Followers

Friday 4 April 2014

CKSD 16

“Tak guna,” terdengar jeritan daripada bilik Syaimaa dan di susuli dengan bunyi deraian pasu pecah.

Jeritan itu menyebabkan seluruh ahli keluarga Datuk Jamil terjaga. Mereka semua berkumpul di ruang tamu yang terdapat di ruang tamu atas tetapi tiada seorang pun yang berani untuk mengetuk pintu bilik Syaimaa kerana mereka sudah tahu dengan perangai Syaimaa yang tidak suka diganggu jika mood tidak baik.


“Abang,pergilah tengok apa yang jadi dekat anak dara awak tu. Risau saya,mana tahu apa-apa jadi. Lagipun tadi kita dengar bunyi pasu pecahkan,”Datin Rozana memaksa suaminya untuk menjenguk Syaimaa.

Datuk Jamil hanya mampu mengeluh, “ Awak tahu tak apa masalah anak dara kita tu? Dia tu tak boleh terima hakikat yang Farish bukan milik dia. Awak ingat dia nak bukak pintu bilik dia tu,”

 “Tapi papa,kakak cakap dia nak pergi bercuti esok. Dia dah suruh Rin tempah tiket dah pun,” kata Nurin apabila melihat kerunsingan yang sedang melanda kedua ibu bapanya kini, “ Tak apalah,biar Rin yang ketuk pintu billik kakak,”

Nurin melangkah ke bilik Syaimaa tanpa sempat mama dan papa nya melarang. Dia mengetuk pintu bilik kakaknya itu tetapi tiada balasan yang diterima. Nurin menjadi bertambah pelik kerana kebiasaannya kakak nya bukan begini. Nurin memulas tombol pintu dan ternyata pintu itu tidak berkunci. Ketika dia melangkah masuk keadaan bilik amat berselerak tetapi tiada bayangan kakak nya di situ. Apabila dia menjenguk ke bilik air,dia hampir menjerit apabila melihat kakaknya sedang terduduk sambil di tangan kakak nya terdapat sebotol ubat tidur.

“Ya Allah akak,” Nurin melangkah masuk ke dalam bilik air bagi mendapatkan kakaknya itu, “ Mama,Papa tolong Nurin.

 Datuk Jamil dan Datin Rozana menlangkah masuk apabila melihat Syaimaa sedang terduduk di dalam bilik air. Datuk Jamil mengarahkan drivernya yang kebetulan berada di situ untuk mengangkat Syaimaa untuk di hantar ke hospital. Di dalam masing-masing berdoa agar Syaimaa dapat di selamatkan.
              _____________________________________________

Misha memandang Rayyan yang sedang lena tika ini. Dia tidak menyangka lelaki itu akan menjadi suaminya yang sah. Jelas kelihatan riak kepenatan di wajah Rayyan,terlalu banyak yang mereka lakukan sebelum majlis akad nikah berlangsung semalam. Tambahan pula dengan majlis resepsi yang akan berlangsung minggu hadapan.

 Misha melangkah masuk ke dalam dapur dan tika ini dapur kelihatan riuh dengan suara-suara ibu saudaranya. Masing-masing sibuk menyediakan persiapan untuk membuat sarapan .

“Assalamualaikum,” Misha memberi salam ketika melangkah masuk ke dalam dapur.

 “Waalaikumsalam. Dah bangun rupanya pengantin baru nie,” tegur Mak Ngah Zura.

“Ada apa-apa yang Isha boleh tolong ke?”

 “Tak payahlah,kamu duduk je lah Isha oi. Semua nie biar kami yang uruskan. Selama nie pon kamu yang buat kerja nie sorang-sorang,sekarang kamu rehat lah ye,” kata Mak Ngah Zura sambil membawa Misha duduk di meja dapur.

Misha hanya mampu tersenyum apabila mendengar kata-kata Mak Ngahnya itu. Dia memandang ibu-ibu saudaranya yang sibuk membuat kerja. Perkara itu membuatkan dia teringat kepada arwah ibunya.

“Kalaulah arwah ibu hidup lagi,mesti dia orang yang paling gembirakan,” kata-kata Misha itu meyebabkan mereka yang berada di dapur tercenggang. Mereka tidak menyangka Misha akan berkata begitu.

 Misha yang tersedar dari lamunannya terus memandang mereka yang berada di dapur tika ini. Dia mengambil keputusan untuk beredar dari situ sebelum air matanya menitis. Misha menuju kearah  kolam ikan yang terdapat di tepi rumah. Di situ dia menangis semahu-mahunya.

“Isha,” ketika itu kedengaran suara Encik Zaquan memanggilnya. Rupa-rupanya ayahnya telah mendengar kata-kata Misha sebentar tadi.

Encik Zaquan melabuhkan diri di sebelah anak gadisnya itu. Dia tahu Misha tentu akan teringat akan arwah ibunya,tambahan pula dengan kedatangan adik dan iparnya semua. Dia sendiri terasa sayu apabila memikirkan yang arwah isterinya tidak sempat untuk meraikan perkahwinan anak mereka.

 Misha menyapu air mata yang mengalir sebelum memandang ayahnya, “ Ayah,bila ayah balik?”

“Isha rindukan arwah ibu ye?” kata-kata Encik Zaquan membuatkan riak wajah Misha berubah, “Isha tak payah tipu ayah lah. Bukan sehari dua ayah jaga Isha,dari kecik lagi. Ayah tahu apa dalam hati anak ayah nie,”

 Kata-kata Encik Zaquan itu membuatkan Misha mengalirkan air mata kembali. Dia memeluk ayahnya itu seeratnya tetapi ada tangan lain juga yang turut memeluknya tika ini. Misha mengangkat kepala dan melihat abang-abangnya sedang memeluk mereka berdua. Kini kelihatan sebuah keluarga yang sedang berpelukan di iringi dengan tangisan Misha.


 Mereka semua berlalu ke meja makan apabila mendengar panggilan daripada Mak Ngah Zura. Ketika sampai di meja makan,kelihatan Rayyan sedang melangkah turun. Mereka semua bersarapan bersama-sama.

_________________________________________________________________________________

p/s: atas permintaan saya sambung balik novel CKSD. tapi nie baru sikit je. in sha allah dalam masa terdekat nie,next entry akan meyusul 

3 comments:

Anonymous said...

terbaik....punya sedih!!!!mama...

Anonymous said...

terbaik..sedih..tiada mama...ma...-nrah

Unknown said...

Salam, jemput ke blog penulisan saya ^^ http://sayaafeenashah.blogspot.my/