Suasana
rumah Misha riuh rendah dengan suara ahli keluarga sedang bersiap.
Masing-masing menyiapkan sentuhan terakhir sebelum majlis akad nikah
berlangsung tengah hari nanti. Majlis akad nikah akan diadakan di masjid
berhampiran kawasan perumahan Misha. Misha ketika ini sedang di solek oleh
sepupunya Izzati.
“Sha,cuba senyum sikit. Engkau tu dah nak jadi
isteri orang tau. Cuba happy sikit,”
kata Izzati sambil meneruskan kerja solekannya.
“Macam mana aku nak senyum Tie,aku bakal kawin
dengan orang yang aku tak cinta,”jawab Misha bersahaja.
Izzati mengeluh seketika apabila mendengar
jawapan Misha. Mengapalah sepupunya ini tidak dapat menerima hakikat yang satu
itu, “Sha,aku bukan nak campur urusan engkau tapi kita sebagai umat islam tahu
yang jodoh itu rahsia Allah. Mana tahu jodoh yang Allah tentukan pada engkau
adalah Farish,”
Misha memandang mata Izzati sedalamnya. Dia
cuba untuk menyelami kata-kata sepupunya itu. Buat seketika dia dapat rasakan
yang hatinya berdegup kencang apabila mendengar kata-kata Izzati. Mungkin dia
patut menerima kata-kata sepupunya itu sepenuhnya. Misha memandang Izzati lalu
melemparkan senyuman.
“That’s my favourite cousin,”kata Izzati
apabila melihat senyuman yang di lemparkan oleh Misha.
“Betul nie aku engkau punya ‘favourite cousin’ bukan Mia?” Misha cuba
mengusik Izzati apabila melihat Mia masuk dengan membawa baju akad nikahnya.
“Hello,I’m still Zati ‘favourite cousin’ ok. Dia cuma nak sedapkan hati engkau je bila dia
kata dekat engkau macam tu,” kata Mia sambil menyangkut baju akad nikah Misha.
Bilik pengantin yang mulanya sunyi akhirnya gamat apabila mendengar kata-kata
Mia. Gelak tawa mereka bertiga menyebabkan ahli keluarga yang lain menjenguk ke
dalam bilik bagi mengetahui sebab mereka ketawa.
*******************
Kedua-dua belah pihak telah sampai di masjid
dan bersedia untuk melangsungkan majlis akad nikah. Rayyan kini sedang duduk
dihadapan Encik Zaquan sebagai wali dan dikelilingi oleh Tok kadi dan beberapa
orang ahli keluarga yang lain. Misha pula sedang duduk bersimpuh di belakang
bersaa yang lain. Majlis ini bukan sahaja mendebarkan Misha tetapi juga Rayyan.
Pagi tadi sahaja sudah beberapa kali dia berulang alik dari tingkat atas hingga
ke bawah hingga mnyebabkan Fina terpaksa menenangkannya.
Akan tetapi satu perkara lagi yang membimbang
Rayyan adalah mesej yang di terima daripada Syaimaa yang mengatakan dia akan
menghancurkan rumah tangga Rayyan bagi memastikan Rayyan menjadi miliknya.
Rayyan menunjukkan mesej itu kepada semua ahli keluarganya dan masing-masing
terkejut dengan kata-kata Syaimaa. Mereka semua amat mengenali gadis itu sedari
kecil dan tidak menyangka dia akan bertindak sejauh ini apabila lamaran
keluarganya di tolak.
“Semua dah bersedia,” suara tok kadi
mengejutkan Rayyan daripada lamunan. Sebelum majlis akad nikah di
mulakan,sedikit ceramah di berikan oleh tok kadi kepada kedua bakal pengantin.
Alhamdulillah dengan sekali lafaz Misha sah
menjadi isteri Rayyan. Mereka semua memanjatkan kesyukuran dengan kelancaran
majlis ini. Akan tetapi ketika Rayyan bangkit daripada duduknya dia melihat
Syaimaa berdiri di pintu masjid dan memandangnya dengan tajam. Syaimaa hanya
berdiri di situ seketika sebelum berlalu pergi.
Syaimaa melangkah masuk ke dalam kereta
dengan hati yang sebak. Dia menyangkakan dia sempat untuk membatalkan upacara
itu tetapi telahannya silap kerana ketika dia sampai Rayyan baru sahaja selesai
di akad nikahkan. Dia sanggup mereka cerita tetapi semuanya sudah terlambat.
Bunyi deringan telefon membuatkan Syaimaa
tersentak. Nama adiknya Nurin terpampang di skrin telefon.
“Hello,”
“Hello,akak. Akak dekat mana nie,satu family
risau bila akak hilang tiba-tiba,”suara Nurin jelas kerisauan dengan kehilangan
Syaimaa.
“Akak dekat masjid nie,tengok Farish akad
nikah. Rin cakap dekat semua yang akak tak apa-apa. Oh ye,boleh tak Rin book
kan tiket kapal terbang untuk akak. Mana-mana pun boleh,akak nak rehatkan
fikiranlah,”
“Ok, nanti Rin buat. Akak jangan risau ye and
jangan sedih ye kak,semua nie ketentuan tuhan,” Nurin cuba menenangkan kakaknya
itu.
“Akak ok, takpelah akak nak balik dah nie,nak
kemas barang. Bye,”
Syaimaa menamatkan panggilan. Meskipun dia
mengatakan yang dia tidak mengapa tetapi di dalam hatinya ada api yang sedang
marak menyala. Dia akan merancang strategi ketika dia bercuti nanti. Segala
persiapan rapi akan di buat untuk memastikan yang Rayyan menjadi miliknya. Dia
tidak kisah jika rancangan itu akan mengambil masa yang lama,yang penting
adalah kejayaan. Buat sementara waktu ini dia akan membiarkan Rayyan bahagia
dengan kehidupannya.
__________________________________________________________________
p/s: sori bru skit dpt idea..insyaallah nnt saya update lg