelokkan kereta ke pantai bagi mencari ketenangan. Kami berdua
berdiri dihadapan kereta sambil menikmati angin pantai yang menyapa. Aku
menghadiahkan ciuman di dahi Rin bila dia terus membisu. Dia terus pandang aku
dengan pandangan tak puas hati. Tiba-tiba henset Rin bunyi,tertera nombor Razif
diatasnya.
Aku memberi
isyarat kepada Rin untuk mengangkat panggilan tu. Rin menjawab panggilan
tersebut dan membuka pembesar suara bagi memberi peluang kepada untuk mendengar
perbualan mereka diorang.
“Hello,whose there?”
“ Hai Rin,Razif here,”
“Oh,hai Razif! Can I help you then,”
“ Yes,its about your boyfriend Ikhram,”
“ Kenapa dengan Am ye,rasanya baru tadi
I jumpa dia,”
“ Dia ada orang lain belakang you,dia saja
nak mainkan perasaan you. Kalau you tak percaya you boleh tanya kawan-kawan I,”
“ Are you sure its him sebab tak pernah lagi
dia miss date dengan I,”
Aku dah kepal
penumbuk dengar perbualan Razif dengan Rin. Lahabau punya jantan,dia mengadu
betul-betul dekat Rin pasal kejadian dekat sekolah tadi. Kalau dia tahu siapa
Rin,mesti dia tak buat macam sekarang nie.
“ Yes,you siasat betul-betul..kalau you nak
maklumat pasal perempuan tu I boleh bagi,”
“ Ok then,thanks for the information,” Rin
tamat perbualan telefon lepas tu pandang muka aku yang dah merah tahan marah.
Ada ke patut dia bantai gelak tengok muka aku. Aku geram sangat,aku tarik dia
masuk kereta lepas tu balik rumah. Sepanjang perjalanan tu,dia gelak je tapi
aku happy sebab Rin dah tak sedih dah.
______________________________________________________________________________
KLIA
Seperti yang
dijanjikan,hari nie aku nak bawak Rin honeymoon dekat Paris. Itu pun sebab dia
yang nak sangat pergi sana. Demi buah hati tercinta,aku ikut jelah. Kalau
ikutkan aku,aku nak pergi Europe je tapi Rin dah potong jalan dulu. Dengan muka
comel dia tu,tak tahan aku.
“ Am..jaga Rin
elok-elok tau,” pesan mak mertua aku sebelum kami berdua berangkat pergi.
“ Awak nie Mah,tahu
lah menantu kita nie nak jaga anak kesayangan awak tu,” aku tersenyum apabila
mendengar pembelaan daripada ayah mertua aku.
Kami berdua
bergerak ke balai berlepas selepas pengumuman dibuat. Daripada rumah lagi
keluarga kami dah pesan macam-macam,sampai otak aku pun dah tepu nak simpan
semua. Masa kami nak masuk balai berlepas tadi pun mama dengan ibu dah meleleh
air mata. Yelah menantu kesayangan diorang nak pergi jauh. Dekat aku diorang
tak risau pulak,haih..tak faham aku.
___________________________________________________________________________
Paris
Sampai dekat Paris
dalam pukul 10 pagi, kitorang terus check
in dekat hotel Pullman Paris Tour Eiffel. Tengku yang tempah ,aku ikut je. Tapi
best jugak sebab dekat dengan Menara Eiffel, Arc de Triomphe dan Les invalids,syoknye
dah lama aku berangan nak pergi sini. Tapi tulah Tengku ambik honeymoon suite,nak
larang tak boleh sebab dia kata kalau bantah pergi Europe je.
Masuk-masuk bilik
hotel,aku carik katil dulu sebab penat sangat. 13 jam atas kapal terbang mana
tak penat,nak tido tak boleh sebab malu dengan Tengku dekat sebelah. Masa tengah
syok baring tiba-tiba ada tangan menjalar dekat pinggang aku. Rupa-rupanya
pakcik tu tengah syok peluk aku sambil baring sebelah aku. Nak bantah tapi mata
dah tak larat sangat,biar jelah.
Aku bangun masa Tengku gerak untuk solat
zohor. Tenang je rasa masa dengar Tengku baca doa selepas solat. Aku cium
tangan dia lepas habis doa dibaca,rasa macam ada air yang nyaman menyimbah
dekat hati.
“ Sayang nak pergi
mana lepas nie?”Tengku tanya masa aku tengah bukak telekung.
“ Abang nak pergi
mana, Rin ikut je,” aku senyum je lepas cakap maam tu. Aku dah tekad nak
berubah lepas apa yang jadi sebelum nie. Aku boleh tengok muka gembira dekat
muka Tengku bila aku panggil dia ‘abang’ tadi.
Tengku datang dekat aku
kemudian peluk pinggang aku,” Sayanggggg…betul ke apa abang dengar tadi?”
“ Mestilah betul,Rin
dah tekad nak berubah tau. Abang jangan lah usik,”aku buat-buat merajuk dengan
Tengku. Padahal aku suka bila dia buat macam tu,rasa macam di sayangi je.
___________________________________________________________
Kami pusing satu
Kota Paris,macam-macam kami beli tapi semua tu duit abang. Dia yang suka rela belanja
aku open je. Lagipun ini semua untuk parents kitorang jugak. Seronok jugak
honeymoon dengan abang. Yelah dulu aku tengok dia serius je dekat sekolah.
“ Abang..,” aku panggil dia masa kitorang
lepak dekat atas Eiffel Tower.
“ Ye sayang,”
“ Thanks for the
best honeymoon ever,” aku cium pipi dia yang sedang peluk aku dari belakang. Senyuman
manis abang hadiahkan dekat aku. Aku suka tengok dia senyum sebab nampak lesung
pipit dekat pipi kanan.
“Your are welcome sayang,”
________________________________________________________________
9 tahun kemudian
Dah hampir 9 tahun
aku kawin dengan Rin, sekarang kami dah dikurniakan seorang cahaya mata Rayyan
Iskandar. Alhamdulillah papa bagi aku kerja dekat syarikat sebagai CEO Global
Holdings. Sejak Rayyan lahir makin bertambah-tambah rezeki kami. Rin aku tak
bagi kerja sebab susah nanti siapa nak jaga makan minum aku.
“ Sayang,abang dah
balik,”
“ Papa,mama macak
ayam goleng,” permata hati aku datang sambil pegang ayam goring dekat tangan
kanan. Comel je aku tengok Rayyan jalan terkedek-kedek datang dekat aku.
Aku dukung
Rayyan bila dia sampai dekat aku. Bukan main semangat lagi Rayyan, tak padan
dengan umur baru 3 tahun. Rin datang dekat aku lepas tu salam tangan aku,aku
tarik dia dekat lepas tu hadiahkan ciuman dekat dahi dia. Kami bertiga
melabuhkan diri diatas sofa.
“ Tadi Aiman dengan
Tasha datang,diorang jemput pergi reunion dekat Hotel Pasifik,”
Alhamdulillah Aiman dengan Tasha dah selamat
melangsungkan perkahwinan tahun lepas. Masa tu kitorang baru je dapat tender
untuk projek mega. Kira kenduri Aiman tu grand lah jugak. Aiman pegang jawatan
arkitek dan Tasha setiausaha dia dekat syarikat papa. Kira Ok lah suami isteri
kerja sekali.
“ Bila reunion tu sayang, Aiman tak cakap pun
dekat abang,”
“ Dia tak nak
ganggu abang sebab abang busy sangat hari nie. Aiman cakap minggu depan hari
sabtu,”
“ Hari sabtu minggu depan ye,” otak aku nie
kena scan jugak mana tahu ada program apa-apa minggu depan,” Boleh lah,kita
bawak Rayyan sekali,”
“Ok,”
Aku dan
Rin bergerak ke meja makan bila Mak Timah panggil kitorang minum petang. Mak Timah
still dengan kitorang bagi meringankan kerja Rin. Tak sanggup aku tengok Rin
terkejar sana sini sorang-sorang. Tu pun puas pujuk mama dengan ibu bagi Mak
Timah stay dengan kitorang.
_________________________________________________________________________________
Majlis reunion
tu berjalan dengan penuh gilang gemilang. Ramai yang terkejut tengok aku datang
dengan Rin bawak Rayyan sekali. Lupa nak cakap Rin dah pakai tudung,dia kata
mahkota dia cuma untuk aku je. Alhamdulillah ringan beban aku.
“ Weh bro,mana lagi
sorang. Kata 2 orang,” sakat Afiq.
“ Sorang lagi tu
dalam perut,tahun depan keluar lah,”
“ Sorry Rin,saja
menyakat korang. 2 tahun tak jumpa,” Afiq mintak maaf dekat Rin. Rayyan dekat
tangan aku dari tadi lagi dia kacau. Dia kata geram sebab Rayyan comel sangat. Tengoklah
baka sapekan.
Tadi aku ada nampak
Razif dengan sorang perempuan cantik. Girlfriend dia kot. Aku try tanya Rin
kalau-kalau dia nak dekat Razif. Sekali cubit ketam yang aku dapat. Rin sejak
mengandung anak kedua nie makin garang aku tengok. Salah sikit cubit,abah cakap
dia ikut perangai ibu masa mengandungkan dia dulu. Sabar jelah.
“ Hey Am,engkau
dekat Rin dah break ye. Yelah engkau kawin dengan Edrina,” tiba-tiba je Razif
datang dekat aku tanya soalan luar alam macam tu. Nampak sangat dia nak try
Rin.
“ Kenapa,engkau nak
dekat Rin ke? Tak cukup Stella tu,” aku perli dia sambil suap makanan dekat
Rayyan. Rin dah kena tarik dengan Tasha pergi jumpa geng-geng lama diorang.
“ Well,mana tahu
dapat. Kalau dapat Rin,Stella tu pun aku sanggup tinggal tau,”
“ Engkau dengar sini ek, kan aku pernah cakap
dulu yang aku tak akan lepaskan Rin dan aku tak akan tinggalkan Edrina,”
“ Weh,engkau sedar
sikit yang engkau dah ada anak dengan Edrina. Tak kan engkau still nak dekat
Rin,” suara Razif menjerit menyebabkan semua oaring pandang dekat kami. Aku tak
kisah pun sebenarnya,tapi aku risau kalau-kalau dia apa-apakan Rayyan. Aku serahkan
Rayyan dekat Afiq sebelum berdiri depan Razif.
“ Aku sedar dan aku
tahu. Tapi aku boleh cakap macam tu sebab aku dah dapat dua-dua,Rin dan Edrina dan aku sayang kedua-duanya,”
“ Maksud engkau?”
Razif dah mula pening dengan kenyataan aku tu.
“ Edrina dan Rin
adalah orang yang sama,” lepas je Razif dengar aku cakap macam tu,dia terus
tarik Stella keluar dari majlis tu.
Aku hanya tersenyum
pada Rin bila aku tengok mata dia dah bertakung dengan air mata. Aku naik
atas pentas bila pengacara umumkan nama aku untuk nyanyikan sebuah lagu. Aku sampaikan
lagu ‘Permaisuriku’ khas untuk Rin.
Kau yang ku selalu ku puja
Yang selalu ku damba
Didalam hatiku didalam jiwaku
Kau begitu indah tak pernah ku sangka
Hadirnya dirimu merubah hidupku
Yang selalu ku damba
Didalam hatiku didalam jiwaku
Kau begitu indah tak pernah ku sangka
Hadirnya dirimu merubah hidupku
Begitu
memikat kau mampu hapuskan
Pesona dirimu didalam benak ku
Percayalah sayang
Hanyalah dirimu yang membuatku bahagia
Kau permaisuriku, pujaan hatiku
Berikan aku satu senyuman yang terindah
Semoga cinta kita selalu abadi untuk selamanya
Bersama kita akan belayar ke dewana
Pesona dirimu didalam benak ku
Percayalah sayang
Hanyalah dirimu yang membuatku bahagia
Kau permaisuriku, pujaan hatiku
Berikan aku satu senyuman yang terindah
Semoga cinta kita selalu abadi untuk selamanya
Bersama kita akan belayar ke dewana
Kau sang
belahan jiwa
Yang telah ku nantikan sepanjang hidupku
Kau luruhkan aku hangatmu terasa
Bagaikan sang suria terangi diriku warnai hidupku
Yang telah ku nantikan sepanjang hidupku
Kau luruhkan aku hangatmu terasa
Bagaikan sang suria terangi diriku warnai hidupku
Selalu ku
harap kita kan bersama
Ku genggam tanganmu hingga akhir waktu
Percayalah sayang
Hanyalah dirimu yang membuat ku bahagia
Ku genggam tanganmu hingga akhir waktu
Percayalah sayang
Hanyalah dirimu yang membuat ku bahagia
Kau
permaisuriku pujaan hatiku
Berikan aku satu senyuman yang terindah
Semoga cinta kita selalu abadi untuk selamanya
Bersama kita akan belayar ke dewana
Berikan aku satu senyuman yang terindah
Semoga cinta kita selalu abadi untuk selamanya
Bersama kita akan belayar ke dewana
Kaulah permaisuriku pujaan ku
selalu
Berikan senyumanmu yang terindah
Berikan senyumanmu yang terindah
Kau
permaisuriku, pujaan hatiku
Berikan aku satu senyuman yang terindah
Semoga cinta kita selalu abadi untuk selamanya
Bersama kita akan belayar ke dewana
Berikan aku satu senyuman yang terindah
Semoga cinta kita selalu abadi untuk selamanya
Bersama kita akan belayar ke dewana
_______________________________________________________
Aku terharu sangat bila dengar dengar abang
cakap macam tu dekat Razif. Tak sangka yang dia akan bocorkan rahsia tu setelah
sekian lama ia tersimpan. Air mata aku hampir menitik bila dia sampaikan lagu ‘Permaisuriku’.
Tak sangka pilihan abah dengan ibu adalah pilihan yang tepat.
“ I love you sayang,”
syahdu rasa bila dia cakap macam tu. Masa tu kitorang dah balik dari reunion
tu. Rayyan pun dah tido dekat bilik dia.
“ Thanks for the song,”
“ Welcome,sampai
bila-bila pun hanya sayang dalam hati abang,” aku senyum je bila dia cakap
macam tu. Tiada kata yang boleh diucapkan lagi.
Semoga kami dapat
mengharungi alam perkahwinan dengan tabah dan kental. Insyaallah..
11 comments:
ending yang sweet.. :)
best jgk cerpen ni ...nice rin dgn t.ikram..
saya tak pandai buat cerita yang happy ending, camne ek..
Best.. sy baca tiga3 skali td.. nice.. keep it up!! i like it..
thanks...
nexx-novel : sebenrnye saya pon x pandai buat happay ending,tau2 jadi je
swwet nyer... teringgat zaman sekolah dulu..
aaa!! sweet nyer..
Sweet...
Bestlah..nk kahwin gak umor 17..haha..mslahnya dh umor 18...haha sweet gile t.ikram..hope dpt laki cmtu..haha
Btw..jmputlah jngah ke blog sye gurlzisme.blogspot.com. truskan brkarya!!
terbayang bayang ikhram kita
so sweet😍😍😙😙
Post a Comment