“Tak guna,” terdengar jeritan daripada bilik Syaimaa dan di
susuli dengan bunyi deraian pasu pecah.
Jeritan itu menyebabkan seluruh ahli keluarga Datuk Jamil
terjaga. Mereka semua berkumpul di ruang tamu yang terdapat di ruang tamu atas
tetapi tiada seorang pun yang berani untuk mengetuk pintu bilik Syaimaa kerana
mereka sudah tahu dengan perangai Syaimaa yang tidak suka diganggu jika mood
tidak baik.
“Abang,pergilah tengok apa yang jadi dekat anak dara awak
tu. Risau saya,mana tahu apa-apa jadi. Lagipun tadi kita dengar bunyi pasu
pecahkan,”Datin Rozana memaksa suaminya untuk menjenguk Syaimaa.
Datuk Jamil hanya mampu mengeluh, “ Awak tahu tak apa
masalah anak dara kita tu? Dia tu tak boleh terima hakikat yang Farish bukan
milik dia. Awak ingat dia nak bukak pintu bilik dia tu,”
“Tapi papa,kakak
cakap dia nak pergi bercuti esok. Dia dah suruh Rin tempah tiket dah pun,” kata
Nurin apabila melihat kerunsingan yang sedang melanda kedua ibu bapanya kini, “
Tak apalah,biar Rin yang ketuk pintu billik kakak,”
Nurin melangkah ke bilik Syaimaa tanpa sempat mama dan papa
nya melarang. Dia mengetuk pintu bilik kakaknya itu tetapi tiada balasan yang
diterima. Nurin menjadi bertambah pelik kerana kebiasaannya kakak nya bukan
begini. Nurin memulas tombol pintu dan ternyata pintu itu tidak berkunci. Ketika
dia melangkah masuk keadaan bilik amat berselerak tetapi tiada bayangan kakak
nya di situ. Apabila dia menjenguk ke bilik air,dia hampir menjerit apabila
melihat kakaknya sedang terduduk sambil di tangan kakak nya terdapat sebotol
ubat tidur.
“Ya Allah akak,” Nurin melangkah masuk ke dalam bilik air
bagi mendapatkan kakaknya itu, “ Mama,Papa tolong Nurin.
Datuk Jamil dan Datin
Rozana menlangkah masuk apabila melihat Syaimaa sedang terduduk di dalam bilik
air. Datuk Jamil mengarahkan drivernya yang kebetulan berada di situ untuk
mengangkat Syaimaa untuk di hantar ke hospital. Di dalam masing-masing berdoa
agar Syaimaa dapat di selamatkan.
_____________________________________________
Misha memandang Rayyan yang sedang lena tika ini. Dia tidak
menyangka lelaki itu akan menjadi suaminya yang sah. Jelas kelihatan riak
kepenatan di wajah Rayyan,terlalu banyak yang mereka lakukan sebelum majlis
akad nikah berlangsung semalam. Tambahan pula dengan majlis resepsi yang akan
berlangsung minggu hadapan.
Misha melangkah masuk
ke dalam dapur dan tika ini dapur kelihatan riuh dengan suara-suara ibu
saudaranya. Masing-masing sibuk menyediakan persiapan untuk membuat sarapan .
“Assalamualaikum,” Misha memberi salam ketika melangkah masuk
ke dalam dapur.
“Waalaikumsalam. Dah bangun
rupanya pengantin baru nie,” tegur Mak Ngah Zura.
“Ada apa-apa yang Isha boleh tolong ke?”
“Tak payahlah,kamu
duduk je lah Isha oi. Semua nie biar kami yang uruskan. Selama nie pon kamu
yang buat kerja nie sorang-sorang,sekarang kamu rehat lah ye,” kata Mak Ngah
Zura sambil membawa Misha duduk di meja dapur.
Misha hanya mampu tersenyum apabila mendengar kata-kata Mak
Ngahnya itu. Dia memandang ibu-ibu saudaranya yang sibuk membuat kerja. Perkara
itu membuatkan dia teringat kepada arwah ibunya.
“Kalaulah arwah ibu hidup lagi,mesti dia orang yang paling
gembirakan,” kata-kata Misha itu meyebabkan mereka yang berada di dapur
tercenggang. Mereka tidak menyangka Misha akan berkata begitu.
Misha yang tersedar
dari lamunannya terus memandang mereka yang berada di dapur tika ini. Dia mengambil
keputusan untuk beredar dari situ sebelum air matanya menitis. Misha menuju kearah
kolam ikan yang terdapat di tepi rumah. Di
situ dia menangis semahu-mahunya.
“Isha,” ketika itu kedengaran suara Encik Zaquan
memanggilnya. Rupa-rupanya ayahnya telah mendengar kata-kata Misha sebentar
tadi.
Encik Zaquan melabuhkan diri di sebelah anak gadisnya itu. Dia
tahu Misha tentu akan teringat akan arwah ibunya,tambahan pula dengan
kedatangan adik dan iparnya semua. Dia sendiri terasa sayu apabila memikirkan
yang arwah isterinya tidak sempat untuk meraikan perkahwinan anak mereka.
Misha menyapu air
mata yang mengalir sebelum memandang ayahnya, “ Ayah,bila ayah balik?”
“Isha rindukan arwah ibu ye?” kata-kata Encik Zaquan
membuatkan riak wajah Misha berubah, “Isha tak payah tipu ayah lah. Bukan
sehari dua ayah jaga Isha,dari kecik lagi. Ayah tahu apa dalam hati anak ayah
nie,”
Kata-kata Encik
Zaquan itu membuatkan Misha mengalirkan air mata kembali. Dia memeluk ayahnya
itu seeratnya tetapi ada tangan lain juga yang turut memeluknya tika ini. Misha
mengangkat kepala dan melihat abang-abangnya sedang memeluk mereka berdua. Kini
kelihatan sebuah keluarga yang sedang berpelukan di iringi dengan tangisan
Misha.
Mereka semua berlalu
ke meja makan apabila mendengar panggilan daripada Mak Ngah Zura. Ketika sampai
di meja makan,kelihatan Rayyan sedang melangkah turun. Mereka semua bersarapan
bersama-sama.
_________________________________________________________________________________
p/s: atas permintaan saya sambung balik novel CKSD. tapi nie baru sikit je. in sha allah dalam masa terdekat nie,next entry akan meyusul
3 comments:
terbaik....punya sedih!!!!mama...
terbaik..sedih..tiada mama...ma...-nrah
Salam, jemput ke blog penulisan saya ^^ http://sayaafeenashah.blogspot.my/
Post a Comment